Assalamualaikum wbt..
Nak tanya, umur berapakah anak-anak awak mula guna cawan dan jarang gunakan botol..? Adakah ianya perkara mudah ataupun sukar untuk memisahkan botol susu kesayangannya..? Dalam usaha nak tinggalkan botol susu, para ibu tak perlu sangat untuk mengikut kemahuan anak walaupun mereka berteriak dan merenggek.. Jika dituruti maka si kecil nie akan terus menerus untuk menolak minum menggunakan cawan, dan bila dah minum dalam cawan tue, pujilah anak kita kerana berjaya minum menggunakan cawan..
Saya nak berkongsi 7 tips untuk membantu si kecil minum menggunakan cawan, dan semoga ianya memberi manfaat kepada kita..
1. Ajak anak-anak semasa awak nak beli cawan untuk dia. Mintak dia pegang gelas sebagai pengenalan awal dengan objek yang akan digunakannya sehari-hari untuk minum.
2. Biarkan anak awak memilih dari segi warna, motif dan rekaan cawan dia. Berikan beberapa biji cawan yang berbeza bentuk dan pastikan ianya tak mudah pecah..
3. Berikan pada anak awak untuk bermain dengan cawannya sebagai salah satu permainannya, sebagai contoh, jika dia bermain dengan anak patung, berikan cawan untuk memberi minum pada anak patungnya.
4. Ajak anak-anak membancuh susu pada cawan tersebut dan jadikan ianya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
5. Pada hari-hari penyesuaian awal, kita masih boleh berkompromi. Contohnya, awak hadkan penggunaan botol susu hanya pada waktu malam saja, dan bila hari dah siang, awak perlu mewajibkan anak supaya untuk minum susu menggunakan cawan.
6. Letakkan cawan berisi air yang boleh terjangkau oleh tangan anak. Tanpa perlu memaksa bila dia dahaga, secara dengan sendirinya dia akan mengambil minumannya tanpa perlu meminta pada kita.
7. Ajak anak-anak berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dengan dia, yang dah minum menggunakan cawan. Jadikan ianya sebagai acara yang menyenangkan agar anak kita akan terdorong untuk minum menggunakan cawan sama seperti kawan-kawannya..
good info.
ReplyDeleteadik dulu okay je tak susah pun nak stop menyusu. dia sendiri yang nak minum dalam cawan
ReplyDeleteGood info shikin.. antara perkara tumor juga nak pisahkan botol ni
ReplyDeletenice sharing... emm mmg susah kan nak ajar anak lepas btol ni...
ReplyDeletetq for sharing kak
ReplyDeletegood sharing ni
ReplyDeleteBUkan senang nak pisahkan.. Tapi setiap ibu pasti ada caranya.. kikiki.. Nice sharing..
ReplyDeleteOo..gud sharing
ReplyDeleteterbaek tips ni.
ReplyDelete