6 penyebab berat badan meningkat mendadak

Monday, November 20, 2017

Related image

Assalamualaikum wbt...
Awak ada penah rasa ngeri tak tengok penimbang..? Rasa macam takut-takut kan.. Bila ditimbang..., 


Image result for gosh gif
"YA ALLAH, KENAPA NAIK LAGI..? PENIMBANG NIE ROSAK KE..?"

Awak tau, menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet berkata, ketika kita berasa lapar, gula dalam darah akan menjadi rendah dan menyebabkan kita tak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha untuk mencari makanan ataupun kudap-kudapan.

Data dari National Health And Nutrition Examination Survey di Amerika pada tahun 1999 sehingga 2002 mencatatkan wanita yang mengunyah lebih dari dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali kunyahan. Antara faktor yang menjadi penyebab berat badan naik mendadak adalah :-

Makan kerana stres - Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37 peratus responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehingga kita nak ambik makanan yang enak dan sedap.

Makan tengah hari di luar - Sebanyak 20 peratus responden mengatakan makan tengah hari di luar turut menambahkan berat badan. Ini kerana kita tak tahu kuantiti bahan pengolah makanan dan berapa jumlah kalori daripada makanan yang disediakan. 

Melewatkan waktu makan - 19 peratus pekerja mengatakan mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila perut menjadi lapar, kita akan lebih cenderung untuk makan secara berlebihan.

Menyambut perayaan - Ketika rakan kita dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan yang lain, kita lebih cenderung untuk meraikan rakan kita dengan sajian makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat ataupun pizza. Bayangkan dalam masa sebulan, ada lima sehingga enam sambutan yang dilakukan, tentunya ia boleh menambahkan kalori dalam badan kita. Untuk mengatasi, kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan rakan yang lain.

Tak tahan godaan untuk mengunyah - Sebanyak 16 peratus responden mengatakan mereka tak tahan dengan godaan yang berada di atas meja terutamanya kek, coklat,ataupun jeli. Walau bagaimanapun, kita boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.

Snek daripada kawan sepejabat - 10 peratus responden mengatakan mereka tak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donut ataupun sebekas kek yang enak. Boleh makan tapi dengan kuantiti yang sikit, lagi bagus elakkan terus daripada snek ini.. 

Jom audit diri..
#teambloggerpantaitimur

9 comments

  1. patutlah berat sha makin naik, sha selalu makan sebab stress haha T-T

    jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
  2. boleh kata kan semua tu betul hehe kalau saya sebab utama naik badan sbb minum yang manis2

    ReplyDelete
  3. gee mudah naik badan sebab suka minum air manis..adeh..

    ReplyDelete
  4. Makan kerana stress dan melewatkan waktu makan - Siqah selalu buat benda ni. Alasan betul bila busy kena makan. Dan biasanya Siqah suka minum air manis. Itu penyumbang besar jugak. Huhu. Payahnya kak nak buang sikap suka air manis T_T

    ReplyDelete
  5. rabia minum esp shakleee je.maybe berat dah kurang

    ReplyDelete
  6. mrs pip tag shikin
    http://www.mrspip.com/2017/11/birthday-giveaway-november.html

    akan lewat mlm mmg cepat naikkan berat badan kalau mrs pip...

    ReplyDelete
  7. Makan sebab stress tu memang selalu buat.. kerja dengan pelbagai ragam manusia nie memang boleh buat stress je.. hehehe

    ReplyDelete
  8. unni makan bagai bela saka x gemuk2 pun..hahahahaha.. nice info akak

    ReplyDelete
  9. Pokoknya.. makan byak kan kak hahaha

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧