Assalamualaikum wbt..
Dah lama saya tak 'up' entri pasal lelaki.. Selalu kan kita dengar perumpamaan ini, 'Man's life begin at 40'.. Jadi, apakah yang dimaksudkan perumpamaan tue, adakah orang lelaki bila mencapai umur 40 tahun, mereka baru nak memulakan hidup..? Sebenarnya, itu bukanlah maksud sebenar perumpamaan tue, sebaliknya orang lelaki merasakan yang kehidupan mereka lebih stabil dari segi sudut ekonomi dan kerjaya bila diorang dah berusia 40 tahun.
👨 Risau mengenai kesihatan - Ini tak perlu nak dinafikan lagi, memang benar masa inilah lelaki mula risaukan tahap kesihatan diri, nak mulakan senaman, nak jaga pemakanan dan sebagainya.. Ya, inilah yang sebaik-baiknya kerana di usia ini pelbagai jenis penyakit mudah datang tanpa amaran kerana mungkin ada di antara lelaki yang dah mula tak berapa nak aktif lagi..
👨 Hargai pasangan - Mungkin di usia ini, lelaki yang berusia 40-an akan menunjukkan sikap romantis kepada pasangannya. Ini kerana mungkin juga di waktu begini sudah tak sibuk untuk membina kerjaya dan barulah lelaki merasakan kehadiran pasangan sungguh bermakna.
👨 Makin stabil - Perkara yang positif berlaku pada usia begini ialah, segala-galanya makin stabil tak kira sama ada dari segi ekonomi mahupun kerjaya. Mereka dah mampu untuk menguruskan ekonomi dan kerjaya mereka dengan baik. Jadi mereka jugak dah tau untuk menilai wang simpanan mereka dan mula memikirkan ke arah yang berjimat cermat dan tak lagi menjadi boros seperti lelaki yang baru menerima gaji pertama. Pada usia begini, mereka akan menjadi seorang yang tak suka membazir pada sesuatu perkara yang lebih remeh jika dibandingkan dengan nilai sebuah pelaburan.
👨 Suka bersama anak-anak - Pada usia begini, jangan terkejut jika melihat perubahan lelaki. Mereka lebih selesa sibuk di rumah dengan bergaul bersama anak-anak. Ini kerana anak-anak kian menjadi dewasa dan mereka boleh berbual mengenai hobi masing-masing. Tambah lagi jika mereka mempunyai anak bujang yang ramai, boleh jadi kawan dan itulah best friend forever mereka. Jadi, mak-mak jangan pulak berasa cemburu pulak yea kerana ini antara perubahan positif seorang suami, ayah dan lelaki apabila usia sudah masuk 40-an.
👨 Ajak bercuti berdua - Jika suami lakukan ini perkara ini, janganlah pulak kita bertutur dengan perkataan dan ayat yang pedas pada mereka. Sebaliknya, si isteri peganglah tangan suami dan ucapkanlah terima kasih. Inilah perubahan yang baik untuk si isteri, yang jugak bermakna suami mahu berdua-duaan dengan awak saja tanpa ada sebarang gangguan. Anggap saja ini adalah bulan madu awak yang kali keduanya dan bersyukurlah kerana suami lebih menghargai kita dan tak melakukan perkara yang pelik.
wow
ReplyDeleteumur 40 an nie makan kena jaga sikit sebab mudah jatuh sakit
ReplyDeleteehehe umor2 cenggini lelaki kadang2 baru nampak hensem dia. tngk pelakon2 hollywood. yang tua tua semua hensem hehe...
ReplyDeleteumur 30an pun dah kene jaga makan.. hehe
ReplyDeleteyeke? biasa yang 40an ni makin mengada. makin test saham. konon still young
ReplyDeletemy mr.asben :)
ReplyDeletelove love love
risau kesihatan tu mmg betul ayah sy tu mmg jaga kesihatan betul2 lah tak skip senaman dan makan supplement
ReplyDelete