Welcome August...

Friday, August 04, 2017

Related image

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma..! Diharapkan semua dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria selalu, walaupun jika ketika ini kita mempunyai masalah.. Percayalah, segala masalah dapat diselesaikan dengan berkat doa kita semasa solat subuh tadi.. 

Pejam celik kita dah masuk bulan Ogos dah kan.. Mintak maaf suma sebab agak lama saya menyepi, dua ke tiga hari nie sibuk sikit, nak citer kat awak la nie.. Kelmarin dan semalam, JBPM telah mengadakan audit dalaman kedua untuk amalan 5S, dan awak lebih maklum yang saya adalah salah sorang auditornya.. Niepun sambil menulis jurnal, saya tengah buat report untuk laporan audit.. Pening jugak kepala sebab dok pikir berapa markah yang patut diberikan pada zon yang diaudit.. 

Hari nie saya nak citer dua kisah yang berlaku beberapa hari nie.. Kisah pertama, kisah yang berlaku pada hari Jumaat lepas, iaitu pada 28hb Julai.. Kisah satu hari di hari raya masih berlaku di JBPM dan kali nie bahagian kami yang menganjurkannya, iaitu Bahagian Pengurusan yang melibatkan empat cawangan, Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan dan Teknologi Maklumat.. Bukan tue aje, Unit Integriti pun join sekali dalam majlis hari raya nie kerana unit nie ditempatkan di dalam kawasan Cawangan Pentadbiran, dah alang-alang nak buat majlis kan, diorang pun join sekali.. 

Majlis kami bermula pada pukul 11 pagi tapi hari Jumaat tue, memang kami semua sibuk mempersiapkan majlis agar berjalan dengan lancar.. Sebenarnya hari Jumaat tue boleh dikatakan hari keluarga Bahagian Pengurusan, sebab sebelah pagi memang diadakan majlis berhari raya dan sebelah petangnya pulak, ada acara bertukar hadiah antara staf dan pertandingan staf yang paling sporting.. Pengarah Pengurusan kami memberi arahan kepada empat cawangan ini menghidangkan pelbagai jenis makanan.. Untuk Cawangan Pentadbiran, kami perlu sediakan satey sebanyak 800 cucuk untuk satey ayam dan daging, 600 mangkuk Cendol Songkok Tinggi yang didatangkan khas dari Seremban, serta pelbagai jenis brownies... Saya pun sebenarnya ada sumbangkan sikit makanan untuk dihidangkan para tetamu.. Apakah hidangannya..? Hihi nanti saya tunjukkan gambarnya... Kat bawah nie saya tunjukkan awak perjalanan majlis berhari raya bersama Bahagian Pengurusan.. Ooo, lupa nak bagitau, majlis kami nie bertemakan kembali ke desa, jadi pakaian kami kebanyakannya berbaju kurung Kedah dan yang paling penting, staf wanita di Cawangan Pentadbiran diwajibkan berkain batik.. Hihihi

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

Mesti awak pelik kan, kenapa saya tak berbaju kurung Kedah..? Sebenarnya masa tue, staf Cawangan Pentadbiran ada call saya untuk pembelian kain bagi membuat baju kurung Kedah tapi saya nie cerewet sikit dengan tukang jahit yang tak berapa pandai nak ukur baju di badan saya dan penah terkena dengan beberapa orang tukang jahit yang selalu salah ukur baju saya membuatkan saya berasa serik untuk mengupah baju.. Sebelum nie baju-baju kurung dijahit oleh ummie saya dan sehingga sekarang saya masih lagi belum menguasai ilmu jahitan kerana tak minat untuk menjahit..  Tapi kiranya ikut tema jugaklah sebab berkain batik..

Saya nak kongsikan gambar semasa majlis tue berlangsung.. Yang nie sesi pagi punya.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

Masa nie kami suma tengah mengopek buah nangka untuk dihidangkan pada tetamu, hihi jahatnya kami masa nie adalah, sambil kopek sambil masuk dalam mulut... Awak jangan tiru gelagat kami tau...

http://starlavenderluna.blogspot.my

Inilah antara hidangan kami untuk para tetamu... 

http://starlavenderluna.blogspot.my


http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my




Inilah menu yang sempat tuan rumah makan.. hihihi, tak larat weyhh, banyak sangat pilihannya, sampaikan tak tahu mana satu nak makan, tuepun ambik sikit-sikit, jea, nak rasalah kononnya, tapi bak kata orang, sikit-skit lama-lama jadi kenyang.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

Inilah tetamu kehormat kami, terima kasih pada YAS Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato' Hj. Soiman Bin Jahid, TKP (Operasi), YAS Dato' Hj. Amer Bin Hj. Yusof TKP (Pembangunan), dan YS PKP Bahagian di atas kesudian Datuk / Dato' / Tuan / Puan ke majlis kami...

http://starlavenderluna.blogspot.my



Haa, awak ingat tak tadi saya cakap saya ada sumbangkan sikit makanan untuk dihidangkan pada tetamu.. Inilah dia sumbangannya, pulut kuning hiasan dengan itik.. Comel kan... Awak tau, disebabkan pulut nie comel sangat, ramai tetamu berasa sayang nak potong dan makan.. Hihihi.. Saya menempah pulut nie dengan sahabat saya Kak Hanifah Awang, memang sedap dia buat..

http://starlavenderluna.blogspot.my


http://starlavenderluna.blogspot.my


Okey, itu adalah acara sesi pagi dari Bahagian Pengurusan.. Dan inilah acara untuk sesi petang, bersantai-santai dengan Pengarah Pengurusan.. Dari awal penceritaan nie saya ada bagitau yang kami ada sesi bertukar hadiah, kan.. Macam-macam ada yang kami dapat.. Selain dari tue, kitorang ada buat pertandingan siapa yang paling sporting.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

http://starlavenderluna.blogspot.my

Yeayy.. Inilah hadiah yang saya dapat.. Cute tak...? Hihi terima kasih pada orang yang memberi, memang comel sangat sampaikan hubby jealous sebab dia tak bagi teddy bear kat wife dia.. Padan muka, sapa suruh lupa nak bagi, kan..kan.. 

Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM

Inilah acara pertandingan siapa yang paling sporting.. 


Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM


Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM

Antara calon-calon finalis yang paling sporting..

Dan pemenangnya adalah Kak June dari Cawangan Pentadbiran dan Encik Mohd Marzi Mahmud dari Cawangan Sumber Manusia.. Diorang memang paling sporting....

Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM

Encik Aidi Azli merangkap Pengarah Pengurusan kami sedang memberi hadiah khas untuk para peragawan dan peragawati paling sporting nie.. 

Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM

Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM

Yang berbaju melayu merah tue adalah bos cawangan Pentadbiran merangkap bos kami jugak, Encik Jamaluddin Othman.. Yang berselempang kain batik tue adalah bos kedua kami merangkap 'ayahanda' kami, Encik Alias Mohd Ghani.. Yang lain-lain tue adalah abam2 bomba.. Hihihi Sorry girls, these guys are not available.. Sumanya dah berpunya... 

Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM

Majlis hari raya Bahagian Pengurusan, JBPM


Inilah majlis anjuran Bahagian Pengurusan.. Jaa nee...

14 comments

  1. mcm sedap je pulut kuning tu hihi

    ha'ah tak terasa kan dah masuk bulan August dah

    ReplyDelete
  2. Wahhh meriahnya....tapi betul la kejap jer masa berlalu kan =)

    ReplyDelete
  3. Meriahnya...bab makan tu mmg awesome, semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. alamak lapar pulak bila tengok banyak sangat gambar makanan! craving for cheese tart!!!

    ReplyDelete
  5. comel- comel dan semua sporting...wah dapat lucky draw..seronok tu..

    ReplyDelete
  6. Happening ya Majlis. Cantik semua bermain batik Dan Berbaju purple. Ada buah durian yg x tahan tu

    ReplyDelete
  7. Alahaiiii... Comel sangat pulut itik tu...

    ReplyDelete
  8. menarik nyer syikin.
    yg 3 kuali besar goreng-goreng tu yg terbaik!
    then buah2an nyer aduhai. semua happening lah!

    ReplyDelete
  9. Meriahnyaa.ala SR kalau tak pakai baju kurung kedah tue ..sambutannya tetap meriah jugak .betul kata SR , CCL setuju .. kalalau si tailor salah ukur baju memang bad moodkan .

    ReplyDelete
  10. Siqah agak particular bab tukang jahit ni. Sekarang masih tak jumpa tukang jahit yang kena dengan taste diri. Huhu

    ReplyDelete
  11. Bagus jugak konsepnya kan, memajukan kembali baju melayu.. Makanan dia pulak buat lapar. haha

    ReplyDelete
  12. Pantang tengok makanan ni... Terliurnya... Padahal bukan tak pernah makan pun..

    ReplyDelete
  13. Amboiii sakan makan naaaa.. Durian paling ohsemm!!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧