Assalamualaikum wbt...
Stres ataupun tekanan perasaan, sesiapapun tak kira tua ataupun muda, dewasa ataupun kanak-kanak akan mengalaminya.. Cuma apa yang kita alami tue samada berat ataupun ringan.. Ketika kita sedang mengalami stres, kita memerlukan rangsangan pada pancaindera untuk menimbulkan rasa lebih santai dan menenangkan. Mengambil ubat-ubatan bukanlah jalan yang mudah untuk menghilangkan stres, malah jika salah ambik ubat, sebenarnya ianya boleh menambahkan stres dalam diri kita..
Contoh rangsangan pada pancaindera yang boleh kita lakukan adalah mengambil makanan yang manis, melihat sesuatu yang mendamaikan ataupun mencium bauan aroma.. Salah satu ubat yang boleh menghilangkan stres adalah aromaterapi yang dipercayai mempunyai banyak faedah yang bukan saja menenangkan, malah ianya dapat menyegarkan kita dan fikiran menjadi tenang. Ada satu kajian yang dah dibuat mendapati aromaterapi mempunyai kesan pada gelombang otak dan bauan dari aromaterapi nie dapat mengurangkan perilaku agresif seseorang..
Ada beberapa bauan aromaterapi yang boleh awak pilih dan ianya dah semestinya daripada alam semula jadi.. Antaranya :-
Lavender - Bukan saja dapat menghalau nyamuk, tetapi bau lavender nie boleh membuatkan perasaan kita menjadi lebih tenang. Salah satu penelitian menunjukkan wangian ini memberi kesan relaks pada seseorang. Malahan, ianya dapat menenangkan bayi dan sesuai digunakan pada waktu malam ketika ingin tidur. Aroma lavender ini dikatakan mampu membantu meredakan sakit kepala, insomnia, depresi dan mengembalikan semangat selepas seharian bekerja.
Rosemary - Aroma ini berkait rapat dengan perasaan bahagia dan mampu menurunkan kadar kortisol. Ia terbukti mempengaruhi prestasi dan suasana hari. Jadi ianya sesuai untuk digunakan di tempat kerja.
Chamomile - Bunga ini terkenal sebagai aromatik yang mampu menenangkan. Ia juga banyak digunakan sebagai minyak wangi ataupun campuran minuman, contohnya dalam teh..
Bunga Kemboja - Bunga ini mempunyai aroma yang segar dan tenang. Kebanyakan wangian ini digunakan di dalam spa dan sesuai dijadikan aroma untuk lulur.
Coklat - Apabila mencium wangian coklat, kita seolah-olah ingin memakannya. Sebab itulah aroma coklat mampu menenangkan. Bahkan, pengambilan coklat yang agak pahit dapat membantu awak untuk menjadi lebih tenang dan selesa untuk relaks..
Lemon - Aroma ini amat segar dan mampu memberikan kesan anti depresi. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki mood menjadi lebih baik.
Serai - Biasanya serai digunakan untuk masakan dan kerap jugak digunakan untuk anti-bakteria.Aroma herba campuran serai dengan tanaman herba yang lain boleh membantu memberikan terapi selepas seharian sibuk bekerja.
Melati - Ia adalah bunga yang harum dan mampu meningkatkan keyakinan dan rasa percaya pada diri sehingga merapatkan hubungan dan menguatkan perasaan cinta dengan pasangan kita. Aroma bunga melati mampu merangsang otak untuk menjadi lebih tenang.
Mawar - Ia turut dikaitkan sebagai simbol cinta. Tenaga yang dimiliki oleh mawar ini menguatkan rasa cinta dan haruman mawar berfungsi membersihkan tenaga negatif dan racun dalam badan.
Anggerik - Selain ianya cantik, bunga ini mempunyai wangian yang semerbak dan sesuai diletakkan di dalam bilik tidur. Ini kerana ia membantu mengimbangkan tenaga ketika kita tidur. Malah, bunga anggerik mengutamakan rasa cinta dan romantik di dalam rumah.
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi awak...! Pagi nie saya nak berkongsi sikit tips camne nak pilih ikan segar yang berada di pasar basah mahupun pasaraya, sebab mungkin ada di kalangan kita yang kadangkala tak perasan yang ikan tue mungkin dah lembik dan rosak.. Bak kata orang, selagi ada ilmu, selagi itulah kita perlu pelajari ilmu itu, asalnya ianya tak melanggar etika kemanusiaan...
Kita seharusnya bijak dalam membuat pemilihan ikan yang segar sebab jarang sangat peniaga akan membantu kita memilih ikan yang baik dan segar... Cuba kita bayangkan, dek kerana harga yang murah, kita terbeli ikan yang mungkin dah lembik, bila digoreng isinya akan melekat dan hancur di dalam kuali.. Jadi, camne nak pilih ikan yang segar nie..? Jawapannya ada di bawah...
🐟Pilih isi ikan yang pejal - Jika dilihat dengan mata kasar, awak akan dapat mengagak isinya pejal dan segar dengan menekan isi tue dengan jari dan cuba lihat isinya jika ianya melantun semula.. Kalu dah melantun tue, maknanya segarlah ikan tue..
🐟Mata ikan bersinar - Nak pilih ikan, kena tengok mata ikan.. Kalu matanya kelihatan jernih, memiliki mata yang penuh (maksudnya takde lompong ataupun lubang), agak menonjol dan bersinar, jadi ikan yang dipilih tue adalah ikan segar.. Jika matanya nampak kusam dan berwarna merah, tak payahlah ambik untuk santapan makanan (kecuali kalu awak nak rebus ikan untuk diberikan pada kucing peliharaan)..
🐟Guna deria hidung - Kalu nak tahu ikan segar ke tak, cuba awak bau ikan tue.. Jika ikan tue masih ada bau-bauan laut, itu tandanya ikan itu masih baru dan segar. Tapi kenalah pandai bezakan antara bau laut dengan bau hanyir ikan..
🐟Insang yang tidak kecut - Yang nie awak perlukan sikit masa untuk membelek insang di bahagian dalam ikan. Jika insang tue berwarna merah ataupun pink, basah dan tak kecut, ianya menandakan ikan itu masih segar. Ikan yang segar amat mudah untuk dibuang di bahagian insang.
🐟Kulit ikan tak kecut - Walaupun ikan tue dah disimpan dalam peti sejuk, ikan yang segar akan masih mempunyai kulit yang bersinar dan warna kulit adalah terang dan cerah serta masih melekat dengan daging. Jika kulitnya dah kendur, jangan pilih ikan tue walaupun harganya sangat murah. Jika jenis yang bersisik pulak, sekiranya sisiknya masih melekat pada kulit, bermakna ikan tue segar.
🐟Sirip masih kuat - Sirip nie masih kuat melekat pada kulit dan ianya tak layu ataupun tercabut.Selain tue, awak kena pastikan yang isi ikan tak terkoyak terutama di bahagia perut, tak cepat pecah dan mengeluarkan darah. Jika ada ciri-ciri nie, ikan tue sememangnya dah tak segar..
Jadi, sekarang, awak dah tau kan camne nak pilih ikan yang segar, baru sedap dimakan, betul tak..?
Assalamualaikum wbt..
Hihi baru perasan, hari nie entri saya berkisarkan dunia lelaki jea, kan...Takpelah, baru nampak seimbang dengan entri dunia wanita, nanti orang kata saya nie berat sebelah pulak kan.. Saya ada terjumpa satu artikel menarik untuk dikongsikan dengan abang-abang dan adik-adik, mungkin kakak-kakak ataupun adik-adik boleh bagitau pada suami atau mahram dia, kan..
Fesyen.. Perkataan nie memang sinonim sangat dengan kaum wanita tapi pada zaman yang serba canggih nie, kaum lelaki jugak dah pandai berfesyen, contohnya macam David Beckham ataupun Awal Ashaari... Tapi ada jugak antara kita nie gemar mengikut fesyen dan gaya orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri. Bukanlah kita takleh ikut fesyen semasa tapi bila ada kesilapan dalam memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk fizikal membuatkan ada di antara memberi komen yang pedas dan memedihkan.. Mesti sakit telinga kita mendengarnya kan..
Tips yang saya nak kongsikan nie adalah untuk lelaki yang berketinggian rendah, supaya orang lain akan nampak, walaupun rendah tapi nampak handsome dan rapi jika bijak bergaya... Jom kita selidik..
👔Corak menegak bersaiz kecil - Awak tak perlu memakai sut untuk kelihatan segak. Bju t-shirt jika kena dengan si pemakainya juga dah cukup untuk menyerlahkan gaya seseorang. Namun jika ingin memakai sut, awak perlu memilih corak menegak yang bersaiz kecil.
👔Pilih saiz ikut badan - Jangan pilih baju yang terlalu kecil untuk saiz badan awak. Sebaliknya, pilih saiz baju yang sesuai dengan badan awak dan nampak sedikit longgar. Kalau awak pilih baju yang terlalu ketat nanti badan awak akan nampak menjadi halus, dok comey kata orang Tranu...
👔Aksesori - Pilih aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang dengan memilih sedikit kecil. Gunakan skinny tie untuk tampil meriah dengan gaya awak.
👔Seterika seluar - Pastikan seluar awak diseterika kerana bagi lelaki yang berketinggian rendah bila pakai seluar yang tak diseterika akan menyebabkan bentuk fizikalnya kurang menarik dan nampak tak terurus.
👔Pilih jaket yang sesuai - Pilih sehelai jaket yang mempunyai 1 ataupun 2 butang sahaja untuk bermain dengan mata orang di sekeliling. Jadi awak akan dapat menutup keadaan fizikal awak dan berjalanlah dengan yakinnya.
👔Elak pakai kasut bertapak tinggi - Awak perlu elakkan memilih dan memakai kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tak membantu tapi sebaliknya membuatkan orang sekelilng asyik terpandang kasut awak sehinggalah awak akan menjadi tak selesa bila jadi tumpuan orang.
👔Jangan beli baju saiz besar - Awak perlu mengelak untuk membeli pakaian yang bersaiz besar dan terlalu longgar. Ia bukannya membantu awak untuk nampak lebih besar tapi hakikat yang sebenar ianya membuatkan awak lebih kecil dan kelihatan seperti kanak-kanak.
👔Hindarkan warna terang - Elakkan mengenakan pakaian yang berwarna terang kerana ia menampakkan fizikal awak yang rendah tue dengan lebih ketara lagi.
Semoga ianya memberi manfaat..
Assalamualaikum wbt..
Salam zohor dan selamat menjamu selera untuk hidangan tengahari.. Selalunya kan, bila nasi sejuk kita akan membuat nasi goreng.. Pelbagai hidangan nasi goreng boleh dibuat seperti nasi goreng pattaya ke nasi goreng kampung ke ataupun nasi goreng cili api...
Tapi awak tau tak ada cara lain lagi untuk menvariasikan lagi nasi sejuk nie... Nak tahu apakah cara lain.. Jom.. Nanti boleh la try, so takdelah family dok mengadap nasi goreng jea kan.. hihi
1) Roti nasi
Bagi sesiapa yang suka membuat roti, boleh cuba dengan resipi roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang sama seperti roti biasa. Ada yis, air suam, gula, susu pekat, tepung gandum, planta namun ada pertambahan sikit dalam ramuan nie, iaitu sedikit kisaran nasi di dalamnya. Campurkan semua bahan menjadi adunan dan rehatkan seketika adunan sebelum dibentuk mengikut cita rasa. Roti ini sangat gebu dan enak, sesuai sangat untuk dinikmati bersama jem dan kaya ataupun dicicah dengan air kopi..
2) Apam
Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba dengan menggunakan nasi sejuk. Ada yang dipanggil orang sebagai apam beras tapi ada juga orang panggil dia apam nasi. Sebenarnya kedua-dua nama nie merujuk kepada hidangan yang sama. Bahan-bahannya seperti nasi sejuk, air, gula pasir, yis , tepung beras dan tepung gandum. Campur kesemua bahan dan kacau untuk menjadi adunan dan perap adunan nie seketika. Kemudian bolehlah dikukus dalam acuan apam.
3) Bubur
Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi sejuk dengan air ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama dengan hidangan yang lain seperti telur itik yang direbus ataupun bersama dengan daging bakar.
4) Bahan salutan
Jangan tak percaya nasi sejuk juga boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perl awak buat adalah, keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar sehingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bahan salutan ini sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.
5) Keropok
Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menjadi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng di dalam minyak yang panas sehingga kembang. Tapi jika nasi yang dijemur tue tak betul² kering, keropok nie takkan mendapat hasil seperti yang diinginkan.
6) Lempeng
Makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang ataupun kelapa. Apa kata kita ubah cara tradisional nie, dengan memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar halus dan adun seperti biasa. Awak hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum, air, garam dan minyak untuk menggoreng. Adun dan masak seperti biasa. Sedap tau dimakan dengan sambal tumis ataupun kari..
Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt..
Ada cerita pelik tapi ianya memang wujud... Tengok pada tajuk entri macam tak percaya kan... Nak tengok gambarnya..?
Sumber gambar : Google Images |
Dikatakan sepasang suami isteri dari Sao Paolo, Brazil telah berjaya menemui sejenis spesis cicak yang amat unik dan warna cicak nie lebih mirip pada karakter superhero Spiderman.. Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra berada di lokasi yang berhampiran dengan sebatang anak sungai yang dikenali penduduk tempatan, Rongai River.
Pasangan ini bekerja dalam bidang fotografi dan mereka masa tue sedang membuat tugasan di lokasi tersebut. Masa Cassio sedang asyik mengambil gambar, dia terkejut dengan panggilan isterinya macam seolah-olah berjumpa dengan sesuatu yang pelik. Cassio pun bergegas ke tempat isterinya dan bila tiba di sebuah batu besar tebing sungai, dia terperanjat dan kagum selepas melihat sejenis spesis cicak yang amat unik sekali. Cicak nie mempunyai warna merah di bahagian dada, manakala pada bahagian lengan sehingga kaki pula berwarna biru, persis watak Spiderman.
Tengok..! Sama kan dengan kostum Spiderman.. Kuasa Allah melebihi segala-galanya, Subhanallah..!
Assalamualaikum wbt..
Kasut adalah pelengkap kesempurnaan pada orang perempuan mahupun lelaki. Seperti tak mahu menyerah kalah pada golongan wanita, orang lelaki di zaman sekarang nie dah mula bijak bergaya dan menampilkan fesyen mereka. Kalau dulu, hanya golongan wanita saja yang pandai padankan jenis baju dan aksesori lain tapi zaman sekarang lelaki pun dah pandai berbuat demikian.
Tapi dalam masa yang sama, janganlah pulak kita menjadi mangsa fesyen dengan menggayakan sesuatu fesyen yang tak sesuai dengan umur, camtulah dengan kasut. Saya nak berkongsi dengan awak terutama abang-abang dan adik-adik di luar sana dalam pemilihan kasut yang bersesuaian.
👞Dress shoes - Kasut ini sering kali digunakan ketika adanya majlis formal seperti majlis makan malam dan graduasi. Selain daripada majlis formal, kasut ini jugak selalu dipakai ketika berada di pejabat. Kasut ini ada pelbagai jenis, ada yang muncung ke hadapan dan orang lelaki selalu memakai kasut ini dengan seluar slack fit.
👞 Sneakers - Kasut jenis nie sesuai digayakan ketika berjalan di pusat membeli belah dan kebanyakan lelaki mesti ada menyimpan lebih dari sepasang kasut jenis nie. Sneakers seringkali menjadi pilihan lelaki kerana jenisnya yang ringkas. Jadi ianya tak menjadi kesalahan untuk melabur duit pada kasut jenis ini kerana dah sah-sah awak akan pakai kasut nie sehingga lusuh.
👞Loafers - Tak ramai lelaki yang memilih dan memakai kasut jenis nie kerana sneakers menjadi pilihan utama lelaki. Tetapi bagi lelaki urban, loafers menjadi pilihan wajib mereka. Apatah lagi ianya dipakai dengan seluar pendek paras lutut. Loafers ini memang seperti dress shoes tapi rekaannya lebih ringkas. Loafers ini memang direka untuk dipakai setiap hari.
👞Moccasins - Kasut jenis ini pula adalah kasut terakhir yang berada dalam kategori casual shoes. Terdapat dua jenis kasut moccasins, yang pertama ianya diperbuat dari kain ringan dan lebut sementara satu jenis lagi diperbuat dari bahan material yang lebih keras.
👞Running shoes - Kasut jenis ini selalu digunakan sebagai kasut harian kerana senang bergerak terutama dalam keadaan mengejar masa seperti mahu cepat menaiki tren hingga memaksa kita untuk berlari. Oleh itu, kasut jenis ini amat sesuai. Ditambah pula dengan fesyen sekarang yang menggunakan warna terang sebagai daya penarik memang ramai lelaki yang memilih warna terang seperti warna orang, hijau dan juga kuning.
👞Basketball shoes - Pada mulanya kasut ini dicetuskan oleh penyanyi Justin Bieber, selepas menjadi tular daripada selebriti tersebut, sehingga kini kasut jenis ini menjadi ikutan ramai. Rekaannya sedikit meninggi di bahagian atas buku lali menyerlahkan lagi gaya si pemakai.
Semoga tips yang diberikan memberi manfaat pada orang lelaki dalam pemilihan kasut..
Assalamualaikum wbt..
Setiap pasangan ataupun seseorang mesti ada masalah sebab tanpanya hidup kita akan menjadi sunyi ataupun hilang semangat. Tapi adakalanya masalah ini menjadi penyeri dalam rumah tangga kita cuma janganlah biarkan masalah rumah tangga ini berpanjangan tanpa ada penyelesaian sebab bimbang masalah yang tak selesai nie boleh membawa keruntuhan rumah tangga..
Dalam kehidupan berumah tangga nie, hubungan suami isteri akan menjadi goyah bila ada sikap ataupun personaliti yang bermasalah sehingga mengundang kepada amalan cara hidup yang negatif, hati kita nie penuh dengan perasaan amarah dan dendam. Antara sikap-sikap negatif yang perlu dielakkan dalam rumah tangga adalah :
1) Terburu-buru
Ada di kalangan suami atau isteri yang bersikap terburu-buru mahupun hasil kejayaan yang cepat tanpa berfikir panjang mengenai baik atau buruk sesuatu tindakan. Suami atau isteri yang jenis ini adalah sangat lemah daripada segi kesabaran dan pengawalan diri.
2) Tiada matlamat yang jelas
Suami atau isteri yang mempunyai kecenderungan bagi memikirkan atau menyatakan tentang sesuatu tanpa berusaha mencari dan mengumpul maklumat tepat dan lengkap. Akibatnya mereka mudah terdedah kepada kehidupan berkeluarga yang membosankan.
3) Pentingkan diri sendiri
Ada suami atau isteri yang bersikap mementingkan diri sendiri, misalnya dari segi kewangan, makanan, kenderaan atau pakaian. Ia akan timbul krisis kepimpinan dan kewibawaan kepada tuan yang empunya diri.
4) Membandingkan dengan orang lain
Apabila suami atau isteri terlalu membanding potensi anak sendiri dengan anak-anak orang lain yang dikatakan lebih hebat, cemerlang, kuat dan terkenal, tanpa berfikir panjang secara adil dan rasional, maka akan menimbulkan isu anak hilang keyakinan diri dan rumah tangga menjadi tak bahagia. Jika keadaan ini berlaku, maka jadilah dia menjadi orang yang kebingungan, menekan dan punca kepada tekanan emosi kepada anak-anak mahupun pada pasangan masing-masing.
5) Tidak pandai membuat pilihan tepat
Kesukaran membuat pilihan atau keputusan adalah berpunca daripada kurang maklumat, kurang berilmu dan kurang pengalaman. Walhal, setiap cita-cita dan masalah mesti ditangani bermula dengan satu keputusan. Ada juga di kalangan suami atau isteri yang hidupnya bergantung dengan orang lain bagi membuat sesuatu keputusan. Misalnya soal pemilihan pakaian, makanan, barang keperluan rumah dan seumpamanya.
6) Salahkan orang lain dan takdir
Mengganggap diri masing-masing sempurna hingga menyalahkan orang lain sehingga sukar memperbetulkan kelemahan diri. Akibatnya, jika ada pasangan suami atau isteri yang bersikap sebegini, ia akan menyebabkan dirinya kelihatan tidak bertanggungjawab, tak matang, membosankan, takde kewibawaan dalam diri, seorang yang penakut dan tak cerdik.
7) Tiada matlamat hidup
Hidup suami atau isteri menjadi tak konsisten atau terumbang ambing kerana takde matlamat hidup. Apabila seseorang memiliki matlamat hidup, maka ia secara tak langsung akan menerbitkan nilai-nilai kendiri yang terpuji, misalnya menghargai masa, suka bekerja, sabar, berkarisam dan ada arah tujuan.
8) Sikap yang sentiasa berubah-ubah
Seseorang yang mempunyai sikap berubah-ubah akan kelihatan jiwa kacau. Ia boleh dilihat melalui ekspresi wajah yang sentiasa berkerut, tidak ceria, risau dan suram. Pandangan hidupnya akan menjadi kabur, mudah berasa bosan, dan sering mengalami krisis dalam keluarga.
9) Terlalu rigid
Di dalam rumah tangga, ada pasangan yang akan mudah marah sehingga sanggup mengamuk semata-mata contohnya, bantal di atas katil tak disusun dengan baik, pinggan mangkuk di dalam rak tak disusun mengikut saiz, susunan kasut dalam rak kasut tak disusun dengan baik ataupun berterabur, pemilihan warna langsir yang tak menepati seleranya dan sebagainya. Sikap yang terlalu rigid ataupun tegas tak bertempat dan ingin segala-galanya sempurna akan menjadikan seseorang itu sukar untuk dilayani dan digauli. Jika suami ataupun isteri mempunyai sikap sebegini, pasangannya perlu menjadi menghiburkan, mendamaikan dan sentiasa diperlukan oleh pasangan masing-masing walalu di mana dia berada.
10) Menilai pasangan dengan negatif
7 hari setiap hari kita tinggal sebumbung, barulah kita ketahui sikap pasangan masing-masing. Mungkin kita akan terkejut dengan sikap pasangan yang berpegang pada nilai suka kepada keadaan tandas yang kotor, bilik tidur yang berwarna gelap, meninggalkan najis di dalam tandas tanpa dipam, suka berdebat, suka cari gaduh dengan jiran, suka bercakap besar, tak suka untuk mendengar pandangan orang lain dan seumpamanya. Sikap inilah menjadi punca adanya pasangan yang bercerai setelah baru sebulan atau setahun ataupun sepuluh tahun berkahwin. Ia bergantung kepada sejauh mana tahap kesabaran dan daya tindak balas pasangan untuk membina dan menyelamatkan perkahwinan yang dibina.
11) Tidak pandai berkomunikasi dengan pasangan
Komunikasi berkesan bertitik tolak daripada sahsiah seseorang. Adapun nasib seseorang tak sama dalam bab jodoh, kerjaya dan rezeki. Namun, setiap kelemahan sikap seseorang pasangan boleh diubah dengan melalui proses pendidikan, pengaruh teladan, persekitaran dan niat diri sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik.
12) Sikap buruk sangka
Banyak masalah dalam keluarga berpunca daripada sikap pasangan masing-masing yang mungkin suka berprasangka buruk, suka lempar salah secara melulu, dan tak sabar dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang dihadapi dalam proses untuk membina keluarga yang bahagia. Misalnya, sikap seorang isteri yang suka bersangka buruk pada suaminya yang balik lewat daripada kerja, suka memeriksa telefon bimbit suami tanpa pengetahuannya dan sebagainya. Ada juga tingkah laku yang menimbulkan masalah dalam rumah tangga yang lain seperti sikap suka membazir, pengotor, malas untuk membantu @ membuat kerja rumah, terlalu kuat membebel dan suka memandang rendah pada kemampuan pasangan masing-masing.
13) Sukar untuk menerima kelemahan diri
Sikap suami atau isteri yang tak mahu menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri menyebabkan dia sukar untuk berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Tak mustahil pada masa depan sikap ini akan menimbulkan krisis komunikasi di antara mereka kelak.
14) Kurang kreatif dalam hubungan
Setiap pasangan suami atau isteri harus menjadi kreatif bagi mengukuh ikatan kasih sayang demi membina institusi sebuah keluarga yang bahagia. Contohnya berikanlah hadiah istimewa yang tak disangka oleh pasangan ataupun buat kejutan pada pasangan pada hari-hari yang penting seperti hari perkahwinan ataupun hari lahir pasangan itu.
15) Suka ungkit kisah lama
Apabila pasangan suami atau isteri itu dah berubah untuk menjadi lebih baik, maka jika ada pertengkaran, janganlah pula kita mengungkit perangai silamnya. Sikap suami atau isteri yang suka mengungkit kesilapan yang lalu akan menyebabkan pasangan menjadi rendah diri, hilang kepercayaan pada diri sendiri, mungkin jugak ada perasaan kecewa dan berdendam akibat sakit hati.
Jadi, suami isteri harus elakkan sikap sebegini demi membina sebuah keluarga yang bahagia. Warna-warna kehidupan berumah tangga akan menjadi pudar jika disirami dengan perkataan ataupun kata-kata negatif yang mengundang rasa sedih, meluat, kecewa, terkilan dan sebagainya.
Assalamualaikum wbt..
Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihdan di mana badan kita tak dapat lagi membantu untuk mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin. Cahaya matahari memancarkan cahaya yang membahayakan dengan gelombang yang tertentu seperti sinaran ultra violet (UV) terutamanya pada sekitar jam 10 pagi sehingga 5 petang.
Awak tau, dengan menggunakan sumber bahan alami yang berada di keliling kita, boleh merawat sunburn. Antaranya adalah :
🔍Mayonis - selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, awak sapu sikit mayonis pada kulit dan ianya akan memberi kesan kelegaan. Mayonis juga dikatakan mengandungi cuka yang membantu untuk mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan di dalam suhu yang sejuk bila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit kita.
🔍Tembikai - Kalu nak tahu, buah tembikai yang kita selalu makan tue boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari. Caranya adalah hiris nipis tembikai, lepas tue, tekan isi tembikai tue selama 20 mint pada wajah yang dah dibersihkan, kemudian bilas dengan air bersih. Tembikai mempunyai kandungan zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.
🔍Daun lidah buaya - Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Awak ambik lendir daun lidah buaya nie kemudian sapukan pada kulit wajah awak sambil urut dengan perlahan. Cuba amalkan setiap hari, pasti awak akan nampak kesannya yang memuaskan.
🔍Masker timun & susu tepung - Cara nak buat masker timun nie senang jea...Ambil beberapa biji timun kecil, kisar sehingga hancur. Seterusnya awak campurkan dengan 2 sudu susu tepung. Kacau campuran ini sehingga likat.. Bila dah likat, sapukan campuran ini ke kulit wajah dengan rata dan awak jadikan ianya seperti memakai masker. Khasiat timun dan susu tepung nie dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.
🔍Tomato - Cuci bersih tomato yang hendak digunakan, kemudian tomato tue dibelah dua. Awak gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ianya kering seketika kat wajah. Selepas 10 minit, cuci wajah awak dengan air yang bersih. Tomato nie dikatakan mempunyai agen penyejukkan sendiri.
Itu adalah cara rawatan sunburn dengan menggunakan sumber bahan alami. Ada cara tak nak elak daripada terkena sunburn..? Sebenarnya ada.. Saya nak kongsikan 6 cara yang mudah untuk mengelakkan kulit kita dari terkena sunburn.. So, apakah cara-caranya..?
1) Gunakan krim ataupun losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25 - UV50 untuk perlindungan yang maksimum.
2) Jika awak sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan membuatkan kulit kita menjadi lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
3) Penggunaan pakaian daripada kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan cuba elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap.
4) Jika awak berasa terlalu panas contohnya semasa berjalan-jalan di tepi pantai, awak perlu memakai topi ataupun payung.
5) Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah katarak.
6) Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.
Dan itulah cara camne nak elakkan daripada terkena sunburn..
Alhamdulillah, dah sampai dah hadiah Segmen Bloglist Jul-Aug by ceritaibu.com (hadiah misteri)
Monday, September 18, 2017
Assalamualaikum wbt..
Mintak maaflah, sepatutnya entri nie dah keluar pada hari Jumaat lepas tapi disebabkan kekangan masa yang terhad, saya keluarkan hari nie..
Pada hari Khamis lepas, saya mendapat emel daripada sis Dilah, mengatakan yang dia baru saja menghantar hadiah misteri yang saya menang segmen anjuran beliau, awak boleh baca di SINI.. Sebenarnya saya sendiri pun dah lupa tentang hadiah tue, macam saya penah cakap sebelum nie, saya menyertai GA ataupun segmen bukanlah semata-mata nak kejar hadiah tapi ikatan ukhuwah antara kita semua sesama blogger..
Well, pada hari Jumaat, barang yang dipos telah selamat tiba di tangan saya...
Apakah hadiahnya..? Jom buka sama-sama..
Ianya sebotol pencuci pinggan yang mesra pengguna.. Kenapa ianya mesra pengguna.? Pencuci pinggan nie memang sesuai dipakai jika seseorang mempunyai masalah kulit alergik dengan penggunaan sabun pencuci.. Nak tahu kisah selanjutnya mengenai produk nie.. Awak boleh baca kat SINI ...
Anyway, terima kasih pada sis Dillah kerana sudi memberi hadiah misteri kepada saya, dan semoga sis Dilah dikurniakan rezeki berlipat kali ganda.. Sis Dilah nie seorang blogger yang peramah dan suka buat segmen ataupun giveaway.. Blog beliau menceritakan pelbagai kategori seperti pelbagai resipi ataupun brestfeeding yang betul..
Nak tau dan kenal lebih rapat dengan beliau.. Awak boleh terjah kat SINI..
Assalamualaikum wbt...
Selalunya kalau kita nak listkan link pada entri blog, mesti akan secara automatik underline link akan keluar kan..
Contohnya seperti nie.. Starlavenderluna's Journal Of Life
Ada yang beranggapan underline link nie agak mengganggu pemandangan mata, dan tak tau cara nak hilangkan dengan menekan butang U nie kan..
Ada 2 cara untuk hilangkan underline link tue...
Cara pertama : Jika awak menulis seperti biasa akan keluar coding seperti ini..
<a href="http://www.alamat.com">garis bawah</a>
Jika pada kebiasaan coding nie, akan keluarlah link yang ada undeline, macam nie : Starlavenderluna's Journal Of Life
Jadi, untuk menghilangkan underline link, awak perlu tambah coding style="text-decoration: none" seperti dibawah ini :
<a href="http://www.alamat.com"style="text-decoration: none">tanpa garis bawah</a>
Dan hasilnya, pada entri awak, takkan ada lagi underline link seperti ini :
Mudah kan.. Selamat mencuba..
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Pagi² nie bila bukak fesbuk dan nampak 👉ENTRI kak Radhia yang memaklumkan senarai pemenang GA anjuran beliau dah dikeluarkan.. Dan Alhamdulillah saya telah disenaraikan untuk menjadi pemenang beliau..
Terima kasih kak Radhia Razali a.k.a. pemilik blog Penselduabee kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang GA akak.. Semoga akak sekeluarga dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda dan semoga Allah merahmati akak sekeluarga..
Pada rakan-rakan yang lain, tahniah diucapkan pada semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons