Assalamualaikum wbt..
Asyik entri untuk perempuan aje, rasa macam tak adil pulak kan... Rasanya kot adalah pemerhati lelaki yang sedang memerhatikan jurnal saya nie kan.. hihihi perasan.. Hmm, takpelah, kalau takde lelaki yang sudi nak baca jurnal nie, yang kaum hawa nie boleh lah kot sampaikan pesanan pada lelaki, mungkin abang, mungkin ayah, mungkin suami ataupun mungkin sedara mara lelaki yang lain tentang entri nie...
Bila kita (lelaki) dah menginjak usia 50-an, risiko untuk mendapat pelbagai penyakit memang agak tinggi, apatah lagi bila kita menghadapi cabaran di zaman nie.. Makanan yang sedap, kurang bersenam ataupun gaya hidup yang kurang sihat adalah faktor utama untuk penyakit senang hinggap dalam kehidupan kita.. Oleh kerana risiko masalah nie ada kaitan dengan pemakanan, ada beberapa jenis makanan yang sihat yang boleh awak amalkan dan letakkan dalam menu sihat awak.. Jom kita selidik..
Cendawan - Ianya adalah sumber kalium yang membantu dalam mengimbangi kesan sodium dan menurunkan tekanan darah.
Telur - Ianya adalah sumber protein yang dapat membantu mempertahankan massa otot yang berkurangan kerana pertambahan usia.
Berries - Keluarga berries seperti blueberry dapat mengurangkan risiko kanser dan blueberry nie satu-satunya buah yang dapat membantu melawan kanser. Menurut penelitian yang dilakukan di Medical College Of Wisconsin di Milwaukee Cancer Center, pengambilan raspberi dan strawberi dapat menghalang kanser kerongkong dari 30 hingga 70 peratus, begitu juga dengan kanser usus.
Ceri - Ianya dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh osteoarthritis dan gout, yang disebabkan oleh tingginya tingkat asid urik dalam darah.
Avocado - Ianya mempunyai lemak tak tepu yang baik untuk jantung dan dapat membantu menjaga kadar kolesterol rendah. Sebab itulah, awak perlu mengambil dan makan buah avocado, kerana sebiji avocado mengandungi 230 kalori, 10 gram serat dan 20 gram lemak. Ia juga dikaitkan dengan penurunan berat badan dan mengurangkan risiko keradangan.
Kekacang - Ianya mengandungi protein yang banyak memberi manfaat seperti menurunkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Penelitian daripada Canadian Medical Journal mendapati bahawa pengambilan ¾ cawan kacang dapat menurunkan LDL (kolesterol jahat) sebanyak 9 peratus...
Mulakan hidup yang sihat dan amalkan gaya hidup sihat...
nice sharing sis...
ReplyDeletesalam perkenalan :)
nice info
ReplyDelete:)
avocado ^^
ReplyDeleteThankyou for sharing kak :) Boleh la nanti share info dengan kaum lelaki di rumah hee
ReplyDeletex dpt lari dari telur.. hehe.. nasik goreng mesti ada telur.. maggie mesti ada telur.. hehe
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Ampunkan Dosaku
2. Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
baca entri ni, asyik teringat abah aidaa jeee.. thank you sharing! ^^
ReplyDeletegood sharing!!
ReplyDeleteYang selalu jumpa telur aje.
ReplyDeletebaru tahu ceri ada khasiat untuk orang sakit gout! Thanks share kak syikin :D
ReplyDeletetak pernah makan avocado btw nice sharing :)
ReplyDeleteSemua org pun boleh amalkan juga ni kan
ReplyDelete