Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dah lama rasanya Putrajaya dan Salak Tinggi tak menerima hujan, hari nie terasa redup aje.. Okey, selalunya kalau kita simpan gelas sama ada di dalam laci kabinet dapur ataupun dalam almari perhiasan (contoh paling dekat saya sendiri, yang memang banyak menyimpan gelas-gelas yang tak dipakai, samada dapat free gift ataupun hadiah dari kawan-kawan) dah semestinya nampak kusam dan tak berkilat. Ada beberapa cara untuk menampakkan gelas tue sentiasa berkilat walaupun jarang digunakan.. So apakah caranya..?
Jom kita selidik dan D.I.Y...
- Untuk menampakkan gelas sentiasa berkilat, lakukan pembersihan secara rutin.
- Lakukan pembersihan segera sebelum gelas tampak kusam. Jika dibiarkan kusam, yang selalunya disebabkan oleh debu, jadi pada 'dinding' gelas tue akan nampak seperti berkabut.
- Sebelum mencuci gelas, masukkan gelas ke dalam larutan air suam yang dah dicampur dengan cecair pencuci pinggan mangkuk dan baking soda. Kemudian, cuci gelas itu dengan bersih dan masukkan ke dalam air bersih dengan suhu normal yang dah dicampur dengan sedikit cuka. Angkat dan tiriskan. Keringkan gelas dengan kedudukan secara terbalik.
- Sebelum disimpan, keringkan gelas tadi dengan kain lap yang bersih. Elakkan dari menggunakan kain lap daripada jenis material berbulu kerana serabut benang akan mudah tertinggal pada 'dinding' gelas.
- Simpan gelas yang kering tadi pada suhu ruang dan jangan simpan gelas di tempat yang lembap.
- Jika awak memiliki jumlah gelas kaca yang cukup banyak, sebaiknya awak menggunakan glassware hanger iaitu rak gelas yang diletakkan di bahagian dinding dapur dan gelas tersebut diletakkan secara terbalik.
Tahniah, anda adalah pemenang Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger
ReplyDeleteemailkan maklumat dibawah kepada pokcik :
1. Nama Penuh
2. Alamat Tetap
3. No. Telefon
4. URL penyertaan GA
emailkan kepada damalkamis@gmail.com
Tips yang bermanfaat kak shikin.. :)
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletebaru CCL tahu , lepas ni nak nampak gelas kaca berkilat , campurkan baking soda sama pencuci pinggan
ReplyDeleteyg pasti kena rajin la inspect setiap satu. hehe
ReplyDeletewow!!! good sharing
ReplyDeleteWah.. good tips lah shikin. Gelas lama mmg bykndah kedam
ReplyDeleteWahh tips yang menarik. Banyak gelas kat rumah ni yang dah berubah kelam je tengok. Lepas ni ciktie nak cuba la
ReplyDeleteHehe menarik tips nya. Nanti boleh guna tips ni bila ada koleksi cawan sendiri hehe.
ReplyDeletewah nice tips..boleh guna next time
ReplyDelete