Tempat pelik yang menjadi tumpuan pelancong

Wednesday, March 07, 2018

Assalamualaikum wbt...
Bumi Allah nie terlalu luas untuk diterokai, dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang kadangkala tak terjangkau dek fikiran kita untuk menggambarkan betapa besar kuasa-Nya.. Walaupun tempat-tempat nie dikatakan tempat yang pelik tapi ianya menjadi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan alam semula jadi.. Contohnya :

Image result for pamukkale

Pamukkale, Turki - Pamukkale membawa maksud istana kapas dalam bahasa Turki, malah penduduk tempatan memberi gelaran istana putih kerana kawasan persekitaran yang berwarna keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen daripada batu travertine pula menghasilkan teras putih, dengan air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya. Kawasan nie bertambah unik dengan kewujudan 17 mata air panasnya yang dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Dengan ini, awak akan dapat menjalani rawatan spa untuk tujuan perubatan secara percuma di kawasan ini dan dikatakan amalan rawatan spa nie telah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu dan ianya menarik minat ramai pengunjung dari serata dunia..

Image result for chocolate hills

Chocolate Hills, Filipina - Bila tiba musim panas, bukit batu kapur yang diliputi rumput ini akan mengering dan bertukar daripada warna hijau kepada warna keperangan. Dengan perubahan warna, kawasan ini akan menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Setakat ini, dikatakan takde pembentukan semula jadi yang seumpamanya di dunia direkodkan. Chocolate Hills telah menjadi tarikan para pelancong paling popular yang terletak di Bohol, Filipina. Kawasan ini juga telah disenaraikan sebagai tujuh keajaiban baru dunia dan turut tersenarai sebagai tugu geologi nasional Filipina. Chocolate Hills terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang diliputi rumput berbentuk kon dengan ketinggian di antara 40 sehingga 120 meter.

Image result for socotra

Socotra, Yaman - Wilayah ini dikatakan amat terasing kerana suasana iklimnya yang ekstrem dan kering. Tapi sapa sangka dengan cuacanya yang begitu unik sekali telah menjadikan satu pertiga daripada tumbuhan di sini takde terdapat di tempat-tempat lain seluruh dunia. Ini termasuklah satu pokok yang diberi nama pokok Darah Naga yang dikatakan amat terkenal dengan bentuknya yang luar biasa, berbentuk seperti payung dan mempunyai getah berwarna merah. Kelainan ini turut menggambarkan Socotra sebagai salah satu tempat yang asing di negara Yaman dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia..

Subhanallah, begitu besar kuasa Allah..


7 comments

  1. Memang cantik... Teringin nak pergi tengok sendiri suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. exciting place. rasa nak pergi pulak. haha

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. cantiknya.. kalaulah berpeluang ke sini..

    ReplyDelete
  4. Yaman tu, menarik perhatian aida.
    indah. subhanallah...
    byk jalan, luas pemandangan kan...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧