Review : Skincare dan makeup set yang saya guna

Thursday, February 15, 2018

Assalamualaikum wbt..
Selamat menunaikan solat Asar bagi umat Muslimin dan Muslimat.. Dah lama sebenarnya saya nak buat review mengenai penjagaan kulit yang saya pakai dari dulu hingga sekarang.. 

Okey, gambar pertama nie adalah penjagaan wajah saya.. Dari kiri sekali adalah St Ives scrub yang memang saya pakai 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit yang mati dan buang bintik-bintik hitam dan putih.. Kemudian diikuti dengan pencuci muka Safi anti jerawat sari gamat dan habbatus sauda... Sebenarnya produk Safi nie saya dah cuba macam-macam perisa tapi sari gamat jugak yang lebih sesuai dengan kulit saya.. Dulu ada jugak pakai produk yang lain tapi semuanya tak sesuai dengan kulit... Jika saya kehabisan scrub St Ives tue sebab hubby pun pakai jugak, saya akan pastikan produk Bioaqua remove blackhead Mask akan sentiasa berada di rumah.. Ini kerana saya mempunyai bintik putih yang agak banyak jugak di area 'T' dan sekitar dagu, jadi setakat nie produk Bioaqua nie memang sesuai dengan saya... Bila nak tido pulak, saya akan pastikan akan pakai sama ada Bio-Oil ataupun facemask, tapi yang facemask tue hanya 2 kali seminggu jea pakai, selebihnya saya pakai Bio-Oil untuk mengekalkan kelembapan kulit, maklumlah tido dalam keadaan ber'aircond'.. Bio-Oil nie memang best sangat pakai sebabnya dia memperbaiki kulit wajah yang ada parut akibat jerawat, hihi maklumlah tangan nie memang gatal untuk kutil jerawat sebab terlalu geram.. 

Semua produk-produk nie saya pakai bersama dengan hubby dan selalunya sayalah yang buat facial kat muka hubby.. Nasib baik dia redha aje bila isteri dia nak buat facial, walaupun menjadi bahan gelak ketawa dengan kawan-kawannya.. hihi jeles la tue sebenarnya... 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Okey, bila dah jaga muka, nak kena bermekap la jugak kan.. Maklumlah orang bekerja nie wajah kena bermekap sikit-sikit agar orang lain nampak wajah kita nie ceria jea.. Dan inilah produk-produk mekap saya, simple and easy..


http://starlavenderluna.blogspot.com

Sebelum saya mengenakan apa-apa mekap, saya akan spray dulu KW Beauty Spray Cleanser untuk membantu membantutkan pertumbuhan jerawat dengan 'dap-dap' kat muka, selepas tue saya akan spray dengan KW Beauty Spray Antiseptic untuk membunuh bakteria jerawat dengan cara yang sama iaitu 'dap-dap' kat muka.. KW Beauty nie jugak boleh jugak spray ketika kita rasa mengantuk kat opis dan saya memang selalu spray kat muka.. Bila dah spray, mata terbukak dengan luas dan rasa lebih segar selepas tue.. Selepas saya spray, barulah saya akan pakai krim Fair & Lovely di seluruh wajah.. Untuk bedak muka, saya pakai April Skin Snow cushion yang bertindak 2 dalam 1 sekali iaitu foundation dan bedak sebab saya nie tak suka yang jenis leceh-leceh.. Untuk mata, saya hanya pakai eyeliner jenis pen dan serum bulu mata.. Kadangkala saya pakai jugak maskara tapi disebabkan saya pakai contact lenses, jarang-jarang saya pakai kecuali kalu nak pergi kenduri.. Untuk bibir, saya akan kenakan sama ada lip balm yang warna hijau dan kemudian oles kan dengan lipstick Nova tue, tapi kalu saya malas dan takde mood nak bermekap, saya hanya oles lip balm jea..  Nak bersihkan wajah, saya memang pemakai setia wet tissue dan lapkan pada wajah.. 

So, inilah yang saya pakai untuk penjagaan kulit wajah.. 

19 comments

  1. ejulz suka belasah alat make up n minyak wangi wife.. hahahahaa

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris
    2. Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger

    ReplyDelete
  2. Complete skin care..:D Teringin nak pakai Bio Oil tapi takut naik jerawat.

    ReplyDelete
  3. Wow bnyk juga produk muka shikin.. and yes.. watermark cantik laa

    ReplyDelete
  4. Wow banyak juga produk skincare ni. Ciktie mula-mula je semangat lepas tu mula lah kelaut semuanya hehe

    ReplyDelete
  5. pakai jugak bio essence yg 24k gold dgn facemask..hehe
    lelaki pun kena jaga penampilan.

    ReplyDelete
  6. pst, face mask tengah promo kat watson haha. sha dah lama aim bio aqua tu bila nak beli entah le

    ReplyDelete
  7. st ives yang green tea tu best jugak sis Airah guna yang tu lembut je muka.Apricot punya kasar sikit

    ReplyDelete
  8. dah lama xpakai face mask, malas nak pi beli..hihi

    ReplyDelete
  9. eh sama lah pakai st ives apricot jugak tapi bio oil dulu je pakai sekarang dah malas :P

    ReplyDelete
  10. wahh skincare sis shikin , nanti CCL akan cuba share skincare ccl yer ,hehe

    ReplyDelete
  11. Teringin nakk pakai bioaqua tapi tak berani huhu. Ika punya skincare just safi hijau hehe.
    sbnrnya tak pakai apa apa sblum ni, 1st time nak cuba hehe. sbb muka nak kena jaga jugak kan huu.

    ReplyDelete
  12. wahhh banyak produk akak pakai ye.patut kak cantik

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧