5 tips menunggang motosikal dalam keadaan hujan

Wednesday, May 23, 2018


Assalamualaikum wbt..
Bila kita berhadapan dengan kesesakan lalulintas, mesti dalam kepala kita terlintas idea, "alangkah bagusnya kalau aku bawak motosikal, takdelah nak menghadap jemmed yang meletihkan nie..", betul tak..? Tue pada masa cuaca cerah lah, tapi bila tiba musim hujan, kita pulak menongkat dagu sambil berfikir, "alangkah bagusnya kalau aku bawak kereta, takdelah duduk tunggu aje kat tempat berteduh nie.." Kan.. 

Memandangkan cuaca sekarang nie, bila waktu petang aje, hujan turun dengan lebatnya disambung pulak dengan bunyi dentuman guruh dan kilat sabung menyabung (kat Putrajaya / Salak Tinggi lah), saya nak berkongsi tips untuk semua penunggang motosikal untuk bawak motosikal dengan selamat semasa berada dalam keadaan hujan...

🏍 Pilih pakaian yang sesuai - Pastinya pakaian paling asas adalah baju hujan yang perlu sentiasa dibawa bersama sepanjang masa. Penunggang yang bijak semestinya dah bersiap sedia dengan set pakaian kalis air tak kira sama ada baju, jaket, but dan sarung tangan. Pakaian harian ketika musim hujan eloklah dipilih daripada material poliester atau sintetik (seperti jersi bola) atau yang kurang campuran kapas (cotton). Ini kerana baju kapas lambat kering jika dibandingkan dengan baju poliester. Kita sebagai penunggang sendiri sedia maklum yang betapa sejuknya dan kecutnya kita saat menunggang motosilkal selepas hujan reda dengan dalam keadaan baju dan seluar yang basah kuyup. Pakaian poliester jugak lebih senang dicuci sekiranya terkena kotoran jalan dan kurang melekap pada badan. 

🏍 Sarung helmet - Mungkin ramai yang tak tahu, penunggang motosikal sepatutnya mempunyai dua set helmet. Satu untuk kegunaan normal iaitu reka bentuk bebas dan satu lagi dikhaskan untuk tunggangan dalam situasi tertentu seperti semasa hujan dan waktu malam. Helmet jenis kedua sepatutnya memiliki ciri khas seperti berwarna cerah atau memiliki banyak pelekat pantulan cahaya (reflektor). Malah, visor helmet kedua ini jugak sepatutnya mempunyai jenis yang cerah atau kosong tanpa digelapkan. Dah tentu semua ciri itu untuk keselamatan kita agar kita mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain, termasuk meningkatkan tahap kejelasan tunggangan. Bila kita tunggang motosikal dalam keadaan hujan lebat atau dalam keadaan cuaca yang gelap, guna pulak visor gelap yang berkualiti rendah, dah tentu ianya membahayakan nyawa kita..

🏍 Ikat sapu tangan (key / bandana) di leher - Nampak macam hero Hindustan tapi sebenarnya ianya berfungsi untuk mengurangkan kesan kesejukan yang boleh menyebabkan penyakit seperti selesema dan demam, terutama jika kita seorang penunggang yang memang cepat jatuh sakit bila terkena hujan ataupun yang mempunyai antibodi yang rendah. Jadi, cara untuk elak kita terkena penyakit adalah, ikat aje sapu tangan keliling leher untuk melindungi bahagian kerongkong yang terdedah kepada angin sejuk ketika hujan. Ikatlah mengikut keselesaan tapi jangan pulak ikat terlalu longgar atau terlalu ketat, kang tercekik pulak..

🏍 Tunggang dengan jarak selamat, perlahan dan cermat - Tips ini adalah yang paling PENTING jika kita sayangkan nyawa kita. Tunggangan ketika hujan sepatutnya lebih lembut sama ada ketika kita menukar gear, memulas trotel, membrek atau mengambil selekoh. Kita perlu mengekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan dan membrek lebih awal berbanding ketika kita menunggang dalam situasi normal.

🏍 Sentiasa berjaga-jaga di simpang jalan - Perlu diingatkan, permukaan jalan selepas hujan sebenarnya lebih licin berbanding dengan keadaan cuaca normal kerana ada kesan minyak yang tertinggal. Dari mana datangnya minyak itu..? Ianya datang daripda pelbagai kenderaan yang bergerak di atas jalan, terutama di kawasan persimpangan jalan atau di lampu isyarat kerana minyak lebih kerap menitik atau tertumpah ketika berhenti. Jadi, apabila hujan turun, sisa minyak yang tertumpah itu akan menjadi lembap dan mencair, sekali gus menjejaskan traksi tayar motosikal kita. Cuba elak membrek kecemasan secara tiba-tiba di lokasi ini. Tambahan pula jangan lupa selalu perhatikan cermin sisi untuk memantau keadaan kenderaan di belakang yang berisiko menggelincir dan menghentam motosikal kita. Kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Menunggang motosikal adalah hobi yang sihat, jadi jangan biarkan ianya menjadi punca tangisan orang tersayang. Tungganglah motosikal dengan cermat dan selamat. 

Jadi, pada para penunggang motosikal, sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan. 


9 comments

  1. terima kasih, akak salah seorang pemboncing dengan husband

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan ni aida pun jadik pembonceng yg setia ke bazar Ramadhan :)
      merasa semula dating naik motor mcm memula kawin dedolu.

      Delete
  2. terbaek tips ni utk penunggang msikal mcm ejulz ni. hehe

    ReplyDelete
  3. tips yang betul2 sesuai untuk saya.. :)

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  4. btol btol. kadang kita kesian dengan orang bawak motor time hujan tp dia punya menyelit tu allhu macam tk syg nyawa.

    ReplyDelete
  5. mr.asben tiap haru tunggang motor gi balik keje.
    amik anta anak-anak.
    aida sentiasa remind dia agar hati-hati.
    mengalah aje la dgn kereta. jgn rushing.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧