Assalamualaikum wbt...
Orang tua-tua selalu berkata, air dicincang takkan putus sampai bila-bila.. Jadi macam tue jugak hubungan adik beradik yang kadang kala memeningkan ibu bapa, sebab ada masanya diorang akan bergaduh dan ada masanya diorang boleh bergurau senda.. Dalam usaha untuk mendidik anak-anak pada masa kini dengan cabaran yang lebih besar, nilai pendidikan akidah di kalangan anak-anak amat penting untuk memantapkan lagi keimanan pada jiwa mereka..
Menurut kata Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, nilai pendidikan akidah dan cara didikan Islam dalam diri anak-anak perlu diterapkan selalu agar kasih sayang yang terjalin antara mereka menjadi utuh biarpun mereka telah menginjak dewasa.. Jom kita selidik camne cara untuk mendidik anak-anak supaya mereka mempunyai kasih sayang sesama mereka..
Elakkan pergaduhan - Bila adanya pergaduhan antara adik beradik, cuba kita tanya pada anak-anak, adakah perbuatan mereka tue bagus ataupun tidak. Semasa mereka tengah bergaduh tue, cuba kita ambik gambar ataupun video semasa mereka bergaduh dan rekodkan. Selepas tue, semasa mereka tengah berbaik dan saling bergurau senda, cuba rekodkan perbuatan mereka.. Bila mereka bergaduh jea, kita perlu leraikan dengan cara panggil mereka dan tunjukkan perbandingan video atau gambar yang kita rekodkan sebelum ini, antara semasa bergaduh dan semasa berbaik. Tanya pada mereka, yang mana satu perbuatan yang baik dan sebaliknya. Berikan penjelasan yang mudah untuk mereka fahami yang pergaduhan sebenarnya tak memberi apa-apa kebaikan dalam kehidupan.
Beri pujian - Jika anak-anak menunjukkan sikap yang baik, pujilah anak tue. Tujuan cara ini dibuat adalah untuk menunjukkan yang jika kita berbuat baik, pasti akan dipuji oleh semua orang. Tapi jika sebaliknya berlaku, jangan jadikan ianya menjadi isu besar. Anak-anak nie kadang-kadang sengaja buat nakal dan bergaduh kerana mereka inginkan perhatian daripada mak dan ayah.
Selalu ucapkan 'minta maaf' - Kita perlu ajar anak-anak untuk meminta maaf jika berlaku kesilapan. Dalam hal nie, mak dan ayah perlu menjadi contoh pada anak-anak, sebagai contoh jika setelah kita memarahi anak-anak, kita perlu mintak maaf pada mereka dan terangkan apakah kesalahan mereka hingga menyebabkan mereka terpaksa dimarahi. Contohnya, "ummie mintak maaf kerana ummie menjerit dan berlaku garang pada kakak, tapi ummie ada sebab kenapa ummie marah kakak.".. Apabila anak-anak melihat mak dan ayah mereka berbuat demikian, secara tak langsung mereka akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia enam tahun atau tujuh tahu, anak-anak akan mengikut apa saja yang dilihat dan didengar.
Kongsi makanan - Mendidik anak tentang berkongsi makanan sebenarnya melibatkan perasaan. Mak ayah akan menjadi contoh pada anak-anak dengan bila adanya makanan, mak ayah akan berkongsi dengan anak-anak.. Bila anak-anak mula menunjukkan sikap taknak berkongsi, tanya pada mereka tentang perasaan mereka.. Contohnya, "Kakak rasa gembira tak bila ummie berkongsi makanan dengan kakak? Kalau kakak rasa gembira, samalah jugak bila kakak berkongsi makanan dengan adik. Mesti adik akan berasa gembira jugak kan.." Kita perlu fokus tentang emosi ini iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak-anak tentang kebaikan iaitu, bila kita buat baik pada orang, Insha Allah tentu orang akan berbuat baik pada kita. Fokus pada kebaikan dan jangan marah padanya.
Bagi pilihan - Bergaduh kerana berebut mainan adalah perkara biasa di kalangan anak-anak. Selain daripada kita marah pada anak-anak, kita boleh bagitau pada mereka tentang perkongsian mainan seperti nie, " Ok takpe, adik nak main dulu, lepas puas bermain, adik boleh berkongsi dengan kakak yea.." Ataupun semasa kita berada di pasaraya,misalnya untuk membeli makanan, bagi pilihan pada mereka sama ada mereka nak belikan untuk adik beradik yang lain ataupun tak... Cara nie sebenarnya mak ayah memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbalahan atau pertelingkahan dan secara tak langsung kita dapat memupuk sikap suka memberi dalam dirinya. Pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak-anak amat penting untuk setiap mak ayah dalam mendidik anak-anak.
Aktiviti mengaji - Waktu mengaji anak-anak sebenarnya boleh memupuk kasih sayang antara adik beradik dengan melakukan bersama-sama. Mak dan ayah boleh sediakan satu jurnal untuk mereka seperti berapa banyak helaian yang dah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji di kalangan anak-anak.
Solat berjemaah - Cara ibadah pula ialah melakukan solat berjemaah dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam rumah tangga. Bila azan berkumandang, kita cakap pada anak-anak, "Allah dah memanggil, jadi untuk ucapkan terima kasih pada Allah sebab beri kita macam-macam rezeki, kita kena solat.." Cara ini mudah untuk anak-anak faham tentang pengertian solat. Kemudian, bila dah selesai solat berjemaah, peluklah antara satu sama lain..
Alam sekeliling - Bagi persekitaran pulak, kita boleh mendidik anak-anak tentang kejadian alam semula jadi. Contohnya, "Masha Allah, cantiknya langit. Siapa buat? Allah! Wanginya bunga nie.? Siapa buat? Allah!" Mak dan ayah boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling dengan memperkatakan yang alam semula jadi nie Allah yang buat..
Jadi, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang dalam diri mereka, mak dan ayah seharusnya menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang pada anak-anak dan anak-anak pun akan menghormati dan menyayangi adik beradik dia yang lain..
Assalamualaikum wbt..
Haa, entri nie memang sesuai sangat untuk sesiapa yang ingin menghadiahkan orang tersayang dengan pemberian cincin tapi tak tau saiz jari, boleh lah rujuk gambar kat bawah nie..
Jadi, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik suma bolehlah buat suprise untuk yang tersayang dengan pemberian cincin.. Jangan jadi macam kat dalam gambar nie pulak yea.. hihihi...
Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma.. Yeaayyy.. Kini segmen nie kembali lagi setelah dua minggu berdiam diri.. Adakah awak suma kenal dengan sahabat-sahabat saya yang dah di review sebelum nie ataupun belum kenal lagi..? Jika dah, Al-Hamdulillah tapi jika belum, sudi-sudikanlah singgah ke blog mereka, kita kembangkan lagi ikatan silaturahim antara kita, mudah-mudahan ada di kalangan mereka akan mendoakan kesejahteraan kita dan begitu jugak kita..
Okey, kali nie siapa pulak yang telah terpilih untuk di review..? Jom kita kenali beliau.. Beliau yang dimaksudkan adalah....
Blog JMBelog... Seorang jejaka daripada Kulim, Kedah ini diberi nama Jamil Bin Hashim atau lebih dikenali sebagai JM.. Sama seperti sahabat saya yang lain, saya kenali JM nie semasa mula-mula saya mengenali dunia blogging dan dia antara yang terawal pernah join giveaway pertama saya..
Seorang yang simple, sama seperti halaman blog dia dan kalau awak lihat betul-betul, template yang digunakan amat ringkas sekali, tak berbunga-bunga dan takde widget yang berserabut.. Selalu gunakan tagline 'JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower" ' tapi ada ketikanya JM memberikan idea entri yang bernas dan mungkin ada antara kita yang belum pernah mendengar perkara tersebut.. Jika dia mengambil entri daripada blogger yang lain, dia selalu akan pastikan yang dia mengkreditkan nama empunya blog dan link nya sekali..
Entri yang selalu dia kongsikan adalah berkaitan keagamaan ataupun informasi yang mungkin kita tak ketahui sebelum ini ataupun kita tak berapa nak kisah tentang sesuatu perkara yang agak penting dalam kehidupan kita.. Contohnya jika awak pernah meninggalkan solat lima waktu sejak akil baligh, ada beberapa perkara yang WAJIB awak lakukan sebelum terlambat.. Awak boleh baca DI SINI...
Pada JM, terima kasih di atas ikatan silaturahim antara kita, walaupun berlainan jantina tapi kita bersaudara satu agama.. Insha Allah, semoga ianya berkekalan hingga ke akhirnya..
Jom kita jengah dan singgah ke blog JMBelog...
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Hari nie topik yang saya nak kongsikan mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang lelaki tapi sebenarnya entri nie amat bagus untuk dikongsikan.. Seperti yang sedia maklum, bentuk fizikal lelaki akan mula mengalami perubahan terutamanya selepas berkahwin adalah sesuatu yang normal di masa kini. Selalunya yang paling ketara tentang perubahan bentuk badan adalah bahagian perut, yang membuncit sedikit demi sedikit. Lemak perut bukan hanya pada ekstra lemak yang ada di bawah kulit iaitu lemak subkutan, tetapi turut melibatkan timbunan lemak visceral yang terletak jauh ke dalam perut iaitu sekitar organ internal. Jadi, perut buncit nie terjadi pada semua orang, tak kira orang tue mempunyai badan yang gempal ataupun kurus dan berikut adalah ciri-ciri lemak tersimpan di dalam bentuk badan seperti :-
Bentuk badan
Pir (pear shape) - lemak tersimpan di bahagian yang lebih rendah seperti punggung.
Epal (apple shape) - Ianya lebih cenderung menyimpan lemak di bahagian perut.
Timbunan lemak di bahagian perut turut dikaitkan dengan risiko penyakit. Antara kesan bahaya apabila perut buncit pada seseorang lelaki adalah :-
Sindrom metabolik
Seseorang yang mengalami perut buncit lebih cenderung untuk mendapat sindrom ini. Sindrom metabolik adalah kombinasi masalah perubatan yang ada pada seseorang dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung koronari. Selain daripada itu, sindrom nie boleh dikatakan berkait rapai dengan gejala yang boleh menghalang kemampuan badan untuk menyimpan tenaga secara efektif.
Penyakit jantung
Peningkatan lemak perut juga dikaitkan dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koroner. Kajian mendapati lelaki yang berusia 30-an dan 40-an lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini jika dibandingkan dengan wanita pada usia yang sama.
Dimentia / hilang ingatan
Penyelidikan dalam Jurnal Cell Reports mengatakan protein yang memberikan metabolisme lemak pada hati adalah protein yang sama yang terdapat dalam otak yang bertanggungjawab untuk pembentukan memori dan kemampuan belajar. Apabila kurangnya protein ini, ianya memberi kesan iaitu fungsi otak akan menurun sehingga menjadi penyebab berlakunya dimentia dan Alzheimer.
Disfungsi ereksi
Perut buncit juga dikatakan boleh mempengaruhi pada hubungan kelamin. Ini kerana lemak perut yang berlebihan boleh mengganggu kemampuan badan dan menurunkan kadar pengeluaran testosteron. Akibat daripada penurunan ini, lelaki boleh mengalami masalah seksual seperti masalah mati pucuk atau disfungsi ereksi.
Kanser payudara
Umum mengetahui, kanser payudara menjadi penyakit nombor satu bagi wanita, tetapi sebenarnya lelaki juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara. Timbunan lemak dalam badan akan menghasilkan enzim yang mengubah testosteron menjadi estrogen. Semakin tinggi estrogen dalam badan semakin tinggilah risiko seseorang lelaki itu akan mengalami kanser payudara.
Oleh itu, jagalah kesihatan demi kesejahteraan hidup kita..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dah lama rasanya Putrajaya dan Salak Tinggi tak menerima hujan, hari nie terasa redup aje.. Okey, selalunya kalau kita simpan gelas sama ada di dalam laci kabinet dapur ataupun dalam almari perhiasan (contoh paling dekat saya sendiri, yang memang banyak menyimpan gelas-gelas yang tak dipakai, samada dapat free gift ataupun hadiah dari kawan-kawan) dah semestinya nampak kusam dan tak berkilat. Ada beberapa cara untuk menampakkan gelas tue sentiasa berkilat walaupun jarang digunakan.. So apakah caranya..?
Jom kita selidik dan D.I.Y...
- Untuk menampakkan gelas sentiasa berkilat, lakukan pembersihan secara rutin.
- Lakukan pembersihan segera sebelum gelas tampak kusam. Jika dibiarkan kusam, yang selalunya disebabkan oleh debu, jadi pada 'dinding' gelas tue akan nampak seperti berkabut.
- Sebelum mencuci gelas, masukkan gelas ke dalam larutan air suam yang dah dicampur dengan cecair pencuci pinggan mangkuk dan baking soda. Kemudian, cuci gelas itu dengan bersih dan masukkan ke dalam air bersih dengan suhu normal yang dah dicampur dengan sedikit cuka. Angkat dan tiriskan. Keringkan gelas dengan kedudukan secara terbalik.
- Sebelum disimpan, keringkan gelas tadi dengan kain lap yang bersih. Elakkan dari menggunakan kain lap daripada jenis material berbulu kerana serabut benang akan mudah tertinggal pada 'dinding' gelas.
- Simpan gelas yang kering tadi pada suhu ruang dan jangan simpan gelas di tempat yang lembap.
- Jika awak memiliki jumlah gelas kaca yang cukup banyak, sebaiknya awak menggunakan glassware hanger iaitu rak gelas yang diletakkan di bahagian dinding dapur dan gelas tersebut diletakkan secara terbalik.
Assalamualaikum wbt..
Soalan : Apakah status ini? "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri."
Jawapan : Sesungguhnya Allah SWT menjadikan setiap insan atau tubuh badan manusia itu memerlukan kepada rehat secukupnya. Tidur merupakan salah satu cara untuk seseorang itu merehatkan badannya. Hal ini telah dikhabarkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya yang suci. "Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat." (al-Naba' : 9)
Kata Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. (Lihat : Tafir Ibn Kathir ; 307/8)
Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan beberapa pendapat para ulama dalam menentukan hadis ini ;
Imam Ibn Hibban mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid Bin al-Qasim dan dia menyambung riwayat-riwayat yang terputus, menrafa'kan riwayat-riwayat yang mursal dan juga menyambung riwayat-riwayat yang mawquf maka tidak boleh menulis riwayatnya. (Lihat : al-Majruhin, 334/1)
Imam Ibn Al-Jauzi menghukum hadis ini sebagai tidak sahih. (Lihat : al-Mawdhu'at, 252/2)
Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid bin al-Qasim yang dituduh berdusta (Lihat : Tartib al-Mawdhua'at, 239)
Imam al-Haithami mengatakan perawi bernama Amr bin al-Husain seorang yang matruk.(Majma al-Zawaid, 119/5)
Imam al-Syaukani mengatakan di dalam sanad hadis ni terdapat perawi yang berdusta. (Lihat : al-Fawaid al-Majmu'ah, 216)
Syeikh al-Albani menilai hadis ini sebagai dhaif. (Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah, 112/1)
Berdasarkan beberapa pendapat para ulama di atas, kita memahami bahawa sebahagian pendapat ulama mendhaifkan hadis ini dan sebahagian yang lain memalsukan hadis ini. Maka dengan itu, kami berpandangann bahawa hadis tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta. Maka dengan itu, kami nyatakan bahawa tiada hadis sahih yang melarang tidur selepas Asar.
Akan tetapi, jika dikatakan tidur pada waktu ini boleh menghilangkan akal berdasarkan kepada tajrubah dan ia boleh membawa kemudaratan maka ia sebaiknya perbuatan ini mestilah dijauhi kerana setiap insan itu mesti menjauhkan dirinya daripada perkara yang boleh memudaratkan diri. Di samping itu, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan.
Kesimpulannya : Allah SWT menjadikan tidur untuk kita berehat kerana pada waktu siang manusia sibuk bekerja untuk mencari rezeki. Maka tidur pada waktu malam dapat mengembalikan tenaga untuk bekerja pada keesokkan harinya dan begitulah sebaliknya bagi yang bekerja pada waktu malam. Ini kerana, tanpa tidur yang secukupnya maka akan tergendalalah segala usaha yang ingin dilakukan pada hari-hari yang berikutnya. Akhir sekali semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya sihat rohani dan jasmani agar kehidupan dapat diteruskan.
Wallahu'alam...
Soal Jawab bersama SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
*Sumber daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan
Assalamualaikum wbt..
Di zaman sekarang nie, dah banyak produk-produk kecantikan muncul bak cendawan tumbuh dan mungkin ada antara kita yang sedang mencuba produk baru..Tapi bukan semua produk yang berada di pasaran sekarang nie sesuai dengan kulit wajah kita.. Untuk itu, kita perlu selektif dan perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan untuk mengelakkan kesan yang tak begitu cantik pada kulit wajah..
So, saya nak berkongsi tips pada awak petanda dan ciri-ciri produk kecantikan tak sesuai dengan kulit wajah kita..
Jom kita selidik..
1. Muncul jerawat
Salah satu tanda yang kulit wajah kita tak sesuai dengan sesuatu produk kecantikan wajah adalah munculnya jerawat. Tapi kesan timbulnya jerawat adalah berbeza dengan setiap orang. Ada yang tumbuh jerawat selepas sekali pakai produk dan ada jugak tumbuh jerawat bila dah beberapa kali pakai produk tersebut..
2. Mata menjadi merah dan berair
Mata yang merah, berair dan pedih jugak adalah satu tanda yang kita tak sesuai dengan produk kecantikan seperti pembayang mata, penggaris mata ataupun maskara. Jika awak mengalami petanda ini, segeralah berhenti daripada terus menggunakannya.
3. Rasa perih dan panas
Ketika awak guna produk penjagaan wajah sama ada kosmetik ataupun produk penjagaan kulit wajah, masa tue awak akan terasa kulit menjadi panas dan perih. Itulah petanda kulit awak beri reaksi yang tak sesuai. Kulit akan memberi isyarat pada awak bahawa produk yang awak pakai ketika ini tak sesuai dan perlu ditukar dengan produk yang lebih sesuai..
4. Kulit menjadi merah
Ianya seolah-olah kulit kita dibakar menjadi kemerah-merahan setelah pemakaian sesuatu produk adalah salah satu tanda bahawa kulit awak tak sesuai dengan produk tersebut. Kulit yang menjadi merah biasanya menjadi bukti bahan-bahan yang terkandung di dalam produk tersebut telah menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit wajah.
5. Kulit menjadi sangat kering
Jika kulit awak menjadi sangat kering, ini bermakna produk yang awak pakai tue tak sesuai dengan kulit. Apabila ianya disentuh, awak akan terasa kasar kerana kelembapan pada kulit wajah akan mengelupas dek kurangnya kelembapan pada kulit. Lebih merimaskan adalah bila kulit wajah terasa gatal sehingga berkemungkinan besar awak akan menggaru untuk mengurangkan kegatalan.. Saranan diberi adalah jangan digaru kulit tue kerana ianya boleh memburukkan lagi keadaan, sebaiknya segeralah berjumpa dengan pakar kulit untuk membuat rawatan..
6. Bibir menjadi pecah
Keadaan bibir yang menjadi pecah dan merekah sering dikaitkan dengan kurangnya minum air putih, tapi ianya bukan satu-satunya penyebab terjadinya permasalahan permukaan bibir menjadi pecah. Awak tau tak, bila sesuatu produk seperti gincu atau pelembap bibir yang tak sesuai dipakai pada bibir awak juga menjadi punca berlakunya rekahan pada bibir dan seterusnya menjadi mengelupas pada bibir. Jadi, bila berlakunya simptom ini, segeralah berhenti memakainya.
7. Rasa gatal
Jika produk yang digunakan sesuai dengan awak, maka awak akan menjadi sangat selesa untuk terus menggunakannya. Tapi jika ianya tak sesuai digunapakai, kulit awak akan menjadi tegang dan berasa gatal sekaligus awak benar-benar ingin menggaru untuk menghilangkan kegatalan tersebut..
Jom kita check sama ada produk yang kita pakai tue sesuai dengan kita ataupun tidak..
Nak tau produk apa yang saya pakai dan sesuai dengan kulit saya..? Awak boleh
Assalamualaikum wbt..
Sapa yang kat sini suka salad buah..? Dengan kerangupan buah yang segar yang sesuai dengan diet sihat kita tapi camne nak simpan salad buah agar sentiasa segar dek keterbatasan jadual kehidupan yang padat..
Jom kita selidik...
Simpan dalam cling wrap atau ziplock - Pendedahan pada udara adalah penyebab utama berlakunya proses oksidasi sehingga buah-buahan berubah warna menjadi warna coklat dan terasa kurang segar. Bila buah dah dikupas, seeloknya awak simpan buah-buah nie dalam plastik cling wrap atau ziplock yang kedap udara hingga saat untuk dihidangkan..
Rendam dalam air - Beberapa jenis buah seperti buah epal dan buah pir mudah berubah warna apabila diletakkan begitu saja. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah rendam potongan buah-buahan nie dalam mangkuk besar berisi air sejuk agar ianya tak terjadi proses odsidasi, lepas tue awak tiriskan bila nak hidangkan..
Simpan di dalam peti sejuk - Suhu persekitaran amat mempunyai pengaruh yang kuat pada kesegaran buah-buahan terutama selepas ianya dipotong kerana suhu ruang boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria pada buah-buahan yang dipotong. Jadi awak kena simpan buah-buahan yang dipotong nie ke dalam bekas kedap udara atau tutup dengan cling wrap ataupun ziplock dan simpannya di dalam peti sejuk.
Air perahan jus lemon - Air jus lemon yang masam nie mampu memperlahankan proses oksidasi, jadi salad buah menjadi lambat layu atau berubah warna. Gunakan air perahan jus lemon secukupnya dan sebatikan dengan buah-buah yang dah dipotong. Simpan dalam peti sejuk hingga ianya dihidangkan. Tapi jika awak tak suka dengan rasa masam daripada lemon, buah-buah tue awak bilas dengan air sebelum dihidangkan..
Jangan campurkan dengan dressing - Beberapa dressing tertentu terutama yang jenis banyak gula boleh buat salad buah menjadi berair dan layu. Jadi, awak disarankan untuk simpan dressing secara berasingan dengan salad buah, bila nak hidang baru dressing dicampurkan dengan salad buah...
Semoga ianya bermanfaat untuk diet sihat...
Assalamualaikum wbt..
Selamat menunaikan solat Asar bagi umat Muslimin dan Muslimat.. Dah lama sebenarnya saya nak buat review mengenai penjagaan kulit yang saya pakai dari dulu hingga sekarang..
Okey, gambar pertama nie adalah penjagaan wajah saya.. Dari kiri sekali adalah St Ives scrub yang memang saya pakai 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit yang mati dan buang bintik-bintik hitam dan putih.. Kemudian diikuti dengan pencuci muka Safi anti jerawat sari gamat dan habbatus sauda... Sebenarnya produk Safi nie saya dah cuba macam-macam perisa tapi sari gamat jugak yang lebih sesuai dengan kulit saya.. Dulu ada jugak pakai produk yang lain tapi semuanya tak sesuai dengan kulit... Jika saya kehabisan scrub St Ives tue sebab hubby pun pakai jugak, saya akan pastikan produk Bioaqua remove blackhead Mask akan sentiasa berada di rumah.. Ini kerana saya mempunyai bintik putih yang agak banyak jugak di area 'T' dan sekitar dagu, jadi setakat nie produk Bioaqua nie memang sesuai dengan saya... Bila nak tido pulak, saya akan pastikan akan pakai sama ada Bio-Oil ataupun facemask, tapi yang facemask tue hanya 2 kali seminggu jea pakai, selebihnya saya pakai Bio-Oil untuk mengekalkan kelembapan kulit, maklumlah tido dalam keadaan ber'aircond'.. Bio-Oil nie memang best sangat pakai sebabnya dia memperbaiki kulit wajah yang ada parut akibat jerawat, hihi maklumlah tangan nie memang gatal untuk kutil jerawat sebab terlalu geram..
Semua produk-produk nie saya pakai bersama dengan hubby dan selalunya sayalah yang buat facial kat muka hubby.. Nasib baik dia redha aje bila isteri dia nak buat facial, walaupun menjadi bahan gelak ketawa dengan kawan-kawannya.. hihi jeles la tue sebenarnya...
Okey, bila dah jaga muka, nak kena bermekap la jugak kan.. Maklumlah orang bekerja nie wajah kena bermekap sikit-sikit agar orang lain nampak wajah kita nie ceria jea.. Dan inilah produk-produk mekap saya, simple and easy..
Sebelum saya mengenakan apa-apa mekap, saya akan spray dulu KW Beauty Spray Cleanser untuk membantu membantutkan pertumbuhan jerawat dengan 'dap-dap' kat muka, selepas tue saya akan spray dengan KW Beauty Spray Antiseptic untuk membunuh bakteria jerawat dengan cara yang sama iaitu 'dap-dap' kat muka.. KW Beauty nie jugak boleh jugak spray ketika kita rasa mengantuk kat opis dan saya memang selalu spray kat muka.. Bila dah spray, mata terbukak dengan luas dan rasa lebih segar selepas tue.. Selepas saya spray, barulah saya akan pakai krim Fair & Lovely di seluruh wajah.. Untuk bedak muka, saya pakai April Skin Snow cushion yang bertindak 2 dalam 1 sekali iaitu foundation dan bedak sebab saya nie tak suka yang jenis leceh-leceh.. Untuk mata, saya hanya pakai eyeliner jenis pen dan serum bulu mata.. Kadangkala saya pakai jugak maskara tapi disebabkan saya pakai contact lenses, jarang-jarang saya pakai kecuali kalu nak pergi kenduri.. Untuk bibir, saya akan kenakan sama ada lip balm yang warna hijau dan kemudian oles kan dengan lipstick Nova tue, tapi kalu saya malas dan takde mood nak bermekap, saya hanya oles lip balm jea.. Nak bersihkan wajah, saya memang pemakai setia wet tissue dan lapkan pada wajah..
So, inilah yang saya pakai untuk penjagaan kulit wajah..
Assalamualaikum wbt..
Entri nie untuk sesiapa yang sedang mengalami alam percintaan tapi musnah di pertengahan jalan. Yea, nak lupakan seseorang yang kita cintai dan sayangi bukannya mudah seperti ABC.. Lebih-lebih lagi kita dah bercinta bertahun-tahun, alih-alih si dia beralih arah dan tinggalkan kita terkontang kanting...
Hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi masalah akan timbul jika berlarutan walaupun tahu si dia sudah ada yang berpunya.. Bak kata omputih, life must go on.. Senang untuk diucapkan tapi susah untuk melakukannya tapi ada jalan untuk kita hindari dari digelar 'perampas'..
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..
Selalu kan dengar ayat tue.. Lebih baik kita cari jalan untuk jarakkan perhubungan kita demi menjaga hati semua pihak dan kalu masih buntu, ikutilah tips-tips nie..
Belajar terima hakikat - Inilah perkara pertama sekali yang perlu dilakukan sebaik saja hubungan dengan bekas kekasih berakhir. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah apabila awak masih bergantung harap kepadanya sedangkan si dia dah bahagia dengan pilihan hati. Daripada terus disakiti, lebih baik awak belajar untuk menerima hakikat yang kalian berdua sememangnya tiada jodoh untuk bersama.. Bila awak melepaskan si dia pergi dengan rela hati, Insha Allah hidup awak akan menjadi lebih tenang.
Elakkan berjumpa - Jangan mencari bermacam alasan untuk berjumpa dengannya jika takde benda-benda yang penting kecuali atas urusan kerja semata-mata. Jika berkaitan dengan hal kerja pun, cuba ajak kawan rapat atau kawan sekerja untuk menemani awak supaya takde timbul salah faham ataupun ada berpandangan negatif daripada individu terdekat. Dengan cara nie, jadi takdelah ruang untuk awak berdua dapat bercakap hal berkaitan masa-masa lalu saat awak berdua pernah bersama yang mungkin akan membibitkan semula rasa cinta dalam hati...
Sekat si dia daripada semua laman sosial - Satu lagi cara yang boleh membantu awak secara perlahan-lahan untuk melupakan bekas kekasih adalah dengan menyekat si dia dari menjadi kawan di laman sosial ataupun Whatsapp. Melalui cara nie awak takkan cenderung untuk menghantar kiriman mesej atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Begitu jugak dengan si dia yang dah takde akses untuk berhubung dengan awak kecualilah awak berdua rakan sepejabat.
Luangkan lebih masa dengan rakan lain - Selain keluarga, kawan rapat ataupun istilah sekarang 'bff' antara orang yang sentiasa ada bersama dengan awak ketika waktu senang ataupun susah. Jadi, jangan memendam rasa sorang diri sebaliknya ceritakanlah kepada mereka tentang isi hati awak. Sebagai sahabat, dia lebih mengenali awak dan mungkin dia ada cara untuk memberi nasihat supaya awak terus positif dan tak lagi bersedih dengan kegagalan pada percintaan..
Sibukkan diri dengan kerja - Selain melupakan, bukan mudah juga untuk mencari pengganti si dia lebih-lebih lagi jika awak seorang yang setia pada cinta. Untuk itu, sibukkanlah diri awak dengan kerja-kerja hakiki kerana itulah yang lebih baik daripada terus mengharapkan cinta si dia. Biarkanlah si dia melalui fasa baru bersama pasangannya dengan tenang dan awak pun berhak untuk merasai nikmat bahagia itu sendiri..
Banyakkan amal dan ingat pada Allah - Bagi seorang Muslim, inilah jalan terbaik untuk awak, sentiasa bersangka baik dengan Allah dan percaya pada Qada' dan Qadar Nya.. Semua yang terjadi pada awak ada hikmahnya di sebalik yang tersurat.. Jika masih bersedih dengan kegagalan, ambiklah air wuduk dan buat solat taubat untuk tenangkan jiwa lara kita tue.. Sentiasa basahkan bibir awak dengan kalimah-kalimah Allah atau paling minima, selalulah berselawat ke atas Rasulullah SAW dan bacalah doa Nabi Yunus AS,
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Insha Allah, hati awak akan menjadi lebih tenang..
Assalamualaikum wbt..
Bawang putih memang diwajibkan ada dalam setiap masakan tak kira masakan timur ataupun masakan barat...Biarpun hanya menggunakan bawang putih, masakan yang sederhana pun boleh menjadi sedap asalkan kita pandai mengolah penggunaan bawang putih... Entri nie akan berkongsi cara untuk memaksimumkan bawang putih sebagai penyedap masakan..
- Walau lebih praktikal menghaluskan bawang putih menggunakan chopper, tapi rasa yang dihasilkan jika menumbuk dengan menggunakan lesung batu akan menjadi lebih sedap. Sebab..? Chopper fungsinya hanya mencencang sedangkan batu lesung menghancurkan bawang putih.
- Jika awak rasa malas nak tumbuk bawang putih dengan menggunakan lesung batu, awak boleh gantikan dengan menggunakan pengisar. Dengan mengisar bawang putih, cairan atau getah bawang putih akan keluar dengan lebih banyak dan inilah yang membuatkan masakan kita menjadi wangi dan sedap.
- Selain lesung batu dan juga pengisar, awak boleh juga menghaluskan bawang putih dengan menggunakan garlic presser. Dengan alat ini, bawang putih ditekan pada lubang kecil sampai ianya menjadi seperti dicencang dan hasilnya getah bawang putih akan keluar begitu banyak. Tapi awak kena pilih garlic presser dengan bahan material yang kuat agar ianya tak mudah patah.
- Sewaktu awak nak masak, tumis bawang putih saat minyak masih belum panas. Dengan cara ini, aroma bawang putih akan menjadi lengih 'menyengat' apabila dicampurkan dengan minyak. Apabila ini berlaku, bahan masakan yang lain bercampur dengan minyak akan menjadi beraroma harum dengan bawang putih.
Assalamualaikum wbt..
Entri nie saja jea untuk memberi panduan kepada saya yang sedang merancang untuk kehamilan, manalah tau kot-kot Allah nak bagi rezeki cahayamata pada saya kelak.. Tips nie boleh jugak diamalkan kepada ibu-ibu yang mengalami trimester pertama kehamilan yang biasanya mengalami masalah seperti keletihan, loya dan perubahan hormon.
- Bekerja dalam keadaan yang selesa dengan meletakkan kaki pada tempat yang tinggi ketika duduk. Awak perlu buat tempat letak kaki sendiri dengan menggunakan benda yang kukuh dan kuat seperti kotak ataupun tong sampah yang tak digunakan.
- Pemilihan kasut dan sandal yang sesuai juga penting untuk membuatkan awak berasa selesa sepanjang hari bekerja.
- Membuat perubahan pada ruang tempat kerja seperti menggantikan kerusi lama dengan kerusi baru yang masih berkeadaan baik untuk menyokong belakang awak ketika duduk bekerja sebab selalunya wanita hamil akan mengalami sakit pada bahagian belakang. Kalau boleh awak mungkin bokeh membawa kusyen atau bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang.
- Jika urusan kerja memerlukan awak untuk duduk dalam tempoh yang agak lama, cuba ubah rutin tue dan pastikan awak ada masa untuk bangun dan meluruskan kaki supaya dapat melancarkan peredaran darah. Ini juga sama seperti jika awak perlu berdiri lama ketika bekerja, rundinglah dengan ketua jabatan untuk mengambil rehat tambahan supaya kaki awak dapat berehat untuk seketika.
- Hamil bukan bermaksud awak sentiasa boleh berehat. Lakukan regangan mudah seperti menaikkan tangan awak ke atas kepala selama beberapa saat, putar pergelangan tangan dan kaki, ke kiri dan ke kanan kerana senaman regangan ini amat baik untuk menghilangkan tekanan kerja yang dialami.
- Awak pasti mengalami rasa loya pada usia kehamilan di trimester pertama. Oleh itu, amat penting untuk menyimpan snek sihat sebagai pengalas perut setiap kali awak muntah. Bekalkan biskut, buah-buahan, kurma ataupun roti untuk membantu awak mendapat tenaga sepanjang hari.
- Jika perlu, bawa bekal makanan tengah hari awak sendiri yang boleh mengelakkan loya. Elakkan makan dengan orang lain jika bau atau makanan tertentu yang boleh mencetuskan rasa loya. Makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan protein adalah pilihan yang baik untuk makan tengah hari kerana kedua-duanya boleh membantu menghindari loya, antaranya yogurt rendah lemak, mentega kacang, pisang, keju, roti bakar ataupun nasi bersama ayam bakar.
- Jangan lupa untuk minum air kosong dengan banyak. Ini adalah kerana ianya baik untuk diri yang sedang hamil dan juga bayi dalam kandungan. Awak perlu kurangkan pengambilan minuman manis dalam diet harian awak.
- Bawa bekalan baju atau tuala di tempat kerja untuk kecemasan seperti mengalami loya yang teruk. Jangan lupa juga dengan barangan tambahan seperti berus gigi dan pencuci mulut agar awak sentiasa kekal segar sepanjang hari.
Semoga ianya bermanfaat..
Assalamualaikum wbt...
Selamat bercuti kepada semua yang balik kampung mulai hari nie, highway pun dah mula bersesak dengan kenderaan..Apapun, jaga keselamatan dan berhati-hati di jalan raya..
Okey..
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menyediakan pinjaman berkelompok kepada semua institusi dan jabatan yang tak dapat bajet untuk beli buku.. Sebanyak 400 buah buku boleh dipinjam dalam masa tiga bulan tapi dengan syarat institusi dan jabatan tue perlu berdaftar dengan PNM terlebih dulu dan mereka akan mendapat satu kad pinjaman... Banyak tue kan.. Kita boleh pilih apa saja genre buku yang terdapat dalam PNM tue, ianya terletak kat Wisma Sejarah, bersebelahan dengan bangunan PNM tue sendiri..
Jadi, minggu lepas, saya dengan ketua unit saya membuat pinjaman buku di PNM, ianya untuk menggalakkan lagi staf JBPM berkunjung ke library.. Selalunya kami pilih genre novel, agama, kaunseling dan buku kanak-kanak sebab itulah permintaan daripada staf kat sini.. Tapi buku yang paling laku dipinjam adalah novel dan buku kanak-kanak..
Ooo, memang library kami adalah library khusus iaitu lebih kepada bidang kebombaan tapi kami menerima jugak kunjungan daripada anak-anak staf, selalunya mereka akan datang sewaktu musim cuti sekolah.. Sebab tuelah kami pinjam buku kanak-kanak supaya mereka nie sentiasa dilatih untuk membaca..
Kali nie, kami lebih menumpukan kepada pinjaman novel dan buku kanak-kanak disebabkan ianya terhangat di pasaran kami.. Banyak kan, tapi huhuhu staf library sendiri tak berkesempatan nak pinjam..
So, pada sesiapa yang bekerja dalam institusi ataupun jabatan yang tak dapat bajet untuk beli buku, bolehlah datang ke PNM di Jalan Tun Razak untuk membuat pinjaman berkelompok.. Seronok tau, sebab kita boleh pilih pelbagai jenis genre buku yang ada dan menarik minat pembaca, seluruh Malaysia boleh guna perkhidmatan nie, tapi selalunya Sabah dan Sarawak jarang datang ke KL untuk pinjam buku..
Inilah salah satu perkhidmatan yang ada di perpustakaan JBPM..
Assalamualaikum wbt...
Dosa Jangan di ➕
Amal Jangan di ➖
Cinta Jangan di ➗
Hidup hanya 1 ❌
🌺 Gugur Bunga kerana Layu..
👻 Gugur Iman kerana Nafsu..
💞 Gugur Cinta kerana Cemburu..
😂 Tertawa kerana Bahagia
😭 Menangis kerana Derita
💀 Bertaubat kerana Dosa
👳🏻 Beribadat kerana Iman
💔 Hidup tanpa Cinta Pasti Hampa
💰 Hidup gila Harta Pasti Celaka
😓☠ Hidup penuh Dosa Akan Binasa
😊 Hidup Bersyukur Akan Bahagia
Hiduplah tiap hari seperti Matematik:
1. Mendarapkan (x)
keGembiraan
2. Mengurangi (-)
keSedihan
3. Menambahkan (+)
Semangat
4. Membahagi ( : )
keBahagiaan
5. Meng-kuadratkan
Kasih Sayang
antara sesama
Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali:
⏰1. Waktu
💋2. Ucapan
⌛3. Kesempatan
Jagalah itu, jangan sampai menyesal kerananya...
Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang:
👹1. Amarah
😏2. Keangkuhan
👿3. Dendam
Hindarilah ia selalu..
Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang
💙1. Harapan
💚2. Keikhlasan
❤3. Kejujuran
Peliharalah ketiganya..
Ada 3 perkara yang paling berharga
💞1. Kasih Sayang
💗2. Cinta
💝3. Kebaikan
Pupuklah itu semua..
Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti
💰1. Kekayaan
🎓2. Kejayaan
🤔3. Mimpi
Jangan terlalu obses kerananya..
Ada 3 perkara yang dapat membentuk watak seseorang
☝1. Komitmen
✌2. Ketulusan
👌3. Kerja Keras
Upayakanlah sekuatnya..
Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya
👍1. Tekad
👍2. Kemahuan
👍3. Fokus
Usahakan dengan sungguh-sungguh..
Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu
👍1. Rezeki
👍2. Umur
👍3. Jodoh
*Semuanya itu diatur oleh Allah.
TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons