10 tips kuasai khidmat pelanggan online

Wednesday, March 28, 2018

Related image


Assalamualaikum wbt..
Untuk peniaga online, melayani pelanggan secara maya mungkin mempunyai banyak karenah berbanding dengan secara bersemuka.. Bagi peniaga online, untuk mengetahui cara menawan dan membina keyakinan pelanggan adalah sangat penting kerana ianya bukan sekadar untuk pertama kali berurus niaga tapi secara tak langsung pelanggan akan berterusan untuk membeli produk ataupun servis...

Saya nak berkongsi tips-tips yang boleh menawan hati pelanggan secara online, walaupun mereka tak bertentang mata dengan kita, tapi sebenarnya mereka bertentang mata jugak, iaitu melalui hati mereka.. Bila dibaca dengan teliti, kebanyakan tips ini saya selalu lakukan semasa saya menjalankan perkhidmatan urut terapi dan saya berharap ianya dapat memberikan semangat kepada peniaga yang lain...

Image result for customer online shopping

Produk / perkhidmatan diyakini 
Produk dan perkhidmatan adalah setanding dengan harga yang diberikan.
Lihat sama ada pelanggan membeli nilai baru atau berpuas hati dengan produk yang diterima. Harga yang ditawarkan adalah perlu berpatutan dan masuk akal.
Produk yang diyakini menjadikan pelanggan membuat ulangan pembelian.

Berikan nilai yang baru
Pelanggan suka perkara yang membuatkan mereka gembira. Contohnya pembelian pakej produk dengan tawaran pos percuma. 
Yuran keahlian diberikan dan pelanggan boleh menikmati harga jualan potongan.
Beli dengan harga borong
Buat tawaran kepada pelanggan sebagai rrakan niaga
Perkenalkan kad mesra pelanggan, kad potongan harga dan sebagainya.

Layan pelanggan dengan baik
Pelanggan suka dilayan dengan baik walaupun kita berurus niaga secara online. Pelanggan selalunya mengharapkan maklum balas dengans segera dan jawapan yang kita berikan perlu menggunakan bahasa yang baik, termasuk menggunakan ikon senyum dan gembira. Jangan lupa berikan ucapan terima kasih kita pada pelanggan selepas mereka membuat pembayaran.

Dengan luahan dan fahami
Mengendalikan bisnes berskala kecil terutama bila kita beroperasi di rumah, para perniaga mudah untuk mengenali pelanggan, dan kadangkala ia menjalinkan hubungan yang erat antara peniaga dengan pelanggan. Dengan cara ini pelanggan akan yakin dan ingin meluahkan perasaan dengan harapan peniaga boleh memahami masalah yang dihadapi. Peniaga boleh mendengar dan memahami namuun tahu batas dan titik yang membezakan perasaan dengan perkongsian.

Fokus kepada pelanggan
Jangan terlalu asyik mencari pelanggan baru sedangkan pelanggan sedia ada juga adalah pelanggan yang perlu dihargai. Kurangkan kos pemasaran dengan menghargai pelanggan sedia ada untuk membuat ulangan pembelian. Pelbagaikan kempen dan teknik pemasaran untuk memenangi hati pelanggan sedia ada.

Meminta maaf
Antara kesalahan biasa peniaga online adalah :
"lambat menjawab pertanyaan" - penyelesaiannya adalah segera meminta maaf dan terangkan keadaan yang sebenar.
"barang yang dihantar telah rosak, minta maaf ia di luar kawalan semasa proses penghantaran dilakukan" - penyelesaiannya adalah segera minta maaf dan gantikan semula dengan yang baru.
"Barang hilang" - penyelesaiannya adalah gantikan dengan yang baru. Takpe kita rugi sikit asalkan keyakinan pelanggan masih setia dan masih mahu berurusan dengan kita pada masa akan datang.

Guna nama sebenar
Gunakan nama kita yang sebenar ketika menyapa dan inilah salah satu cara untuk menghargai pelanggan. Tulis perkataan Puan, Cik Puan pada alamat untuk penghantaran dan mereka tentu akan gembira.. 

Pujian ikhlas
Berilah pujian ikhlas kerana ianya berbaloi dan bukan disebabkan membodek kerana ada pelanggan kita memang layak untuk menerima pujian ini..

Memikat pelanggan
Pastikan bisnes kita ini mudah dan selesa untuk pelanggan. Ada banyak testimoni yang terdapat pada blog dan laman web jualan dan kita jugak boleh tunjukkan produk yang dipos bagi menarik pelanggan dan membuktikan produk yang kita jual itu mendapat sambutan.

Mudah dan selesa
Sentiasa membuat penambahbaikan bisnes agar mudah dan selesa untuk pelanggan. Contohnya kemudahan untuk membuat pembayaran dan seleas ketika berurusan.


Semoga ianya memberi manfaat kepada kita...

7 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧