Assalamualaikum wbt..
Masker wajah memang salah satu jenis rawatan kulit muka yang paling popular di masa kini.. Rawatan ini dapat memberikan nutrisi yang segar pada kulit wajah atau pemulihan untuk jangka masa yang singkat dan lebih baik jika dipakai untuk semalaman yang turut dikenali sebagai sleeping pack..
Saya nak kongsi 6 jenis resipi masker wajah dari sumber alami dan mudah didapati di dalam persekitaran kita..
Jom..
Minyak Vitamin E - Vitamin E memang berkesan untuk memperbaiki keadaan kulit yang terdedah dengan sinar ultra violet, selain daripada menjadi sumber pelembap semula jadi yang baik untuuk membekalkan nutrisi pada kulit. Caranya, sebelum tidur, cukup awak ratakan minyak yang diambil daripada kapsul vitamin E pada wajah dan leher. Tapi sebelum tue, awak kena pastikan wajah telah dicuci sepenuhnya kemudian barulah sapu minyak vitamin E ini.
Masker epal dan madu - Epal mempunyai vitamin A, vitamin B dan vitamin C yang diperlukan oleh kulit untuk tujuan pemulihan dan begitu jugak dengan madu yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Cara nak buat masker nie adalah awak parutkan setengah biji epal yang bersaiz sederhana bersama dengan kulitnya. Kemudian awak campurkan dengan satu sudu besar madu, dan awak campurkan semua bahan ini. Kemudian awak sapu pada wajah yang dah dicuci bersih. Tunggu dalam 30 minit kemudian bersihkan dengan air sejuk dan lapkan dengan kain yang bersih.
Masker tomato dan yogurt - Campuran masker ini amat berkesan untuk menyembuhkan kulit yang sedang mengalami alahan selain daripada menjadi penyelesaian masalah pigmentasi. Tomato yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan likopen yang diperlukan untuk pemulihan sel kulit manakala yogurt menjadi sumber lactic acid yang membantu untuk peremejaan kulit. Cara nak buat masker nie mudah jea.. Awak hancurkan setengah biji tomato yang bersaiz sederhana, kemudian campurkan dengan satu sudu besar yogurt tawar. Awak sapukan pada wajah yang dah dicuci dan disapu dengan penyegar wajah. Jika ramuan ini terlalu lembik untuk dipakai semasa tidur, awak boleh campurkan dengan sedikit tepung beras untuk memekatkannya.
Masker timun dan tepung beras - Timun kaya dengan cairan yang boleh mendinginkan kulit, selain mempunyai vitamin A dan vitamin C untuk keperluan kulit. Cara nak buat masker nie, awak parut setenah biji timun. Kemudian awak campurkan dengan sedikit tepung beras untuk memekatkan ramuannya. Awak sapu pada kulit wajah yang dicuci bersih dan biarkan semalaman. Basuh dengan air sejuk dan lapkan dengan kain yang bersih.
Krim susu - Krim susu sangat elok untuk melembapkan kembali kulit yang sangat kering dan kusam. Ia juga dikatakan mampu mencerahkan kulit sepanjang malam. Caranya, ambik satu sudu besar susu krim segar, kemudian campurkan dengan satu sudu teh jus limau nipis dan kemudian awak sapukan pada wajah yang dah dicuci bersih.
Masker strawberi dan tepung beras - Strawberi yang mengandungi vitamin C yang tinggi sangat membantu memulihkan kulit yang kusam, kering dan gelap. Cara nak buat masker nie adalah awak kena hancurkan lima biji buah strawberi. Kemudian awak campurkan dengan setengah sudu besar tepung besar dan sapukan pada wajah yang dah dicuci bersih. Kemudian biarkan semalaman dan bilas dengan air sejuk setelah bangun tidur.
Masker-masker DIY ini akan membuatkan wajah kita terasa lebih lembap dan bercahaya di pagi hari, cubalah dan rasailah perbezaannya...
nice share
ReplyDeletewow
ReplyDeletenice sharing
thanks :)
Semua petuaa mudah dan menjadikkkkk kalauuu rajinnnn!
ReplyDeleteKann~ hehe~ nak cantikkk, haruslah rajinn gituu~
InsyaAllah boleh dicuba sebab bahan-bahannya boleh dikatakan ada didapur..
ReplyDeleteray selalu guna putih telur
ReplyDeletememang tidak la nak pakai strawberry, mahal yakmat
ReplyDeletetq for sharing...
ReplyDeleteterima kasih sharing ni shikin
ReplyDeleteSenang aje kalau nak buat .sendiri ye shikin
ReplyDeleteBolehla try buat sendiri lepas ni masker.. Sblm ni dok beli yg readymade jerk.. haha
ReplyDeletegood sharing..mcm best je...cikyan suka pupur dgn tomato..best !
ReplyDeletetak rajin nak buat sendiri masker ni semua..hihi
ReplyDelete