Panduan memilih cincin yang tepat

Sunday, September 17, 2017

Image result for ring

Assalamualaikum wbt..
Siapa di kalangan awak nie yang suka pada aksesori barangan kemas terutama cincin..? Cincin nie boleh dikatakan telah menjadi sebahagian dari diri wanita dan sekarang nie kaum lelaki juga telah mula memakai cincin tapi kenalah berlandaskan agama terutama lelaki beragama Islam. 

Untuk pastikan yang kita beli cincin tue adalah tepat dan cantik tersarung di jari, awak kena mengetahui panduan untuk memilih cincin agar cincin tue kurang seseuai dengan ukuran jari kita. Saya nak bagi tips untuk awak camne nak memilih cincin yang tepat.


Jenis-jenis emas
Terdapat pelbagai jenis emas yang dijual di pasaran, antaranya emas 999, emas 916, emas 950, emas 835 dan emas 750. Emas 999 mempunyai kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan pelaburan, malah kebanyakan dijual dalam bentuk jongkong. Emas yang paling popular yang dipakai oleh masyarakat kita adalah emas 916 atau lebih dikenali sebagai 22K. Emas 835 pula dikatakan popular bagi peminat emas di Kelantan, manakalah emas 750 adalah emas yang kurang polpular kerana mutu emasnya rendah.

Image result for ring

Perhatikan warna kulit
Sebelum membeli cincin, perhatikan dulu warna kulit kita kerana ia perlu disesuaikan untuk kita memilih antara emas putih (silver), emas kuning ataupun emas rose gold. Jika awak mempunyai warna kulit yang agak gelap adalah lebih baik untuk awak menggunakan emas kuning. Manakala bagi awak yang mempunyai kulit pucat, seeloknya pakailah emas putih. Untuk emas rose gold pula, ianya tampak cantik disarungkan untuk semua jenis warna kulit sama ada awak berkulit cerah ataupun gelap.

Waktu yang sesuai
Keadaan cuaca juga memainkan peranan penting untuk kita membeli cincin. Ini kerana ketika cuaca sedang panas, tangan kita akan menjadi sedikit membesar dan akan mengecil apabila cuaca sedang sejuk.

Ikut personaliti diri
Sesuaikan pemilihan cincin dengan personaliti diri kita. Bagi penggemar klasik, cincin dengan satu mata berlian atau solitaire amat sesuai dipakai kerana ia memiliki kesan yang tak lekang dek zaman. Jika awak seorang yang aktif dan berjiwa moden, pilihlah cincin dengan reka bentuk minimalis bagi memudahkan pergerakan awak. Untuk penggemar gaya eksklusif pula, awak boleh pakai emas putih sebagai pilihan.

Itulah panduan untuk awak memilih cincin yang tepat.. So pada sesiapa yang nak beli cincin tue bolehlah paktiskan tips ini.. 

14 comments

  1. InsyaAllah. Main bedal je sblom ni. Tgk cntik beli 😝

    ReplyDelete
  2. O... Br tau cuaca pun memainkan peranan nk pilih cincin ni... Nice sharing sis

    ReplyDelete
  3. Suka cincin ..nampak cntik je bila pakai tp sy nie x cermat.haha..terpksa abaikan.

    ReplyDelete
  4. tips berguna... biasa SA tau dr segi pemilihan saiz aje. Artikel menarik ni

    ReplyDelete
  5. tetiba terfikir nak beli cincin kawen >,<

    ReplyDelete
  6. Oh macam tu. Kinah main bedal je pilih cincin

    ReplyDelete
  7. Lea suka cincin emas putih.. nampak mewah..

    ReplyDelete
  8. suka pakai cincin tanpa batu permata :)

    ReplyDelete
  9. alahai sedih!!!
    3 cincin aida dah x muat!!!
    nak tuko lain, sayang giler :(

    ReplyDelete
  10. sy x leh pakai apa2 barangan kemas mahupun silver huhu.. kulit sensitif

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧