Bagaimana nak cantik dengan menggunakan kunyit

Monday, April 09, 2018

Image result for turmeric

Assalamualaikum wbt..
Kunyit sememangnya sinonim dengan resipi masakan, tak kiralah masakan Asia ataupun masakan Barat.. Kajian telah menunjukkan kunyit mempunyai pelbagai khasiat perubatan, kandungan antiseptik yang terdapat dalam kunyit ini mampu mempercepatkan proses penyembuhan pada kulit.. 

Sekarang nie pun dah banyak produk-produk kecantikan yang mengunakan asas kunyit nie, jadi ianya memang amat berguna untuk kecantikan wanita khususnya.. Perkongsian saya kali nie adalah menggunakan sumber alami dan awak bolehlah mencubanya di rumah...

❋ Kunyit hidupnyang ditumbuk boleh digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit ait atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri selain dapat mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.

❋ Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya mengisar kunyit hidup dengan air masak. Tapis dan campurkan dengan sedikit pes asam jawa dan gula melaka. Minum sekali sehari kerana ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman serta menjadikan kulit cantik berseri. 

❋ Awak juga boleh membuat skrub kunyit. Caranya adalah kunyit hidup dikisar kasar bersama dengan tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Skrub ini dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit kita menjadi mulus dan sekata warnanya..

Cubalah dengan cara alami ini...


11 comments

  1. patutlah sekarang ada orang jual jus kunyit..baguss betul khasiat dia..

    ReplyDelete
  2. setuju.. kunyit ni mmg bagus utk kecantikan dalaman dan luaran utk perempuan :D

    ReplyDelete
  3. rabia minum jus kunyit.my mum paksa minum..nak muntah rasanya...hehehe..tapi telan je.sbb nk cantik kan.and then yg lebih tu scrub kat muka.

    ReplyDelete
  4. saya kadang guna kunyit campur dengan bedak sejuk then tempek kat muka yg tak best nak hilangkan kaler dia.

    ReplyDelete
  5. Scrub kunyit tu pernah juga cuba. Tapi sekarang dah lama tak buat hehe

    ReplyDelete
  6. Tips yang ohsem.. Nak minum jus kunyit tu memang fikir berjuta kali.. Adalah pernah minum masa dalam pantang.. Adoilah rasa dia.. phewww...

    ReplyDelete
  7. Banyak sebenarnya kegunaan kunyit ni hee :) Thanks for sharing sis. Tapi tak pernah minum lagi just kunyit. Mungkin takleh nak telan hehe walaupun banyak khasiat hee

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧