Review drama : Misi Laksa Dan Laksam

Wednesday, November 22, 2017

Misi Laksa Dan Laksam

Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya saya memang jarang sangat tengok drama kat TV nie, maklumlah kebanyakan berkisarkan percintaan semata-mata, tapi drama nie lain dari yang lain.. Mengisahkan seorang isteri yang mengidap kanser berusaha untuk mencari calon isteri untuk suaminya. Jadi andai takdir dia meninggal dunia, adalah orang yang menjaga makan minum suami dia dan paling utama, calon isteri tue menerima dan menyayangi dua orang anak-anaknya..

Watak Fiza lakonan Rita Rudainia yang memang terror masak laksa berusaha sungguh-sunguh mencari calon isteri untuk suaminya Hakimi lakonan Aqasha. Calon-calon isteri yang dicari datang dari pelbagai latar belakang, daripada seorang budak kampung sehinggalah usahawan wanita yang berjaya.. Bila Fiza dah jumpa, si Hakimi pulak taknak sebab dia terlalu sayang pada Fiza.. Memandangkan Fiza sakit kanser, Hakimi terpaksa menurut kehendak Fiza dengan membenarkan calon isteri tue datang ke rumah mereka dan dari situ Fiza memerhati tingkah laku calon tersebut. Jika ada seseorang tue yang menarik perhatian Fiza, mesti dia akan cari jalan untuk bawak calon isteri tue ke rumah dan mintak pandangan Hakimi serta anak-anaknya yang diberi nama Iskandar dan Fea...

Ada satu lagi watak yang mencuit hati, si mek Kelate bernama Sue (Raysha Rizrose) yang cuba elak daripada seorang lelaki Kelate jugak bernama Imran. Mek Sue nie bekerja sebagai guru tadika tapi dalam masa yang sama dia menjadi guru tuisyen pada anak-anak Fiza. Satu lagi kelebihan pada Mek Sue yang Imran suka sangat nak jadikan dia sebagai isteri, Mek Sue terror masak laksam Kelate.. Mek Sue seboleh-bolehnya tak mau kawin dengan Imran kerana perwatakan Imran yang agak kebudak-budakan tapi Imran tetap mengejar Mek Sue hingga ke rumah ibu bapanya.. 

Drama nie masih berlangsung tau.. Memang best sangat..

Image result for misi laksa dan laksam

Masa : Setiap Jumaat-Ahad, 7.00 malam
Siaran : Slot Dahlia TV3
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon : Aqasha, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Wan Umar Harith, Farzana Latiff, Sheila Mambo, Lydiawati, Kuna, Ridwan Mustafa, Nada Syuhada, Haff Rizuan, Joe Merong, Tengku Fiella, Tatty Hassan

LAGU TEMA
Santai - Nanasheme feat Eyza Bahra

JUMLAH BINTANG
10/10

Jom, pakat-pakat tengok drama nie, tapi sebelum tue, tunaikanlah kewajipan awak sebagai sorang Muslim, iaitu solat Maghrib dulu..

#teambloggerpantaitimur

10 comments

  1. Confirm best ni bila shikin bg full mark. Rita dan aqasha antara pasangan pelakon yg ada chemistry dr dulu lg.

    ReplyDelete
  2. Kene rekod ni heehhe.
    Kalau tengok yang live... jenuh tunggu iklan... iklan lagi panjang dari cerita haha. Dah la waktu maghrib tu :P

    ReplyDelete
  3. Best citer ni ��

    ReplyDelete
  4. Sesekali Sha tertengok juga drama nie.. best dan menarik..

    ReplyDelete
  5. Sue tu nanti pilih siapa yer ... ?

    ReplyDelete
  6. Siqah tak tengok sebab jam 7 malam. Biasa masa tu masih di Federal Highway. Hihi

    ReplyDelete
  7. saya suka rita rudaini..dah lah cantik.. lemah lembut je

    ReplyDelete
  8. saya tak tengok cerita ni tapi mak dan adik bradik lain suka tgk. lagi2 part yg dia kecek klate tu. hehehe

    ReplyDelete
  9. Zeel production ni tak selalu amek artis2 utara belakon . Rita rudaini jiran sebelah umah CCL je . Memang best cita ni rugi pulak tak dapat follow dari episod 1

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧