Assalamualaikum wbt..
Orang kata iklan yang bagus adalah iklan yang memaparkan harga perkhidmatan, betul tak..? Lepas tue gambar dalam iklan tue pun memainkan peranan yang penting dalam mengiklankan sesuatu..
Okey, pada awak yang tau, saya menyediakan perkhidmatan urut terapi buang angin pada wanita Muslimah, kini saya kembangkan lagi sayap perkhidmatan pada wanita non-Muslimah..
Ini adalah iklan yang lama..
So, sekarang saya nak perkenalkan banner iklan yang baru..
Camne, okey ke..? Rasanya maklumat yang diberikan nie lengkap ke tak sebab saya selalu jugak dapat job dari kawasan yang lain seperti di KL dan kawasan yang lain selain daripada kawasan yang saya ambil.. Jadi untuk memudahkan pelanggan, saya letakkan maklumat seperti kat atas nie.. nak tahu caj di luar kawasan saya..? Awak kena rajin whatsapp pada saya ataupun SMS..
PERINGATAN MESRA!!!
Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk KAUM WANITA SAHAJA... Saya tak buat perkhidmatan untuk lelaki.. Jadi, jika ada sesiapa yang suka-suka hati untuk hantar mesej yang bukan-bukan ataupun lebih kasar lagi nak urut batin, sila fikir banyak kali sebab kali nie saya tak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mengganggu ketenteraman awam..
Assalamualaikum wbt..
Semalam saya dapat emel daripada blogger Sofinah, katanya ada hadiah saguhati nak diberikan melalui emel.. Wahh.. Teruja sungguh nak tengok apakah hadiahnya.. hihi
Dan inilah yang diberikan.. Taaadaaaa....
Cantik tak lukisan potret nie..? hihi si Sofinah lukis sendiri tau.. Dia lukis nie pada semua peserta yang menyertai segmen dia.. Nak dapat lukisan nie potret nie jugak..? Boleh.. Tinggal dua hari jea lagi segmen nie akan tamat so awak ada masa lagi nak join segmen dia..
Untuk sertai, sila klik>> Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia <<klik untuk maklumat lanjut penyertaan dan hadiah pemenang.
Jom la join.. Ada hadiah yang menarik sangat yang disediakan.. Awak klik jea ayat kat atas nie....
Assalamualaikum wbt..
Sikat.. Umum kita tau yang fungsi sikat nie adalah untuk menyisir dan memperkemaskan rambut.. Tapi sebenarnya bukan semua sikat mempunyai fungsi yang sama. Jika awak salah pilih sikat, silap hari bulan rambut awak menjadi rosak dan keguguran rambut.. Oh tidak..!
Sikat.. Umum kita tau yang fungsi sikat nie adalah untuk menyisir dan memperkemaskan rambut.. Tapi sebenarnya bukan semua sikat mempunyai fungsi yang sama. Jika awak salah pilih sikat, silap hari bulan rambut awak menjadi rosak dan keguguran rambut.. Oh tidak..!
Jadi awak rasa sikat yang mana sesuai dengan awak..? Jom kita selidik..
Sikat bergigi jarang - Jenis nie sangat ideal untuk rambut yang basah kerana rambut sangat rapuh dalam keadaan basah. Jarak di antara gigi rambut memungkinkan kita merapikan rambut tanpa membuat rambut rosak atau putus. Jika rambut awak jenis kerinting ataupun ikal, awak perlu pilih sikat jenis nie, jadi rambut awak tak mudah kusut ketika disikat..
Sikat bulat - Pilihan ini adalah tepat ketika 'mem-blow' rambut, jadi pilihan sikat ini sesuai untuk membuat rambut bervolume atau memberi tampilan rambut lurus. Pilih sikat dengan gigi yang lembut di kulit kepala.
Sikat bergigi rapat - Ini termasuk model sikat lama atau sikat tradisional. Sikat jenis nie sangat sesuai untuk mereka berambut lurus dan nipis. Kini, sikat jenis nie banyak dipakai oleh kaum lelaki. Jadi jangan berasa ragu untuk menggunakan sikat ini jika awak nak membuat stail belahan rambut yang rapi ataupun bila dah pakai gel rambut.
Sikat dayung - Sama seperti namanya, bentuk sikat ini memang agak lebar di bahagian depan. Kegunaannya bervariasi, selain untuk 'mem-blow' rambut lurus, sikat ini jugak boleh digunakan untuk membuat rambur bervolume lebih rapi dan agak nipis.
Jari sebagai sikat - Jika rambut awak tergolong dalam kategori rambut halus dan rapuh, awak boleh gunakan jari awak untuk menyisir rambut. Tapi awak kena pastikan kuku jari tue dipotong pendek sebab takut kulit kepala alami luka kecederaan.
So, mana satu yang sesuai..?
Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya saya memang jarang sangat tengok drama kat TV nie, maklumlah kebanyakan berkisarkan percintaan semata-mata, tapi drama nie lain dari yang lain.. Mengisahkan seorang isteri yang mengidap kanser berusaha untuk mencari calon isteri untuk suaminya. Jadi andai takdir dia meninggal dunia, adalah orang yang menjaga makan minum suami dia dan paling utama, calon isteri tue menerima dan menyayangi dua orang anak-anaknya..
Watak Fiza lakonan Rita Rudainia yang memang terror masak laksa berusaha sungguh-sunguh mencari calon isteri untuk suaminya Hakimi lakonan Aqasha. Calon-calon isteri yang dicari datang dari pelbagai latar belakang, daripada seorang budak kampung sehinggalah usahawan wanita yang berjaya.. Bila Fiza dah jumpa, si Hakimi pulak taknak sebab dia terlalu sayang pada Fiza.. Memandangkan Fiza sakit kanser, Hakimi terpaksa menurut kehendak Fiza dengan membenarkan calon isteri tue datang ke rumah mereka dan dari situ Fiza memerhati tingkah laku calon tersebut. Jika ada seseorang tue yang menarik perhatian Fiza, mesti dia akan cari jalan untuk bawak calon isteri tue ke rumah dan mintak pandangan Hakimi serta anak-anaknya yang diberi nama Iskandar dan Fea...
Ada satu lagi watak yang mencuit hati, si mek Kelate bernama Sue (Raysha Rizrose) yang cuba elak daripada seorang lelaki Kelate jugak bernama Imran. Mek Sue nie bekerja sebagai guru tadika tapi dalam masa yang sama dia menjadi guru tuisyen pada anak-anak Fiza. Satu lagi kelebihan pada Mek Sue yang Imran suka sangat nak jadikan dia sebagai isteri, Mek Sue terror masak laksam Kelate.. Mek Sue seboleh-bolehnya tak mau kawin dengan Imran kerana perwatakan Imran yang agak kebudak-budakan tapi Imran tetap mengejar Mek Sue hingga ke rumah ibu bapanya..
Drama nie masih berlangsung tau.. Memang best sangat..
Masa : Setiap Jumaat-Ahad, 7.00 malam
Siaran : Slot Dahlia TV3
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Aqasha, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Wan Umar Harith, Farzana Latiff, Sheila Mambo, Lydiawati, Kuna, Ridwan Mustafa, Nada Syuhada, Haff Rizuan, Joe Merong, Tengku Fiella, Tatty Hassan
LAGU TEMA
Santai - Nanasheme feat Eyza Bahra
LAGU TEMA
Santai - Nanasheme feat Eyza Bahra
JUMLAH BINTANG
10/10
10/10
Jom, pakat-pakat tengok drama nie, tapi sebelum tue, tunaikanlah kewajipan awak sebagai sorang Muslim, iaitu solat Maghrib dulu..
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt..
Hihi curi masa sikit sementara tunggu auditor amalan 5S datang ke library.. Cuti sekolah dah nak bermula, kan..? Awak tau tak, Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah nie..
Jadi, pada awak yang tinggal di area KL dan sewaktu dengannya, bolehlah bawak anak-anak untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan.. Macam-macam ada tau, menarik pulak tue aktivitinya...
Kat mana..? Lokasinya adalah di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur...
Jom..
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt...
Awak ada penah rasa ngeri tak tengok penimbang..? Rasa macam takut-takut kan.. Bila ditimbang...,
"YA ALLAH, KENAPA NAIK LAGI..? PENIMBANG NIE ROSAK KE..?"
Awak tau, menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet berkata, ketika kita berasa lapar, gula dalam darah akan menjadi rendah dan menyebabkan kita tak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha untuk mencari makanan ataupun kudap-kudapan.
Data dari National Health And Nutrition Examination Survey di Amerika pada tahun 1999 sehingga 2002 mencatatkan wanita yang mengunyah lebih dari dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali kunyahan. Antara faktor yang menjadi penyebab berat badan naik mendadak adalah :-
Makan kerana stres - Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37 peratus responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehingga kita nak ambik makanan yang enak dan sedap.
Makan tengah hari di luar - Sebanyak 20 peratus responden mengatakan makan tengah hari di luar turut menambahkan berat badan. Ini kerana kita tak tahu kuantiti bahan pengolah makanan dan berapa jumlah kalori daripada makanan yang disediakan.
Melewatkan waktu makan - 19 peratus pekerja mengatakan mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila perut menjadi lapar, kita akan lebih cenderung untuk makan secara berlebihan.
Menyambut perayaan - Ketika rakan kita dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan yang lain, kita lebih cenderung untuk meraikan rakan kita dengan sajian makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat ataupun pizza. Bayangkan dalam masa sebulan, ada lima sehingga enam sambutan yang dilakukan, tentunya ia boleh menambahkan kalori dalam badan kita. Untuk mengatasi, kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan rakan yang lain.
Tak tahan godaan untuk mengunyah - Sebanyak 16 peratus responden mengatakan mereka tak tahan dengan godaan yang berada di atas meja terutamanya kek, coklat,ataupun jeli. Walau bagaimanapun, kita boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.
Snek daripada kawan sepejabat - 10 peratus responden mengatakan mereka tak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donut ataupun sebekas kek yang enak. Boleh makan tapi dengan kuantiti yang sikit, lagi bagus elakkan terus daripada snek ini..
Jom audit diri..
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt..
Sapuan gincu pada bibir bukannya olesan semata-mata tapi ianya memberi impak keseluruhan solekan pada wajah kita. Pilihan warna gincu jugak memainkan peranan penting pada kesesuaian kulit, jadi pastikan awak jangan salah pilih.. Saya nak berkongsi dengan awak 8 teknik cara mengoles gincu dengan betul.
1) Bibir nipis - Lukis bentuk bibir dengan pensil bibir kemudian barulah oleskan dengan gincu. Selepas tue, awak sapu pengilat bibir untuk menyerlahkan lagi bentuk bibir awak agar memberi impak pada solekan wajah.
2) Bibir tebal - Gincu jenis matte adalah yang paling sesuai dengan awak. Jenis ini membuatkan bibir kelihatan seksi dan nampak 'penuh'. Pengilat bibir tak digalakkan pakai kerana ianya akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar.
3) Bibir nipis di sebelah - Bibir yang nipis pada sebelah bahagian saja turut digalakkan untuk 'diperbesarkan'. Gunakan pensil bibir dan lukis bentuk bibir pada bahagian yang nipis. Sapuan gincu jenis kilat amat sesuai untuk digunakan.
4) Bibir kering - Awak kena pakai pelembap bibir sebelum pakai gincu. Jika awak mempunyai masalah bibir kering yang teruk, seeloknya sapukan pelembap bibir saja terlebih dulu sehingga bibir awak kembali sihat.
5) Sapu bedak dan pelembap - Nak tau cara kekal warna gincu..? Caranya awak sapukan bedak padat pada bibir selepas diletakkan dengan sikit pelembap bibir. Kemudian barulah oleskan gincu dan warnanya akan bertahan lebih lama.
6) Warna gincu dan pengilat bibir senada - Sapuan pengilat bibir perlulah kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oleskan gincu dan pengilat yang mempunyai rona senada. Bila dua warna ini digabungkan, warna gincu akan menjadi luar biasa cantiknya..
7) Bedak padat dan pengilat bibir tanpa warna - Nak warna bibir yang nude..? Pedapkan bedak padat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna..
8) Guna pensil bibir - Untuk solekan bibir yang 'penuh' dan tak comot, penuhkan bibir awak dengan warna pensil bibir. Hasilnya, bukan saja sapuan gincu nampak lebih kemas, warnanya jugak menjadi tahan lama..
Semoga ianya bermanfaat pada semua..
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt..
Selalunya kan, bila kita dilamun cinta, hati ini akan terkesan dengan muzik ataupun lirik lagu.. Malah bila kita putus cinta pun, ada bait-bait lagu yang memberikan makna tertentu dan terasa macam sama apa kita alami. Jadi tak mustahil lah jika kita mengalir airmata bila mendengar lirik lagu yang menggambarkan kesedihan dengan melodi yang begitu sayu saja...
Jangan terlalu taasub - Walau apapun yang kita rasakan, jangan terlalu taasub apabila mendengar lagu. Jangan menangis terlalu teresak-esak dan terlalu mengikut perasaan bila cinta kita mengalami kegagalan sebab ianya membawa banyak kesan negatif dalam kehidupan kita.
Mempositifkan diri - Jangan biarkan aura negatif terus menerus berlegar dalam diri kita, sebaliknya sentiasa mempositifkan diri. Bak kata orang, bunga bukannya sekuntum dan kumbang bukan hanya seekor. Dengarlah bait-bait lagu yang menggembirakan agar hati kita sentiasa positif dalam kehidupan kita.
Kuatkan aura - Awak tau tak, muzik sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri. Muzik boleh menjadikan diri kita lebih positif dan membawa banyak kebaikan ke dalam diri. Contohnya, muzik boleh memudahkan seseorang tue menghafal sifir jika dibuat secara melagukannya. Jadi dengarlah muzik yang meningkatkan aura positif kala sedang di alam percintaan. Ianya akan meningkatkan hormon yang bagus di dalam tubuh dan sekaligus membuatkan personaliti kita bertambah menarik.
Lirik tambah keyakinan - Selain muzik, lirik lagu itu sendiri memainkan peranan tersendiri. Ada lirik lagu yang mengundang elemen bahaya seperti yang terselit mesej negatif ataupun propaganda tapi tak mustahil ada juga lirik lagu yang diperkuatkan dengan gaya bahasa yang dijadikan positif. Kala bercinta, dengarlah lagu yang mempunyai lirik bagus, kerana ianya boleh menambah keyakinan dan menerajui diri ke arah lebih membahagiakan..
Assalamualaikum wbt...
Sapa taknak kulit yang cantik, mulus, gebu dan cerah macam artis K-Pop sekarang kan..? Pada masa kini, dah banyak produk kecantikan yang lebih menjurus kepada kecerahan kulit macam artis K-Pop.. Tapi hati-hati dalam pemilihan produk, mungkin ada antaranya tak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan akhirnya memudaratkan kita..
Jadi apa kata kita cuba cara alami malah menjimatkan wang kita di kala ekonomi yang tak menentu nie.. Antaranya :-
Skrub tomato - Selepas mencuci wajah dengan pencuci, lap wajah kita sehingga kering. Kemudian belah tomato kepada dua bahagian, gosok tomato pada wajah secara perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas bersih dan kulit wajah akan tampak cerah dalam masa yang singkat. Jika nak hasil keputusan dengan cepat, lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur.
Minum air putih secukupnya - Tubuh kita memerlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Jadi kita kena minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari demi memastikan sistem dalaman kita berfungsi dengan baik. Apabila tubuh kita mendapat air secukupnya, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semula jadi. Amalan ini adalah cara yang efektif untuk turunkan berat badan kita..
Manfaat air beras - Masa cuci beras tue, jangan dibuang airnya. Awak tau tak, air beras mempunyai banyak khasiat tersendiri untuk kecantikan dan membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Caranya mudah aje, amalkan berendam dalam air beras selama 15 ke 20 minit setiap hari dan kulit akan menjadi cerah.
Air rendaman limau nipis - Caranya, potong limau nipis kepada dua bahagian, perahkan di dalam bekas air dan biarkan selama 40 minit. Selepas itu, awak mandilah rendaman air limau tue dan lakukan petua ini sekerap mungkin untuk hasil yang memuaskan.
Beras pulut sebagai masker - Goreng beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak. Lepas tue, kisar beras nie dengan pengisar sehingga lumat ataupun menjadi halus. Simpan serbuk beras pulut nie dalam bekas khas. Bila awak nak gunakannya, bancuh serbuk beras nie dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air bersih.
Gunakan yogurt asli - Lumur yogurt asli pada wajah, leher dan badan. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua nie tiga kali seminggu, mesti ada perubahan yang menakjubkan.
Betik haluskan kulit - Kisar buah betik atau boleh jugak dilenyek hingga hancur kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Bagi mendapatkan kulit halus dan cerah dalam masa singkat, amalkan setiap hari dan pasti awak akan mendapat hasil yang ketara.
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt...
Bila kita dah berada di zon yang selesa, pasti bukan mudah untuk kita tingkatkan prestasi kerja kita.. Dah pergi banyak latihan dan diberikan pelbagai kemudahan untuk kita pun masih lagi tak berubah dan kalau kita dah berusaha untuk tingkatkan pun majikan kita tak nampak apa sumbangan kita pada sesebuah organisasi... Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk tingkatkan prestasi kerja kita dan menjadi seorang pekerja yang sentiasa berdedikasi terhadap sesebuah organisasi..? Inilah caranya :-
Jangan alpa dengan laman sosial - Walau apapun tujuan kita untuk melayari laman sosial selain daripada tugasan rasmi, kita perlu sedar kealpaan ini akan membuatkan kerja-kerja hakiki kita terbantut. Disebabkan itu, ada sesetengah organisasi bertindak menyekat beberapa rangkaian laman sosial yang tak boleh dilayari semasa waktu bekerja. Tapi ada juga sesetengah organisasi memberi kelonggaran untuk pekerja melayari laman sosial contohnya, laman sosial hanya boleh diakses semasa waktu rehat saja. Jadi, jika kita sayangkan pekerjaan kita, kita harus bijak mengatur urusan.
Bekerja mengikut kepakaran - Bincanglah dengan ketua awak jika terasa terbeban dengan kerja yang banyak, sehingga berada dalam keadaan tertekan dan tak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Mungkin ketua awak boleh mengurangkan beban kerja berdasarkan kepakaran yang awak ada.
Senaman pagi - Ini mungkin susah untuk dilakukan tapi tak salah mencubanya. Lakukan senaman pagi seperti menaiki tangga ke pejabat atau letak kenderaan kita jauh sikit daripada pintu masuk pejabat. Bukan saja ianya menjadikan kita sihat, malah ianya boleh menajamkan fikiran, stamina dan mental dan menjadikan kita seorang pekerja yang lincah.
Hadiri mini mesyuarat - Ramai pekerja berasa kurang senang untuk menghadiri mesyuarat terutama ketika berhadapan dengan bebanan kerja yang begitu banyak. Tapi sebenarnya ianya banyak membantu kerja kita sebenarnya seperti membantu menyelesaikan masalah kerja yang ada kalanya memerlukan pertolongan dan idea orang lain.
Ganjaran kerja - Tak salah kalau kita memberikan ganjaran diri sendiri setelah penat bekerja ataupun bila dah berjaya lakukan kerja mengikut KPI dan deadline yang dikehendaki. Semua ganjaran ini akan membuatkan kita menjadi lebih bersemangat untuk menyelesaikan kerja dengan sebaik mungkin dan kita akan berasa tak terbeban untuk melaksanakan tugas seterusnya.
Jadi, jom kita audit diri dan cuba berubah ke arah kebaikan demi masa depan kerjaya kita.
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt..
Pagi nie saya nak bercerita tentang angin di dalam badan, memandangkan saya merupakan seorang perawat urut buang angin dalam badan.. Selalunya client yang saya rawat sememangnya mempunyai banyak angin di dalam badan..
Nak tau camne buang angin..? Awak boleh baca artikel entri saya DI SINI.. Dan selalunya bila selepas saya selesai membuat rawatan buang angin, saya akan memberikan beberapa tips untuk mengurangkan angin di dalam badan.. Antara tips yang saya berikan :
1) Setiap malam, pastikan tapak kaki kita dipakaikan stokin, sebagaimana seperti mana kita berpantang bersalin dulu..PERBEZAAN di sini adalah semasa berpantang bersalin, awak kena pakai stokin 24 jam 7 hari seminggu, kecuali semasa awak nak mandi dan pergi ke tandas saja,awak boleh tanggalkan stokin.. Tapi untuk kes ini, awak perlu memakai stokin pada waktu malam nak tidur tue.. Kemudian, ada soalan yang keluar ;
Soalan : Adakah selimut tak memadai untuk menutup kaki sewaktu tidur?
Jawapannya adalah, selimut saja memang tak memadai untuk menutup kaki, kerana kaki kita masih terkeluar daripada kain selimut secara tak disedari.. Jadi untuk memastikan kaki tak masuk angin, adalah lebih baik kaki kita dipakaikan stokin.. Memang panas tapi demi kesihatan kita, itulah yang perlu dilakukan..
2) Jika awak ada mengalami angin pada uluran hati, apa yang perlu awak lakukan adalah cuba awak minum air suam secara perlahan-lahan dengan dimulai Bismillah, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 3 kali. Minum secara seteguk demi seteguk dengan perlahan-lahan untuk membolehkan air menyelusuri ke dalam tekak.. Dalam erti kata lain, bila awak teguk secara perlahan-lahan, air yang diminum boleh menolak angin ke tempat yang lebih lapang, iaitu di dalam perut dan seterusnya membolehkan awak sendawa ataupun maaf cakap, melalui kentut..
3) Awak juga perlu berpantang dalam pemakanan dan minuman. Di antara makanan yang boleh menyebabkan angin adalah kekacang, sayuran seperti brokoli, beras pulut, kobis, taugeh, buah cempedak, buah nangka dan labu.. Minuman yang perlu dielak adalah minuman berkafein seperti teh dan kopi...
Waktu-waktu panas nie memang tekak nak minum berais jea, bila dah ke kedai mamak, inilah yang kita selalu pesan.. tapi AWAS!!! Minuman ini dikategorikan sebagai minuman berangin.. |
Sedap kan bila makan cempedak goreng, tapi AWAS!!! Makanan inilah yang boleh menyebabkan angin di dalam badan.. |
4) Kaedah mandi ais mampu kurangkan angin di dalam badan.. Caranya mudah saja, bahan-bahannya cuma sepaket ais yang boleh dibeli di kedai 7E, limau purut ataupun limau nipis lebih kurang 4 @ 5 biji dan baldi air yang diisi separuh. Caranya adalah sepaket ais dimasukkan di dalam baldi dan perah limau tersebut yang telah dibelah dua.. Sebelum mandi, awak perlu mulai dengan kalimah Bismillah, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 3 kali, Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Bacaan ini seeloknya dibaca di luar bilik air bagi menjaga kesucian ayat-ayat Allah.. Air mandian nie sebaiknya digunakan pada bilasan terakhir dengan dimulai di bahagian kepala, selepas tue, siram di bahagian tengkuk dan seluruh badan.. Sekiranya awak mengalami gangguan, awak akan merasai seperti angin keluar dari belakang tengkuk, dan menjadikan badan serta kepala menjadi ringan.. Jika awak mengalami sendawa yang tak berhenti-henti ataupun muntah, segera dapatkan rawatan Islam yang berdekatan kerana mandian nie hanyalah sebagai alternatif untuk mengurangkan angin dalam badan serta bisa di dalam badan.. Mandian nie boleh dilakukan pada waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib dan awak akan merasai kesegarannya..
(CREDIT TO PUSAT PERUBATAN ISLAM AL-MUJAHIDIN)
Itulah tips-tips yang selalu saya berikan pada client saya.. Saya hanya mampu berikhtiar, yang menyembuhkan adalah kuasa ALLAH.. Yang penting, jangan berhenti untuk berusaha berubat demi kesihatan kita dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH..
Tips ini boleh diamalkan oleh semua orang dan semoga Allah memberi kesembuhan pada kita semua, Insha Allah..
#teambloggerpantaitimur
Assalamualaikum wbt..
Awak masih ingat tak dengan prinsip rukun negara kita..? Tak ingat.. Mari kita ingatkan bersama-sama...
Jadi, salah satu daripada prinsip rukun negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, betul tak..? Jadi, bila kita berdepan dengan seseorang tak kira tua atau muda, kecik atau besar, semuanya perlu dihormati.. Pepatah ada menyebut,
Jika kita mahu dihormati seseorang, maka kita yang seharusnya menghormati seseorang itu juga.
Jadi pepatah ini memang tepat dan benar dalam kehidupan seharian. Sifat hormat dan bersopan perlu dilahirkan dan diterbitkan melalui perlakuan dan pertuturan supaya hubungan baik sesama manusia dapat dikekalkan.
Saya nak berkongsi dengan awak tips camne nak memupuk dan menjadikan sifat sopan, saling menghormati dan saling berkasih sayang sebagai sebahagian daripada kehidupan kita...Antaranya adalah :
Jangan sesekali menghina orang atau memperbodohkan mereka biarpun ianya mungkin sekadar gurauan.
Belajar untuk memberi perhatian dan mendengar dengan teliti apabila seseorang bercakap dengan awak.
Hargai setiap pendapat orang lain biarpun awak mungkin tak setuju dengan pendapatnya itu.
Bertimbang rasa terhadap apa yang tidak disukai oleh seseorang.
Jangan mementingkan diri sendiri, sebaliknya ambik berat mengenai keadaan orang di sekeliling kita.
Jangan mengejek atau meniru gaya percakapan seseorang dengan niat untuk memalukannya.
Jangan sesekali berkata buruk mengenai seseorang biarpun berkemungkinan besar dia tidak akan mengetahuinya.
Bersikap sensitif pada perasaan orang lain.
Jangan memaksa seseorang melakukan apa yang tak disukainya, sebaliknya kita perlu beri nasihat dengan baik sekiranya perkara itu tidak patut dilakukan.
Sentiasa bercakap dengan nada lembut dan rendah, bukan menjerit kerana nada percakapan boleh menyebabkan tercetusnya salah faham antara kita.
Cuba belajar sesuatu yang positif daripada orang sekeliling dan menghormati keupayaannya, bukan memperlekehkannya kerana setiap manusia ada keistimewaannya tersendiri.
Tunjukkan penghargaan dan minat terhadap latar belakang budaya yang berbeza.
Bersangka baik dan jangan terikut-ikut dengan sikap prejudis ataupun perkauman.
Sentiasa menggunakan perkataan yang baik dan menghargai usaha orang lain biar sekecil manapun dengan perkataan seperti 'tolong' ataupun 'terima kasih'.
Bersikap jujur dan ikhlas.
Kotakan janji yang dah dibuat dan jangan ambik mudah pertemuan yang dah diatur dengan membatalkannya di saaat akhir dan tanpa sebarang kata.
Tawarkan bantuan sekiranya diperlukan.
Apabila seseorang meluahkan masalah, tanyalah pelbagai soalan, kerana ianya akan menunjukkan awak benar-benar ikhlas untuk mendengar permasalahannya itu.
Jangan terlalu mudah untuk membuat kesimpulan mengenai seseorang hanya melalui pertemuan pertama saja, tapi cubalah belajar untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
Buat keputusan untuk menyukai semua orang di sekeliling kita.
Jom.. Bermula daripada sekarang, tanamkanlah sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan dalam diri anak-anak dan diri kita sendiri agar kita menjadi insan yang lebih bersopan santun, sesuai dengan budaya ketimuran kita...
#teambloggerpantaitimur
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons