Assalamualaikum wbt..
Tengok pada tajuk tue memang rasa moody jea, sekarang pun macam moody malas nie sebenarnya.. Saya ada jea kat sini, sambil blogwalking secara silent kat blog awak suma, cuma takde perasaan untuk memberi komen-komen pada awak.. Bukannya tak sudi komen tapi keletihan menguasai diri.. Balik rumah jea, hati meronta nak bukak laptop tapi akhirnya dipandang sunyi sepi..krikk..krikk..krikkk...
Sebab pertama, mungkin la rasa penat sangat kot disebabkan penuhi appointment urut terapi buang angin untuk client baru dan regular client membuatkan saya sibuk sikit pada waktu malam selepas balik kerja... Saya balik kerja dalam pukul 4.30 petang, sampai di rumah, bergegas untuk memasak hidangan malam, walaupun hanya kami berdua saja yang makan.. Lepas solat maghrib, saya terus bersiap-siap untuk temujanji urut terapi samada di rumah sendiri ataupun rumah client.. Kalu rumah sendiri takdelah nak kelam kabut sangat, kalu saya ke rumah client tue aje yang kelam kabut sikit.. Selalunya saya akan mula membuat urutan terapi sehingga pukul 10pm ataupun lebih, bergantung pada keadaan pesakit tue,.. kalu banyak angin di dalam badan pesakit tue, maka lambatlah sampai di rumah..Nasib baik hubby setia menemani saya walau ke mana sekalipun.. Jadi bila lambat balik ke rumah kira-kira pukul 11pm sampai di rumah, masa tue la nak rehat jap, pastu konon-konon nak bukak laptop tapi akhirnya tak jadi.. Hari minggu pulak konon-konon nak update la jurnal nie tapi tak jadi jugak.. krikk..krikk..krikk.. lagi.. Sebabnya, masa tue la nak kemas rumah, basuh baju dan lepas tue, penuhi temujanji urutan terapi lagi.. hurmm...
Sebab kedua, sekarang nie saya bekerja secara solo kat opis nie, boss saya tengah cuti bersalin dan akan masuk bekerja pada akhir bulan 11 nie, jadi ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan, tambahan pulak sekarang nie suma penjawat awam tengah mengisi borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).. So pada awak yang jadi penjawat awam tue, dah isi ke borangnya dalam HRMIS..? Isi cepat-cepat tau sebab tarikh akhir hantar tak silap saya pada akhir bulan nie..
So, mintak maaf la pada awak yang dah tinggal nota kat jurnal nie, Insha Allah.. Saya akan cuba untuk tinggalkan komen kat blog awak tapi buat masa nie hanya mampu jadi silent reader saja..
Assalamualaikum wbt..
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ï·º bersabda, "Kewajipan Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima, menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke kuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.
Menjawab salam - Apabila seorang muslim memberi salam kepada Muslim yang lain itu adalah sebuah doa, jadi orang yang mendengarnya mesti mendoakan semula dengan menjawab salam. Jika memberi salam itu sunah, maka menjawab salam itu wajib.
Menziarahi orang sakit - Islam menggalakkan penganutnya menziarahi orang Muslim yang sakit, kerana dipercayai dapat memberikannya semangat untuk terus sembuh dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan. Menziarahi orang Muslim yang sakit juga dapat mengeratkan tali silaturrahim.
Memenuhi jemputan - Kewajipan ke atas Muslim yang lain juga adalah memenuhi jemputan sebagai tanda peghormatan kepadanya.
Menziarahi jenazah - Mengiringi jenazah ke kuburan sebagai penghormatan terakhir jenazah saudara Muslimnya.
Mendoakan saudara yang bersin - Sunah bagi Muslim yang bersin untuk mengucapkan Alhamdulillah dan Muslim yang mendengarnya perlu menjawab 'Yarhamukallah' kemudian dia membalas 'Yahdikumullah'.
Wallahua'lam...
Assalamualaikum wbt..
Okey, nak citer kisah pasal nyamuk nie.. Bila waktu malam, dengan kesejukan kipas ataupun aircond membuatkan kita cepat berasa mengantuk.. Dah menguap beberapa kali dan bila dah baca doa sebelum tidur dan surah lazim, kita pun baring dan cuba untuk lelapkan mata.. Tetiba, ada satu suara menyanyi-nyanyi yang dah tentu membingit telinga kita..? Siapa lagi kalu bukan si nyamuk yang menyanyi riang di telinga, mengganggu mood tidur kita,kan..
Awak tau tak kenapa nyamuk suka sangat berlegar-legar kat telinga..? Ada banyak alasan ataupun mitos kenapa ianya terjadi...
Nyamuk tertarik pada bau daripada karbon dioksida yang dilepaskan ketika kita menghembuskan nafas. Dah tentulah semasa kita tidur, karbon dioksida banyak dilepaskan terutama di bahagian muka kerana melalui hidung oksigen disedut dan karbon dioksida dilepaskan. Mungkin betul mungkin salah..
Nyamuk tertarik pada haba atau suhu panas. Semasa kita tidur, telinga manusia boleh mengeluarkan haba yang panas sikit. Sebab itulah nyamuk tertarik pada telinga untuk hinggap dan menghisap darah. Tapi ada juga bahagian tubuh lain yang boleh mengeluarkan haba, jadi alasan ini mungkin bukan menjadi penyebabnya.
Sebenarnya alasan yang betul adalah nyamuk tak tertarik pun pada telinga. Cuma sebab telinga kita nie adalah satu-satunya organ manusia yang boleh mendengar walaupun ketika tidur. Sebab itulah apabila nyamuk berkeliaran di bahagian yang terdedah terutamanya muka, jadi telinga akan cepat mendengar bunyi yang seolah-olah nyamuk suka menghurung telinga..
Betul tak..?
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Awak, nak tau tak, Perpustakaan Negara Malaysia sekarang nie tengah buat satu Kuiz Celik Siber @ PNM yang bertemakan 'Bulan Bahasa'. Kuiz nie diadakan pada 1hb sehingga 30hb Oktober 2017 dan awak suma dijemput untuk sertai kuiz nie.. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :-
- Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
- Hanya SATU (1) penyertaan setiap individu.
- Penyertaan adalah secara DALAM TALIAN.
- TIGA (3) orang yang mendapat markah tertinggi dan slogan terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
- Pemenang akan diumumkan melalui EMEL dan di Portal Perpustakaan Negara Malaysia.
- Hadiah akan di pos kepada pemenang.
- Keputusan pemenang adalah MUKTAMAD.
Haa, apa tunggu lagi.. Jom kita beramai-ramai sertai kuiz nie, saya dah... Awak bila lagi..? Senang jea soalan dia, awak... Kat mana nak sertai..?
Semoga awak berjaya...
Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, dah 15 tahun dah saya menjadi seorang penjawat awam dan pada 1hb Oktober 2002 menjadi detik sejarah dalam hidup saya..
Hari Jumaat, 28hb September 2002.. Itulah kali terakhir saya berada di bumi Kuala Terengganu, merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki yang halal dan dapat menampung kewangan keluarga.. Dengan berbekalkan semangat untuk membantu, saya langkahi perjalanan ini dengan penuh liku dan sendu.. Sedih jugakla bila melihat wajah adik-adik yang masih kecik lagi, dengan wajah ummie yang akan menjaga dan melindungi mereka.. Pada hari itulah saya ditemani ummie dengan menaiki bas ekspress Transnasional untuk ke Kuala Lumpur, kerana pada hari Selasa saya akan melaporkan diri di Perpustakaan Negara Malaysia... Kehadiran kami di sana disambut dengan gembira oleh arwah bapa sedara ketika itu yang tinggal di Taman Melawati dan dialah yang menjadi penunjuk arah untuk ke Perpustakaan Negara Malaysia..
Masa inilah saya tahu tentang jalan-jalan di KL dan Alhamdulillah hingga kini masih ingat lagi laluan ke sana, walaupun ada banyak perubahan yang berlaku di sana.. Masa inilah saya belajar berdikari untuk hidup sendirian di kota yang penuh dengan warna warni kehidupan, jika tersalah langkah, hidup kita akan tersasar dari landasan sepatutnya..
Inilah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga tersayang tapi demi mencari sesuap nasi, saya cekalkan hati.. 1hb Oktober 2002, itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke perpustakaan yang begitu gah di dalam Malaysia dan saya digelar pembantu perpustakaan S7 pada masa tue.. Pelbagai onak dan duri saya lalui sepanjang berada di sana dan di situ jugaklah saya benar-benar mengenali warna kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai lapisan.. Kemudian, pada bulan Februari 2004, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman kerana dek tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga yang perlu menjaga mereka hingga dewasa.. Saya mendapat tempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu, di mana saya adalah merupakan perjawatan yang baru di dalam kolej berkenaan... Jika di Perpustakaan Negara Malaysia, kerja-kerja bidang pustakawan nie adalah agak senang dilakukan kerana di sana, kekuatan sesebuah unit ataupun bahagian diketuai oleh pegawai-pegawai yang ditauliahkan dalam bidang pustakawan... Tapi semasa berada di Kolej Komuniti Kuala Terengganu, saya bermula daripada kosong.. Takde pegawai yang khusus dalam bidang pustakawan.. Hanya saya sorang saja yang mengendalikan perjalanan sebuah perpustakaan kolej yang dibantu oleh seorang penyelia iaitu pensyarah gred DG41.. Masa nielah saya mendapat ilmu yang sangat berharga kerana kita mengetahui cara pergerakan sesebuah perpustakaan, daripada cara pembelian buku, katalog buku, penyusunan perabot perpustakaan hinggalah kepada cara kerja membuat promosi tentang perpustakaan.. Masa nie awak tau tak, saya nak pegi kerja pun agak senang jugaklah, sebab opis ummie saya berdekatan dengan kolej.. Ummie saya jugak merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Wisma Darul Iman, sebuah bangunan kerajaan rasmi Kuala Terengganu yang menempatkan menteri besar dan menteri-menteri yang lain.. Sekiranya ummie saya ada banyak kerja rasmi yang perlu diselesaikan, saya akan pergi ke sana ataupun hanya duduk di dalam library aje sambil membuat kerja-kerja yang patut.. Yang paling best kalu saya pergi ke tempat opis ummie, saya, tak payah pakai kad pelawat, cukup hanya sebut nama ummie saya dan pengawal akan lepaskan saya masuk.. Hihihihi... Maklumlah ummie saya nie orang lama dalam wisma jadi tak mustahil suma orang kenal, even cleaner pun kenal pada nama ummie saya tue..
Biasalah, kalu dah nama penjawat awam, awak kena pergi kursus 7 hari setahun dan selalunya saya akan pergi kursus di KL dalam bidang pustakawan.. Hati mula tak sedap takala terserempak dengan ex-bos yang sering bertanya, bilakah saya akan kembali semula ke KL..? Saya memang ada tercakap, tunggu saya kawin dulu baru saya akan bertukar semula ke KL.. Dan ianya menjadi kenyataan pada bulan Mei 2007 saya diarahkan bertukar ke KL.. Masa tue, saya baru 2 bulan melangsungkan ikatan pertunangan.. Saya buat surat pilihan untuk kekosongan tempat samada di Putrajaya ataupun KL dan pada bulan Mei saya mendapat arahan untuk melapor diri di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya.. Saya membuat penangguhan untuk bertugas selama sebulan bagi memberi tunjuk ajar kepada pegawai baru yang mendapat tempat saya di kolej dan pada 2 Julai 2007, saya menjadi salah sorang ahli baru dalam JBPM hingga kini..
Untuk makluman pada yang belum tahu tentang hal nie, jika sorang penjawat awam telah berkhidmat selama 10 tahun ataupun lebih, dia akan ditawarkan untuk menyandang pemangkuan gred 22 secara hakiki dan jika dia menolak pemangkuan ini, dia akan ditawarkan secara automatik gred 22 secara KUP.. Sebelum saya menyandang jawatan S22 KUP nie, saya telah ditawarkan untuk menyandang pemangkuan S22 secara hakiki tapi masa tue tempat kekosongan hanyalah ada di Sabah saja.. Dan saya terpaksa menolak pemangkuan hakiki memandangkan saya dah mempunyai komitmen kukuh di sini, walaupun sedih tapi ianya terubat sebab selepas pada 3 bulan saya mendapat tawaran S22 KUP.. Alhamdulillah..
Kalu awak nak tau, sebenarnya dulu saya tak terfikir pun nak jadi ahli library.. Minat saya yang sebenar adalah untuk jadi pembantu muzium kerana minat pada artifak lama, tapi bila rezeki saya untuk berada di bidang ilmu nie, saya terima dengan redha.. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta..
So, nasihat saya pada adik-adik, di zaman sekarang nie, kita jangan terlalu memilih pekerjaan yang kita minat, sebaliknya jika ada peluang untuk bekerja di bidang lain, cuba dulu sebelum menyerah kalah.. Sebab mungkin disitulah sebenarnya lubuk rezeki kita tanpa kita sedari...Allah dah aturkan untuk kita sebaik-baiknya, walaupun kita dah rancang dengan begitu teliti sekali.. Terokalah bidang yang kita ceburi tue, walaupun ianya bukan kegemaran kita sekalipun..
Itulah citer saya sebagai Pembantu Pustakawan..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada awak semua kerana sudi membaca dan meninggalkan nota-nota kecil yang begitu manis sekali dalam jurnal saya yang kerdil nie.. Okey, tanpa membuang masa, saya nak umumkan Top Commentor untuk September-Oktober 2017..
Tahniah diucapkan pada 10 orang yang tersenarai...
Tahniah pada kak Aida kerana memasuki semula carta saya dan macam biasa, saya akan berikan saguhati pada yang bertuah, kali nie saya nak berikan pada 3 orang yang baru masuk dalam senarai saya, dan mereka adalah : -
Nota : Maaf, saya pinjam header awak-awak yea.. Thanks..
Nurul Shafyqah Azry Azahar |
Sharifah Ashikin a.k.a Cik Ash |
Sheila Adziz |
Kepada sahabat yang tersenarai kat carta tue, sila whatsapp pada saya (019-9884032) butiran awak untuk tuntutan hadiah seperti nama penuh, alamat penuh dan no. telefon.. Insha Allah, nanti saya akan poskan hadiah awak suma..
Pada sahabat yang tak tersenarai tue, jangan kecewa yea sebab mungkin lepas nie nama awak pulak yang bertuah untuk duduk dalam carta saya.. Pada sahabat yang ada dalam list tue, saya buatkan bloglist khas untuk awak sehingga 31 Oktober 2017..
Tahniah sekali lagi dan terima kasih tak terhingga kerana sudi tinggalkan nota dalam jurnal saya nie, dan Insha Allah saya akan terus berusaha untuk menulis (errkk..menulis ke menaip..??) dalam jurnal nie...
Tahniah pada semua...!
P.s. : Pada Kin Naz, Kak Mia Liana dan Syuhada Salleh, hadiah kalian akan diposkan sekali dengan top commentor bulan ini.. Diharapkan awak bersabar yea.. Dan mintak maaf kerana lambat membuat penghantaran..
Assalamualaikum wbt..
Pada Kin Naz, kak Mia Liana dan Syuhada Salleh, saya nak mintak maaf di atas kelewatan penghantaran hadiah kalian disebabkan kesihatan saya yang tak berapa nak sihat sejak akhir2 nie.. Insha Allah hadiah awak akan saya poskan tak lama lagi, mungkin akan diposkan sekali dengan Top Commentor yang akan datang..mohon maaf..
Doakan kesihatan saya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons