Assalamualaikum wbt..
Bila kita memasak, pasti akan ada kesan hangus pada peralatan memasak dan itulah yang kita duk termenung camne nak hilangkan kesan hangus tue.. Perasaan kita akan menjadi geram dan menyampah bila kesan hangus tue tak hilang-hilang, kan.. Hihi jangan menyampah tau awak sebab saya nak kongsi pada awak cara nak hilangkan kesan hangus tue menggunakan sumber alami..
Jom kita amalkan..
Tomato - Lenyekkan beberapa biji tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus dan biarkan semalaman. Pada hari esoknya awak dah boleh teruskan kerja menyental periuk dan kuali tersebut.
Garam dan limau nipis - Perah beberapa biji limau nipis dan campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam di dalam periuk, lepas tue bolehlah awak menyental dan cuci periuk tue seperti biasa.
Sabun mandi - Potong sabun mandi menjadi empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali sehingga sabun tue menjadi kembang. Kemudian, awak sental periuk tadi dengan menggunakan sabun tue dengan menyental menggunakan berus dawai. Yang nie saya memang buat dan setakat nie ianya berkesan...
Minuman berkarbonat - Rendam periuk yang hangus dengan minuman bikarbonat dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian awak perlu uji sama ada kerak dah tertanggal atau tak dengan mencungkil kesan kerak dengan menggunakan sudu besi. Jika kesan tue masih belum tertanggal, awak perlu biarkan semalaman dan esoknya barulah awak cuci macam biasa..
Antara keempat empat tips . Ccl pernah guna minuman berkabonat tu . Yg lain belum cuba
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletegood sharing sis..cikyan tau yg psl minuman berkabonat tu ja..pnah cuba sekali..hihi
ReplyDeleteTq for sharing shikin.. Ekin guna sabun yang warna koko jenis tu
ReplyDeleteNice tips..
ReplyDeletetak pernah try selalu rendam je dgn air sabun..hihi
ReplyDeleteGuna air berkarbonat Tu mama penah tgk kt fb. Berkensn kuga
ReplyDelete