Khasiat lobak putih

Thursday, May 24, 2018

Image result for lobak putih

Assalamualaikum wbt..
Lobak putih nie selalu menjadi pilihan hidangan yang wajib sama ada ianya direbus sebagai sup ataupun digoreng dan jugak menjadi pilihan para ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.. Walaupun sampai ke hari nie, sayur nie tak diketahui asal usulnya, tapi berkemungkinan ianya datang daripada kawasan Mediterranean. Hasil kajian yang dikaji oleh penyelidik mendapati sayur nie mempunyai kandungan sumber vitamin seperti vitamin A, B1, B2, niasin, minyak pati, serat kasar, kalsium, fosfor, zat besi dan asid oksalik. Kalau awak nak tau daun dia pun kaya dengan sumber minyak aetheric, vitamin A dan C, biji lobak putih pulak dipercayai mengandungi 30 sehingga 40 peratus minyak lemak, minya aetheric dan khasiat yang tinggi jumlah antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan antioksidan.

Walaupun lobak putih mempunyai bau yang kurang menyenangkan, tapi sayur nie semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana khasiatnya yang pelbagai.. 

🌱 Bisul - Kisar atau parut lobak putih secukupnya dan campurkan dengan sedikit cuka beras putih. Setelah digaul sebati barulah disapukan ke bahagian bisul tadi.

🌱 Ekzema - Parut beberapa biji lobak putih dan tuangkan sedikit air halia ke dalamnya. Kacau sebati kemudian sapukan perlahan ke bahagian yang sakit.

🌱 Luka melecur air panas - 100gm lobak putih yang telah dibersihkan kemudian diparut. Selepas tue, sapukan di kawasan yang sakit secara perlahan-lahan.

🌱 Asthma - 200gm lobak putih yang telah dibersihkan, parut lobak tue dan perahkan parutan lobak tadi sehingga keluar airnya. Campurkan dengan sedikit air halia dan rebus sehingga mendidih. Tambahkan sedikit madu dalam air yang masih panas dan minumlah air rebusan tue setelah suam.

🌱 Batuk - 100gm lobak putih direbus dengan 9gm kulit limau mandarin. Tapis airnya sebelum diminum dan kalau boleh minumlah air rebusan nie ketika masih suam.

🌱 Kurangkan nafsu makan - Kisar 200gm lobak putih bersama dengan 200gm lobak merah. Minumlah air perahan jus nie tanpa dicampurkan dengan gula. 

🌱Turunkan suhu badan yang panas - Rebus sebatang lobak putih yang telah dibersihkan tanpa dibuang kulitnya, dipotong dadu atau dihiris dan jangan tambahkan apa-apa perisa di dalam air rebusan. Air rebusan tue boleh diminum sebelum kita masuk tidur, dan ianya jugak sesuai untuk diberikan pada anak-anak. Manakala isi lobak yang telah direbus tue boleh dimakan. Untuk anak-anak yang berumur 2 tahun ke bawah, awak hanya bagi air rebusan saja. 

Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.. 

9 comments

  1. Banyakan air susu jg... spanjang bf anak , sup lobak putih 3x sminggu mesti wajib makan.. hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiatnya.. Sha makan masa dalam pantang dulu.. Untuk banyakkan susu..

    ReplyDelete
  3. Mase dlm pantang selalu mkn utk bykkn susu..Skrg pun slalu jgk masak sos tiram campur ayam. =)

    ReplyDelete
  4. Tak tau nak masak apa lobak putih ni, mak pun tak pernah beli..

    ReplyDelete
  5. orang kata lobak baik utk kesihatan mata.. ejulz dah cuba tp x berasa nak masuk makan tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. banyaknya khasiat lobak putih ! time berpantang pu digalakkan untuk makan lobak putih

    ReplyDelete
  7. aida jarang la masak lobak putih ni.
    tapi reti makan lah...

    ReplyDelete
  8. Jarang makan lobak putih ni biasanya makan lobak merah

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧