Manfaat puasa terhadap penyakit

Friday, May 18, 2018


Assalamualaikum wbt..
Walaupun hari nie telah masuk 2 Ramadhan, tapi rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak' kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Maaf diucapkan kepada awak semua kerana kerja hakiki tak mengizinkan saya untuk mengemaskini jurnal ini.. Tapi saya akan cuba untuk memberikan informasi yang berguna kepada masyarakat kerana melalui ilmu lah kita dapat manfaat daripadanya.. 

Okey, bersempena dengan bulan yang mulia nie, saya nak berkongsi sikit perkongsian yang bersesuaian dengan situasi kita kita sekarang, iaitu manfaat puasa terhadap penyakit.. List kat bawah nie adalah sebahagian daripada manfaat berpuasa.. Jom kita audit diri dan ambiklah manfaat daripadanya.. 

 Melindungi daripada penyakit otak - Para penyelidik daripada Institut Penuaan Negara di Baltimore, USA menemukan bukti bahawa apabila kita berpuasa selama satu atau dua hari dalam seminggu boleh mencegah kesan penyakit Alzheimer dan Parkinson. Jika tak dapat berpuasa secara penuh pun, pengurangan 500 kalori sehari selama dua hari dalam seminggu mempunyai manfaat yang ketara pada otak. 

 Mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes - Apabila kita berpuasa, tubuh akan merembeskan banyak hormon dalam tumbesaran manusia, yang dapat meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak. Apabila lemak semakin kurang dalam badan, maka kuranglah risiko untuk mendapat sakit jantung dan diabetes.

 Merawat kanser dalam sel manusia - Satu kajian dalam jurnal saintifik mengenai penuaan mendapati, pesakit-pesakit kanser yang berpuasa sebelum menjalani rawatan kemoterapi kurang merasakan kesan sampingan dalam rawatan itu. Ujian-ujian mereka menunjukkan puasa dapat meningkatkan survival, merencatkan pertumbuhan dan mengehadkan perkembangan tumor. Bagi memahami kesan puasa terhadap sel kanser, penyelidik telah mengkaji sejenis sel kanser payudara. Mereka mendapati apabila seseorang itu berpuasa, sel kanser akan cuba menghasilkan protein baru dan melakukan beberapa langkah untuk menjadikan sel itu membesar dan merebak. Langkah-langkah yang dilakukan oleh sel kanser ini akan menyebabkan terhasilnya molekul radikal bebas yang bertindak merosakkan dan menguraikan DNA sel-sel kanser itu, sekali gus membawa kepada kemusnahannya.. 

Jadi, awak suma dah nampak kan kesan manfaat daripada berpuasa, jadi jangan ponteng puasa tau, KECUALI kalau awak berada dalam situasi darurat yang dibenarkan dalam Islam, seperti dalam firman Allah SWT, 

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Baqarah : Ayat 185)

15 comments

  1. Selamat menyambut ramadhan al mubarak kak

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa untuk akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa..

    Salam kenal shikin..
    Kalau sudi follow balik naaa..
    www.iradzahir.com

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa kak shikin :)

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa, semoga kita terhindar daripada sebarang penyakit :)

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan kak kin. mek sahur makan roti jah. hehehhe. rase bleh susut ko berat badan.

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan akak. kita still sahur dengan nasi

    ReplyDelete
  8. semoga ramadhan kali ini diberkatiNya

    ReplyDelete
  9. sebab tu la digalakkan puasa.
    penuh dgn hikmah, selain drpd kuruskan badan lah.

    ReplyDelete
  10. best puasaa..bagus untuk kesihatan diri

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧