Okey, filem nie dah lama ditayangkan iaitu sekitar tahun 2011, diadaptasi daripada novel Indonesia, yang berkisahkan tentang tsunami yang berlaku pada bulan Disember 2006.. Tentu awak masih ingat lagi kejadian tsunami yang mengorbankan banyak nyawa..\
Hafalan Shalat Delisa..
Mengisahkan seorang anak gadis yang bernama Delisa, berumur 5 tahun yang tinggal di Lhok Nga, sebuah kampung di tepi pantai Banda Aceh.. Dia tinggal bersama dengan Ummi Salamah dan 3 orang kakaknya iaitu Fatimah dan saudara kembar Aisyah dan Zahra. Manakala abi Delisa iaitu Abi Usman berada di tengah laut yang bekerja sebagai krew kapal. Delisa merupakan anak bongsu dalam keluarga dan apa saja yang dimahukan akan dituruti oleh ummi dan abinya.. Satu hari, ummi meminta Delisa untuk temankan dia ke pasar tapi sebenarnya ummi ingin membelikan rantai leher untuk Delisa dan hadiah tue akan diberikan sebaik saja Delisa tamat dalam ujian praktis solat.
Delisa yang sememangnya inginkan rantai leher itu terus menerus menghafal bacaan di dalam solat sambil dibetulkan oleh kakaknya Aisyah, walaupun mereka berdua selalu bergaduh.. Satu hari, semasa Delisa menunggu ummi nya untuk menghantarnya ke sekolah kerana pada hari itu, ujian praktis solat akan diadakan, berlaku gempa bumi dan menyebabkan Delisa dan adik beradiknya ketakutan. Bila gempa tue terhenti, Ummi Salamah meminta Fatimah menjaga Aisyah dan Zahra kerana dia perlu menghantar Delisa ke sekolah, tapi dihalang oleh Zahra yang masih dalam ketakutan. Delisa yang mendengar kata-kata kakaknya mula memujuk dengan meminta kesemua kakaknya ikut ke sekolah. Tapi Aisyah enggan ikut kerana takut Delisa tak dapat nak fokus dalam ujian tue, dan itulah kali terakhir Delisa melihat kakak-kakaknya..
Sesampainya di sekolah, Delisa mula menjalani ujian praktis solat dan masa itulah tsunami mula melanda.. Delisa yang masa tue tengah khusyuk tak menyedari tentang tsunami dan menyebabkan dia hampir lemas dan dia terdampar bersama-sama dengan mayat yang lain termasuk rakan baik Delisa sendiri yang bernama Tiur. Delisa diselamatkan oleh seorang askar USA yang bernama Smith dan dirawat oleh seorang doktor wanita bernama Sophie yang jugak seorang sukarelawan daripada negara lain, tapi kaki Delisa mengalami kecederaan yang parah hingga terpaksa dipotong demi untuk keselamatan nyawa Delisa. Smith dan Sophie menjadi rakan baik kepada Delisa memandangkan dia kini menjadi sebatang kara. Masa tue Abi Usman berusaha mencari keluarganya tapi dia diberitahu yang 3 orang anaknya telah meninggal dunia manakala isterinya tak dijumpai. Abi Usman bertemu semula dengan Delisa setelah diberitahu oleh jiran yang dia ternampak poster tulisan Delisa. Mereka berdua meneruskan kehidupan dan keadaan Delisa yang bangkit untuk teruskan kehidupan menjadi aspirasi kepada semua penduduk kampung..
Filem nie memang sedih sehinggakan airmata saya memang mengalir, kerana betapa tabahnya hati Delisa walaupun kehilangan ibu, kakak dan kawan-kawan..
Untuk novel adaptasi pulak inilah covernya..
Filem nie memang sedih sehinggakan airmata saya memang mengalir, kerana betapa tabahnya hati Delisa walaupun kehilangan ibu, kakak dan kawan-kawan..
Untuk novel adaptasi pulak inilah covernya..
Walaupun kisah tragis ini telah lama berlalu, tapi ianya akan terpahat dalam hati semua orang apatah lagi tsunami nie jugak turut melanda dalam negara kita.. Al-Fatihah kepada semua umat Islam yang terkorban dalam insiden tsunami dan sama-sama kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..
sedihnya...tak boleh digambarkan mcm mana diaorg waktu tsunami tu..terpisah dari keluarga dalam sekelip mata..Allahu..semoga kita dijauhkan dari musibah sebegini kan..
ReplyDeleteSedihnya..tak tergambar rasanya macamana keadaan mereka yang berlaku kejadian besar ini. Takziah buat semua
ReplyDeleteTsunami..teringat kejadian tahun 2006 dulu....sangat terkesan
ReplyDeletelama dah x tgok movie... mungkin boleh mula dgn yg ni
ReplyDeletemesti sedih cerita ni..
ReplyDeletesedih cite ni. mek dh tgk dah..
ReplyDeletebaru baca review akak pun dah rasa sedih.
ReplyDeleteaida tgk citer ni, shikin.
ReplyDeletesedih... memang mengalirkan air mata.
tsunami di acheh memang 1 yg tak dpt dunia lupakan.
aduhai... kejadian yg membuka mata semua umat islam.