Review : Arundhati (2009)

Tuesday, April 17, 2018

Image result for arundhati


Assalamualaikum wbt..
Kali nie, saya nak review filem Telegu dan inilah filem Telegu pertama yang pernah saya tonton... Sebab sebelum nie saya memang tak berapa minat sangat dengan filem Telegu tapi jalan cerita filem nie memang best dan memang tak rugi bila menontonnya..

Arundhati adalah filem seram fantasi Telugu / Tamil India yang diterbitkan pada tahun 2009 dan diarahkan oleh Kodi Ramakrishna dan ditulis oleh Chintapalli Ramana. Antara pelakon yang melakonkan filem ini adalah Anushka Shetty, Sonu Sood, Arjan Bajwa dan Sayaji Shinde. Filem ini dikatakan telah berjaya daripada segi komersil dan filem ini juga telah menjadi filem kedua Telugu yang paling hebat sepanjang masa.

Ianya mengisahkan Arundhati, seorang gadis yang berasal daripada keturunan Raja Gadwal, Mahasamsthan. Arundhati merupakan cucu perempuan pertama yang dilahirkan sejak neneknya meninggal dunia dan dia sememangnya disayangi serta dihormati oleh semua ahli keluarganya termasuk datuknya sendiri.. Bila Arundhati bercakap, seolah-olah dia lebih berkuasa dalam keluarganya, ini kerana wajah Arundhati saling tak tumpah seperti wajah neneknya yang juga diberi nama Arundhati atau lebih dikenali sebagai Jejjamma Neneknya merupakan seorang Ratu dalam kerajaan Raja Gadwal. Satu hari Arundhati mendapat panggilan daripada tunangnya Rahul untuk datang ke istana lama Gadwal tapi sebenarnya yang memanggil tue adalah roh seorang sepupu kepada neneknya Pasupathi yang berdendam pada Jejjamma. Bila saja Arundhati memasuki sebuah bilik di mana roh itu dikurung, roh Jejjamma mula merasuk ke dalam tubuh Arundhati dan Pasupathi menjerit supaya dilepaskan rohnya tapi roh Jejjamma enggan berbuat demikian.. 

Takala Jejjamma ingin melangkah ke dalam bilik itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Anwar, seorang perawat Islam yang menghalang Jejjamma memasuki bilik itu dan dia dibawak keluar daripada istana itu. Apabila roh Jejjamma keluar daripada tubuh Arundhati, Arundhati pada mulanya dia percaya yang memanggilnya ke situ adalah tunangnya tapi Anwar menafikan dan menyuruh Arundhati menelefon Rahul. Bila Rahul menafikan yang dia menelefon, Arundhati terkelu lidah dan bertambah terkejut bila Anwar mengatakan yang ada satu roh sedang mengikutinya dan ditunjukkan kelibat roh tersebut.. Arundhati kemudian pulang ke rumah dan dia terlihat sebuah gambar dan dia menunjukkan gambar itu kepada datuknya. Datuknya mengatakan yang gambar itu adalah abangnya yang telah lama meninggal dunia dan menyebabkan Arundhati bertambah terkejut kerana sebelum dia memasuki istana itu semalam, dia memang terserempak dengan seseorang yang seiras dengan wajah di dalam gambar itu.. Arundhati meminta seorang pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarganya tentang siapakah neneknya yang sebenar... Pembantu rumah tersebut membawa Arundhati ke dalam bilik yang menempatkan lukisan Jejjjamma yang sebenarnya mempunyai mesej di sebalik lukisan itu. 


Related image

Jejjamma dilahirkan sebagai seorang puteri raja yang tangkas dalam seni mempertahankan diri dan dia juga merupakan seorang pakar seni lukis, sehinggakan di dalam lukisannnya terdapat pelbagai mesej yang ditulis secara halus. Kakak Jejjamma telah berkahwin dengan Pasupathi yang dikenali sebagai seorang lelaki yang amat kejam perlakuannya dengan merogol semua wanita dan membunuh sesuka hati. Satu hari, cikgu tarian Jejjamma yang buta telah dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh Pasupathi dan ini menyebabkan Jejjamma marah dengan kelakuan dan meminta ayahnya yang pada masa itu seorang Raja di dalam kerajaan Gadwal supaya Pasupathi dibunuh. Tapi ayahnya tidak berbuat demikian kerana ianya akan menyebabkan keruntuhan rumahtangga serta kehidupan kakak Jejjamma. Secara kebetulan kakaknya mendengar perbualan antara Jejjamma dan ayahnya, dan kakak Jejjamma mengambil keputusan untuk membunuh diri.. Pasupathi yang sedang mabuk ketika isterinya mati bunuh diri dan dalam keadaan mabuk dia mengatakan yang isterinya memang patut mati. Ini telah menyebabkan Jejjamma berang dengan Pasupathi dan mengarahkan pengawal istana menangkap Pasupathi. Pasupathi dibelasah dengan teruk, diikat pada kuda dan diseret keluar daripada istana tapi diselamatkan oleh Aghoras iaitu orang-orang yang mengamalkan ilmu hitam. Pasupathi yang berdendam dengan Jejjamma, mula belajar dan menguasai ilmu tantrik dan voodoo.. 


Image result for arundhati
Jejjamma semasa kecil

Image result for arundhati
Jejjamma semasa dewasa

Image result for arundhati
Jejjamma dengan Pasupathi

Setelah bertahun-tahun lamanya, Pasupathi kembali ke istana Gadwal untuk membalas dendam dan ketika itu secara kebetulan seluruh istana sedang meraikan majlis perkahwinan Jejjamma. Pasupathi membunuh sebahagian tetamu yang hadir di dalam istana tersebut dan meminta supaya Jejjamma keluar daripada bilik singgahsananya untuk membalas dendam.. Jejjamma yang pada mulanya ingin menentang Pasupathi tapi dihalang oleh sami, menurut kata sami Pasupathi sedang memperkuatkan kuasa voodoonya dan tak boleh dikalahkan dengan senang. Tetapi Jejjamma yang mempunyai semangat kepahlawanan tak gentar untuk berhadapan dengan Pasupathi dan dia mula menuruni ke arah dewan istana. Pasupathi yang pada mulanya sedang mengamuk secara tiba-tiba dia terhenti dengan perlakuannya kerana dia tak menyangka yang Jejjamma membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Pasupathi yang terkenal dengan sikap berfoya-foya, dan dia cuba menanggalkan pakaian gadis itu tapi sempat dihalang oleh Jejjamma dengan menari tarian khas seni mempertahankan diri. Semasa dalam tarian, Jejjamma teringat pada kata-kata sami, sekiranya dia ingin mengalahkan Pasupathi, dia perlu memotong lidah Pasupathi untuk menghalang mantera dibacakan dan tangannya perlu diikat supaya Pasupathi tak dapat meneruskan manteranya. Jadi Jejjamma mula memotong lidah Pasupathi dengan serpihan kaca dan menjatuhkan lampu candelier bagi memasung tangan Pasupathi. Jejjamma ingin membunuh Pasupathi tapi sekali lagi dihalang oleh sami dengan mengatakan jika Pasupathi dibunuh, roh Pasupathi akan menjadi 'pretatma' iaitu roh yang paling jahat yang takkan dapat dikalahkan. Jejjamma yang mendengar kata-kata sami itu terus mengarahkan pengawal istana dan rakyatnya untuk membuat sebuah makam dan dibacakan mantera supaya roh Pasupathi akan kekal berada dalam makam itu. Walaupun Pasupathi telah dikebumikan hidup-hidup, tetapi jiwanya yang  dipenuhi kejahatan masih dapat bergerak di sekeliling kerajaan Gadwal dan memusnahkan hidup masyarakat kerajaan itu dengan timbulnya penyakit dan kebuluran. Jejjamma yang masa tue dah menjadi Ratu berasa bertanggungjawab pada rakyatnya dan dia keluar merata tempat untuk mencari penawar. Akhirnya dia bertemu dengan Agori iaitu masyarakat yang mengamalkan hidup nomad tapi punyai kuasa mistik penyembuhan, memberitahu Arundhati bahawa dia hanya boleh memusnahkan semangat Pasupathi pada kelahirannya seterusnya. Jejjamma perlu membuat pengorbanan diri dengan menjalani ritual kematian yang menyakitkan dan tulangnya akan dijadikan senjata seperti pisau untuk digunakan oleh pewarisnya bagi membunuh semangat Pasupathi.  Sebelum Jejjamma melakukan ritual itu, dia meminta semua ahli keluarganya menghormati keputusan yang dibuat dan jika pewaris perempuan dilahirkan, dia meminta semua ahli keluarga menghormati anak itu sebagaimana mereka menghormati dirinya. 


Image result for tomb of pasupathi arundhati

Kemudian balik pada Arundhati, dia tak dapat nak menghabiskan mesej yang disampaikan oleh Jejjamma untuk mengetahui di mana senjata itu disimpan kerana semangat Pasupathi yang telah terlepas daripada makamnya telah membakar lukisan itu..

Image result for tomb of pasupathi arundhati

Ini menyebabkan mereka tak dapat mencari di mana senjata itu disimpan tapi pembantu rumah memberitahu pada Anwar yang dia perlu berjumpa dengan Agori untuk mengetahui kedudukan senjata yang diperbuat daripada tulang Jejjamma. Bila Anwar dapat berjumpa dengan Agori, Agori tue memberi pesan bahawa senjata itu akan menjadi ampuh jika direndam dengan darah pewaris Jejjamma. 


Image result for tomb of pasupathi arundhati
Itulah senjata yang diperbuat daripada tulang Jejjamma

Semasa Anwar di dalam perjalanan untuk menghantar senjata itu kepada Arundhati, semangat Pasupathi telah menghilangkan semua ahli keluarga Arundhati, termasuk tunangnya dan ini menyebabkan Arundhati mula menyerah diri. Setelah mengharungi pelbagai halangan daripada semangat Pasupathi, akhirnya Anwar dapat memberikan senjata itu kepada Arundhati tapi Anwar menemui ajal setelah dicampak oleh semangat Pasupathi. Arundhati yang pada mulanya agak takut untuk berhadapan dengan Pasupathi dan dia cuba untuk membunuh diri dengan menggunakan senjata tulang Jejjamma, tapi oleh kerana senjata itu menjadi ampuh dek darah Arundhati, akhirnya semangat Pasupathi dapat dibunuh dengan senjata Jejjamma di dalam istana yang menempatkan makam Pasupathi. 


Image result for Anushka Shetty
Anushka Shetty - Arundhati / Jejjamma

Image result for Sonu Sood
Sonu Sood - Pasupathi

Image result for Arjan Bajwa
Arjan Bajwa - Rahul

Related image
Sayaji Shinde - Anwar
Related image
Manorama - Pembantu rumah

Image result for Divya Nagesh as young arundhati
Divya Nagesh - Young Jejjamma

Related image
Meena Kumari - Kakak kepada Jejjamma


Cerita nie memang best walaupun nampak seperti macam merepek tapi kita sebagai umat Islam, jangan terpengaruh sangat dengan cerita sebegini.. Anggap saja sebagai hiburan dan jangan terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan iman kita.. 

8 comments

  1. Allah, pnjgnya cite dia dn mestilah cite dia belit belit jugak kan, standart cite tamil. Huhu. Tapi cite mcm ni jugaklah yg mek layan. Dia mcm best wlaupun menipu merapu.

    ReplyDelete
  2. best tp scary pulak nk tgk. hehe

    ReplyDelete
  3. fuh panjangnya... tapi menarik saya baca sampai habis. kalau dapat tonton ni best ni.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. Wah, rasa macam nak tengok juga la...

    ReplyDelete
  5. Tidak di nafikan, cerita tamil, telegu, industan memang panjang2 ceritanya... Kekadang tak terbayang... Agaknya skrip drama/filem arahan mereka confirm tebal macam kitab heee...

    ReplyDelete
  6. Tq shikin.. Kak sha ada nak tengok hari tu drama ini tapi tak berjaya.. Kikiki.. Nasib baiklah shikin review..tak yah kak sha tengok dah.. Menarik cerita dia..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧