Sahabat yang kehilangan suami tersayang | Salam takziah

Tuesday, April 17, 2018



Assalamualaikum wbt..
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.. Pagi semalam dalam pukul 3.15 pagi, saya menerima mesej whatsapp group admin, dan ianya daripada kak Ayu, kawan baik saya, mengatakan suaminya telah meninggal dunia pada jam 2 pagi di Segamat, Johor...

Pada mulanya saya tak percaya dengan berita itu, sehinggalah saya menelefon sendiri Kak Ayu untuk mendapat kesahihan berita sedih itu dan ternyata ianya benar.. Saya bagitahu pada hubby dan kami membuat keputusan untuk pergi ziarah keluarga kak Ayu.. Masa tue awak nak tau, kami berdua belum tidur lagi disebabkan asyik berborak, dan bila mendapat berita sedih ini, kami pun bergegas bersiap untuk ke Segamat.. Pada pukul 5 pagi kami bertolak ke Hospital Segamat di mana jenazah ditempatkan dan kami sampai di sana pada pukul 7.50 pagi.. Masa di dalam perjalanan ke sana, saya menghantar berita sedih ini kepada kawan-kawan opis dan saya mendapat pertanyaan bertalu-talu untuk kesahihan berita..

Kak Ayu kata, arwah secara tiba-tiba rebah ketika dia hendak masuk ke dalam bilik untuk tidur dan kalau diikutkan arwah takde mengalami apa-apa penyakit tapi ianya sudah suratan takdir. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah bersama-sama dengan ahli keluarganya, siap minum teh sama-sama dan borak sama-sama.. Sebenarnya hari Sabtu lepas, keluarga Kak Ayu mengadakan kenduri arwah untuk arwah mak Kak Ayu dan tak disangka-sangka itulah kali terakhir mereka berkumpul beramai-ramai.. Jenazah arwah suami Kak Ayu disemadikan bersebelahan dengan pusara arwah mak Kak Ayu di Kampung Gelang Chinchin, Segamat.. Hingga sekarang saya masih memikirkan nasib Kak Ayu selepas ini, tapi saya yakin yang Kak Ayu amat kuat dan tabah untuk menghadapi semua ini.. Saya sebagai sahabat baik dia, akan sentiasa sokong dia daripada belakang dan akan sentiasa ada di sisi selagi saya masih diperlukan.. Kak Ayu dah banyak tolong saya dan tiba masanya saya pulak tolong dia..

Sama-samalah kita berdoa agar roh arwah suami Kak Ayu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman... Al-Fatihah..


4 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧