10 hutan terindah di dunia

Friday, December 22, 2017

Assalamualaikum wbt..
Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan dan kenikmatan.. Pelajaran hari nie (rasa berperasan macam cikgu sikit) adalah info mengenai hutan.. Awak tau hampir 10 peratus dari pemukaan bumi kita yang tercinta nie adalah terdiri daripada hutan. Hutan menjadi satu ejen yang penting kepada dunia untuk menyalurkan bekalan oksigen, air dan menjadi habitat kepada flora dan fauna... 

Umum kita tahu, suasana hutan nie penuh kehijauan, pokok-pokok membesar dengan sihat dan ketinggiannya hingga berpuluh meter dan boleh dikatakan menjadi payung untuk memayungi permukaan. Tapi senarai yang saya nak citerkan nie adalah hutan yang paling indah kat dalam dunia... Sapa cakap hutan tak cantik..? Jom kita baca..


Hutan Crooked, Poland - Poland terkenal dengan memiliki hutan yang unik kerana ianya terdiri daripada pokok-pokok pain bengkok dengan cara yang sama. Hutan berkenaan dah wujud sejak tahun 1030 lagi dan terdapat kira-kira 400 jenis pokok aneh. Hutan nie telah dijadikan sebagai tempat untuk tarikan pelancong.. 

Image result for amazon forest

Hutan Amazon, Amerika Selatan - Hutan Amazon adalah sebuah hutan lembap berdaun lebar dan meliputi tujuh juta kilometer persegi dengan 1.4 bilion ekar ditutupi dengan hutan. Ia juga dimiliki oleh sembilan buah negara termasuk Brazil, Peru, Colombia dan Venezuela. Hutan Amazon jugak boleh dikatakan sama keadaan dengan hutan di negara kita iaitu beriklim khatulistiwa..

Image result for jiuzhaigou valley

Lembah Jiuzhaigou, China - Lembah ini dikenali sebagai lembah sembilan desa dan sangat popular kerana hutannya yang menarik serta air terjunnya yang menakjubkan. Pokok-pokok yang tumbuh di dalam hutan ini mempunayai ketinggian sekitar 4,500 meter dari aras laut, mak oiii.. tinggi tue...


Hutan Hujan The Great Bear, Kanada - Nama hutan nie diberi kerana hutan nie menjadi rumah kepada banyak spesis haiwan seperti beruang grizzly, beruang hitam, puma, ikan salmon dan serigala. Manakala pokok di hutan nie ada yang menjangkau usia 1,000 tahun dan mempunyai ketinggian setinggi 90 meter.. 

Related image

Hutan Negara Coconino, Amerika Syarikat - Ianya terletak di Arizona, hutan nie adalah hutan yang tinggi dengan pokok-pokok yang tumbuh di sepanjang pergunungan hingga mencecah ketinggian 12,000 kaki. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, tempat nie pastinya banyak perkara yang dapat diterokai. 

Image result for the black forest

The Black Forest, Jerman - Hutan nie terletak di barat daya Jerman dan turut dikenali dengan panggilan Schwarzwald kerana ketebalan hutan yang menghalang sinaran matahari untuk menembusinya.. Macam dalam filem Sleepy Hollow kan.. 

Image result for tongass national forest

Hutan Negara Tongass - Luas hutan nie adalah kira-kira 17 juta hektar dan ianya adalah hutan negara yang terbesar di Amerika Syarikat. Beberapa suku orang asli Alaska telah tinggal di Tongass dan lebih daripada 75,000 orang bergantung kepada hutan nie untuk mencari rezeki.. Cantik betul kawasan hutan nie...

Image result for hallerbos forest

Hutan Hallerbos, Belgium - Hutan nie terletak di kawasan Halle, sebuah daerah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Brussel. Apa yang menarik mengenai hutan ini adalah hamparan bunga bakung hyacinth yang berwarna ungu bila tiba musimnya, dan hutan nie mempunyai sungai kecil yang mengalir dengan airnya yang sangat jernih.. Sekali tengok macam bunga lavender, kan..

Image result for sagano forest

Hutan Sagano, Jepun - Terletak di daerah Arashiyama, hutan nie mempunyai laluan pejalan kaki bagi pengunjung untuk menikmati keindahan ribuan pokok buluh yang berada di kiri dan kanan. Selain itu, bunyi daun buluh kerana ditiup angin memberi ketenangan kepada pengunjungnya. Hutan Sagano nie telah dijadikan sebagai kawasan yang dilindungi oleh Kerajaan Jepun, khazanah negara yang tak ternilai harganya..


Hutan Daintree, Australia - Ianya terletak di Queensland dan merupakan hutan hujan tropika. Ia dikatakan sebagai hutan tertua di dunia dan berdasarkan kajian yang dibuat, hutan nie telah berusia 110 juta tahun...!!! Hutan nie turut menjadi habitat bagi platipus dan menjadi kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong..


Subhanallah... Memang cantik kan ciptaan Allah..

9 comments

  1. tak sangka pulak yg arasyiyama tu hutann

    ReplyDelete
  2. cantiknya tambah tambah The Black Forest. kalau dapat sampai sana bestnya

    ReplyDelete
  3. tq 4 sharing kak! best baca psl hutan2 ni sume..sejuk mata memndng kehijauan alam

    ReplyDelete
  4. Cantik view ia tu.. kalau dapat pergi lagi cantik :)

    ReplyDelete
  5. Wow besarnya hutan Amazon.. Meliputi sehingga 9 buah negara 😱

    Nice sharing sis shikin

    Jemput join giveaway Husniey yang pertama
    Banyak hadiah untuk dimenangi 😘

    ReplyDelete
  6. semua pun cantik .....
    serius mmg cantik sangat....

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧