Assalamualaikum wbt..
Hospital... Satu tempat yang diketahui umum adalah tempat orang-orang sakit dan memerlukan rawatan. Di situ jugaklah ditempatkan mayat-mayat yang mempunyai pelbagai situasi samada meninggal dunia akibat sakit tua, kemalangan dan sebagainya... Hospital memang terkenal dengan kisah misteri sama ada yang berkaitan dengan entiti ataupun kes-kes maut yang tragis. Di sebalik cerita yang tersendiri, saya akan bagi carta enam buah hospital yang amat terkenal dengan kisah seram..
Jom..
Severalls Hospital, Britain - Hospital ini dikenali kerana kaedah rawatan yang aneh dan mengerikan terhadap pesakit mental seperti lobotomi frontal dan terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913 kemudian ditutup sepenuhnya pada tahun 1990-an. Namun bagi pemburu hantu, mereka menjadikan lokasi ini untuk menjejak cerita mistik. Tambahan pulak, hingga kini tersebar luas khabar angin yang mengatakan bahawa ramai saksi yang mendengar suara yang menyayat hati misteri di dalam bilik mayat hospital ini..
Sai Ying Pun Psychiatry, Hong Kong - Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Tempat ini diberi gelaran sebagai ' Rumah Hantu High Street' kerana terlalu banyak cerita seram telah berlaku. Awalnya, hospital ini menjadi tempat tinggal jururawat hingga Perang Dunia Kedua.. Khabarnya tentera Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ruang untuk mereka menyeksa orang-orang yang tak bersalah. Jadi, cerita mengenai suara wanita menangis, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong telah menjadi perbualan hangat penduduk setempat.
Ararat Lunatic, Australia - Semasa dibuka pada tahun 1867, hospital sakit jiwa ini diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Tapi, hospital nie mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Beroperasi selama 130 tahun, seramai 13 ribu pesakit telah meninggal dunia, jadi tak heran lah muncul kisah-kisah seram di sana.
Athens Mental, Amerika Syarikat - Hospital sakit jiwa ini dibuka pada tahun 1874 dan selama bertahun-tahun hospital ini menerima pesakit gila. Pada tahun 1950-an, hospital ini telah merawat lebih daripada 1,800 orang pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Hairan bin ajaib, hospital nie bijak merahsiakan identiti pesakit dengan begitu ketat sekali, dan hingga ke hari ini, 1,900 mayat di bawah bangunan ini masih belum ditemui. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada tahun 1978 dan dijumpai setahun kemudian di dalam bangsal dengan percikan darah di lantai dan kesannya boleh dapat dilihat sehingga ke hari ini..
Hospital Lama Changi, Singapura - Dibina pada tahun 1935, hospital ini menjadi salah satu laman yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun lamanya. Saat dibina pada kali pertama, bangunan ini adalah merupakan hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara dan ruang penyeksaan oleh tentera Jepun. Pada tahun 1997, hospital ini telah diberhentikan operasinya dan ditinggalkan begitu saja. Ramai pemburu hantu cuba merakam aktiviti paranormal di sini dan cuba mencari penemuan yang mengerikan seperti suara ataupun objek misteri.
Tranquille Sanatorium, Kanada - Hospital ini terletak berhampiran dengan tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap batuk kering dan akhirnya ianya menjadi hospital pada tahun 1907. Namun pada tahun 1950-an, pintu Tranquille Sanatorium ditutup sepenuhnya. Semenjak itu, kisah seram terus menerus muncul seperti seakan-akan bola yang boleh mengembang sendiri atau suasana kawasan itu menjadi sejuk yang melampau, seolah-olah musim salji. Ada jugak khabar angin mengatakan yang jururawat dibunuh oleh pesakitnya..
Tengok pada gambar memang seram kan..
Tengok gambar pun akak tau seram hospital ni...hehehehe....zaman dulu memang terkenal cara rawatan kejutan elektrik utk pesakit jiwa kan...kejam kalau difikir2 kan...
ReplyDeletefuhhh semua kat luar negara...tgk bangunan pon dah gerun...apa lg nak masuk dlm tu..hahaha
ReplyDeleteSeramnyaaa...tapi bagi saya bangunan2 lama mcm ni memang cantik...
ReplyDeletehospital lama mmg sera..huhu
ReplyDeletealmost all of the hospitals mentioned are mental hospital.. so creepy..
ReplyDeletetiba2 rasa teringin nak pergi, sebab Cik kepeng memang suka tempat bersejarah + berhantu ni.. hahaha, pastu balik rumah takleh tido
ReplyDeletedgr cite dah rasa seram.
ReplyDelete