Assalamualaikum wbt,
Sebagai seorang wanita Muslimah, kita diwajibkan untuk menutup aurat dari lelaki ajnabi demi menjaga kehormatan dan harga diri kita... Untuk lelaki ajnabi, kita dah tau yang batasan aurat kita adalah seluruh tubuh kita nie adalah aurat KECUALI wajah dan telapak tangan..
Tapi awak tau tak sebenarnya bukan lelaki ajnabi saja yang perlu kita jaga batasan aurat kita.. Sebenarnya dengan mahram kita pun kita perlu jaga batasan aurat..
Yang PASTI, takde aurat bagi seorang isteri ke atas suaminya..
Batasan aurat wanita sebenarnya ada beberapa kategori yang perlu dititikberatkan, semoga ianya menjadi panduan kepada kita dalam menjaga aurat kita..
- Aurat kepada lelaki ajnabi - Seluruh tubuh wanita itu adalah aurat KECUALI wajah dan telapak tangan.
- Aurat kepada lelaki mahram - Contohnya seperti ayah, saudara kandung ayah, datuk, adik beradik lelaki atau anak lelaki yang sudah akil baligh. Aurat wanita yang boleh diperlihat adalah bahagian badan yang terkena air wuduk seperti wajah, kepala, tangan dan kaki. Ada juga ulama berpendapat batas aurat wanita di depan mahramnya adalah seluruh tubuh kecuali wajah, kepala, leher, tangan, kaki dan betis. Jadi dalam erti kata lain, aurat wanita di depan mahramnya adalah daripada bahu sampai ke lutut..
- Aurat sesama wanita Muslimah - Sesama wanita Muslimah boleh melihat anggota tubuh badan KECUALI batas pusat sampai ke lutut. Tapi kena berhati-hati untuk tak memperlihatkan aurat di depan wanita asing kerana dikhuatiri tak amanah, sebab sekarang nie, bermacam perkara buruk boleh berlaku..
- Aurat sesama wanita bukan Muslimah - Seorang Muslimah tak boleh memperlihatkan auratnya kepada wanita bukan Muslimah KECUALI wajah dan tapak tangan. Batas aurat seorang wanita Muslimah di depan wanita bukan Muslimah tak sama dengan batas aurat wanita sesama wanita Muslimah kerana ada sebahagian Ulama berpendapat, ianya SAMA seperti batasan aurat dengan lelaki ajnabi.
Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah,
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua, Insha Allah..
Kredit : Curhatmuslimahdotblogspotdot.com
Alhamdulillah jelas sangat.Terima kasih perkongsuan ini..ubah sedikit demi sedikit.Mana yang dah lakukan istiqhamah.
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi ilmu
ReplyDeleteperingatan yang bagus yang terkadan g kita lupaaa..huhu
ReplyDeletegood reminder. thnxxxx
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeleteterima kasih atas peringatn ni kak
ReplyDeletethanks for sharing. Kdg2 sy pun slalu lupa lagi2 bila dah sumpah dgn spupu yg bukan Muslim..
ReplyDeletetq for sharing!
ReplyDeletegood sharing sis.. kdg2 terlepas pndg ttg semua ni..
ReplyDeletethank you for sharing this. Sangat-sangat berguna.
ReplyDeleteGood sharing kak shikin =)
ReplyDeleteThank you kak Shikin for sharing. Kadang2 Siqah pun lupa tambah lagi aurat sesama wanita bukan Muslimah.
ReplyDeleteclear...peringatan yg baik
ReplyDeleteKadang kita terlupa aurat sesama jantina.. Terima kasih untuk ingatan ini kak 🌸
ReplyDeleteTq for sharing shikin
ReplyDeleteDi mana-mana dan dengan ßsiapa pun batas aurat kena jaga
ReplyDeletetq atas penjelasan tu syikin. patutlah bini abam kie x nak gi saloon yg dimiliki oleh wanita bkn Islam...
ReplyDeletebila tekankan balik topik ni, betapa pening nya aurat muslimah walau dengan sesama wanita pun
ReplyDeleteBagus perkongsian kak shikin. Kadang-kadang kita ni main hentam je sampai tak sedar batas-batas aurat kita
ReplyDeletetq for sharing, shikin.
ReplyDeletekita sentiasa kena diingatkan. dan saling mengingati kan.