Assalamualaikum wbt...
Wahh, tak sangka dah 2 minggu berlalu.. Pada yang belum direview tue, harap sabar yea, Insha Allah, nanti nama awak pulak yang naik untuk direview sebab review saya nie kan hanya 2 minggu sekali.. Sebenarnya nama awak suma saya dah pilih dan dimasukkan dalam planner saya, tunggu tau...
Okey, kali nie sapa pulak yang bertuah untuk direview..? Sahabat saya kali nie adalah..
Blog Ucing Kadayan.. Ucing Kadayan atau nama penanya adalah LilyRayme yang berasal nun jauh di sana, dari negara Brunei.. Pada mulanya saya ingatkan LilyRayme nie seorang perempuan disebabkan nama pena nya tapi sebenarnya LilyRayme nie seorang lelaki yang amat minat pada dunia animasi.. Nama dia digabungkan dengan nama isterinya, so jadilah nama LilyRayme, katanya lady's first.. hihi
Seingat sayalah, LilyRayme nie menjadi antara yang terawal jadi sahabat saya dalam dunia blogging nie.. Mungkin sama-sama join GA atau segmen kot..
Blog LilyRayme nie dah berada dalam dunia blog sejak tahun 2014 lagi.. Walaupun dekat blog dia, tak ramai followers yang ikuti perkembangannya, tapi bila kat youtube, ramai jugak followers dia tau, dekat 16k tue.. Nama blog ini diambil sempena dengan animasi yang dia lakarkan iaitu kucing.. Kat youtube tue memang banyak la animasi kucing yang dia buat dan saya yakin satu hari nanti dia akan menjadi kebanggaan orang Brunei khususnya dalam bidang animasi.. Manalah tau animasi LilyRayme akan menjadi terkenal macam Upin dan Ipin, kan.. Nak tengok animasi dia..? Awak boleh klik kat 🐱SINI... Entri dalam blog dia pun lebih berkisarkan tentang animasi yang dia buat, jadi pada awak yang nak buat animasi, awak boleh belajar dengan LilyRayme nie..
Jom kita jengah dan singgah ke blog Ucing Kadayan..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
Assalamualaikum wbt..
Seperti setiap tahun, pada awal bulan Januari, JBPM akan mengadakan perhimpunan tahunan JBPM peringkat ibu pejabat dan ianya telah berlangsung pada hari Khamis lepas.. Saya nak kongsikan sikit gambar aktiviti perhimpunan tahunan JBPM, memang meriah...
Gambar kat bawah nie adalah penerima anugerah sijil penghargaan JBPM kepada orang awam dan pengamal media yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran dan mengurangkan kerugian harta benda, antara yang dapat sijil nie adalah pelajar tahfiz Darul Ittifiqiyah, jururawat dari Hospital Sultanah Aminah dan ramai lagi..
Acara tahunan nie selesai dalam pukul 10 pagi dan setelah makan yang disediakan, saya dengan ketua unit library pun bergegas ke library untuk membuka gerai jualan kami.. Awak ingat kan entri saya yang terdahulu...
So inilah aktiviti yang kami buat setiap 2 tahun...
Alhamdulillah, dengan mendapat sokongan penuh daripada staff kat situ, dapatlah sikit hasil daripada jualan majalah lama.. Kami gunakan hasil jualan tue untuk membuat aktiviti library seterusnya, maklumlah sumber kewangan adalah terhad.. Yang penting, library kami nie sentiasa ada pengunjung setia dan orang lain tahu tentang kewujudan library jabatan...
#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #starlavenderlunajournaloflife #perawaturutterapibuanganginbagiwanita
Assalamualaikum wbt..
JBPM menawarkan pekerjaan kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut : -
Jawatan :
Pegawai Bomba Bantuan
Nama Balai :
1. Balai Bomba Dan Penyelamat Ringlet, Cameron Highlands
2. Balai Bomba Dan Penyelamat Mentakab
3. Balai Bomba Dan Penyelamat Temerloh
4. Balai Bomba Dan Penyelamat Triang
5. Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut
6. Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan
7. Balai Bomba Dan Penyelamat Rompin
8. Balai Bomba Dan Penyelamat Chini, Pekan
9. Balai Bomba Dan Penyelamat Tekek, Tioman
10. Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Koyan, Lipis
11. Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Tahan, Jerantut
Elaun :
Elaun Kehadiran / Latihan
Syarat Lantikan :
Calon-calon lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganera Malaysia;
(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai penglihatan yang baik;
iv. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
v. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa
(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit
ke Balai)
Notis kebenaran daripada majikan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai
Bomba Bantuan – Borang PBB 4. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas)
Cara Memohon
Pemohon hendaklah menggunakan Borang PBB 3. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas). Calon-calon juga boleh datang sendiri untuk menghadiri temuduga pada hari yang ditetap di bawah. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan
i) Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii) Salinan Kad Pengenalan;
iii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan
Alamat Permohonan dan tarikh tutup
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat seperti di atas
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2018
Tarikh Temuduga
Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui telefon dan laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Makluman
Calon-calon yang ingin menghadiri temuduga ini, hendaklah membawa dua (2) persalinan pakaian :
i ) Baju sukan berkolar dan berkasut sukan
ii) Smart Casual berkasut
So, berminat untuk menjadi salah sorang anggota bomba..? Jom isi kekosongan ini..
Assalamualaikum wbt..
Salam pagi Selasa suma.. Maaf sebab lama tak bersiaran lantaran demam melanda diri... Walaupun citer yang saya nak kongsikan nie agak lama sebab peristiwa nie berlaku pada hari Jumaat lepas, tapi disebabkan saya terlalu sibuk dengan appointment urut, dan tambahan lagi, saya terpilih untuk menjadi ahli koir untuk majlis APC yang akan diadakan pada minggu depan..
Okey, berbalik pada tajuk utama... Sebenarnya elemen 'suprise' nie saya dah rancang pada tahun lepas untuk dijadikan satu momen masa yang indah untuk sahabat baik saya, Kak Ayu.. So, pada Jumaat lepas, saya dah buat suprise untuk dia..
Nak tahu apa suprise yang saya buat..?
Tada.. Saya bagi kejutan sejambak bunga dengan coklat dan hadiah yang lain pada dia.. Mulanya Kak Ayu kata dia cuak jugak sapalah yang bagi bunga pagi-pagi buta tue, disebabkan takde nama pengirim... Last-last Kak Ayu dapat tau jugak yang ianya datang daripada saya disebabkan ayat-ayat ucapan selamat tue.. hihihi.. Memang suprise la kot sebab saya suruh rider bunga nie buat penghantaran pada pukul 8.15 pagi..
Hihi suprise kan.. Saya guna khidmat Emma Nyiu yang berpangkalan di Putrajaya tapi dia boleh antarkan suprise nie ke Cyberjaya, Bangi dan Dengkil...
Harga yang ditawarkan nie sangat berpatutan dari serendah RM50 untuk satu jambak atau mengikut kesesuaian bajet kita.. Lepas tue yang paling best pasal khidmat bouquet nie adalah kita boleh pilih bunga apa dan coklat apa yang kita nak untuk diberi pada yang tersayang.. Malah, bukan bouquet bunga jea tau, awak nak delivery buah ke atau coklat semata-mata ke boleh aje buat request kat Emma nie..
Ini adalah sebahagian jenis bouquet yang Emma Nyiu buatkan untuk pelanggan dia.. Sebenarnya banyak lagi pilihan bouquet yang boleh dipilih, boleh rambang mata wooo... So, pada awak awak yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Dengkil atau Seri Kembangan, bolehlah call Emma Nyiu nie dan thumb up untuk beliau sebab bagi service yang tip top.. Sebab apa saya cakap tip top..? Sebab dia mudah berurusan dan senang bicara, contohnya lah, sebelum hari nak delivery suprise untuk Kak Ayu, saya memang dah deal masa untuk delivery tapi secara tiba-tiba urusan kerja datang mengejut.. Saya deal masa pukul 9 pagi baru delivery tapi disebabkan urusan kerja yang datang, saya terpaksa awalkan masa delivery dari pukul 9 pagi ke pukul 8.30 pagi, tapi sis Emma nie kata dia boleh delivery seawal pukul 8.15 pagi.. Hihi apa lagi, saya pun setuju la untuk deal masa ke 8.15 pagi dan hasil suprise tue.. Memang wow....
Jadi, jika awak nak buat suprise untuk yang tersayang, bolehlah hubungi sis Emma Nyiu nie..
Okey, awak nampak kan Kak Ayu pegang kotak.. Ala yang nie..
Kotak nie takde dalam list delivery sis Emma tapi kita boleh request untuk dihantar sekali dengan jambak bunga tue.. Disebabkan saya bekerja satu bangunan dengan Kak Ayu, jadi senanglah saya berurusan dengan rider delivery nie.. Nak tahu apa di dalamnya..? Takpelah tak suprise pun..
Tadaaaa... Inilah hadiah dalam kotak tue.. Cantik kan untuk diberi pada yang tersayang ataupun untuk hantaran perkahwinan.. Lengkap tau, ada lipstick, ada minyak wangi, ada eyeliner dan ada maskara.. Harganya pun berpatutan sangat dan awak boleh dapatkan barangan nie dalam Shopee.. Awak taip keyword gift set, lepas tue awak boleh pilih set yang awak rasa bersesuaian.. Tapi set nie takleh pilih untuk kaler yang kita nak, ianya diberi secara random..
Kejutan nie rasanya first time kot saya antar kat opis.. hihi... Sebab Kak Ayu selalu citer kat saya yang dia berangan-angan jika ada orang hantarkan jambangan bunga kat dia, tapi bila saya antar, hihi terkedu la jugak... Sebab dahlah pagi-pagi antar bunga lepas tue tak letak nama pengirim, memang dia cuak jugak la... hihi.. So Kak Ayu happy dan saya pun happy jugak..
Suprise kan.. hihi
#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #starlavenderlunadotblogspotdotcom #perawaturutbuanganginbagimuslimah
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, settle dah persiapan untuk hari esok, Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Peringkat Ibu Pejabat akan diadakan pada pagi esok..
Dan dengan adanya majlis tue jugak, unit saya iaitu Perpustakaan Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi akan mengadakan jualan majalah lama..
Pada mulanya kami nak jual antara RM1 sehingga RM5 tapi bila buat perbincangan balik, kami bersetuju untuk turunkan harga jualan iaitu antara RM1 sehingga RM1.50..
So, pada awak-awak yang berada di area Putrajaya, boleh lah datang ke tempat kami.. Jualan bermula pada pukul 9 pagi atau sehingga majlis perhimpunan tahunan selesai..
Ada banyak majalah yang akan dilepaskan..
Jom..jom..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Rakyat Malaysia sekarang semakin sibuk dengan kehidupan seharian dan kadang kala takde masa untuk menikmati makanan yang berkhasiat.. Apa saja yang nampak depan mata, pasti itulah yang dipilihnya tanpa mengetahui ada kala makanan yang dipilih tue agak berbahaya untuk kesihatan..
Saya nak berkongsi dengan awak satu produk buatan Malaysia dan ianya amat sesuai sangat pada sesiapa yang takde masa untuk makan makanan berkhasiat...
Kayliz Gronola For Fitness.. Satu produk berasaskan oat yang sangat berkhasiat kerana terdapat pelbagai bahan alami seperti :-
Oat ; Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Oat adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Komposisi gandum oat amat seimbang dan sesuai untuk bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
Ubi keledek (sweet potato) ; Mempunyai sumber vitamin A yang sangat baik (dalam bentuk beta-karoten). Ianya juga kaya dengan sumber vitamin C, mangan, tembaga, asid pantotenik dan vitamin B6 yang sangat baik. Selain itu, ubi keledek ini juga adalah sumber yang baik untuk kalium, serat makanan, niasin, vitamin B1, vitamin B2 dan fosforus.
Benih Chia (Chia seeds) ; Ianya adalah makanan yang tertumpu yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protein, serat, antioksidan dan kalsium. Satu auns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protein, 9 gram lemak, karbohidrat 12 gram dan 11 gram serat, ditambah vitamin dan mineral.
Madu (Honey) ; Madu boleh menimbulkan tahap antioksidan yang mempromosikan kesihatan di dalam badan. Antioksidan membantu menghalang radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegahan terhadap sebarang penyakit yang melemahkan.
Oleh kerana saya memang suka makan dengan oat, jadi granola nie memang sesuai sangat dengan saya.. Lagipun bahan-bahan yang terdapat dalam granola nie membuatkan saya kenyang dan yang lebih bagus lagi, terasa macam makan biskut di dalam air..
Nampak tak biji-biji dalam cawan tue..? Itulah bijirin-bijiran ubi keledek dan bila kunyah-kunyah, terasa macam makan bijirin sarapan yang lain-lain tue..
Granola nie sesuai untuk dimakan bersama dengan susu ataupun yogurt.. Untuk sesiapa yang tak suka pada susu, awak boleh gantikan dengan susu berperisa, macam saya nie, yang tak suka pada susu yang berwarna putih.. Sebaliknya saya makan bersama dengan susu berperisa kopi..
Produk granola nie adalah produk buatan Malaysia tau.. Care Liz Resources adalah syarikat tempatan dari Negeri Sembilan dan bermula operasinya pada 16 September 2015. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan makanan oat yang menyihatkan dan ianya amat sesuai dengan sesiapa yang mempunyai kehidupan yang sibuk, ahli-ahli sukan dan juga pelajar.
Harga : RM17.90
Satu lagi yang saya suka dengan granola nie adalah ubi keledek, sebabnya saya memang peminat dengan semua ubi, so memang best sangat produk nie.. 1 pek tue dapat bertahan untuk seminggu tau.. Jadi agak menjimatkan jugak kerana bahan-bahan yang pelbagai dan menyihatkan..
Untuk mendapatkan produk nie, awak boleh layari laman facebook rasmi mereka ataupun boleh jugak whatsapp kepada mereka.. PALING PENTING, BELILAH YANG ORIGINAL DAN SOKONGLAH PRODUK TEMPATAN..
Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, boleh layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/kaylizHQ/
Whatsapp : 011-10906902 / 019-6255010
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
#kaylizgranolaoat
#kaylizoat
#granolasedap
Assalamualaikum wbt..
Ini adalah hebahan umum.. Pegawai kadet JBPM akan menganjurkan Program "Be Fire Fighter" yang akan berlangsung pada hari Sabtu nie, 20hb Januari 2018 bertempat di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
So, warga Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya dijemput untuk sama-sama meriahkan program yang akan diadakan tak lama lagi.. Ada banyak tau aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut, antaranya :-
- Program derma darah
- Pameran jentera dan kerjaya bomba
- Pertandingan Fire Challenge
- Pertandingan mewarna Kelab 3K
- Demo helikopter bomba
- Kursus Pengurusan Jenazah
- Demo alat pemadam api
- Demo oil spill
- Demo repelling
- Gerai jualan
Wah, nampak seronok kan aktiviti nie, sebab semuanya boleh datang, termasuk kanak-kanak.. Ada pertandingan mewarna lagi, yang best tue mesti dapat hadiah yang grand dan meletop punya.. Sesiapa yang nak tengok helikopter bomba secara lebih dekat, datanglah beramai-ramai kat akademi bomba tue, yang lebih dikenali sebagai FRAM KKB..
Pukul berapa program nie bermula..?? Ianya bermula pada jam 8 pagi sehingga 5.30 petang... So jomlah warga KKB dan kawasan sekitar, dan dialu-alukan pada warga lain jugak, untuk sama-sama meriahkan program yang dianjurkan nie..
Nak kenal bomba..? Nak masuk bomba..? Sumanya terjawab dan boleh dilihat daripada program nie.. Jom bookmark tarikh tue.. Bila..?
Tarikh : 20 Januari 2018 (Sabtu)
Program Bermula : 8 pagi sehingga 5.30 petang
Tempat : Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
Assalamualaikum wbt,
Seperti yang dijanjikan pada 2 minggu lepas, saya akan buat review blog sahabat-sahabat saya dengan syarat blog tue aktif jea walaupun hanya buat entri 6 bulan sekali.. hihihi..
So, siapakah yang bertuah menjadi orang kedua untuk direview..? Ianya adalah...
Blog Perdu Cinta.. Nama asal pemilik blog ini adalah kak Jua Azura, seorang surirumah tangga yang berasal daripada Batu Pahat, Johor tapi pemilik blog ini lebih dikenali sebagai Kak PC.. Kak PC jugak mempunyai ramai followers termasuk saya kerana entri yang dicoretkan kebanyakkan berkisarkan kehidupan akhirat.. Banyak nasihat dan kata-kata hikmah dicoretkan dalam blog dia..
Walaupun banyak entri Kak PC berkisarkan kehidupan akhirat, dia jugak selalu tinggalkan komen kat sesiapa saja yang singgah ke blog dia dan ada masanya dia jugak akan join segmen atau giveaway sebagai tanda sokongan dia pada sesebuah blog...
Kak PC dah terlibat dalam dunia blog pada tahun 2012 lagi jadi memang banyak kata-kata nasihat dan kata-kata hikmah yang memberikan kita inspirasi dan semangat untuk teruskan perjuangan syiar Islam.. Sebab selalunya entri yang Kak PC coretkan secara tak langsung menginsafkan saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah.. Kadang kala kita perlukan seseorang untuk menyedarkan kita agar kita kembali ke jalan Allah.. Jadi memang tak rugi untuk jengah blog Kak PC nie..
Untuk kak Perdu Cinta, terima kasih kerana selalu ingatkan saya untuk kembali ke jalan Allah dan terima kasih di atas nasihat akak pada saya.. Insha Allah, sama-sama kita beristiqamah ke jalan yang diredhai oleh Allah..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Perdu Cinta..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons