Elakkan perkara yang tak sihat semasa berada di dalam pejabat

Thursday, May 24, 2018


Assalamualaikum wbt..
Kerja dalam suasana sejuk berhawa dingin memberi kelebihan kepada pekerja berbanding kena kerja di dalam suasana panas yang terik. Badan tak rasa letih kerana kita lebih banyak menghadap komputer tapi awak tau tak sebenarnya suasana sebegini mampu memberi impak negatif kepada kita terutama pada sesiapa yang tak jaga persekitaran di tempat kerja.. Apakah perkara yang tak sihat tue..? Jom..

📁 Meja berselerak - meja kerja yang berselerak boleh membuatkan kita rasa tertekan dan senang dihinggapi kuman. Jadi untuk pastikan meja sentiasa kemas dan bersih, selalulah kemas meja selepas waktu bekerja kerana di samping mata sedap memandang, tahap keselamatan juga dapat dijaga sewaktu kita sedang bekerja.

📁 Posisi duduk salah - Yang nie orang selalu abaikan, sebab kita akan duduk di atas kerusi selama 8 jam dalam tempoh bekerja. Ubah ketinggian kerusi kita mengikut keselesaan dan letakkan lutut dalam posisi 90 darjah. Skrin komputer juga perlu selari dengan mata agar mata kita tak rasa penat..

📁 Hindari aktiviti bergosip - Dahlah bergosip tanpa tahu cerita yang sebenar-benarnya, jadi bertambahlah dosa kita selain daripada ianya memang mengganggu kerja kita. Jadi kalau boleh, tak payah lah nak bergosip selain daripada kita hindari fitnah pada orang, kita jugak dapat menghindari daripada nama baik seseorang mahupun kita sendiri tercemar. 

📁 Elak snek yang tak sihat - Mengunyah semasa bekerja adalah perkara biasa di dalam pejabat kerana nak elak daripada mengantuk dan kelesuan. Tapi pilihlah snek yang menyihatkan seperti makan buah-buahan ataupun kekacang jika dibandingkan makan snek yang banyak perasa tiruan.. 

📁 Lambat makan tengah hari - Yang niepun selalu jugak kita buat, kan.. Bila kita sibuk kejar deadline, makan tengah hari pun dilupakan.. Jadi nak senang citer, kita ambik makanan segera sebab nak cepat. Bila dah malam kita akan mengambil kuantiti hidangan makan malam dengan banyak sekali sebab lapar.. 

📁 Kurang bergerak - Mungkin ini perkara biasa untuk sesiapa yang bekerja di dalam pejabat. Keadaan ini boleh mengakibatkan badan menjadi gempal kerana kurang bergerak selepas makan. Penyelesaiannya adalah, ambiklah masa untuk makan di luar untuk merehatkan badan dan fikiran tapi janganlah pulak kita lepak lama-lama hingga menjejaskan waktu kerja yang sebenar.. 

📁 Kurang minum air - Duduk di atas kerusi terlalu lama dan kurang minum air memang tak elok untuk tubuh badan kita.. Bila kita tak cukup minum air yang sepatutnya badan kita diperlukan, ianya mungkin menyebabkan datangnya penyakit seperti masalah ginjal.

📁 Kerap kerja lebih masa - Kita seharusnya menjadi seorang pekerja yang bijak dalam menangani kerja yang menimbun. Jangan selalu buat kerja lebih masa dan pulang lewat malam kerana bimbang ianya akan mendatangkan tekanan pada kita nanti. Kita perlu membahagikan masa secukupnya untuk kerja dan keluarga sambil bersantai. 


12 comments

  1. masalahnya ramai mak cik pak cik bawang dlm opis ni hahahaha

    ReplyDelete
  2. K.Sha memang kurang minum air.. Malas nak bangun gi toilet.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. Saya sekarang cuba nak betulkan posisi duduk saya.

    ReplyDelete
  4. Meja berselerak tu kalau tak kemas memang spoil mood, sebab tu taknak kasi orang tumpang meja..haha..kedekut pulak rasanya..

    ReplyDelete
  5. ada 1 lagi.. elak orang buat kerja kita dan kita duduk goyang kaki main phone.. haha.. sakit hati jumpa orang mcm ni

    ReplyDelete
  6. Hehe..rasa macam semua yang tersenarai itu semua kena dengan diri sendiri je hehe

    ReplyDelete
  7. elak snek yg x sihat tu mama kena amalkan

    ReplyDelete
  8. semua di atas adalah betul ! semua tu membantu korang untuk tidak produktive di tempat kerja. overtime bukan penyelesaian.

    ReplyDelete
  9. lama sudah tak masuk ofis, shikin.
    9 bulan dah. rinduuuuu...
    mcm aida, kalau di ofis, lebih suka dok dlm bilik.
    waktu tertentu je akan kuar borak. waktu makan pasti akan spend time dgn anak buah jap.
    other than that, diorang tau dah, aida dok dlm bilik.

    ReplyDelete
  10. Bersyukur dapat bekerja di tempat berhawa dingin, kesian pada mereka yang bekerja di bawah terik mentari.. :(

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧