Assalamualaikum wbt..
Citer nie takdelah lama sangat, tapi nak citer jugak.. hihi.. Pada hari Ahad lepas, saya dengan hubby menghantar abah, ibu, adik, mak-mak sedara dan bapak sedara untuk menunaikan umrah dengan menggunakan pakej Rayhar Travels Sdn Bhd..
Abah kami menaiki pesawat MAS daripada airport Kuantan menghala KLIA pada hari Sabtu dan mereka transit sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Jeddah pada hari Ahad..
Sebenarnya kami berdua balik ke Sungkai pada hari Jumaat dan hanya sempat tidur semalaman saja dan pada petang hari Sabtu, kami bergegas pulang ke Sepang untuk berjumpa abah sekeluarga.. Memandangkan hotel yang abah kami menginap tue dekat sangat dengan rumah kami jadi kami berdua bertemu dengan abah kat hotel jea.. Nak tahu hotel mana..? Hotel Empress yang berada di pekan Bandar Baru Salak Tinggi..
So, pada pagi Ahad, kami berdua berjumpa semula dengan abah di KLIA dan sempatlah sambung bertukar cerita daripada sejak berjumpa malam tue..
Dan masa inilah adik beradik saya yang lain datang untuk berjumpa dengan abah... Ooo untuk pengetahuan, saya mempunyai adik beradik yang berlainan ibu, sebenarnya 3 orang ibu termasuk ummie saya.. hihihi.. jadi kalu diikutkan adik beradik saya satu ayah, adalah seramai 11 orang sumanya..
Inilah gambar yang sempat dirakam..
Abah dijangka akan kembali ke tanahair pada 13hb Disember ini, semoga abah sekeluarga mendapat pahala umrah yang berlipat kali ganda.. Dan semoga mereka selamat tiba di tanahair dalam keadaan sihat..
Insha Allah, akan tiba pulak giliran kami nanti.. Doa-doakan.. Insha Allah..
In shaa Allah. semoga dipermudahkan semuanya. Ameen
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semuanya.. Aamiin..
ReplyDeleteAmin....amin...amin...moga dipermudahkan urusan ibadah umrah di sana..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan abah shikin sekeluarga Dan mendapat umrah mabrur
ReplyDeleteslamat menunaikan umrah buat abah shikin..:)
ReplyDeletesemoga selamat semua
ReplyDeletemesti tak sabar nak sambut kepulangan diorang kan?! esok dah 13hb :)
ReplyDelete