Teh hijau - rahsia kecantikan

Wednesday, August 09, 2017

Image result for green tea

Assalamualaikum wbt..
Awak tau tak teh hijau merupakan salah satu daripada tiga jenis teh yang sangat popular dalam dunia nie.. Teh hijau sering dikaitkan dengan negara Jepun di mana rakyat Jepun menjadikan teh hijau nie sebagai minuman utama mereka selepas air kosong.

Walaupun baunya agak payau dan mempunyai rasa yang pahit, teh hijau mengandungi kafein yang rendah dan anti oksida semula jadi yang sangat kuat yang dipanggil polifenol. Anti oksida jenis nie bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, kulit dan rambut, tetapi ianya dapat membantu mencegah pertumbuhan sel kanser.

Apa yang kita ketahui selama nie, teh hijau bermanfaat untuk menurunkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme dalam tubuh yang membuat kalori lebih banyak terbakar. Tapi awak tau tak, ada banyak lagi rahsia kecantikan di sebalik teh hijau nie.. Nak tahu rahsianya...? Jom..

Menghilangkan bau mulut
Teh hijau merupakan bahan herbal yang bersifat anti septik yang boleh mencegah mikroba penyebab bau mulut. Cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bau mulut adalah dengan menuangkan satu cawan air mendidih pada bekas yang berisi 100 gram daun teh hijau. Biarkan selama 30 minit. Ambil satu sudu baking soda dan campurkannya dengan teh hijau tersebut. Gunakan ini sebagai ubat gigi bagi menghilangkan bau mulut.

Kuku menjadi lebih kuat dan berkilat
Teh hijau merupakan zat yang boleh membuatkan kuku menjadi lebih sihat dan kuat. Untuk menghilangkan kekuningan pada kuku, rendamkan kuku seminggu sekali dengan menggunakan teh hijau. Insha Allah, lama kelamaan kuku menjadi lebih kuat dan berkilat setelah diamalkan selama beberapa minggu. Awak juga boleh menggunakan minyak pati teh hijau untuk bahagian luar. Caranya adalah dengan memberikan setitis renjisan air teh hijau untuk setiap kuku pada satu atau dua kali seminggu. Cara ini adalah untuk mengatasi masalah kuku yang rapuh.

Mencegah rambut beruban dan menyuburkan rambut
Penyelidikan yang dilakukan oleh seorang pengkaji dari National University College Of Medicine, Korea telah menemui epigallocatechin-3-gallat yang terkandung dalam teh hijau. Ia boleh meningkatkan kesuburan rambut, selain itu ia juga dapat meningkatkan metabolisme yang boleh merangsang pertumbuhan rambut. Manfaat yang lain adalah awak dapat mencegah uban dengan cara mencampurkan daun teh hijau dengan air mendidih dan dibiarkan selama sehari semalam. Pada hari esoknya, air campuran itu boleh digunakan untuk membasahi rambut seperti memakai tonik.

Image result for green tea

Penyegar wajah
Teh hijau boleh menjadi penyegar wajah setelah seharian bekerja di mana kulit kita terdedah dengan pancaran sinaran matahari UV. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan merendam 100 gram daun teh ke dalam setengah liter air mineral pada suhu sederhana selama satu jam. Kemudian ditukarkan ke dalam bekas yang bersih dan seterusnya boleh disemburkan ke wajah sebagai penyegar.

Mengatasi mata panda
Kurang tidur adalah penyebab wujudnya lingkaran bawah mata ataupun mata menjadi bengkak. Masalah mata panda ini boleh diatasi dengan menggunakan kandungan yang terdapat dalam teh hijau, iaitu tanin. Gunakan bekas uncang teh hijau yang sudah direndam. Kemudian letakkan uncang teh hijau tersebut di atas mata yang tertutup selama 20 minit. Kandungan tanin boleh membantu mengurangkan bengkak dan mengembalikan kesegaran kulit di sekitar mata.

Mengatasi masalah jerawat
Teh hijau mengandungi bahan anti septik, anti keradangan dan anti bakteria. Ketiga-tiga bahan ini mampu dan berkesan untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan munculnya jerawat dan menyembuhkan kulit secepatnya. Selain itu, ia juga amat sesuai untuk mengurangkan lemak berlebihan yang menutupi liang-liang terbuka pada wajah dan boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.



4 comments

  1. Dah lama x pekena teh hijau ni. Nak carilah teh ren tea kat tesxo

    ReplyDelete
  2. banyaknya manfaat teh hijau ni..kena amalkan minum teh hijau selalu ni

    ReplyDelete
  3. Orang nak kurus pun minum tea hijau ni kan. Banyak lagi rupanya khasiat dia.

    ReplyDelete
  4. Hoh byknye kebaikan teh hijau.. Kuku boleh jd cantik tu.. kene try ni...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧