Menimang cahaya mata semenangnya suatu nikmat yang paling istimewa dikurniakan oleh Ilahi. Namun bukan semua pasangan bersedia untuk menimang cahaya mata. Justeru itu pastikan diri awak dan pasangan telah bersedia untuk bergelar abi dan ummi. Setiap kehamilan hendaklah dirancang serta diingini dan bukan berlaku secara kebetulan. Kehamilan yang tidak disengajakan boleh menimbulkan masalah hubungan dan kasih sayang antara ibu dan bayi.
Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan perkembangan mental dan akhlak bayi dalam jangka masa panjang. Justeru tanamkan dalam diri awak berdua sebaik sahaja mendirikan rumah tangga untuk bersedia dengan hati dan fikiran yang terbuka menerima kurniaan rezeki tersebut. Mungkin maklumat, kata-kata motivasi dan gambaran yang disediakan berikut mampu mempersiapkan awak menjadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat.
“Aku mahukan kehadiran anak.” Kata-kata tersebut sudah cukup menggambarkan kesediaan kita untuk hamil.
Bakal abi dan ummi mesti tahu tanggungjawab yang harus dipikul sebaik anak dilahirkan kelak. Ceriakan diri! Ia dapat membantu kita melalui fasa kehamilan dengan gembira seterusnya melahirkan bayi yang juga ceria.
Dapatkan ilmu sebanyak mungkin tentang kehamilan, kelahiran serta penjagaan dan pendidikan anak. Emosi yang tidak stabil boleh mengganggu dan memberi kesan pada janin dalam kandungan.
Fahami perubahan fisiologi yang berlaku pada diri sendiri. Ia penting untuk menangani ketidakstabilan emosi yang mudah berlaku. Gagal memahami tanggungjawab sebenar seorang ummi dan abi boleh mengganggu kelancaran pertumbuhan seorang anak kelak.
Hadapilah apa jua situasi dengan sabar dan tenang. Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Info dan pengalaman orang lain boleh dijadikan panduan sebagai persiapan diri untuk hamil kelak.
Jangkakan perkara-perkara di luar jangkaan awak jika ditakdirkan hamil, contohnya jika dulu sukakan makanan pedas mungkin apabila hamil awak tidak menggemarinya. Ketahui keadaan yang sesuai untuk awak hamil agar mental kita bersedia menghadapi sebarang tekanan dan perubahan yang berlaku.
Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruhi perkembangan sihat janin yang dikandung. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
Nikmati fasa kehamilan dan perubahan yang berlaku dengan tenang dan sabar. Oleh kerana menanggung beban mengandung selama sembilan bulan, ada antara wanita mengalami tekanan jiwa dan emosi kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
Peranan ummi dan abi daripada kedua-dua pihak sama ada isteri dan suami serta saudara-mara dalam memberi sokongan moral sepanjang kehamilan dapat menenangkan fikiran bakal ibu. Rancang bagaimana kaedah awak dan suami untuk membesarkan anak yang bakal dikandung dan dilahirkan.
Suami perlu memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya semasa isteri hamil. Ia membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. Tanpa pengetahuan, ia boleh menyebabkan tekanan bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mental bakal ibu. Tekanan ini menyebabkan beberapa masalah emosi dan psikologi.Untuk menstabilkan jiwa dan emosi, ibu yang beragama Islam perlu menguatkan iman dan pegangannya kepada Allah SWT dengan banyak menunaikan sembahyang dan berzikir.
Walaupun isteri yang hamil tetapi bakal abi juga perlu mempersiapkan diri kerana ada segelintir suami yang merasai sendiri beban alahan dan peritnya mual dan loya seperti wanita mengandung.
Ya! Perasaan cemas, gembira, bahagia pasti bercampur baur saat mengetahui isteri tercinta sedang hamil benih cinta kalian berdua. Sujud syukurlah kepada Ilahi tanda berterima kasih di atas kurniaanNya. Zuriat yang dikurniakan adalah amanah dari Allah SWT. Jaga dan didiklah ia dengan sebaiknya.
Menimang cahaya mata semenangnya suatu nikmat yang paling istimewa dikurniakan oleh Ilahi. Namun bukan semua pasangan bersedia untuk menimang cahaya mata. Justeru itu pastikan diri anda dan pasangan telah bersedia untuk bergelar papa dan mama.
Setuju...terima kasih perkongsian...waktunya telah Allah SWT tetapkan..teruskan sabar..jangan lelah ikhtiar dan doa jangan jemu..insyaAllah.
ReplyDeletedah bergelar datuk dan nenek sekarang.
ReplyDeleteMental mmg penting. Kekuatan fizikql pun Sama penting gak
ReplyDeleteMental dan fizikal kena siap sedia..
ReplyDeleteTerimakasih atas perkongsian ni akak. Mungkin boleh jadi bahan rujukan buat ika nanti. :)
ReplyDelete