Assalamualaikum wbt..
Jika kita menyayangi pekerjaan kita dan merasakan kerjaya yang kita ceburi ini menjadi penyumbang kepada ekonomi pada diri dan keluarga, maka sepatutnya kita menunjukkan tingkah laku yang baik semasa bekerja.
Rahsia berjaya - Formula yang diperlukan untuk memperoleh kemenangan peribadi ini; ialah berfikiran positif, ada matlamat hidup dan buat kerja mengikut kepentingan.
Berfikiran positif - Apabila kita berfikiran positif, secara tak langsung satu tenaga dalaman akan muncul dalam fikiran. Pelbagai idea akan timbul, yang mungkin lain daripada lain.
Matlamat hidup - Apa gunanya ada matlamat hidup jika kita tak merealisasikannya. Oleh itu, kita perlu ada perancangan untuk mencapainya. Kita perlu tegaskan apa yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Jika dah tercapai apa yang kita impikan, berikan bonus dan perhargaan kepada diri kita.
Kerja ikut kepentingan - Buat kerja ikut kepentingan atau keutamaan. Ianya akan memudahkan kita untuk membuat perancangan harian atau mingguan atau bulanan dan sekarang kita dah menghampiri untuk mencapai kemenangan peribadi yang diidamkan. Janganlah kita buat kerja separuh jalan dan beralih dengan melakukan kerja lain tanpa menyiapkan kerja yang dah dijalankan.
Sikap di tempat kerja
1. Sikap sentiasa berada dalam tahap terbaik - Kadangkala kita memerlukan sikap sentiasa tak puas dengan kerja yang dilakukan dan sentiasa ingin mencapai tahap terbaik dalam kerjaya.
2. Terus bersemangat - minat saja tak cukup dalam mempertahankan sesuatu pekerjaan. Semangat yang kuat perlu kerana inilah yang akan membuatkan kita bertahan pada sesuatu kerja walau menghadapi saat sukar dan memenatkan.
3. Kepercayaan dan bangga dengan kerja - Kita perlu merasakan pekerjaan yang kita buat nie adalah yang terbaik penah dicapai dalam hidup. Kita juga perlu mempunyai perasaan bangga dengan pekerjaan dan mengekalkan hasrat untuk setia dan sayang pada kerjaya.
Memang dengan menyayangi Dan menyukai APA yg Kita buat Akan memotivasikan diri kita
ReplyDeleteBukan mudah kita nak hadap kerja yg kita tak minat...
ReplyDeletetapi ada caranya untuk meransang diri,minda,fizikal,mental kita untuk suka akan kerja yg kita buat tu... :)
Bukan mudah kita nak hadap kerja yg kita tak minat...
ReplyDeletetapi ada caranya untuk meransang diri,minda,fizikal,mental kita untuk suka akan kerja yg kita buat tu... :)
ada juga keje yg dibuat berdasarkan keterpaksaan... apa pun kerja yg dibuat buat dengan ikhlas... nice sharing ikin...
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletekena selalu memotivasikan diri sendiri dan berfikiran positif. Tapi jangan sampai stress sorang2 pula.
ReplyDeletei love my job as well tapi kan.. nobody suka boss kan ahaha
ReplyDeletePerkongsian yang menarik..
ReplyDeleteNice sharing !! Memang ciktie suka dengan kerja ciktie cuma kekadang tu terasa macam terpaksa pun ada hehe
ReplyDeletekene pandai2 tingkatkan semangat di tempat kerja.. hehe
ReplyDelete