Assalamualaikum wbt..
Salam pagi Selasa suma.. Maaf sebab lama tak bersiaran lantaran demam melanda diri... Walaupun citer yang saya nak kongsikan nie agak lama sebab peristiwa nie berlaku pada hari Jumaat lepas, tapi disebabkan saya terlalu sibuk dengan appointment urut, dan tambahan lagi, saya terpilih untuk menjadi ahli koir untuk majlis APC yang akan diadakan pada minggu depan..
Okey, berbalik pada tajuk utama... Sebenarnya elemen 'suprise' nie saya dah rancang pada tahun lepas untuk dijadikan satu momen masa yang indah untuk sahabat baik saya, Kak Ayu.. So, pada Jumaat lepas, saya dah buat suprise untuk dia..
Nak tahu apa suprise yang saya buat..?
Tada.. Saya bagi kejutan sejambak bunga dengan coklat dan hadiah yang lain pada dia.. Mulanya Kak Ayu kata dia cuak jugak sapalah yang bagi bunga pagi-pagi buta tue, disebabkan takde nama pengirim... Last-last Kak Ayu dapat tau jugak yang ianya datang daripada saya disebabkan ayat-ayat ucapan selamat tue.. hihihi.. Memang suprise la kot sebab saya suruh rider bunga nie buat penghantaran pada pukul 8.15 pagi..
Hihi suprise kan.. Saya guna khidmat Emma Nyiu yang berpangkalan di Putrajaya tapi dia boleh antarkan suprise nie ke Cyberjaya, Bangi dan Dengkil...
Harga yang ditawarkan nie sangat berpatutan dari serendah RM50 untuk satu jambak atau mengikut kesesuaian bajet kita.. Lepas tue yang paling best pasal khidmat bouquet nie adalah kita boleh pilih bunga apa dan coklat apa yang kita nak untuk diberi pada yang tersayang.. Malah, bukan bouquet bunga jea tau, awak nak delivery buah ke atau coklat semata-mata ke boleh aje buat request kat Emma nie..
Ini adalah sebahagian jenis bouquet yang Emma Nyiu buatkan untuk pelanggan dia.. Sebenarnya banyak lagi pilihan bouquet yang boleh dipilih, boleh rambang mata wooo... So, pada awak awak yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Dengkil atau Seri Kembangan, bolehlah call Emma Nyiu nie dan thumb up untuk beliau sebab bagi service yang tip top.. Sebab apa saya cakap tip top..? Sebab dia mudah berurusan dan senang bicara, contohnya lah, sebelum hari nak delivery suprise untuk Kak Ayu, saya memang dah deal masa untuk delivery tapi secara tiba-tiba urusan kerja datang mengejut.. Saya deal masa pukul 9 pagi baru delivery tapi disebabkan urusan kerja yang datang, saya terpaksa awalkan masa delivery dari pukul 9 pagi ke pukul 8.30 pagi, tapi sis Emma nie kata dia boleh delivery seawal pukul 8.15 pagi.. Hihi apa lagi, saya pun setuju la untuk deal masa ke 8.15 pagi dan hasil suprise tue.. Memang wow....
Jadi, jika awak nak buat suprise untuk yang tersayang, bolehlah hubungi sis Emma Nyiu nie..
Okey, awak nampak kan Kak Ayu pegang kotak.. Ala yang nie..
Kotak nie takde dalam list delivery sis Emma tapi kita boleh request untuk dihantar sekali dengan jambak bunga tue.. Disebabkan saya bekerja satu bangunan dengan Kak Ayu, jadi senanglah saya berurusan dengan rider delivery nie.. Nak tahu apa di dalamnya..? Takpelah tak suprise pun..
Tadaaaa... Inilah hadiah dalam kotak tue.. Cantik kan untuk diberi pada yang tersayang ataupun untuk hantaran perkahwinan.. Lengkap tau, ada lipstick, ada minyak wangi, ada eyeliner dan ada maskara.. Harganya pun berpatutan sangat dan awak boleh dapatkan barangan nie dalam Shopee.. Awak taip keyword gift set, lepas tue awak boleh pilih set yang awak rasa bersesuaian.. Tapi set nie takleh pilih untuk kaler yang kita nak, ianya diberi secara random..
Kejutan nie rasanya first time kot saya antar kat opis.. hihi... Sebab Kak Ayu selalu citer kat saya yang dia berangan-angan jika ada orang hantarkan jambangan bunga kat dia, tapi bila saya antar, hihi terkedu la jugak... Sebab dahlah pagi-pagi antar bunga lepas tue tak letak nama pengirim, memang dia cuak jugak la... hihi.. So Kak Ayu happy dan saya pun happy jugak..
Suprise kan.. hihi
#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #starlavenderlunadotblogspotdotcom #perawaturutbuanganginbagimuslimah
kalau cikyan pon, cikyan suka dapat surprise mcm ni... rasanya akan joget2 laaa.. msti menangis terharu time tu jugak.. hahahha
ReplyDeletejemput join..
https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-cikyan.html
bestnya dpt surprise camniii..
ReplyDeleteSeronoknya dapat suprise macam ini.. Tetibe rasa nak kerja sama pejabat dengan shikin.. Hehehe
ReplyDeleteYang memberi dan yang menerima sama-sama bahagia dang gembira luar biasa...alhamdulillah..
ReplyDeletepernah dapat suprise macam nie..pening memikirkan siapa lah yang bagi bunga and coklat..tanya sorang..cakap tak ada.. last2 dapat tahu jugak siapa yang bagi
ReplyDeletebestnya dapat surprice...
ReplyDeleteHuyooo hadiahnya. Sweet sangat lah akak ni ! Untung kawan akak mesti terkesima habis hehe
ReplyDeleteBestnya surprise ni
ReplyDeletealahai bestnya ! =D
ReplyDeleteuntung sangat bestfriend akak. nice jugak buat surprise macam ni! hehe
ReplyDeleteuntunglah..bestnya dapat channel tu
ReplyDelete