*A* llah
*B* eri kita hidup
*C* uma seketika
*D* i dunia ini...
*E* sok kita muhasabah
*F* ikir akan akhir hayat
*G* erbang akhirat pun
*H* ampir tiba
*I* nilah hakikat hidup
*J* anji Allah itu pasti
*K* alimat syahadat
*L* ailaha Illallah
*M* uhammaddur Rasulullah
*N* ikmat dunia hanya sementara
*O* rang muda atau tua
*P* asti merasakan mati
*Q* ualitas Iman jaminannya syurga
*R* asulullah s.a.w bersabda :
*S* iapa dapat mengucap syahadah jaminannya adalah syurga
*T* api..jika gagal...
*U* ntuk mereka adalah neraka
*V* isi kita adalah akhirat
*W* alaupun dunia didepan kita
*Y* ang pasti semua akan ditinggal...
*Z* alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal...
Sharing is caring...
Assalamualaikum wbt..
Luangkanlah masa awak 1 minit untuk membaca kisah ini dan ambil pengajaran darinya.
Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”
Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah".
Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.
Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”
Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”
Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya; “Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”
Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”
Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ. Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”
Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.
“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukan nama Abu bin Hasyim di dalamnya.
Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi. “Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.
Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat. Dia menangis semahunya.
“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.
Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.
Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”
“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.
“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana. Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah.Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.
Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?
Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.
Abu bin Hasyim seperti disambar petir di siang hari.Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.
JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!
TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?
Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?
Allah SWT :
SOLAT? Solatmu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.
ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.
PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?
Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.
Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. ---Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali
(Al-Baqarah 261-262)
Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.
Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya.
Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia. (Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)
Saudaraku sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah. Pentingnya Silaturrahim.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dah dua minggu berlalu dan kini saya masih dapat membuat task nie.. Tapi saya nak ucap terima kasih kat awak suma jugak sebab awaklah yang banyak membantu saya untuk menyelesaikan task nie.. hihi tanpa sokongan daripada awak, so takdelah saya, kan..
Okey, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk di review..? Sebenarnya agak susah saya untuk memilih rakan-rakan untuk direview, sebab mereka suma nie hebat-hebat belaka, jika dibandingkan dengan saya cuma cebisan kecil saja dalam dunia blog.. Jadi, kalau nama awak belum dipilih tue, jangan risau dan gundah gulana yea..Insha Allah, mungkin nama awak-awak suma akan dipilih jugak.. Jangan risau..
Okey, (haiihh berapa banyak okey dahhhhh).. Jom kita kenali beliau..
Blog Umi Fuzy... Kak Umi Fuzy atau nama penuhnya Fuzy Rahamah Binti Hj. Hamid yang berasal daripada Kuala Lumpur. Seorang surirumah yang mempunyai enam orang cahayamata, yang amat suka kongsi informasi kekeluargaan, Islamik dan selalu jugak pergi travel.. Sebelum kak Umi Fuzy menggunakan domain blognya iaitu umifuzydotcom, kak Umi Fuzy terlebih dulu menggunakan nama sweetsourleyradotblogspotdotcom.
Mula-mula saya ingatkan saya dah lost contact dengan kak Umi Fuzy tapi akhirnya berjumpa jugak semula.. Sama seperti yang lain-lain, saya kenal dengan kak Umi Fuzy melalui giveaway, jadi walaupun hanya di alam maya, tapi rasanya dah lama kot kami saling mengenali, mungkin ada lebih kurang enam tahun kot... Walaupun Kak Umi Fuzy sememangnya sibuk dengan kehidupannya tapi dia selalu jugak ada masa untuk join giveaway yang dianjurkan oleh blogger-blogger yang lain.. Antara entri tulisan kak Umi Fuzy yang saya suka baca adalah 5 CARA MUDAH MENGAMBIL HATI ISTERI YANG TIDAK BEKERJA, RESIPI KERABU KAKI AYAM ALA THAI dan PERTARUNGAN MAUT BILA DI USIA 60 HINGGA 70 TAHUN. Sebenarnya banyak lagi yang kak Umi Fuzy suka kongsikan, jadi nak tau apa lagi yang dia kongsikan, jangan lupa singgah kat blog kak Umi Fuzy tau..
Pada kak Umi, terima kasih saya nak ucapkan pada akak kerana masih sudi lagi jadi rakan saya walaupun hanya di alam maya dan saya nak ucapkan terima kasih pada akak kerana akak tak putus-putus memberi nota pada jurnal saya nie, walaupun saya hanya menjadi silent reader..
Mula-mula saya ingatkan saya dah lost contact dengan kak Umi Fuzy tapi akhirnya berjumpa jugak semula.. Sama seperti yang lain-lain, saya kenal dengan kak Umi Fuzy melalui giveaway, jadi walaupun hanya di alam maya, tapi rasanya dah lama kot kami saling mengenali, mungkin ada lebih kurang enam tahun kot... Walaupun Kak Umi Fuzy sememangnya sibuk dengan kehidupannya tapi dia selalu jugak ada masa untuk join giveaway yang dianjurkan oleh blogger-blogger yang lain.. Antara entri tulisan kak Umi Fuzy yang saya suka baca adalah 5 CARA MUDAH MENGAMBIL HATI ISTERI YANG TIDAK BEKERJA, RESIPI KERABU KAKI AYAM ALA THAI dan PERTARUNGAN MAUT BILA DI USIA 60 HINGGA 70 TAHUN. Sebenarnya banyak lagi yang kak Umi Fuzy suka kongsikan, jadi nak tau apa lagi yang dia kongsikan, jangan lupa singgah kat blog kak Umi Fuzy tau..
Pada kak Umi, terima kasih saya nak ucapkan pada akak kerana masih sudi lagi jadi rakan saya walaupun hanya di alam maya dan saya nak ucapkan terima kasih pada akak kerana akak tak putus-putus memberi nota pada jurnal saya nie, walaupun saya hanya menjadi silent reader..
Jom kita jengah dan singgah ke blog Kak Umi Fuzy..
#teambpt
#bloggerpantaitimur
#bloggerterengganu
#bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Kalau awak mengikut perkembangan jurnal ini, tentu awak masih ingat yang ada satu entri khas yang saya buat untuk awak semua... Okey, memandangkan entri khas 'Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna' mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada segi sokongan dan pembacaan, saya akan tambah lagi slot ini dengan logo yang diberi nafas baru..
'Logo yang digunapakai hingga ke hari ini...' |
'Inilah logo yang diberi nafas baru.. ' |
PENGUMUMAN : Bermula pada 1 Mei 2018, saya akan keluarkan entri khas ini iaitu 'Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna' pada setiap hari Selasa, jika sebelum ini entri nie dikeluarkan pada setiap 2 minggu sekali..
Okey tak..?
Assalamualaikum wbt..
Okey, semalam saya dah buat maklumbalas untuk review daripada Rinashrin, awak boleh baca kat sini...
REVIEW JURNAL DARIPADA RINASHRIN
Okey, semalam saya dah buat maklumbalas untuk review daripada Rinashrin, awak boleh baca kat sini...
REVIEW JURNAL DARIPADA RINASHRIN
Sekali lagi, saya mendapat review daripada rakan blogger, iaitu Aerill Hassan™.. Sebenarnya pada 9 April lepas, saya telah dipilih untuk menjadi pemenang bagi contest Review Blog April 2018 melalui laman facebook beliau..
Apapun, saya nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Aerill Hassan™ kerana sudi membuat review jurnal saya yang suam-suam kuku nie.. Nak tahu apa kata beliau..? Jom ke sini..
Review Blog : Starlavenderluna
Antara yang diulas oleh Aerill nie adalah :-
Okey, saya menerima segala komen yang diberikan dan saya berterima kasih kerana awak memberi komen yang membina dan itulah yang idea untuk menukar header dan watermark sekali dapat dilakukan... hihihi.. Awak dah tengok kan header baru saya, tapi awak dah tengok ke watermark saya yang baru...? Boleh klik sini..
Terima kasih sekali lagi kerana memberi saya komen yang membina.. Insha Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang penulis jurnal yang berintegriti...
Ada yang dah kenal dengan Aerill Hassan™ nie tak..? Nak tau, dia merupakan seorang pemuzik, penulis dan blogger sepenuh masa, dah ramai yang jadi followers dia.. Blog dia pun banyak informasi yang menarik untuk dibaca.. Jom kita terjah ke blog beliau..
Assalamualaikum wbt...
Selalunya bila tiba musim hujan atau musim sejuk, kita mesti membuat kira-kira samada nak teruskan aktiviti mandi ataupun hanya memandang saja air kolah, sebab bukan semua orang mempunyai pancuran air panas... Ataupun sesetengah daripada orang, mandi air panas adalah cara yang terbaik untuk meredakan hari yang penuh dengan tekanan..
Awak tau tak dekat Tokyo, Jepun kajian penyelidikan yang terbaru mendapati monyet jugak menggunakan kaedah yang sama untuk mengurangkan stres. Penyelidikan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Primat di Universiti Kyoto ke atas 12 spesis macaques atau monyet salji betina yang ditempatkan di Taman Monyet Jigokudani Yaen-Koen dekat dengan Nagano pada tahun 2014 mendapati 'spa monyet' dapat memberi manfaat besar pada haiwan tersebut.
Kumpulan penyelidik telah mengkaji tingkah laku monyet serta mengumpul sisa najis haiwan itu untuk mengukur tahap glucocorticoid iaitu kepekatan hormon apabila tahap tekanan meningkat. Penyelidik mendapati paras tekanan monyet itu yang berusia di antara 5 sehingga 24 tahun secara purata menjadi lebih kuran 20 peratus lebih rendah selepas monyet ini mandi air panas. Malah, seorang penyelidik yang bernama Rafaela Sayuri Takeshita berkata, dia percaya yang rawatan spa monyet itu dapat meningkatkan kesuburan dan memanjangkan usia haiwan itu..
Tengoklah, bukan kita yang tahu mandi air panas, monyet nie pun pandai jugak... Huihh memang macam spa, kan...
Tetiba rasa macam nak pegi spa jugak... hihihi
Assalamualaikum wbt...
Saya rasa ada yang dah perasan tentang header jurnal saya dah bertukar, kan.. Tetiba rasa macam nak tukar, jadi saya buat yang baru.. Sebenarnya, saya dapat satu lagi review dari rakan blogger, tapi masih dalam draf lagi, nanti saya akan publish kan.. Dalam review tue berkata saya perlu kecik kan sikit saiz header saya..
Jadi alang-alang nak kecikkan saiz header, idea giler saya mula datang..
Inilah header SEBELUM transformasi perubahan.... |
Inilah header SELEPAS transformasi perubahan... |
Watermark SEBELUM transformasi.. |
Watermark SELEPAS transformasi.. |
Hihihi... So, am I crazy to do that..? Your thinking..?
Assalamualaikum wbt..
Saya nak ucapkan terima kasih kepada blogger Rinashrin kerana sudi membuat ulasan terhadap jurnal saya ini..
Nak tahu apa ulasan beliau..? Jom baca di sini
Antara yang diulas oleh beliau adalah...
Wah, first time kot saya dapat maklumbalas yang mengatakan jurnal saya nie macam buku fiksyen.. Yealah, kerja sebagai pembantu pustakawan memang memerlukan saya untuk mencari informasi terkini yang memberi manfaat kepada orang ramai selain daripada info kebombaan... Dah alang-alang terjumpa artikel yang menarik, saya kongsikan pada pembaca dalam jurnal nie pulak..
Bak kata orang tua-tua, sambil menyelam kita minum air, (hehehe yea ke pepatah tue..?)
Awak nak tau, Rinashrin nie merupakan seorang pengasas produk Jus Aimra'a tau.. Nak tau apa produknya..? Jom kita ke...
Kepada Rinashrin, terima kasih kerana sudi meluangkan masa awak untuk memberi ulasan kepada saya.. Insha Allah saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk memberi informasi yang bermanfaat kepada kita semua..
Assalamualaikum wbt...
Orang kata, jangan lokek dalam berkongsi ilmu yang kita ada, sebab mungkin dengan ilmu yang kita perolehi ini, orang lain yang akan mendapat manfaat dan sekaligus kita dapat berbakti pada masyarakat..
Awak perasan tak pada kolum 'Nota Terkini' atau lebih dikenali sebagai 'Recent Comment'..?
Mesti awak perasan yang nota tue bergerak daripada bawah hingga ke atas kan..? Pada mulanya widget ' Recent Comment' inilah hanyalah dalam bentuk statik saja tanpa bergerak.. Tapi saya nak mengecilkan ruang jurnal saya nie, so saya godek-godeklah untuk mencari coding, camne nak bagi 'minimize' ruang ini.. Akhirnya saya berjumpa jugak dan saya akan kongsikan dengan awak..
Untuk membuatkan widget blog ini bergerak, awak harus mengubah script-nya saja.. Caranya mudah aje.. Awak pergi pada 'Layout' dan kemudian awak klik pada 'Configure HTML/JavaScript'. Jika awak dah ada coding sesuatu widget sebagai contohnya coding untuk widget 'Recent Comment' ataupun teks biasa, letakkan pada kolum 'Content' seperti dalam gambar.
Kemudian, ada 2 kaedah yang berbeza untuk menggerakkan widget tersebut..
Kaedah pertama : Secara ulang alik
a) Widget bergerak daripada kanan ke kiri
<marquee behavior='alternate' align='center' direction='right' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
Kaedah pertama : Secara ulang alik
a) Widget bergerak daripada kanan ke kiri
<marquee behavior='alternate' align='center' direction='right' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
b) Widget bergerak daripada kiri ke kanan
<marquee behavior='alternate' align='center' direction='left' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
c) Widget bergerak daripada bawah ke atas
<marquee behavior='alternate' align='center' direction='up' height='400px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
d) Widget bergerak daripada atas ke bawah
<marquee behavior='alternate' align='center' direction='down' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
Kaedah kedua : Secara terus menerus
a) Widget bergerak daripada kanan ke kiri
<marquee behavior='scroll' align='center' direction='right' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
<marquee behavior='scroll' align='center' direction='right' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
b) Widget bergerak daripada kiri ke kanan
<marquee behavior='scroll' align='center' direction='left' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
c) Widget bergerak daripada bawah ke atas
<marquee behavior='scroll' align='center' direction='up' height='400px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
d) Widget bergerak daripada atas ke bawah
<marquee behavior='scroll' align='center' direction='down' height='200px' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='2' scrolldelay='10' width='100%'>Masukkan Teks atau Script widget Anda Disini</marquee>
Lepas tue, tekan 'save' dan widget tue dah tersedia.. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba..
Assalamualaikum wbt..
Kali nie, saya nak review filem Telegu dan inilah filem Telegu pertama yang pernah saya tonton... Sebab sebelum nie saya memang tak berapa minat sangat dengan filem Telegu tapi jalan cerita filem nie memang best dan memang tak rugi bila menontonnya..
Arundhati adalah filem seram fantasi Telugu / Tamil India yang diterbitkan pada tahun 2009 dan diarahkan oleh Kodi Ramakrishna dan ditulis oleh Chintapalli Ramana. Antara pelakon yang melakonkan filem ini adalah Anushka Shetty, Sonu Sood, Arjan Bajwa dan Sayaji Shinde. Filem ini dikatakan telah berjaya daripada segi komersil dan filem ini juga telah menjadi filem kedua Telugu yang paling hebat sepanjang masa.
Ianya mengisahkan Arundhati, seorang gadis yang berasal daripada keturunan Raja Gadwal, Mahasamsthan. Arundhati merupakan cucu perempuan pertama yang dilahirkan sejak neneknya meninggal dunia dan dia sememangnya disayangi serta dihormati oleh semua ahli keluarganya termasuk datuknya sendiri.. Bila Arundhati bercakap, seolah-olah dia lebih berkuasa dalam keluarganya, ini kerana wajah Arundhati saling tak tumpah seperti wajah neneknya yang juga diberi nama Arundhati atau lebih dikenali sebagai Jejjamma Neneknya merupakan seorang Ratu dalam kerajaan Raja Gadwal. Satu hari Arundhati mendapat panggilan daripada tunangnya Rahul untuk datang ke istana lama Gadwal tapi sebenarnya yang memanggil tue adalah roh seorang sepupu kepada neneknya Pasupathi yang berdendam pada Jejjamma. Bila saja Arundhati memasuki sebuah bilik di mana roh itu dikurung, roh Jejjamma mula merasuk ke dalam tubuh Arundhati dan Pasupathi menjerit supaya dilepaskan rohnya tapi roh Jejjamma enggan berbuat demikian..
Takala Jejjamma ingin melangkah ke dalam bilik itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Anwar, seorang perawat Islam yang menghalang Jejjamma memasuki bilik itu dan dia dibawak keluar daripada istana itu. Apabila roh Jejjamma keluar daripada tubuh Arundhati, Arundhati pada mulanya dia percaya yang memanggilnya ke situ adalah tunangnya tapi Anwar menafikan dan menyuruh Arundhati menelefon Rahul. Bila Rahul menafikan yang dia menelefon, Arundhati terkelu lidah dan bertambah terkejut bila Anwar mengatakan yang ada satu roh sedang mengikutinya dan ditunjukkan kelibat roh tersebut.. Arundhati kemudian pulang ke rumah dan dia terlihat sebuah gambar dan dia menunjukkan gambar itu kepada datuknya. Datuknya mengatakan yang gambar itu adalah abangnya yang telah lama meninggal dunia dan menyebabkan Arundhati bertambah terkejut kerana sebelum dia memasuki istana itu semalam, dia memang terserempak dengan seseorang yang seiras dengan wajah di dalam gambar itu.. Arundhati meminta seorang pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarganya tentang siapakah neneknya yang sebenar... Pembantu rumah tersebut membawa Arundhati ke dalam bilik yang menempatkan lukisan Jejjjamma yang sebenarnya mempunyai mesej di sebalik lukisan itu.
Takala Jejjamma ingin melangkah ke dalam bilik itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Anwar, seorang perawat Islam yang menghalang Jejjamma memasuki bilik itu dan dia dibawak keluar daripada istana itu. Apabila roh Jejjamma keluar daripada tubuh Arundhati, Arundhati pada mulanya dia percaya yang memanggilnya ke situ adalah tunangnya tapi Anwar menafikan dan menyuruh Arundhati menelefon Rahul. Bila Rahul menafikan yang dia menelefon, Arundhati terkelu lidah dan bertambah terkejut bila Anwar mengatakan yang ada satu roh sedang mengikutinya dan ditunjukkan kelibat roh tersebut.. Arundhati kemudian pulang ke rumah dan dia terlihat sebuah gambar dan dia menunjukkan gambar itu kepada datuknya. Datuknya mengatakan yang gambar itu adalah abangnya yang telah lama meninggal dunia dan menyebabkan Arundhati bertambah terkejut kerana sebelum dia memasuki istana itu semalam, dia memang terserempak dengan seseorang yang seiras dengan wajah di dalam gambar itu.. Arundhati meminta seorang pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarganya tentang siapakah neneknya yang sebenar... Pembantu rumah tersebut membawa Arundhati ke dalam bilik yang menempatkan lukisan Jejjjamma yang sebenarnya mempunyai mesej di sebalik lukisan itu.
Jejjamma dilahirkan sebagai seorang puteri raja yang tangkas dalam seni mempertahankan diri dan dia juga merupakan seorang pakar seni lukis, sehinggakan di dalam lukisannnya terdapat pelbagai mesej yang ditulis secara halus. Kakak Jejjamma telah berkahwin dengan Pasupathi yang dikenali sebagai seorang lelaki yang amat kejam perlakuannya dengan merogol semua wanita dan membunuh sesuka hati. Satu hari, cikgu tarian Jejjamma yang buta telah dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh Pasupathi dan ini menyebabkan Jejjamma marah dengan kelakuan dan meminta ayahnya yang pada masa itu seorang Raja di dalam kerajaan Gadwal supaya Pasupathi dibunuh. Tapi ayahnya tidak berbuat demikian kerana ianya akan menyebabkan keruntuhan rumahtangga serta kehidupan kakak Jejjamma. Secara kebetulan kakaknya mendengar perbualan antara Jejjamma dan ayahnya, dan kakak Jejjamma mengambil keputusan untuk membunuh diri.. Pasupathi yang sedang mabuk ketika isterinya mati bunuh diri dan dalam keadaan mabuk dia mengatakan yang isterinya memang patut mati. Ini telah menyebabkan Jejjamma berang dengan Pasupathi dan mengarahkan pengawal istana menangkap Pasupathi. Pasupathi dibelasah dengan teruk, diikat pada kuda dan diseret keluar daripada istana tapi diselamatkan oleh Aghoras iaitu orang-orang yang mengamalkan ilmu hitam. Pasupathi yang berdendam dengan Jejjamma, mula belajar dan menguasai ilmu tantrik dan voodoo..
Jejjamma semasa kecil |
Jejjamma semasa dewasa |
Jejjamma dengan Pasupathi |
Setelah bertahun-tahun lamanya, Pasupathi kembali ke istana Gadwal untuk membalas dendam dan ketika itu secara kebetulan seluruh istana sedang meraikan majlis perkahwinan Jejjamma. Pasupathi membunuh sebahagian tetamu yang hadir di dalam istana tersebut dan meminta supaya Jejjamma keluar daripada bilik singgahsananya untuk membalas dendam.. Jejjamma yang pada mulanya ingin menentang Pasupathi tapi dihalang oleh sami, menurut kata sami Pasupathi sedang memperkuatkan kuasa voodoonya dan tak boleh dikalahkan dengan senang. Tetapi Jejjamma yang mempunyai semangat kepahlawanan tak gentar untuk berhadapan dengan Pasupathi dan dia mula menuruni ke arah dewan istana. Pasupathi yang pada mulanya sedang mengamuk secara tiba-tiba dia terhenti dengan perlakuannya kerana dia tak menyangka yang Jejjamma membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Pasupathi yang terkenal dengan sikap berfoya-foya, dan dia cuba menanggalkan pakaian gadis itu tapi sempat dihalang oleh Jejjamma dengan menari tarian khas seni mempertahankan diri. Semasa dalam tarian, Jejjamma teringat pada kata-kata sami, sekiranya dia ingin mengalahkan Pasupathi, dia perlu memotong lidah Pasupathi untuk menghalang mantera dibacakan dan tangannya perlu diikat supaya Pasupathi tak dapat meneruskan manteranya. Jadi Jejjamma mula memotong lidah Pasupathi dengan serpihan kaca dan menjatuhkan lampu candelier bagi memasung tangan Pasupathi. Jejjamma ingin membunuh Pasupathi tapi sekali lagi dihalang oleh sami dengan mengatakan jika Pasupathi dibunuh, roh Pasupathi akan menjadi 'pretatma' iaitu roh yang paling jahat yang takkan dapat dikalahkan. Jejjamma yang mendengar kata-kata sami itu terus mengarahkan pengawal istana dan rakyatnya untuk membuat sebuah makam dan dibacakan mantera supaya roh Pasupathi akan kekal berada dalam makam itu. Walaupun Pasupathi telah dikebumikan hidup-hidup, tetapi jiwanya yang dipenuhi kejahatan masih dapat bergerak di sekeliling kerajaan Gadwal dan memusnahkan hidup masyarakat kerajaan itu dengan timbulnya penyakit dan kebuluran. Jejjamma yang masa tue dah menjadi Ratu berasa bertanggungjawab pada rakyatnya dan dia keluar merata tempat untuk mencari penawar. Akhirnya dia bertemu dengan Agori iaitu masyarakat yang mengamalkan hidup nomad tapi punyai kuasa mistik penyembuhan, memberitahu Arundhati bahawa dia hanya boleh memusnahkan semangat Pasupathi pada kelahirannya seterusnya. Jejjamma perlu membuat pengorbanan diri dengan menjalani ritual kematian yang menyakitkan dan tulangnya akan dijadikan senjata seperti pisau untuk digunakan oleh pewarisnya bagi membunuh semangat Pasupathi. Sebelum Jejjamma melakukan ritual itu, dia meminta semua ahli keluarganya menghormati keputusan yang dibuat dan jika pewaris perempuan dilahirkan, dia meminta semua ahli keluarga menghormati anak itu sebagaimana mereka menghormati dirinya.
Kemudian balik pada Arundhati, dia tak dapat nak menghabiskan mesej yang disampaikan oleh Jejjamma untuk mengetahui di mana senjata itu disimpan kerana semangat Pasupathi yang telah terlepas daripada makamnya telah membakar lukisan itu..
Ini menyebabkan mereka tak dapat mencari di mana senjata itu disimpan tapi pembantu rumah memberitahu pada Anwar yang dia perlu berjumpa dengan Agori untuk mengetahui kedudukan senjata yang diperbuat daripada tulang Jejjamma. Bila Anwar dapat berjumpa dengan Agori, Agori tue memberi pesan bahawa senjata itu akan menjadi ampuh jika direndam dengan darah pewaris Jejjamma.
Itulah senjata yang diperbuat daripada tulang Jejjamma |
Semasa Anwar di dalam perjalanan untuk menghantar senjata itu kepada Arundhati, semangat Pasupathi telah menghilangkan semua ahli keluarga Arundhati, termasuk tunangnya dan ini menyebabkan Arundhati mula menyerah diri. Setelah mengharungi pelbagai halangan daripada semangat Pasupathi, akhirnya Anwar dapat memberikan senjata itu kepada Arundhati tapi Anwar menemui ajal setelah dicampak oleh semangat Pasupathi. Arundhati yang pada mulanya agak takut untuk berhadapan dengan Pasupathi dan dia cuba untuk membunuh diri dengan menggunakan senjata tulang Jejjamma, tapi oleh kerana senjata itu menjadi ampuh dek darah Arundhati, akhirnya semangat Pasupathi dapat dibunuh dengan senjata Jejjamma di dalam istana yang menempatkan makam Pasupathi.
Anushka Shetty - Arundhati / Jejjamma |
Sonu Sood - Pasupathi |
Arjan Bajwa - Rahul |
Sayaji Shinde - Anwar |
Manorama - Pembantu rumah |
Divya Nagesh - Young Jejjamma |
Meena Kumari - Kakak kepada Jejjamma |
Cerita nie memang best walaupun nampak seperti macam merepek tapi kita sebagai umat Islam, jangan terpengaruh sangat dengan cerita sebegini.. Anggap saja sebagai hiburan dan jangan terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan iman kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons