Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, minggu keempat telah berlalu dan kini minggu kelima telah menjelma.. Kali ini siapakah yang bertuah untuk di review oleh saya..? Jika nama awak belum tersenarai, jangan gundah gulana dan bersedih tau, Insha Allah nama awak akan tersenarai, sebab susah jugak nak buat pemilihan nama sebenarnya.. hihihi
So, kita berkenalan dengan sahabat blogger pilihan Starlavenderluna.. Jom kita kenal-kenal..
Blogger Zizie Zack... Nama sebenar adalah Nurul Farahizzati Binti Zakaria berusia 26 tahun berasal daripada Kuala Terengganu tetapi telah menetap di Ipoh, Perak.. Zizie nie adalah seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan) dan kini telah bekerja di salah sebuah syarikat jurutera di Ipoh..
Saya kenal dengan Zizie nie dalam sebuah segmen ataupun GA yang pernah dianjurkan oleh blogger,(blogger mana saya tak ingat..) Zizie nie boleh dikatakan agak peramah walaupun kami belum pernah berjumpa dengan dia tapi saya dapat rasai keramahan Zizie.. Dalam blog Zizie memang terdapat banyak entri-entri yang terlalu menarik untuk tatapan para pembaca blog, followers dia pun dah capai 2k lebih tau, memang tak terjangkau oleh saya.. Awak tau, followers Instagram dia pun dah capai 1k lebih tau.. Prinsip dia senang aje, kalu awak masukkan nama blog dia dalam bloglist awak, dalam erti kata lain, 'exchange link' dengan Zizie, Insha Allah dia akan masukkan nama blog awak dalam list dia.. Zizie memulakan tulisan blognya sejak tahun 2010 lagi dan dialah menjadi salah sorang sumber insiprasi saya untuk terus bertapak dalam dunia blog..
Antara entri-entri yang Zizie paparkan dalam blognya adalah FOUR WAYS TO DECORATE WITH MIRRORS IN SMALL SPACES, MEMILIH PEKERJAAN DAN PTPTN dan RESIPI PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API YANG MUDAH DAN SEDAP serta banyak lagi entri-entri yang menarik dalam blog dia..
Kepada Zizie Zack, akak nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana awak menjadi sumber inspirasi akak untuk terus bertapak dalam dunia blogging. Akak jugak nak berterima kasih pada awak kerana sudi menjadi kawan maya akak walaupun kita tak pernah berjumpa tapi akak benar-benar merasai seperti dah kenal lama dengan awak.. Apapun, akak sentiasa doakan keselamatan awak di negeri orang dan terus sukses dengan apa jua yang awak lakukan asalkan ianya diredhai oleh Allah dan direstui oleh semua ahli keluarga.. Best of luck to you my sister..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Zizie Zack dan salam perkenalan kepada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Jom kita singgah dan jengah ke blog Zizie Zack dan salam perkenalan kepada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Bulan Jun akan tiba tak lama lagi tapi kepala saya mula
terasa pening sebab berpikir nak cari hadiah yang sesuai untuk dua orang wanita
yang penting dalam hidup saya iaitu ummie saya sendiri dan sahabat saya. Masa
tengah godek-godek cari hadiah, saya terjumpa dengan satu website yang
menawarkan banyak produk yang menarik untuk dijadikan hadiah, ada mug, bantal,
bantal dan sebagainya…
Inilah website yang saya maksudkan itu..
PRINTCIOUS… Haaa mungkin ada di antara awak yang masih
belum mengenali mengenai printcious nie kan.. Sebelum tue, jom saya kenalkan
awak dengan website ini.. Printcious asalnya bermula daripada sebuah kedai
hadiah kecil biasa yang telah berkembang menjadi sesuatu yang kita semua boleh
impikan, yang pada mulanya mereka buat percetakan hadiah seperti trofi, mug,
lencana butang dan sebagainya. Pada asalnya syarikat ini diberikan nama
‘Heartbeat’ dan pada tahun 2015 syarikat ini diberi nama baru iaitu Printcious
yang digabungkan nama iaitu Printing + Precious serta bertepatan dengan slogan
mereka “Mencetak Hadiah Utama Anda” atau dalam bahasa Inggerisnya “Print Your
Precious Gifts”, maka jadilah nama
“Printcious”.. Apa yang uniknya dengan Printcious nie, kita boleh design sendiri
hadiah yang kita mahukan tanpa ada kos tambahan… Harganya pun sememangnya
berpatutan dan mudah dimiliki oleh sesiapapun.. WOW…!!! Memang best kan..
Okey, berbalik pada cerita saya tadi, saya ada cakap nak
cari hadiah untuk wanita.. GIFT IDEAS FOR WOMEN menawarkan banyak idea untuk
diberikan kepada kaum wanita seperti bantal, cawan mug, mousepad, canvas dan
yang paling menarik adalah puzzle game.. Yang bestnya adalah awak boleh design
sendiri produk yang awak nak.. Contohnya macam cawan mug, awak boleh letakkan
gambar kesayangan awak pada permukaan cawan mug tue.. Awak boleh design produk
nie untuk diberikan pada kaum wanita sama ada untuk hadiah hari lahir, pelbagai
pilihan yang boleh awak pilih sama ada nak bagi bantal ke, cawan mug atau
apa-apa saja pilihan produk yang dirasakan sesuai dan cantik pada pandangan
mata awak.. Tengok pada gambar di bawah nie kalau nak tengok pilihan produk..
Untuk
para suami bolehlah hadiahkan kepada isterinya sama ada sempena hari lahir dan
hari ulangtahun perkahwinan awak berdua.. Gambar di bawah nie adalah contoh
yang boleh awak bagi kepada isteri tercinta…
Haa..
Camne..? Nampak macam geram kan dengan design nie..? Camne nak dapatkan produk
nie..? Firstly, awak kena daftar dulu dengan Printcious nie.. Cara nak daftar
mudah aje..
Awak
perlu klik pada ‘Login/Register’ untuk menjadi member, sekarang nie mudah aje,
awak boleh register ataupun login dengan menggunakan akaun Facebook, kalau
takde, barulah awak daftar secara biasa dengan klik pada ‘New Member? Join
Us’…Macam saya pulak senang aje, saya login dengan menggunakan akaun Facebook..
Okey,
bila dah selesai register, awak perlu isikan maklumat seperti profile dan alamat
awak sebelum awak nak buat pesanan..
Okey,
bila awak dah selesai isi semua maklumat, bolehlah awak pilih design mana yang
awak nak.. Contohnya macam saya, untuk hadiah birthday ummie, saya pilih hadiah
nie sebab nak Nampak lain daripada yang lain..
Memandangkan
saya suka buat design sendiri, jadi saya pilih ‘optional’ di mana kita boleh
tambah foto atau buang yang sedia ada, seperti ini..
Haa..
Bila awak dah puas hati dengan design awak tue, bolehlah awak letakkan pada
‘Add to cart’ dan kemudian awak tekan pada ‘checkout’.. Dekat situ awak isilah
maklumat yang diperlukan..
Untuk
pembayaran, awak boleh pilih sama ada awak nak guna ‘online banking’ ataupun
ATM deposit seperti ini..
Lepas
tue, awak tekan ‘next’ dan kemudian awak akan dipaparkan ‘review order’ dan
awak boleh tunggu barang ini sampai ke tangan awak dalam masa 5 hingga 10 hari
bekerja… Jadi, untuk sesiapa yang rasa takde masa nak ke kedai dan mula sakit
kepala untuk cari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang tersayang,
awak boleh layari website Printcious dan awak boleh design sendiri hadiah
tersebut. Hadiah dengan rekaan kita sendiri sudah tentu akan memberi makna yang
mendalam kepada penerima apatah lagi penerima hadiah tue adalah orang yang kita
sayangi..
“Jika anda mencari door
gifts idea for guests,lanyard atau button badges jangan
lupa untuk menghubungi mereka. Mungkin anda ada sebarang acara harijadi atau
perkahwinan?
birthday photobooth adalah salah satu cara untuk menceriakan
suasana.”
Awak boleh layari website dan Facebook Printcious seperti
yang tertera di bawah :
WEBSITE : https://www.printcious.com/my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/printcious
#printciousgifts #shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Saya dapat permintaan daripada sahabat saya Ejulz mengenai cara nak buat surat pertukaran.. Okey, sebenarnya saya pun tak banyak tahu mengenai cara nak buat surat pertukaran, maklumlah, last buat surat pertukaran adalah 10 tahun lepas, jadi macam ingat-ingat lupa...hihihi.. Takpe kalau salah mintak maaf la yea..
Sebenarnya masa saya buat surat pertukaran dulu, caranya berlainan daripada sekarang, kerana untuk staf kerajaan, dalam sistem HRMIS tue awak boleh buat permohonan pertukaran, manakala untuk swasta pulak, rasanya buat surat rasmi seperti biasa..
Untuk staf swasta, berikut adalah cara nak buat surat pertukaran, :
1) Buat surat rasmi peribadi kepada majikan kita untuk mohon pertukaran.
2) Majikan kita akan mintak unit Sumber Manusia (HR) untuk buat surat iringan untuk dihantar pada Ibu Pejabat (jika ada).
Untuk staf kerajaan pulak, awak perlu buat permohonan melalui sistem HRMIS, seperti berikut :
Semoga ianya memberi manfaat kepada awak semua..
Assalamualaikum wbt...
Kebiasaannya kita akan membuang air kecil antara 3 ke 4 jam sekali, tapi bila dah terlalu sibuk dengan tugas harian, kita sanggup untuk menahan kencing terlalu lama.. Bila dah terlalu lama menahan, ianya akan memberi risiko masalah kesihatan dalam badan seperti ;
➢ Otot pundi kencing dan injap lemah - Apabila kita menahan kencing, otot pundi kencing akan bekerja terlalu berat dan ini akan merosakkan pundi kencing.
➢ Jangkitan pada saluran kencing - Air kencing yang dikeluarkan atau ditampung pada pundi kencing mengandungi bakteria ataupun kuman. Jika kita kerap menahan, bakteria yang ada akan terus berkembang dengan cepat dan kesannya akan memberi jangkitan pada saluran kencing. Biasanya ia akan mengalami rasa sakit ketika kencing dan kerap sakit pada bahagian bawah perut.
➢ Kerosakan ginjal - Dalam keadaan tertentu, air kencing yang terdapat dalam pundi kencing boleh masuk ke dalam ginjal sehingga menyebabkan kerosakan dan jangkitan. Kesan yang lain adalah ianya boleh mengganggu pada bahagian badan yang lain. Jangkitan pada ginjal ini boleh mempengaruhi pada kitaran pembuangan air kencing, pendarahan semasa membuang air kecil dan kegagalan fungsi ginjal.
➢ Menghalang kotoran dalam badan - Menahan kencing nie sebenarnya boleh menyebabkan kita membiarkan kotoran lebih lama dalam badan. Ini kerana, kotoran inilah mengandungi zat-zat bahaya yang boleh menyebabkan jangkitan pada badan.
Jadi, jangan menahan kencing kalau mahu kesihatan kita terjamin..
Assalamualaikum wbt..
Kerja dalam suasana sejuk berhawa dingin memberi kelebihan kepada pekerja berbanding kena kerja di dalam suasana panas yang terik. Badan tak rasa letih kerana kita lebih banyak menghadap komputer tapi awak tau tak sebenarnya suasana sebegini mampu memberi impak negatif kepada kita terutama pada sesiapa yang tak jaga persekitaran di tempat kerja.. Apakah perkara yang tak sihat tue..? Jom..
📁 Meja berselerak - meja kerja yang berselerak boleh membuatkan kita rasa tertekan dan senang dihinggapi kuman. Jadi untuk pastikan meja sentiasa kemas dan bersih, selalulah kemas meja selepas waktu bekerja kerana di samping mata sedap memandang, tahap keselamatan juga dapat dijaga sewaktu kita sedang bekerja.
📁 Posisi duduk salah - Yang nie orang selalu abaikan, sebab kita akan duduk di atas kerusi selama 8 jam dalam tempoh bekerja. Ubah ketinggian kerusi kita mengikut keselesaan dan letakkan lutut dalam posisi 90 darjah. Skrin komputer juga perlu selari dengan mata agar mata kita tak rasa penat..
📁 Hindari aktiviti bergosip - Dahlah bergosip tanpa tahu cerita yang sebenar-benarnya, jadi bertambahlah dosa kita selain daripada ianya memang mengganggu kerja kita. Jadi kalau boleh, tak payah lah nak bergosip selain daripada kita hindari fitnah pada orang, kita jugak dapat menghindari daripada nama baik seseorang mahupun kita sendiri tercemar.
📁 Elak snek yang tak sihat - Mengunyah semasa bekerja adalah perkara biasa di dalam pejabat kerana nak elak daripada mengantuk dan kelesuan. Tapi pilihlah snek yang menyihatkan seperti makan buah-buahan ataupun kekacang jika dibandingkan makan snek yang banyak perasa tiruan..
📁 Lambat makan tengah hari - Yang niepun selalu jugak kita buat, kan.. Bila kita sibuk kejar deadline, makan tengah hari pun dilupakan.. Jadi nak senang citer, kita ambik makanan segera sebab nak cepat. Bila dah malam kita akan mengambil kuantiti hidangan makan malam dengan banyak sekali sebab lapar..
📁 Kurang bergerak - Mungkin ini perkara biasa untuk sesiapa yang bekerja di dalam pejabat. Keadaan ini boleh mengakibatkan badan menjadi gempal kerana kurang bergerak selepas makan. Penyelesaiannya adalah, ambiklah masa untuk makan di luar untuk merehatkan badan dan fikiran tapi janganlah pulak kita lepak lama-lama hingga menjejaskan waktu kerja yang sebenar..
📁 Kurang minum air - Duduk di atas kerusi terlalu lama dan kurang minum air memang tak elok untuk tubuh badan kita.. Bila kita tak cukup minum air yang sepatutnya badan kita diperlukan, ianya mungkin menyebabkan datangnya penyakit seperti masalah ginjal.
📁 Kerap kerja lebih masa - Kita seharusnya menjadi seorang pekerja yang bijak dalam menangani kerja yang menimbun. Jangan selalu buat kerja lebih masa dan pulang lewat malam kerana bimbang ianya akan mendatangkan tekanan pada kita nanti. Kita perlu membahagikan masa secukupnya untuk kerja dan keluarga sambil bersantai.
Assalamualaikum wbt..
Pernah tak terlintas di dalam fikiran untuk berhenti kerja disebabkan dah seronok dengan bisnes yang dijalankan..? Nak berhenti kerja tue boleh, tapi kena ada persediaan yang lebih rapi agar ianya tak menjadi kekusutan di fikiran kita kelak.. Kali nie saya nak berkongsi ilmu dan tips sebelum awak nak hantar notis berhenti kerja...
👣Kenal pasti jenis bisnes atau pekerjaan - sebelum nak ambik keputusan untuk berhenti, awak kena kenal pasti dulu apa yang awak nak usahakan sama ada nak cari pekerjaan lain ataupun nak uruskan bisnes. Kenal pasti jugak minat, kemahiran dan kepakaran yang boleh awak usahakan berdasarkan apakah bidang yang awak nak ceburi.
👣 Tarikh jangkaan - dah berapa lama awak buat persediaan sebelum awak hantar notis pada bos? Pastikan awak dah sediakan kewangan dan jugak persediaan asas sebelum awak nak berhenti kerja. Awak kena tetapkan tarikh atau masa yang jelas tentang bila awak nak berhenti kerja, contohnya macam tiga tahun daripada sekarang ke atau sebaliknya. Jadi awak kena buat satu catatan nota kecik dan letakkan tarikh tersebut dengan jelas.
👣 Bermula secara sambilan - ketika awak masih lagi bekerja, adalah disarankan untuk memulakan apa yang bakal awak nak lakukan secara sambilan, selepas awak berhenti kerja nanti. Mulakan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan kedua awak ataupun sumber persediaan awak sebelum nak berhenti kerja. Apabila awak dah usahakan sumber awak yang kedua ini, jangan mengambil satu sen pun dari bisnes ini, awak perlu biarkan ianya bergerak dan berkembang dalam satu akaun yang berasingan.
👣 Persediaan kewangan - secara realistik, awak kena tulis semua matlamat kewangan yang perlu awak uruskan semasa masih bekerja. Matlamat kewangan ini haruslah jelas sama ada dari segi pengurusan hutang, perbelanjaan, pelaburan, tabungan dan sebagainya. Jadi, bincanglah antara suami isteri bagi membantu untuk memberikan matlamat yang baik, beli buku-buku pengurusan kewangan, pergi ke seminar atau bengkel kewangan sebagai persediaan.
👣 Berbincang dengan pasangan - ambiklah satu ruang yang khusus untuk berbincang dengan jelas tentang matlamat awak nak berhenti kerja dan jangan lupa jugak bincanglah perancangan awak selepas berhenti kerja. Awak perlu ingat, cabaran sebelum berhenti kerja nie ada banyak cabang, tapi cabaran selepas berhenti kerja nie tak terduga oleh kita. Awak perlu mintak nasihat dan pandangan daripada rakan-rakan yang terlebih dulu berhenti kerja daripada awak. Fokus kepada pandangan yang membina dan juga buat penyesuaian berdasarkan masalah yang awak akan hadapi nanti.
👣 Mulakan menyimpan - Awak perlu biasakan untuk mengumpul sebanyak mana wang simpanan untuk dijadikan sebagai modal untuk bisnes. Ini kerana bila kita dah ada simpanan jadi, tak perlulah kita untuk membuat pinjaman daripada bank untuk memulakan bisnes yang kita nak buat tue nanti.
👣 Kenal pasti pendapatan aktif dan pasif - Pendapatan aktif adalah pendapatan daripada sumber yang membantu awak untuk mendapat hasil secara harian dan berterusan. Manakala pendapatan pasif pulak boleh diperoleh daripada tabungan atau bentuk pelaburan yang hanya dilakukan sekali, tapi pulangannya boleh dapat berkali-kali. Contoh pendapatan pasif yang awak boleh lakukan adalah, rumah awak tue dah habis bayar pinjamannya dan rumah tue awak sewakan pulak kepada orang. Jadi duit sewaan tue awak akan dapat setiap bulan tanpa perlu awak keluarkan untuk bayar pinjaman rumah.
👣 Menambah ilmu baru - Setiasa fokus untuk meningkatkan kemahiran baru sama ada ilmu bisnes, pemasaran, jualan dan sebagainya. Ilmu baru akan membantu awak untuk lebih bersedia dan sentiasa tahu untuk membuat penambahbaikan untuk diri awak dan jugak bisnes awak.
👣 Mencari kumpulan sokongan - Berada dalam kumpulan sokongan adalah salah satu cara untuk mendapatkan pelbagai idea, jadi dah tentu-tentunya awak akan dapat belajar daripada pengalaman mereka yang mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang banyak daripada awak. Cara ini jugak dapat membantu awak untuk mendapatkan sokongan terutamanya jika ketika awak berada dalam situasi yang getir semasa berbisnes.
Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua, terutama pada sesiapa yang ingin berhenti kerja..
*sumber ini diperolehi daripada buku 'Jana RM daripada rumah'.
Assalamualaikum wbt..
Lobak putih nie selalu menjadi pilihan hidangan yang wajib sama ada ianya direbus sebagai sup ataupun digoreng dan jugak menjadi pilihan para ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.. Walaupun sampai ke hari nie, sayur nie tak diketahui asal usulnya, tapi berkemungkinan ianya datang daripada kawasan Mediterranean. Hasil kajian yang dikaji oleh penyelidik mendapati sayur nie mempunyai kandungan sumber vitamin seperti vitamin A, B1, B2, niasin, minyak pati, serat kasar, kalsium, fosfor, zat besi dan asid oksalik. Kalau awak nak tau daun dia pun kaya dengan sumber minyak aetheric, vitamin A dan C, biji lobak putih pulak dipercayai mengandungi 30 sehingga 40 peratus minyak lemak, minya aetheric dan khasiat yang tinggi jumlah antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan antioksidan.
Walaupun lobak putih mempunyai bau yang kurang menyenangkan, tapi sayur nie semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana khasiatnya yang pelbagai..
🌱 Bisul - Kisar atau parut lobak putih secukupnya dan campurkan dengan sedikit cuka beras putih. Setelah digaul sebati barulah disapukan ke bahagian bisul tadi.
🌱 Ekzema - Parut beberapa biji lobak putih dan tuangkan sedikit air halia ke dalamnya. Kacau sebati kemudian sapukan perlahan ke bahagian yang sakit.
🌱 Luka melecur air panas - 100gm lobak putih yang telah dibersihkan kemudian diparut. Selepas tue, sapukan di kawasan yang sakit secara perlahan-lahan.
🌱 Asthma - 200gm lobak putih yang telah dibersihkan, parut lobak tue dan perahkan parutan lobak tadi sehingga keluar airnya. Campurkan dengan sedikit air halia dan rebus sehingga mendidih. Tambahkan sedikit madu dalam air yang masih panas dan minumlah air rebusan tue setelah suam.
🌱 Batuk - 100gm lobak putih direbus dengan 9gm kulit limau mandarin. Tapis airnya sebelum diminum dan kalau boleh minumlah air rebusan nie ketika masih suam.
🌱 Kurangkan nafsu makan - Kisar 200gm lobak putih bersama dengan 200gm lobak merah. Minumlah air perahan jus nie tanpa dicampurkan dengan gula.
🌱Turunkan suhu badan yang panas - Rebus sebatang lobak putih yang telah dibersihkan tanpa dibuang kulitnya, dipotong dadu atau dihiris dan jangan tambahkan apa-apa perisa di dalam air rebusan. Air rebusan tue boleh diminum sebelum kita masuk tidur, dan ianya jugak sesuai untuk diberikan pada anak-anak. Manakala isi lobak yang telah direbus tue boleh dimakan. Untuk anak-anak yang berumur 2 tahun ke bawah, awak hanya bagi air rebusan saja.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua..
Assalamualaikum wbt..
Okey, filem nie dah lama ditayangkan iaitu sekitar tahun 2011, diadaptasi daripada novel Indonesia, yang berkisahkan tentang tsunami yang berlaku pada bulan Disember 2006.. Tentu awak masih ingat lagi kejadian tsunami yang mengorbankan banyak nyawa..\
Hafalan Shalat Delisa..
Mengisahkan seorang anak gadis yang bernama Delisa, berumur 5 tahun yang tinggal di Lhok Nga, sebuah kampung di tepi pantai Banda Aceh.. Dia tinggal bersama dengan Ummi Salamah dan 3 orang kakaknya iaitu Fatimah dan saudara kembar Aisyah dan Zahra. Manakala abi Delisa iaitu Abi Usman berada di tengah laut yang bekerja sebagai krew kapal. Delisa merupakan anak bongsu dalam keluarga dan apa saja yang dimahukan akan dituruti oleh ummi dan abinya.. Satu hari, ummi meminta Delisa untuk temankan dia ke pasar tapi sebenarnya ummi ingin membelikan rantai leher untuk Delisa dan hadiah tue akan diberikan sebaik saja Delisa tamat dalam ujian praktis solat.
Delisa yang sememangnya inginkan rantai leher itu terus menerus menghafal bacaan di dalam solat sambil dibetulkan oleh kakaknya Aisyah, walaupun mereka berdua selalu bergaduh.. Satu hari, semasa Delisa menunggu ummi nya untuk menghantarnya ke sekolah kerana pada hari itu, ujian praktis solat akan diadakan, berlaku gempa bumi dan menyebabkan Delisa dan adik beradiknya ketakutan. Bila gempa tue terhenti, Ummi Salamah meminta Fatimah menjaga Aisyah dan Zahra kerana dia perlu menghantar Delisa ke sekolah, tapi dihalang oleh Zahra yang masih dalam ketakutan. Delisa yang mendengar kata-kata kakaknya mula memujuk dengan meminta kesemua kakaknya ikut ke sekolah. Tapi Aisyah enggan ikut kerana takut Delisa tak dapat nak fokus dalam ujian tue, dan itulah kali terakhir Delisa melihat kakak-kakaknya..
Sesampainya di sekolah, Delisa mula menjalani ujian praktis solat dan masa itulah tsunami mula melanda.. Delisa yang masa tue tengah khusyuk tak menyedari tentang tsunami dan menyebabkan dia hampir lemas dan dia terdampar bersama-sama dengan mayat yang lain termasuk rakan baik Delisa sendiri yang bernama Tiur. Delisa diselamatkan oleh seorang askar USA yang bernama Smith dan dirawat oleh seorang doktor wanita bernama Sophie yang jugak seorang sukarelawan daripada negara lain, tapi kaki Delisa mengalami kecederaan yang parah hingga terpaksa dipotong demi untuk keselamatan nyawa Delisa. Smith dan Sophie menjadi rakan baik kepada Delisa memandangkan dia kini menjadi sebatang kara. Masa tue Abi Usman berusaha mencari keluarganya tapi dia diberitahu yang 3 orang anaknya telah meninggal dunia manakala isterinya tak dijumpai. Abi Usman bertemu semula dengan Delisa setelah diberitahu oleh jiran yang dia ternampak poster tulisan Delisa. Mereka berdua meneruskan kehidupan dan keadaan Delisa yang bangkit untuk teruskan kehidupan menjadi aspirasi kepada semua penduduk kampung..
Filem nie memang sedih sehinggakan airmata saya memang mengalir, kerana betapa tabahnya hati Delisa walaupun kehilangan ibu, kakak dan kawan-kawan..
Untuk novel adaptasi pulak inilah covernya..
Filem nie memang sedih sehinggakan airmata saya memang mengalir, kerana betapa tabahnya hati Delisa walaupun kehilangan ibu, kakak dan kawan-kawan..
Untuk novel adaptasi pulak inilah covernya..
Walaupun kisah tragis ini telah lama berlalu, tapi ianya akan terpahat dalam hati semua orang apatah lagi tsunami nie jugak turut melanda dalam negara kita.. Al-Fatihah kepada semua umat Islam yang terkorban dalam insiden tsunami dan sama-sama kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons