Assalamualaikum wbt..
Wahh, baru perasan hari nie entri saya berkisarkan tentang perhubungan antara suami isteri, hihi harap-harap awak tak jemulah nak membacanya... So, topik kali nie adalah berkisarkan perbualan meningkatkan kebahagiaan...
Perbualan atau dalam bahasa pasar berborak-borak, perkara yang kecil nie selalunya kurang diberi perhatian dan di sebaliknya perkara kecil nie sebenarnya memberi erti lebih besar dan mampu untuk menambah kasih sayang antara pasangan yang berkahwin..
Dalam perhubungan suami isteri, mengadakan majlis sambutan hari lahir ataupun ulangtahun perkahwinan secara besar-besaran tidaklah penting tetapi sebaliknya luahan penghargaan dengan cara melakukan pelbagai perkara kecil secara berterusan sudah cukup membahagiakan pasangan kita.
Mungkin ungkapan 'terima kasih' setiap kali orang tersayang melakukan sesuatu adalah perkara yang remeh tapi perkataan itulah sebenarnya memberi kesan yang amat mendalam dan rasa dihargai. Ianya satu bonus bagi pasangan yang memberi layanan yang baik disusuli dengan rasa hormat terhadap pasangan dan ahli keluarganya tanpa mengira hari telah mewujudkan rasa sayang dan seterusnya mengekalkan keharmonian hidup berumahtangga.
Bercakap dengan intonasi yang lembut setiap kali berbual ataupun meluahkan rasa tak puas hati terhadap sesuatu perkara juga boleh menyelesaikan banyak masalah dengan lancar. Hidup berpasangan memerlukan kesediaan seseorang untuk mengenepikan perasaan ego dan emosi yang melampau demi menjaga keharmonian perhubungan.
Menurut satu kajian OnePoll.com yang dijalankan di Amerika antara rahsia kebahagiaan rumah tangga adalah kesanggupan pasangan mencari masa untuk dihabiskan bersama. Kajian juga dijalankan membabitkan 1000 pasangan di negara itu menunjukkan langkah kecil seperti perbualan mampu meningkatkan kebahagian suami isteri. Kajian juga mendapati komitmen yang tinggi dan usaha membahagiakan pasangan itu amat perlu demi memastikan perkahwinan kekal harmoni.
Saya nak bagi tips yang boleh kita amalkan demi menjaga keharmonian rumah tangga...Antara tips yang boleh amalkan adalah :-
💟 Tak lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan melakukan sesuatu biarpun sekecil mana perkara tue.
💟 Berkongsi minat atau hobi yang sama.
💟 Ambik masa untuk bercuti, menonton wayang bersama-sama ataupun makan hanya berdua.
💟 Menerima kekurangan pasangan
💟 Mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan
💟 Bersedia meminta maaf dan memaafkan
💟 Sedia untuk bersama-sama mengharungi kesusahan atau masalah
💟 Menjadi penyokong kuat pada pasangan
💟 Komited kepada pasangan dan cuba membahagiakannya sebaik mungkin
💟 Memeluk pasangan ketika gembira atau berduka akan merapatkan perhubungan awak.
💟 Tak lupa untuk menghubungi pasangan setiap hari biarpun sesibuk mana urusan kita seharian.
💟 Memberi ruang kepada pasangan untuk bertemu dengan rakan atau melakukan aktiviti yang digemarinya. Jangan mengongkong pasangan awak kerana ia akan menimbulkan perasaan marah dan tertekan.
💟 Berani meluahkan rasa tak puas hati dan berbincanglah mengenai masalah itu dengan cara baik serta carilah penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul.
💟 Bersikap jujur dan menghormati pasangan
💟 Berlemah lembut terhadap pasangan dan bercakap dalam nada kasih sayang.
💟 Memanggil pasangan dengan panggilan yang membuatkannya rasa dihargai serta disayangi.
💟 Tidak mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun atau panggilan kasar yang akan mengguris hati.
💟 Melakukan sesuatu yang boleh membuatkan pasangan awak tersenyum atau ketawa bersama-sama.
💟 Apabila timbul perasaan marah, cuba elakkannya daripada berkata-kata, sebaliknya tenangkanlah diri terlebih dulu sebelum berbincang.
💟 Selalulah luahkan rasa sayang kepada pasangan atau lakukanlah kejutan yang bermakna pada pasangan awak.
Assalamualaikum wbt..
Dalam banyak-banyak baju, ramai yang tak sanggup nak memilih baju yang berwarna putih, betul tak..? Ini disebabkan baju berwarna putih nie amat susah untuk dijaga kerana silap hari bulan, baju warna putih ini menjadi kotor.. Jadi camne nak jaga baju warna putih nie agar warnanya tak menjadi pudar dan sentiasa berada dalam keadaan yang putih selalu.. Jom kita amalkan..
👉 Rendam dengan air suam untuk menghilangkan kotoran degil padanya.
👉 Asingkan baju putih, jangan dibasuh bersama pakaian yang berbeza warna untuk mengelakkan ada tompokan warna pada baju putih.
👉 Basuh baju putih dengan menggunakan lemon dan soda bikarbonat untuk ketahanan warna.
👉 Simpan pakaian putih di kawasan yang ada sinaran matahari dan bukannya di tempat gelap.
Itulah tips yang boleh kita amalkan, so takde masalah lagi dengan pemilihan baju yang berwarna putih kan...
Assalamualaikum wbt...
Sedikit renungan untuk kita semua dan semoga ianya menjadi pedoman dalam kehidupan kita seharian...
Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara, Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan,tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah, Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan beratnya atas kesudian Pencipta kita, Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain kapas putih, Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabanne, tetapi air mawar dan cendana, Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau Amerika, tetapi Al-Islam, Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan,tetapi '' , Di mana pelayannya bukan pramugari jelita,tetapi Izrail dan lain-lain, Di mana layanan didalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi,sekadar kain yang diwangikan,
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA,Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan, Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani,tetapi bilik 7 kaki dalam gelap gelita, Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nankir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan, Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan, Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh, Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai dibawahnya atau Neraka Jahannam yang tak terbayang tentang seksaannya.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas (hijack), oleh itu tidak perlu bimbang. Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan. Jangan risaukan tentang penerbangan ini akan delays, kerana penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.
YA! BERITA BAIK!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda kerana anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Assalamualaikum wbt..
Bila dengar aje perkataan 'hubungan jarak jauh' mesti ada di kalangan kita akan mengelakkan perkara ini akan terjadi sebab takde satu pun pasangan khususnya pasangan yang berkawin yang inginkan perhubungan jarak jauh..
Ini adalah kerana kita sering mendengar yang perhubungan jarak jauh ini a.k.a. PJJ nie sering dikaitkan dengan pergaduhan dan perpisahan akibat tiada persefahaman ataupun kewujudan orang ketiga... Walaupun kita berjauhan antara satu sama lain, jangan jadikan jarak jauh ini untuk tidak setia pada pasangan dan info ini adalah panduan bukan saja untuk pasangan yang berjauhan tapi ianya juga adalah untuk pasangan yang duduk bersama satu bumbung..
Saling mempercayai - Dalam perhubungan, kepercayaan antara kita dengan pasangan amatlah penting. Tambahan lagi sekiranya awak berdua terpaksa berjauhan kerana akan ada ketika dan waktu kita akan diuji apabila berjauhan. Jangan pernah ada wujud perasaan ragu, sebaliknya kekuatan cinta serta kepercayaan memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Sekiranya tiada kepercayaan, sesebuah perhubungan terbina mampu musnah dengan sekelip mata.
Sentiasa berdoa - Selepas solat, selalulah berdoa pada Allah agar hubungan terjalin diredhai ddan kekal bahagia walaupun si dia tidak mendengar doa awak, tapi dia tahu yang awak sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta awak berdua.
Jujur dan setia - Kebanyakan perhubungan yang kecundang disebabkan oleh ketidakjujuran antara satu sama lain apabila berjauhan. Oleh itu, berjauhan bukan satu tiket untuk awak mengakui diri masih bujang. Kebiasaannya, pasangan berjauhan mudah jatuh cinta terhadap orang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan menunjukkan sikap mengambil berat.
Selalu berkomunikasi - Komunikasi adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah perhubungan. Salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan kita dan pasangan. Di zaman ini, dah ada pelbagai medium komunikasi seperti Whatsapp, webcam dan panggilan video dan luangkanlah masa awak sekurang-kurangnya lima minit untuk menghubungi si dia dan tanyalah khabar sebagai tanda ingatan. Ataupun ucapkanlah salam rindu awak pada si dia untuk menunjukkan yang awak sentiasa mengingati dirinya selalu.
Rancang temujanji - Bila berjauhan, perasaan rindu antara satu sama lain akan berada di dalam hati masing-masing. Jadi, ambillah masa untuk berjumpa dan jadikanlah pertemuan yang singkat ini sebagai satu kenangan terindah antara awak dan pasangan. Namun pada pasangan yang belum berkahwin, jagalah batasan pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
Beri kejutan - Sesekali, selitkan elemen kejutan dalam perhubungan awak bagi mengelak hubungan cinta awak berdua berasa bosan. Berikanlah hadiah atau apa-apa saja kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh penting seperti hari kelahiran pasangan dan ulang tahun perkahwinan.
Semoga dengan info ini akan mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.
Kredit : Shell Out Ayer 8 Fanpage Facebook |
Assalamualaikum wbt...
Hari nie hari gaji untuk penjawat awam kan.. hihi saya nak ucap selamat membayar dan melunaskan segala bil dan hutang.. Tapi kena ada reward untuk diri kita jugak, sebagai penghargaan dalam kita mencari rezeki yang halal untuk keluarga kita..
Berbelanjalah mengikut keperluan dan bukan mengikut kemahuan semata-mata hingga membebankan kita pada penghujung bulan.. Okey, dah melalut pulak saya nie.. Sebenarnya saya nak review sebuah tempat makan yang boleh dikatakan agak sedap jugak di Putrajaya nie.. Tadi kan waktu lunch, sahabat telah mengajak saya makan di Ayer 8 yang konon-konon lepas makan boleh singgah di butik baju untuk hari raya Aidiladha nie nanti.. Pilih punya pilih tempat, kami ambik keputusan untuk merasai keenakan makanan shell out..
Masa kami sampai kat restoran nie, dah ramai yang menikmati makanan masing-masing.. Ada pelbagai menu yang disediakan.. Pada mulanya kami ingat nak ambik menu yang nie...
Tapi bila tengok menu nie kami rasa macam banyak pulak walaupun untuk 2 ke 3 orang yang nak makan.. Kemudian, waiter boy mencadangkan kami untuk mengambil set lunch yang lebih kurang harganya RM24 untuk seorang...
Kalau awak tengok menu kat atas nie, sebenarnya set lunch nie dah diberi nasi, jagung, ubi kentang, air dan brokoli, apa yang perlu dibuat adalah hanya order jea nak set yang mana.. Macam kami tadi, kami memilih set B, D dan F..
Sementara tunggu order sampai, ambik gambar dulu berlatar belakangkan tulisan-tulisan yang ditinggalkan oleh pengunjung yang penah makan di situ..
First order dah sampai, onion ring, sup cendawan dan teh hijau (sori gambar teh hijau tak nampak plak, hihihi tak pro langsung...)
Haa...baru nampak air teh hijau kan... Nak tau khasiat teh hijau...? Awak boleh baca kat SINI.. Nampak tak apron yang saya pakai tue..? Tue gunanya jika kita taknak kotorkan baju, so bolehlah pakai apron yang diperbuat dari plastik mesra alam nie..
Dua orang nie sebenarnya jeles dengan saya sebab hanya saya yang bergambar.. hihi.. Tengoklah makanan shell out kami..
Masa tengah ambik gambar kakak-kakak berdua tue, datanglah sorang waiter boy yang offer untuk mengambil gambar kami bertiga.. Tapi disebabkan kami duduk bersebelahan dengan tingkap, jadi gambar tak menjadi jelas... hihihi takpelah asalkan awak suma dah kenal dengan wajah saya yang comel kan... hahahaha perasan la Shikin nie...
Alhamdulillah, kenyang perut kami.. Pendapat..? Memang superb dan tak rugi langsung untuk makan kat sini.. Kat mana yea lokasinya..?
Shell out Ayer 8 nie terletak di Unit C1-G-3a, Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya yang dibuka pada pukul 11.30 pagi sehingga 10 malam setiap hari.. So pada yang pegi bercuti di Putrajaya, pastikan awak tak melepaskan peluang untuk menikmati shell out Ayer 8 nie..
Assalamualaikum wbt..
Nak citer pasal khasiat halba nie.. Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba dekat rumah... Apa yang awak tahu mengenai khasiat halba..?
1. Diminum sebagai teh untuk :-
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul
2. Teh Halba + Madu :-
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak-anak yang baligh :-
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
- Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Fakta tentang halba
- Di Terengganu, halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
- Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasar raya.
- .Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh juga cara nie. Cara-caranya :-Goreng halba tanpa minyak - jangan sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insha-Allah ianya dapat membantu.
- Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
- Cina: Hu Lu Ba
- Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
- Tamil : Vendayam
Sekarang awak dah tau kan khasiat halba nie..Kadang-kadang kita hanya tau kegunaan halba nie untuk masakan saja, padahal banyak lagi khasiatnya yang kita tak tahu, kan..
Assalamualaikum wbt..
Saja nak share dengan awak suma.. Jika ada sesiapa yang masih belum faham tentang tekanan darah samada kurang ke lebih ke, carta kat atas tue dapat membantu awak untuk memahami lebih detail tentang tekanan darah masing-masing..
So, apa lagi, check la kesihatan tue, tekanan darah awak hari nie turun ke naik..?
Assalamualaikum wbt..
Patutnya minggu lepas lagi saya dah buat review nie tapi faham-faham ajelah yea, hihihi.. Okey, hari Khamis lepas, my bff ajak untuk keluar makan, katanya dia dah jemu nak makan kat kafe bawah opis kami nie..
So, kami bergerak ke Ayer 8 untuk mengisi perut kami.. Bff saya lah yang memperkenalkan restoran nie yang pada pandangan saya memang sedap makanannya di situ.. Tempat yang kami singgah untuk makan nie adalah Homst Recipe iaitu masakan cina Muslim yang terletak di Ayer 8, Putrajaya...
Setelah kami memilih tempat duduk, kami pun memesan makanan yang telah disediakan di kedai ini.. Antara menu yang dihidangkan adalah pelbagai masakan stim, masakan bergoreng, pelbagai masakan laut dan sebagainya...
Sementara menunggu makanan kami siap, kami sempat bergambar untuk kenangan, chewaahh.. Kali nie ada ahli baru dalam kumpulan kami berdua, dan selamat datang diucapkan pada Kak Shima... hihihi
Awak tau, service mereka untuk hidangkan makanan memang superb... Walla.. Mamma mia.. Mereka agak cekap dalam mengendalikan hidangan makanan, bayangkan dalam masa 15 minit dari masa kita order makanan, zupp...zapp.. makanan serta minuman pun siap disediakan dan dihidangkan pada kami... Dan inilah makanan pesanan yang kami buat...
Kami memesan Fried KueyTeow, Cantonese Fried Yee Mee, Cantonese Fried KueyTeow, air sirap selasih, AsamLimau Juice dan Iced Lemon Tea.. Alhamdulillah, harga pun berpatutan jugak dan memang sedap masakannya..
Sebelum kami pulang ke opis, kami sempat bergambar berlatarbelakangkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi..
So, pada awak yang nak pergi ke Ayer 8 nie, lokasinya adalah di sini...
Nanti bolehlah awak mencuba makanan yang terdapat di Homst Recipe Restaurant Ayer 8, Putrajaya yang dibuka pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam, setiap hari..
Assalamualaikum wbt..
Awak perasan sesuatu tak dengan kelainan dalam jurnal saya...? Tak perasan..? Sebenarnya semalam sehari suntuk saya membuat header dan watermark yang baru.. Hihihi saya nie memang cerewet sikit kalu nak upah orang so buat sendiri jea la untuk mengelakkan orang yang diupah tue menyampah dengan karenah saya yang cerewet nie..
Kalu awak perasan sebelum nie saya pakai header yang nie...
Tapi kini saya telah bertukar header yang baru dan inilah hasil kerja yang tak berapa nak kreatif...
Dan untuk watermark pulak, dulu saya pakai design yang nie...
Tapi, setelah godek-godek, dicampur tolak kali dan bahagi maka terhasillah watermark yang baru...
Inilah hasil yang tak berapa nak kreatif daripada saya.. hihi, saya cuma pakai Google Drawing aje untuk menghasilkan header dengan watermark nie, sebab saya tak mahir sangat nak guna photoscape ataupun paint sebab bagi saya Google Drawing lagi senang untuk dikendalikan oleh orang yang tak berapa nak kreatif macam saya nie.. hihi
Assalamualaikum wbt..
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat, dan semoga kita diberikan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala susah payah dalam kehidupan.. Citer nie patutnya dah lama tersiar tapi maklumlah, Cik 'M' datang singgah di hati, baru hari nie nak dikeluarkan... hihihi..
Okey, hari tue saya ada cerita dengan awak kan tentang bulan kelahiran saya.. Pada 12 Ogos 35 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri anak kepada Encik Razali Bin Abdul Hamed dan Puan Sharifah Hindon Binti Syed Abdull Rahman Al-Kaff dan puteri itu diberi nama Wan Nur Ashikin yang membawa maksud Cahaya Keasyikkan...
Okey, pada 12 Ogos yang lepas jugak, hubby berkata yang dia nak masak masakan istimewa untuk isterinya yang tercinta bersempena dengan hari lahir saya.. Wow.. Dan inilah bahan-bahan yang nak dimasak.. Cuba teka...
Yeaaayy.. Betul tue.. Awak nampak kan bahan yang tertulis kat situ.. Rempah arab, means dia nak masak nasi arab, antara makanan kegemaran kami berdua... Gambar seterusnya adalah proses dia memasak... Warning..! Warning..! Warning..! Ada gambar yang berunsur sensor sikit, hihihi....
Opppssss...! Sensor...Sensor..! Chef pertama dalam dunia yang tak berbaju dengan alasan cuaca panas kat dapur...!
Dan inilah hasilnya...! Nasi Arab versi Chef Mohd Shahril Azmiza Bin Mohamed Shahimi...
Oleh kerana hubby masak terlalu banyak dan memang kami berdua tak dapat menghabiskannya, jadi kami buat keputusan untuk ke Kampung Kemensah dan meraikan hari lahir saya di sana.. Kami pick-up nurse gigi dulu disebabkan dia baru saja pulang dari kerja, biasalah nama pun nurse gigi, jadi kena berkhidmat kepada masyarakat.. Sampai saja di sana, kami pun makan la nasi arab dari chef yang baru nak 'up'..
Dan dengan tak disangka-sangka, si kecik Salsabila mula nak menangis kerana menyangka yang kami akan tinggalkan dia sendirian untuk pergi berjalan-jalan.. Walhal kami memang takde planning nak ke mana-manapun tapi disebabkan Salsabila nampak kami semua bertudung, mungkin dia menyangka yang kami nak pergi keluar berjalan-jalan.. Hmm.. Memang cerdik betul budak kecik nie hinggakan dia taknak makan apabila disua makanan oleh mama dia..
Lastly, kami keluar jugak memandangkan budak kecik nie meraung macam kena pukul, huhuhu.. Salsabila nie seorang budak yang suka tengok pemandangan dalam kereta dan akhirnya tidur, sebab sejuk ada aircond yang nyaman... Kami ke kedai makan milik adik ipar saya yang juga ayah kepada Salsabila.. Nama kedai makan nie adalah...
Yesss.. Kalu nak tahu yang saya dukung tue la tauke besar tau... Jangan main-main.. hihihi.. Sebaik saja hubby park kereta, dengan serta merta budak kecik yang nyenyak tidur tadi nie, terus bangun dari tidur dan muka ada senyum...
Memandangkan kami semua dah makan jadi kami order makanan ringan saja dan inilah makanan yang dihidangkan..
Itu adalah hotdog bersalut dengan cheese yang dibuat khas.. Nampak sedap kan.. Kedai nie ada menyajikan banyak makanan, dan ini adalah menu-menunya..
Menu yang terakhir nie dinamakan peksat, saya pun belum mencubanya lagi, tapi nampak macam sedap aje, kan.. Kat mana lokasi kedai makan nie..? Kat sini..
Kedai ini terletak di belakang hospital Ampang, so awak boleh try la makan kat sini.. Walaupun kedai nie kecil saja tapi makanan dia pun boleh tahan sedapnya, contohnya hotdog yang kami makan tue..
So inilah, kisah lalu semasa menyambut hari lahir saya.. Bukan hadiah yang didambakan tapi kasih sayang yang menjadi keutamaan... Saya sayang semua orang dan terima kasih pada sesiapa yang wish birthday saya yang lalu... Saya doakan agar kita semua diberkati oleh Allah dan dimurahkan rezeki..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons