8 cara Islam ikat kasih sayang antara adik beradik

Wednesday, February 28, 2018



Assalamualaikum wbt...
Orang tua-tua selalu berkata, air dicincang takkan putus sampai bila-bila.. Jadi macam tue jugak hubungan adik beradik yang kadang kala memeningkan ibu bapa, sebab ada masanya diorang akan bergaduh dan ada masanya diorang boleh bergurau senda.. Dalam usaha untuk mendidik anak-anak pada masa kini dengan cabaran yang lebih besar, nilai pendidikan akidah di kalangan anak-anak amat penting untuk memantapkan lagi keimanan pada jiwa mereka..

Menurut kata Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, nilai pendidikan akidah dan cara didikan Islam dalam diri anak-anak perlu diterapkan selalu agar kasih sayang yang terjalin antara mereka menjadi utuh biarpun mereka telah menginjak dewasa.. Jom kita selidik camne cara untuk mendidik anak-anak supaya mereka mempunyai kasih sayang sesama mereka..

Elakkan pergaduhan - Bila adanya pergaduhan antara adik beradik, cuba kita tanya pada anak-anak, adakah perbuatan mereka tue bagus ataupun tidak. Semasa mereka tengah bergaduh tue, cuba kita ambik gambar ataupun video semasa mereka bergaduh dan rekodkan. Selepas tue, semasa mereka tengah berbaik dan saling bergurau senda, cuba rekodkan perbuatan mereka.. Bila mereka bergaduh jea, kita perlu leraikan dengan cara panggil mereka dan tunjukkan perbandingan video atau gambar yang kita rekodkan sebelum ini, antara semasa bergaduh dan semasa berbaik. Tanya pada mereka, yang mana satu perbuatan yang baik dan sebaliknya.  Berikan penjelasan yang mudah untuk mereka fahami yang pergaduhan sebenarnya tak memberi apa-apa kebaikan dalam kehidupan.

Beri pujian - Jika anak-anak menunjukkan sikap yang baik, pujilah anak tue. Tujuan cara ini dibuat adalah untuk menunjukkan yang jika kita berbuat baik, pasti akan dipuji oleh semua orang. Tapi jika sebaliknya berlaku, jangan jadikan ianya menjadi isu besar. Anak-anak nie kadang-kadang sengaja buat nakal dan bergaduh kerana mereka inginkan perhatian daripada mak dan ayah. 

Selalu ucapkan 'minta maaf' - Kita perlu ajar anak-anak untuk meminta maaf jika berlaku kesilapan. Dalam hal nie, mak dan ayah perlu menjadi contoh pada anak-anak, sebagai contoh jika setelah kita memarahi anak-anak, kita perlu mintak maaf pada mereka dan terangkan apakah kesalahan mereka hingga menyebabkan mereka terpaksa dimarahi. Contohnya, "ummie mintak maaf kerana ummie menjerit dan berlaku garang pada kakak, tapi ummie ada sebab kenapa ummie marah kakak.".. Apabila anak-anak melihat mak dan ayah mereka berbuat demikian, secara tak langsung mereka akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia enam tahun atau tujuh tahu, anak-anak akan mengikut apa saja yang dilihat dan didengar.

Kongsi makanan - Mendidik anak tentang berkongsi makanan sebenarnya melibatkan perasaan. Mak ayah akan menjadi contoh pada anak-anak dengan bila adanya makanan, mak ayah akan berkongsi dengan anak-anak.. Bila anak-anak mula menunjukkan sikap taknak berkongsi, tanya pada mereka tentang perasaan mereka.. Contohnya, "Kakak rasa gembira tak bila ummie berkongsi makanan dengan kakak? Kalau kakak rasa gembira, samalah jugak bila kakak berkongsi makanan dengan adik. Mesti adik akan berasa gembira jugak kan.." Kita perlu fokus tentang emosi ini iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak-anak tentang kebaikan iaitu, bila kita buat baik pada orang, Insha Allah tentu orang akan berbuat baik pada kita. Fokus pada kebaikan dan jangan marah padanya.

Bagi pilihan - Bergaduh kerana berebut mainan adalah perkara biasa di kalangan anak-anak. Selain daripada kita marah pada anak-anak, kita boleh bagitau pada mereka tentang perkongsian mainan seperti nie, " Ok takpe, adik nak main dulu, lepas puas bermain, adik boleh berkongsi dengan kakak yea.." Ataupun semasa kita berada di pasaraya,misalnya untuk membeli makanan, bagi pilihan pada mereka sama ada mereka nak belikan untuk adik beradik yang lain ataupun tak... Cara nie sebenarnya mak ayah memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbalahan atau pertelingkahan dan secara tak langsung kita dapat memupuk sikap suka memberi dalam dirinya. Pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak-anak amat penting untuk setiap mak ayah dalam mendidik anak-anak.

Aktiviti mengaji - Waktu mengaji anak-anak sebenarnya boleh memupuk kasih sayang antara adik beradik dengan melakukan bersama-sama. Mak dan ayah boleh sediakan satu jurnal untuk mereka seperti berapa banyak helaian yang dah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji di kalangan anak-anak. 

Solat berjemaah - Cara ibadah pula ialah melakukan solat berjemaah dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam rumah tangga. Bila azan berkumandang, kita cakap pada anak-anak, "Allah dah memanggil, jadi untuk ucapkan terima kasih pada Allah sebab beri kita macam-macam rezeki, kita kena solat.." Cara ini mudah untuk anak-anak faham tentang pengertian solat. Kemudian, bila dah selesai solat berjemaah, peluklah antara satu sama lain.. 

Alam sekeliling - Bagi persekitaran pulak, kita boleh mendidik anak-anak tentang kejadian alam semula jadi. Contohnya, "Masha Allah, cantiknya langit. Siapa buat? Allah! Wanginya bunga nie.? Siapa buat? Allah!" Mak dan ayah boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling dengan memperkatakan yang alam semula jadi nie Allah yang buat..

Jadi, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang dalam diri mereka, mak dan ayah seharusnya menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang pada anak-anak dan anak-anak pun akan menghormati dan menyayangi adik beradik dia yang lain..


12 comments

  1. nice sharing... betul2 buat aktiviti bersama eratkan silaturahim

    ReplyDelete
  2. Hubungan sesama Adik-beradik perlu dijaga Dan dipelihara sebaiknya itu he lah keluarga

    ReplyDelete
  3. still got a lot more to do. hi sis ray singgah nak jemput join GA kt sini tau

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  4. setuju sangat dengan semua tips yang diberikan tu

    ReplyDelete
  5. nice sharing kak. sha dengan adik selalu gaduh pastu seminit kemudian baik balik haha

    ReplyDelete
  6. Good sharing. As for me yang paling penting, antara adik beradik tu kena saling ada untuk sesama sendiri. Walaupun kita ada kawan baik sekalipun, takkan sama dengan bila adanya adik beradik dengan kita. Gaduh tu normal. Yang tak normalnya, bila gaduh yang over sampai mcm mcm jadi tu. Jaga bahasa sesama adik beradik. Bergurau ada batas. Cakap kena susun elok elok jangan sampai kita guris hati adik beradik kita huu.

    ReplyDelete
  7. nak sgt anak-anak rapat.
    aida selalu tunjuk keakraban aida dgn adik-beradik aida kat anak-anak :)
    in shaa Allah.
    hubungan adik beradik ni takkan boleh putus.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧