Assalamualaikum wbt..
Wahh, baru perasan hari nie entri saya berkisarkan tentang perhubungan antara suami isteri, hihi harap-harap awak tak jemulah nak membacanya... So, topik kali nie adalah berkisarkan perbualan meningkatkan kebahagiaan...
Perbualan atau dalam bahasa pasar berborak-borak, perkara yang kecil nie selalunya kurang diberi perhatian dan di sebaliknya perkara kecil nie sebenarnya memberi erti lebih besar dan mampu untuk menambah kasih sayang antara pasangan yang berkahwin..
Dalam perhubungan suami isteri, mengadakan majlis sambutan hari lahir ataupun ulangtahun perkahwinan secara besar-besaran tidaklah penting tetapi sebaliknya luahan penghargaan dengan cara melakukan pelbagai perkara kecil secara berterusan sudah cukup membahagiakan pasangan kita.
Mungkin ungkapan 'terima kasih' setiap kali orang tersayang melakukan sesuatu adalah perkara yang remeh tapi perkataan itulah sebenarnya memberi kesan yang amat mendalam dan rasa dihargai. Ianya satu bonus bagi pasangan yang memberi layanan yang baik disusuli dengan rasa hormat terhadap pasangan dan ahli keluarganya tanpa mengira hari telah mewujudkan rasa sayang dan seterusnya mengekalkan keharmonian hidup berumahtangga.
Bercakap dengan intonasi yang lembut setiap kali berbual ataupun meluahkan rasa tak puas hati terhadap sesuatu perkara juga boleh menyelesaikan banyak masalah dengan lancar. Hidup berpasangan memerlukan kesediaan seseorang untuk mengenepikan perasaan ego dan emosi yang melampau demi menjaga keharmonian perhubungan.
Menurut satu kajian OnePoll.com yang dijalankan di Amerika antara rahsia kebahagiaan rumah tangga adalah kesanggupan pasangan mencari masa untuk dihabiskan bersama. Kajian juga dijalankan membabitkan 1000 pasangan di negara itu menunjukkan langkah kecil seperti perbualan mampu meningkatkan kebahagian suami isteri. Kajian juga mendapati komitmen yang tinggi dan usaha membahagiakan pasangan itu amat perlu demi memastikan perkahwinan kekal harmoni.
Saya nak bagi tips yang boleh kita amalkan demi menjaga keharmonian rumah tangga...Antara tips yang boleh amalkan adalah :-
💟 Tak lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan melakukan sesuatu biarpun sekecil mana perkara tue.
💟 Berkongsi minat atau hobi yang sama.
💟 Ambik masa untuk bercuti, menonton wayang bersama-sama ataupun makan hanya berdua.
💟 Menerima kekurangan pasangan
💟 Mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan
💟 Bersedia meminta maaf dan memaafkan
💟 Sedia untuk bersama-sama mengharungi kesusahan atau masalah
💟 Menjadi penyokong kuat pada pasangan
💟 Komited kepada pasangan dan cuba membahagiakannya sebaik mungkin
💟 Memeluk pasangan ketika gembira atau berduka akan merapatkan perhubungan awak.
💟 Tak lupa untuk menghubungi pasangan setiap hari biarpun sesibuk mana urusan kita seharian.
💟 Memberi ruang kepada pasangan untuk bertemu dengan rakan atau melakukan aktiviti yang digemarinya. Jangan mengongkong pasangan awak kerana ia akan menimbulkan perasaan marah dan tertekan.
💟 Berani meluahkan rasa tak puas hati dan berbincanglah mengenai masalah itu dengan cara baik serta carilah penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul.
💟 Bersikap jujur dan menghormati pasangan
💟 Berlemah lembut terhadap pasangan dan bercakap dalam nada kasih sayang.
💟 Memanggil pasangan dengan panggilan yang membuatkannya rasa dihargai serta disayangi.
💟 Tidak mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun atau panggilan kasar yang akan mengguris hati.
💟 Melakukan sesuatu yang boleh membuatkan pasangan awak tersenyum atau ketawa bersama-sama.
💟 Apabila timbul perasaan marah, cuba elakkannya daripada berkata-kata, sebaliknya tenangkanlah diri terlebih dulu sebelum berbincang.
💟 Selalulah luahkan rasa sayang kepada pasangan atau lakukanlah kejutan yang bermakna pada pasangan awak.
sgt2 setuju
ReplyDeleteTips yg sgt baik utk di praktikan.
ReplyDeletesetuju.. Nice sharing shikin.. ;)
ReplyDeletePasangan dulu2 banyak mengamalkan tips ni kan..tu semua bahagia sampai tua. Saya datang belajar untuk masa depan, hehehehe.
ReplyDeletesangat setuju dgn entri ni.. bagi ju sdiri yep mmg btl komunikasi sgt mbantu dlm mbantu mgeratkan lagi phubungan antara suami isteri =)
ReplyDeleteNice tips ... mcm mrs pip, biasanya pillow talk sebelum tidur ...
ReplyDeleteBetul tu, aniveseri besar2ran tak oenting. I never did that but we were happy until her last day.
ReplyDeleteThank you for sharing this.
Nice sharing kak shikin. Tips ni bukan berguna untuk pasangan baru kawin je yang dah lama pun boleh juga guna tips ni
ReplyDeletesetuju sangat. Magic words macam Terima kasih, Minta maaf dengan ILY memang perlu dalam seharian. :D
ReplyDeleteterima kasih atas tips yang bagus ni...
ReplyDelete