Assalamualaikum wbt..
Hubungan cinta dah lama terjalin dari sehari ke sehari, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun tapi masih tak nampak bayang-bayang untuk lebih serius dalam perhubungan. Bila ditanya dan diajak berbincang tentang peminangan, boyfriend sering kali mengelak daripada pertanyaan kita.. Sikap inilah yang membuatkan kita akhirnya mengalah dan berserah pada takdir.. Kata orang, kalau ada jodoh takkan ke mana..
TAPI...
Sampai bila kita nak tunggu..? Dalam situasi ini, kita boleh kenal sikap lelaki yang belum bersedia untuk bergelar suami.. Bawaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah ini dan saya nak berkongsi tanda-tanda bagi lelaki yang tak bersedia lagi nak memberikan komitmen penuh pada kita.. Jom..
Ubah topik - Bila kita bersembang dengan si dia tentang perkahwinan, pasti dia akan mengubah topik atau terus menerus untuk berdiam diri. Ataupun tiba-tiba aje si dia nak balik ataupun paling tak pun dia puji tentang kecantikan diri kita..
Tak memperkenalkan kepada keluarga - Untuk mengaburi mata, si dia memang takde masalah untuk bersembang tentang alam perkahwinan yang bakal dibina tak lama lagi. Tapi dia seperti tak bagi isyarat untuk mempertemukan awak kepada kedua ibu bapanya. Walaupun awak sendiri dan mempertemukan si dia dengan ibu bapa awak. Jadi, jika berlaku seperti ini, berhati-hatilah agar hati awak tak terluka..
Tak mengerti makna ikatan - Ada lelaki yang tak suka dengan apa-apa ikatan, diorang nie boleh dikatakan nak bebas dan tak suka untuk memikul tanggungjawab. Untuk kenal lelaki seperti nie, awak boleh tengok daripada sifatnya yang tak penah benar-benar memerlukan orang lain dalam hidupnya.. Mungkin dia ada ramai teman atau sanak saudara, tapi takde seorang pun yang benar-benar rapat dan akrab dengan dirinya. Jadi, berkemungkinan dia tak kenal erti sebenar 'ikatan'.
Perkenalkan awak kepada kawan baiknya - Jika si dia dah memperkenalkan awak kepada kawan baiknya ini bermakna awak dah melepasi lampu kuning. Tujuan perkenalan nie adalah kawan baik si dia dapat menerima diri awak dan mungkin dia jugak mintak pendapat mengenai diri awak daripada kawan baiknya tue. Jika awak tak kenal siapa kawan baiknya, jadi perlu berhati-hati.
Tak membincangkan hal peribadi - Seperti mana awak hanya akan bercerita tentang hal peribadi awak kepada orang yang boleh dipercayai dan baik dengan awak, jadi sama jugak dengan lelaki. Tapi jika si dia tak pernah nak bercerita ataupun mengizinkan awak untuk mengetahui masalah peribadi yang dihadapinya, adalah lebih baik awak tanyakan sedalam mana perasaannya pada diri awak.. Yealah, orang kata biar sama-sama susah, ada masalah boleh dikongsikan dan diceritakan..
Berulang kali menceritakan keburukan dirinya - Jika si dia berulang kali menceritakan keburukan dirinya pada awak, pasti ada sesuatu yang ingin dinyatakan secara lembut. Mungkin si dia ingin meminta awak mempertimbangkan semula dengan hasrat untuk membina hubungan lebih serius. Ini jugak bermakna salah satu cara si dia untuk mintak tempoh masa agar dia dapat menyelesaikan masalahnya itu.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita... Apapun, bincanglah secara elok jika kita menyayangi antara satu sama lain.. Insha Allah, kalau ada jodoh kita dengan si dia, maka awak berdua tetap akan disatukan..
Assalamualaikum wbt...
Nampak sedap kan kek buah nie.. Tengok pada luaran, ianya nampak seperti kek buah yang biasa aje yang dijual kat kedai-kedai kek..
TAPI....
Sebenarnya kek buah nie telah berusia 100 tahun yang dijumpai kat dalam sebuah bangunan tertua di Antartika dan orang yang jumpa kek nie merasakan yang kek nie sebenarnya masih segar walaupun telah berusia..
Menurut Antarctic Heritage Trust, kek ini dipercayai sama umur dengan tarikh Ekspedisi Terra Nova Robert Falcon Scott pada antara tahun 1910 dan 1913. Walaupun timah yang balut pada kek tue dan berkarat dan tertanggal tapi kek yang berada di dalam balutan nie kelihatan masih segar nampak boleh dimakan.
Ekspedisi Terra Nova mempunyai objektif matlamat utama untuk sampai ke kutub, walaupun mereka berjaya sampai ke kutub tapi mereka mendapati penjelajah Norway telah mendahului mereka. Lebih tragis lagi, semasa dalam perjalanan pulang, semua penjelajah ekspedisi Terra Nova meninggal dunia.
Pengurus program artifak yang mengendalikan tabung amanah nie berkata masa diorang sedang membuat aktiviti pemuliharaan artifak Cape Adare, mereka menemui kek nie dalam balutan timah karat yang pada mulanya mereka hanya menyangkakan hanya gumpalan timah karat yang biasa. Kek ini dibawa ke makmal Muzium Cantertury New Zealand di mana kakitangan tabung amanah bekerja untuk memulihara hampir 1500 artifak.
Tapi sebenarnya tak mustahil pun kalu kek nie nampak masih segar, mungkin sebab suhu kat Antartika tue kan sejuk beku, mungkin akan membantutkan proses kulat daripada tumbuh di atas kek nie.. Betul tak..?
Assalamualaikum wbt..
Untuk peniaga online, melayani pelanggan secara maya mungkin mempunyai banyak karenah berbanding dengan secara bersemuka.. Bagi peniaga online, untuk mengetahui cara menawan dan membina keyakinan pelanggan adalah sangat penting kerana ianya bukan sekadar untuk pertama kali berurus niaga tapi secara tak langsung pelanggan akan berterusan untuk membeli produk ataupun servis...
Saya nak berkongsi tips-tips yang boleh menawan hati pelanggan secara online, walaupun mereka tak bertentang mata dengan kita, tapi sebenarnya mereka bertentang mata jugak, iaitu melalui hati mereka.. Bila dibaca dengan teliti, kebanyakan tips ini saya selalu lakukan semasa saya menjalankan perkhidmatan urut terapi dan saya berharap ianya dapat memberikan semangat kepada peniaga yang lain...
☑ Produk / perkhidmatan diyakini
➽ Produk dan perkhidmatan adalah setanding dengan harga yang diberikan.
➽ Lihat sama ada pelanggan membeli nilai baru atau berpuas hati dengan produk yang diterima. Harga yang ditawarkan adalah perlu berpatutan dan masuk akal.
➽ Produk yang diyakini menjadikan pelanggan membuat ulangan pembelian.
☑ Berikan nilai yang baru
➽ Pelanggan suka perkara yang membuatkan mereka gembira. Contohnya pembelian pakej produk dengan tawaran pos percuma.
➽ Yuran keahlian diberikan dan pelanggan boleh menikmati harga jualan potongan.
➽ Beli dengan harga borong
➽ Buat tawaran kepada pelanggan sebagai rrakan niaga
➽ Perkenalkan kad mesra pelanggan, kad potongan harga dan sebagainya.
☑ Layan pelanggan dengan baik
Pelanggan suka dilayan dengan baik walaupun kita berurus niaga secara online. Pelanggan selalunya mengharapkan maklum balas dengans segera dan jawapan yang kita berikan perlu menggunakan bahasa yang baik, termasuk menggunakan ikon senyum dan gembira. Jangan lupa berikan ucapan terima kasih kita pada pelanggan selepas mereka membuat pembayaran.
☑ Dengan luahan dan fahami
Mengendalikan bisnes berskala kecil terutama bila kita beroperasi di rumah, para perniaga mudah untuk mengenali pelanggan, dan kadangkala ia menjalinkan hubungan yang erat antara peniaga dengan pelanggan. Dengan cara ini pelanggan akan yakin dan ingin meluahkan perasaan dengan harapan peniaga boleh memahami masalah yang dihadapi. Peniaga boleh mendengar dan memahami namuun tahu batas dan titik yang membezakan perasaan dengan perkongsian.
☑ Fokus kepada pelanggan
Jangan terlalu asyik mencari pelanggan baru sedangkan pelanggan sedia ada juga adalah pelanggan yang perlu dihargai. Kurangkan kos pemasaran dengan menghargai pelanggan sedia ada untuk membuat ulangan pembelian. Pelbagaikan kempen dan teknik pemasaran untuk memenangi hati pelanggan sedia ada.
☑ Meminta maaf
Antara kesalahan biasa peniaga online adalah :
➽ "lambat menjawab pertanyaan" - penyelesaiannya adalah segera meminta maaf dan terangkan keadaan yang sebenar.
➽ "barang yang dihantar telah rosak, minta maaf ia di luar kawalan semasa proses penghantaran dilakukan" - penyelesaiannya adalah segera minta maaf dan gantikan semula dengan yang baru.
➽ "Barang hilang" - penyelesaiannya adalah gantikan dengan yang baru. Takpe kita rugi sikit asalkan keyakinan pelanggan masih setia dan masih mahu berurusan dengan kita pada masa akan datang.
☑ Guna nama sebenar
Gunakan nama kita yang sebenar ketika menyapa dan inilah salah satu cara untuk menghargai pelanggan. Tulis perkataan Puan, Cik Puan pada alamat untuk penghantaran dan mereka tentu akan gembira..
☑ Pujian ikhlas
Berilah pujian ikhlas kerana ianya berbaloi dan bukan disebabkan membodek kerana ada pelanggan kita memang layak untuk menerima pujian ini..
☑ Memikat pelanggan
Pastikan bisnes kita ini mudah dan selesa untuk pelanggan. Ada banyak testimoni yang terdapat pada blog dan laman web jualan dan kita jugak boleh tunjukkan produk yang dipos bagi menarik pelanggan dan membuktikan produk yang kita jual itu mendapat sambutan.
☑ Mudah dan selesa
Sentiasa membuat penambahbaikan bisnes agar mudah dan selesa untuk pelanggan. Contohnya kemudahan untuk membuat pembayaran dan seleas ketika berurusan.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita...
Assalamualaikum wbt..
Allah masih selamatkan perjalanan saya pada pagi semalam.. Memang berderau hati ini bila teringat pada peristiwa tue tapi sebenarnya dah banyak kali terkena camtu.. Nak dijadikan cerita, semalam saya gerak agak lewat sikit, kira-kira 1 jam lewat daripada masa sepatutnya saya untuk masuk ke opis disebabkan pening kepala.. Pagi semalam, dari Salak Tinggi hingga ke Putrajaya, hujan turun secara renyai dan saya memandu pada kadar biasa iaitu 80km/jam..
Sewaktu saya menghampiri susur keluar ke Presint 7, Putrajaya saya terlihat ada kemalangan telah berlaku di situ dan saya mula perlahankan kenderaan.. Tapi tak disangka-sangka, mungkin ada pertumpahan minyak kat situ, saya tak dapat nak kawal kereta dan berpusing-pusing sebanyak 3 kali, nasib baik jugaklah saya tak langgar pembahagi.. Saya dapat mengawal kereta saya dari kena hentam dengan pembahagi jalan dan masa tue Allah saja yang tahu betapa kuatnya jantung saya berdegup.. Masa tue jugak saya bernasib baik kerana kereta yang berada di belakang saya sempat berhenti dari melanggar kereta saya nie... Allahu.. Terima kasih Ya Allah..
Di susur keluar inilah saya selalu gunakan untuk pergi kerja.. |
Di kawasan inilah saya mengalami kemalangan kecil.. Alhamdulillah saya dapat mengawal kereta dari menghentam pembahagi jalan walaupun kereta berpusing sebanyak 3 kali.. |
Selepas saya undur kereta untuk memperbetulkan kedudukan dengan bantuan orang ramai, saya teruskan perjalanan ke opis.. Sampai saja kat opis, saya periksa keadaan kereta dan Alhamdulillah, takde kesan calar ataupun apa-apa yang kemek berlaku..
So, saya nak pesan pada diri dan awak semua, berhati-hatilah memandu terutama dalam keadaan hujan kerana malang tak berbau..
Assalamualaikum wbt..
Jika kita menyayangi pekerjaan kita dan merasakan kerjaya yang kita ceburi ini menjadi penyumbang kepada ekonomi pada diri dan keluarga, maka sepatutnya kita menunjukkan tingkah laku yang baik semasa bekerja.
Rahsia berjaya - Formula yang diperlukan untuk memperoleh kemenangan peribadi ini; ialah berfikiran positif, ada matlamat hidup dan buat kerja mengikut kepentingan.
Berfikiran positif - Apabila kita berfikiran positif, secara tak langsung satu tenaga dalaman akan muncul dalam fikiran. Pelbagai idea akan timbul, yang mungkin lain daripada lain.
Matlamat hidup - Apa gunanya ada matlamat hidup jika kita tak merealisasikannya. Oleh itu, kita perlu ada perancangan untuk mencapainya. Kita perlu tegaskan apa yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Jika dah tercapai apa yang kita impikan, berikan bonus dan perhargaan kepada diri kita.
Kerja ikut kepentingan - Buat kerja ikut kepentingan atau keutamaan. Ianya akan memudahkan kita untuk membuat perancangan harian atau mingguan atau bulanan dan sekarang kita dah menghampiri untuk mencapai kemenangan peribadi yang diidamkan. Janganlah kita buat kerja separuh jalan dan beralih dengan melakukan kerja lain tanpa menyiapkan kerja yang dah dijalankan.
Sikap di tempat kerja
1. Sikap sentiasa berada dalam tahap terbaik - Kadangkala kita memerlukan sikap sentiasa tak puas dengan kerja yang dilakukan dan sentiasa ingin mencapai tahap terbaik dalam kerjaya.
2. Terus bersemangat - minat saja tak cukup dalam mempertahankan sesuatu pekerjaan. Semangat yang kuat perlu kerana inilah yang akan membuatkan kita bertahan pada sesuatu kerja walau menghadapi saat sukar dan memenatkan.
3. Kepercayaan dan bangga dengan kerja - Kita perlu merasakan pekerjaan yang kita buat nie adalah yang terbaik penah dicapai dalam hidup. Kita juga perlu mempunyai perasaan bangga dengan pekerjaan dan mengekalkan hasrat untuk setia dan sayang pada kerjaya.
Assalamualaikum wbt..
Nak tanya, umur berapakah anak-anak awak mula guna cawan dan jarang gunakan botol..? Adakah ianya perkara mudah ataupun sukar untuk memisahkan botol susu kesayangannya..? Dalam usaha nak tinggalkan botol susu, para ibu tak perlu sangat untuk mengikut kemahuan anak walaupun mereka berteriak dan merenggek.. Jika dituruti maka si kecil nie akan terus menerus untuk menolak minum menggunakan cawan, dan bila dah minum dalam cawan tue, pujilah anak kita kerana berjaya minum menggunakan cawan..
Saya nak berkongsi 7 tips untuk membantu si kecil minum menggunakan cawan, dan semoga ianya memberi manfaat kepada kita..
1. Ajak anak-anak semasa awak nak beli cawan untuk dia. Mintak dia pegang gelas sebagai pengenalan awal dengan objek yang akan digunakannya sehari-hari untuk minum.
2. Biarkan anak awak memilih dari segi warna, motif dan rekaan cawan dia. Berikan beberapa biji cawan yang berbeza bentuk dan pastikan ianya tak mudah pecah..
3. Berikan pada anak awak untuk bermain dengan cawannya sebagai salah satu permainannya, sebagai contoh, jika dia bermain dengan anak patung, berikan cawan untuk memberi minum pada anak patungnya.
4. Ajak anak-anak membancuh susu pada cawan tersebut dan jadikan ianya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
5. Pada hari-hari penyesuaian awal, kita masih boleh berkompromi. Contohnya, awak hadkan penggunaan botol susu hanya pada waktu malam saja, dan bila hari dah siang, awak perlu mewajibkan anak supaya untuk minum susu menggunakan cawan.
6. Letakkan cawan berisi air yang boleh terjangkau oleh tangan anak. Tanpa perlu memaksa bila dia dahaga, secara dengan sendirinya dia akan mengambil minumannya tanpa perlu meminta pada kita.
7. Ajak anak-anak berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dengan dia, yang dah minum menggunakan cawan. Jadikan ianya sebagai acara yang menyenangkan agar anak kita akan terdorong untuk minum menggunakan cawan sama seperti kawan-kawannya..
Kisah seorang peguam telah diberi tugasan untuk membantu sebuah sekolah yang telah hampir muflis dan kebanyakan pelajar2nya terdiri daripada golongan orang2 kaya dan keluarga bermasalah.. Pelajar2 di sekolah nie memang takde rasa minat untuk belajar dan peguam terbabit iaitu Kang Seok Ho telah memberi syarat kepada pengerusi sekolah iaitu Han Soo Jung untuk membawa 5 orang pelajar masuk ke universiti terkemuka di Korea.. Peguam nie dibantu oleh seorang guru Inggeris bernama Jang Ma Ri dan mereka telah melatih lima orang pelajar iaitu Hwang Baek Hyun, Oh Bong Goo, Na Hyun Jung, Hong Chan Doo Dan Kil Pool Ip dengan kaedah pembelajaran secara drastik.. Pada mulanya prestasi lima pelajar ini kurang memberangsangkan sehinggalah Kang Seok Ho membawa 4 orang guru yang bukan daripada sekolah itu.. Mereka semuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti pakar ilmu matematik, pakar bahasa korea, pakar bahasa Inggeris dan pakar ilmu sains dan kaedah pengajaran mereka berbeza daripada guru² yang sedia ada.. Dengan kesungguhan pelajar² ini, mereka telah berjaya memasuki universiti terbabit..
Drama nie walaupun ada terselit kisah cinta monyet pelajar tetapi motif utama drama ini diterbitkan adalah kita perlu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan jangan putus asa dalam apa jua cabaran hidup. drama nie bukanlah 100% genre serius, ada jugak elemen kelakar, sedih, gembira dan sayu dalam drama nie..
Napa saya cakap sayu? Sebab di akhir drama nie, peguam ini kembali dalam bidang yang telah diceburi iaitu bidang guaman dan pelajar² ini sentiasa mengingati beliau walaupun mereka sudah menjejakkan kaki di menara gading.. Drama nie mengajar kita agar sentiasa menghormati guru yang telah menjadikan kita seorang manusia yang berguna pada masyarakat, bangsa dan negara selain daripada ibu bapa kita sendiri.. Ada satu lagi babak yang menarik perhatian, iaitu babak di mana Na Hyun Jung mengalami demam panas selepas berlakunya insiden yang membabitkan dirinya dan Hwang Baek Hyun. Untuk mengelakkan 'Special Class' mereka dibubarkan, mereka memaksa diri untuk menduduki peperiksaan pertengahan tahun... Setiap hari boleh dikatakan mereka belajar sehingga lewat malam dan setiap bulan mereka mengadakan kem belajar..
Drama nie memang saya suka tengok banyak kali sebab ada babak yang kelakar, macam Kang Seok Ho memang anti dengan Hwang Baek Hyun tapi di akhir drama, mereka menjadi rapat dek perangai mereka sama saja, iaitu panas baran.. Lepas tue, ada satu episod tue memang best, saya tak ingat episod ke berapa.. Episod nie menceritakan kelima-lima pelajar nie terpaksa belajar di sebuah rumah di satu lokasi yang tak diketahui oleh mereka.. Asalnya mereka sedang menjalani kem pembelajaran musim panas, tapi oleh kerana mereka tak konsisten untuk belajar dek cuaca, Kang Seok Ho bersama dengan cikgu matematik dan cikgu bahasa Inggeris membuat keputusan untuk membawa mereka keluar daripada sekolah dan mereka belajar dalam suasana yang baru, iaitu belajar secara persendirian di dalam bilik.. Tapi sebenarnya mereka diasingkan mengikut kelemahan mereka dalam pelajaran, contohnya macam Hwang Baek Hyun memang lemah di dalam matematik dan mempunyai tulisan buruk semasa buat jalan penyelesaian matematik hingga tak dapat dibaca oleh cikgu matematik.. Hong Chan Doo pulak sebenarnya takde masalah sangat dalam pembelajaran tapi dia tak fokus semasa belajar, jadi dalam bilik dia penuh dengan tv dengan rancangan tv yang melalaikan dia untuk belajar.. Hong Chan Doo perlu menyiapkan kerja rumah yang diberikan, jika dia gagal dalam masa yang ditetapkan, belon yang berisi tepung yang diletakkan pada siling bilik itu akan pecah dan itulah denda yang terpaksa dia hadapi..
Banyak lagi kisah yang menarik dalam drama nie, dan ianya memang sesuai untuk tatapan anak-anak walaupun ada masanya mereka memaparkan cerita cinta..
Banyak lagi kisah yang menarik dalam drama nie, dan ianya memang sesuai untuk tatapan anak-anak walaupun ada masanya mereka memaparkan cerita cinta..
Assalamualaikum wbt..
Memiliki rumah idaman bukanlah perkara remeh, malah ia merupakan pelaburan yang paling mahal bagi seseorang itu sepanjang hidupnya. Namun, keputusan membeli sebuah rumah boleh menimbulkan pelbagai implikasi kewangan sebaik sahaja kita memberikan komitmen untuk membeli rumah tersebut.
Bayaran balik pinjaman perumahan akan menjadi perbelanjaan yang paling besar buat kita setiap bulan untuk jangka masa yang panjang, sekitar 15 atau 25 tahun. Oleh itu, kita perlu membuat perancangan yang teliti sebelum membeli rumah idaman.
Jika awak berazam untuk memiliki sebuah rumah, kaji terlebih dahulu status kewangan awak. Berikut adalah tiga soalan penting yang perlu dipertimbangkan sebelum melaburkan wang membeli rumah idaman:
1. Berapa banyakkah wang yang mampu dikeluarkan daripada simpanan untuk membiayai bayaran pendahuluan dan kos sampingan pembelian sesebuah rumah?
Bayaran pendahuluan ialah wang yang perlu dibayar untuk memastikan awak dapat menjadi pemilik sesebuah rumah yang diidamkan. Lebih tinggi bayaran pendahuluan, maka semakin kecil amaun yang perlu dibayar setiap bulan kepada pihak bank untuk menyelesaikan pinjaman perumahan awak.
Selain itu, kadar bunga yang dikenakan juga lebih rendah. Lazimnya, wang pendahuluan yang sepatutnya dibayar adalah antara 5 - 20% harga jualan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, jangan lupa yang awak juga perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk yuran guaman, duti setem, insuran dan juga kos pengubahsuaian rumah apabila kunci rumah diserahkan kelak.
Berdasarkan simpanan dan pelaburan yang ada, tetapkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk membeli rumah idaman. Di sini, awak dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya menyimpan wang yang menyamai selama 4 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan sebagai simpanan kecemasan. Disamping itu, pastikan awak tidak mengusik wang yang disimpan untuk persaraan kelak, lebih-lebih lagi jika awak kini di peringkat pertengahan umur.
2. Berapa banyak wang yang awak boleh keluarkan daripada pendapatan bulanan untuk meningkatkan kadar simpanan atau untuk membayar pinjaman perumahan awak?
Jika awak sudahpun mempertimbangkan soalan 1 dan mendapati wang yang ada dalam tangan tidak mencukupi, langkah seterusnya ialah untuk meningkatkan kadar simpanan awak. Awak boleh cuba membuka satu akaun simpanan khas untuk pembelian rumah. Pastikan awak memperuntukkan peratusan yang tetap daripada gaji untuk disimpan dalam akaun tersebut setiap bulan. Kaji dengan terperinci perbelanjaan, dan cuba kurangkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu seperti barangan mewah, hiburan dan percutian.
Awak juga perlu tahu jumlah yang mampu dibayar untuk pinjaman perumahan tersebut. Lazimnya, bayaran untuk pinjaman perumahan tidak seharusnya melebihi 30% daripada gaji kasar. Selain itu, pastikan wang awak mencukupi untuk membayar perbelanjaan lain seperti yuran penyelenggaraan, bil air, elektrik dan sebagainya. Cara terbaik untuk mengawal perbelanjaan ialah dengan membuat bajet dan mendisiplinkan diri untuk mengikut bajet yang telah sediakan.
3. Berapa banyak wang yang boleh dikeluarkan daripada Akaun II KWSP untuk membiayai kos rumah?
Periksalah akaun KWSP II untuk mengetahui amaun yang boleh dikeluarkan untuk pembayaran rumah. Ini penting kerana ia dapat meringankan beban pembiayaan rumah yang dibeli. Mengikut laman web KWSP, amaun yang layak dikeluarkan pencarum KWSP adalah seperti berikut:
* Pembelian Individu. Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.
* Pengeluaran bersama suami/isteri, ahli keluarga, atau individu yang lain. Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II bagi semua pemohon tertakluk kepada amaun maksima yang layak dikeluarkan. Jika awak memperolehi pinjaman penuh (100%), awak layak mengeluarkan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.
Pilih dengan tepat
Apabila selesai mengira kesemua sumber kewangan yang ada berdasarkan soalan-soalan di atas, awak kini sudah bersedia untuk memulakan pencarian rumah baru. Membeli sebuah rumah merupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi kebanyakan daripada kita. Pastikan awak mengambil masa yang secukupnya dalam mencari rumah yang diidam-idamkan, iaitu sebuah rumah yang menepati kehendak serta mampu dimiliki.
Awak mungkin berminat untuk membeli rumah dalam kawasan yang selamat untuk anak-anak, berkedudukan strategik dan berhampiran dengan sekolah, padang permainan dan juga kemudahan-kemudahan lain.
Jenis rumah yang ingin dimiliki juga perlu diambil kira. Mungkin awak lebih berminat dengan rumah teres kerana ia tidak melibatkan yuran penyelenggaraan bulanan dan memberikan lebih ruang untuk anak-anak beriadah.
Sebaliknya, awak mungkin lebih berminat dalam pangsapuri yang menyediakan kawalan keselamatan dan beberapa kemudahan lain seperti gimnasium, kolam renang dan sebagainya. Memandangkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira, maka, jangan terburu-buru dalam membuat pilihan, terutama sekali sewaktu ekonomi berada di paras yang tinggi dan menyebabkan pasaran hartanah melonjak naik.
Jika awak membeli rumah pada waktu tersebut, besar kemungkinan awak akan kecewa sekiranya harga rumah yang dibeli turun pada paras yang lebih rendah. Dalam masa yang sama, awak juga bolehlah mula meninjau pakej pinjaman perumahan yang terbaik. Sekarang ini, terdapat saingan sengit di kalangan bank-bank di mana terdapat pelbagai pakej pinjaman yang ditawarkan. Sesetengahnya ada yang agak sukar untuk difahami. Malah, ada juga yang mengelirukan. Oleh itu, pastikan awak meneliti kesemua syarat-syarat dan terma-terma pakej yang ditawarkan.
Membuat pilihan yang tepat, dengan mengambil kira kadar bunga yang dikenakan dan sebagainya, boleh menjimatkan sejumlah wang yang besar. Salah satu pilihan yang baik buat masa ini ialah pinjaman perumahan yang membolehkan awak meletakkan kesemua wang lebihan dalam akaun pinjaman awak dan dalam masa yang sama, masih boleh mengeluarkan wang tersebut jika perlu. Ini boleh membantu mengurangkan kadar bunga dan mempercepatkan bayaran balik jumlah pembiayaan.
Membeli rumah idaman bukan sahaja menimbulkan rasa puas hati dalam diri, malah ia boleh membawa keuntungan dalam jangka masa panjang sekiranya awak membuat pilihan yang tepat dan merancang pembelian dari mula lagi.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan saya membuat entri khas ini, dan nampaknya ikatan ukhuwah antara kita telah terjalin.. Mungkin ada di antaranya kita dah saling mengenali dan ada jugak yang baru saja mengait tali untuk mengikat persaudaraan ukhuwah.. Apapun semoga ikatan yang kita jalinkan ini akan berkekalan walau hanya di alam maya, dan Insha Allah ianya akan direstui oleh Allah..
Okey, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk di review..? Jom kita bersuai kenal dengan sahabat saya kali nie dan orang yang bertuah tue adalah...
Blog CikLa Shahril... CikLa atau nama penuh Shahila Shahril, eorang suri rumahtangga yang mempunyai empat orang anak, tinggal di Banting, Selangor yang merupakan seorang blogger sepenuh masa. CikLa nie boleh dikatakan agak sebaya dengan saya, walaupun dia menjadi suri rumahtangga, tapi dia mempunyai pendidikan dalam bidang chemical engineering daripada UKM.. Bukan calang-calang orang tau..
Saya berkenalan dengan CikLa sama seperti yang lain, iaitu berkenalan di dalam segmen ataupun GA yang dianjurkan oleh blogger.. CikLa mula menulis blog sejak tahun 2013 dan kebanyakan entri blog beliau berkisahkan personal tapi ada jugak dia berkongsi maklumat dan informasi yang mungkin ada di antara kita yang tak berapa nak tau.. CikLa jugak rajin menganjurkan GA ataupun segmen dan selalunya apa yang CikLa anjurkan memang mendapat sambutan yang menggalakkan.. Saya pun selalu jugak join GA dan segmen yang CikLa buat..
Saya memang suka sangat menjadi silent reader pada blog CikLa kerana CikLa memang suka berkongsi cerita dengan pembacanya mengenai kisah dirinya terutama bila CikLa diuji dengan ujian yang berat.. Ujian yang dimaksudkan adalah CikLa sedang mengalami penyakit tiroid, dan saya berasa amat kagum dengan CikLa kerana dia tenang dan tabah bila diduga dengan ujian yang berat nie..
Pada CikLa, saya sentiasa doakan agar CikLa sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga CikLa sembuh daripada penyakit yang dialami, Insha Allah.. Terima kasih saya ucapkan pada CikLa kerana masih sudi untuk menjadi kawan alam maya saya, walaupun kita tinggal berhampiran tapi belum pernah bersua wajah.. Insha Allah satu hari nanti kita akan dipertemukan..
Jom kita jengah dan singgah ke blog CikLa Shahril..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
Assalamualaikum wbt...
Malindo Air adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Petaling Jaya. Ia adalah kerjasama di antara National Aerospace & Defence Industries (NADI) sebanyak (51%) , Malaysia dengan Lion Air, Indonesia (49%). Nama “Malindo” berasal daripada nama negara masing-masing iaitu gabungan nama bagi Malaysia dan Indonesia. Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1 Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Walaubagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh pelancaran ke pertengahan Mac 2013 dengan destinasi domestik.
NADI ialah syarikat baik pulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group mengendalikan Lion Air untuk operasi Jet dan Wing Air bagi operasi ATR72 turboprop yang berpusat di Jakarta Indonesia. Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam industri penerbangan domestik berbanding Malaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Indonesia dan Malaysia.
Syarikat penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk iaitu 12 kelas perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan pesawat pada setiap tempat duduk penumpang. Syarikat ini menawarkan penerbangan ke 13 jenis buah negara seperti Australia, Bangladesh, China, India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, Indonesia, Taiwan, Vietnam, Thailand, Singapore dan termasuklah di dalam Malaysia sendiri. Di Malaysia antara kawasan yang sering dilalui adalah seperti Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kertih. Bagi kawasan antara favourite atau sering kali dilalui adalah Bali & Batam di Indonesia serta Kota Kinabalu.
Malindo Air juga pernah menyandang award pada tahun 2014 iaitu bagi kategori Airline Of The Year (Passenger). Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Encik Chandran Rama Muthy berkata, "mereka amat berbesar hati untuk dianugerahkan sebagai Airline of the Year (Passenger) untuk tahun 2014. Anugerah ini secara meluas dianggap sebagai penanda aras industri untuk kecemerlangan. Bagi mereka, penganugerahan ini jelas mencerminkan undi keyakinan dari pelancong serantau, yang mengakui dan menghargai pemacu berterusan Malindo untuk perkhidmatan berkualiti tinggi. Malindo Air juga memenangi awards bagi tahun berikutnya dalam kategori Top Performing Airline pada 2015 dan Regional Of The Year pada 2016.
DIGI Telecomunication Sdn Bhd (Digi) telah menjalinkan kerjasama dengan Malindo Air untuk memberi penumpang kemudahan melayari internet di dalam penerbangan yang terpilih. Melalui perkongsian ini, pelanggan akan dapat menggunakan peranti mudah alih mereka di atas pesawat untuk berada dalam talian berkelajuan tinggi. Servis ini boleh didapati pada pesawat Malindo Air Boeing 737-900ER yang terpilih melalui perkhidmatan AeroMobile, di laluan Mumbai, Delhi, Amritsar, Kochin, Trichy, Trivandrum, Kathmandu, Perth, Kota Kinabalu, Kuching, Bali dan Bangkok. Perkongsian ini adalah sejajar dengan cita-cita Digi untuk menyediakan liputan rangkaian LTE 4G yang luas bagi menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia dengan perkhidmatan internet yang mampu memberikan perkhidmatan kepada 60 peratus populasi Malaysia. Pelanggan pasca bayar Digi kini boleh mengakses internet dalam penerbangan dengan promosi kadar rata harian sebanyak RM32 untuk menikmati perkhidmatan yang baru.
So, dah rancang ker nak bercuti kat mana? Dont forget to get your Malindo Air Ticket now from Traveloka. Tempahlah sekarang untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah secara online dan rasailah pengalaman fly with Malindo Air. Better preparation make better deserve!
Assalamualaikum wbt...
Salam menunaikan solat Zuhur pada awak suma.. Sekolah..! Seperti yang kita tahu sekolah menjadi tempat kita untuk menimba ilmu duniawi dan akhirat bagi melengkapkan diri untuk kehidupan di masa depan. Walaupun begitu, setiap negara di dunia nie mempunyai kaedah dan cara pendidikan yang tersendiri untuk diberikan kepada para pelajar.
Saya nak kongsi pada awak mengenai lima buah sekolah yang boleh dikatakan agak unik dari segi cara pembelajaran dan tempat sekolah tue sendiri..
Jom..
Sekolah terapung Makoko, Lagos, Nigeria - Diperbuat daripada kayu dan bangunan ini sebenarnya terapung di dalam air kerana terletak di kawasan pantai Afrika. Pada asalnya sekolah nie dibina untuk menghalang kenaikan air di kawasan tue. Mempunyai fungsi yang sama seperti sekolah biasa, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik darjah dan awasan permainan untuk para pelajar. Sekolah nie dapat memuatkan 100 orang kanak-kanak dalam satu masa walaupun berada dalam situasi cuaca yang kurang baik. Okey jugak kan sekolah nie, pelajaran dapat diteruskan walaupun berada dalam keadaan banjir..
Sekolah dalam kiub, Copenhagen, Denmark - Sekolah nie berada dalam sebuah bangunan yang sangat luas dan besar, kapasiti sekolah nie dapat memuatkan 1000 orang pelajar. Setiap pelajaran diajar dalam sebuah kiub kaca yang luas dipanggil gimnasium. Ruang terbuka yang terdapat di dalam bangunan nie dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dikenali sebagai drum dengan mempunyai tempat duduk yang selesa untuk pelajar. Ruangan nie dibuat adalah kerana untuk menggalakkan lagi pemikiran kreatif pada pelajar.. Rasa macam nak sekolah kat sini jea..
Sekolah dalam gua, Dongzhong, China - Terletak di dalam sebuah gua di kawasan pergunungan kampung Mioa. Masyarakat di sini telah membina sebuah sekolah di dalam gua dengan hanya mempunyai lapan orang guru sebagai tenaga pengajar dan gua nie dapat memuatkan seramai 186 orang pelajar dalam satu-satu masa. Ada sesetengah pelajar nie perlu melalui jalan yang berliku-liku selama enam jam untuk sampai ke gua nie. Walaupun sekolah nie dibina di dalam gua, ianya mempunyai kelengkapan seperti bilik darjah dan bilik darjah ini boleh diubah menjadi gelanggang bola keranjang ketika waktu rehat.. Wow..! Ianya membuktikan pelajaran tue amat penting walaupun mempunyai kepayahan seperti nie, jadi kita nie kena selalu bersyukur kerana dapat pegi sekolah yang serba lengkap..
Sekolah imaginasi, Stockholm, Sweden - Pelajar yang dapat bersekolah di sini mesti takkan rasa bosan disebabkan reka bentuk sekolah nie sendiri yang seakan-akan direka dalam dunia imaginasi mereka. Pelajar di sini boleh dikatakan bebas untuk melakar gunung mengikut kreativiti mereka, meletakkan ituk dalam gua dan bercakap dengan pokok yang ada. Kelainan sekolah nie adalah ianya takde disediakan bilik darjah, yang ada hanyalah ruang yang amat luas untuk para pelajar bereksplorasi. Pelajar di sini menggunakan komputer untuk membuat tugasan mereka dan cara pembelajaran mereka menggabungkan elemen muzik, seni dan tarian.. Okey jugak kan..
Sekolah yang bebas buat apa saja, Brooklyn Free School, Amerika - Sekolah ini dibina sebagai sekolah yang mengamalkan sistem pendidikan demokrasi dengan cara para pelajar boleh belajar apa yang mereka benar-benar suka dengan takde pengkhususan, takde ujian dan takde kerja rumah. Kat sekolah nie, pelajar bebas untuk membuat keputusan dalam segala hal dan ini termasuklah dalam urusan disiplin.Tapi macam tak sesuai la pulak kan dengan sistem pendidikan kita..
Unik kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons