Teknik mudah bersalin

Monday, May 21, 2018

Image result for pregnancy

Assalamualaikum wbt..
Walaupun saya masih belum ada pengalaman hamil lagi, tapi tak salah rasanya saya nak berkongsi sikit informasi tentang kehamilan, mana tau kot-kot ada di antara awak suma sedang hamil terutama hamil yang sulung.. Apabila seorang wanita sedang berada di penghujung kehamilannya, selalunya ada tanda-tanda yang dia akan bersalin.. Menghadapi saat-saat proses kehamilan inilah yang selalu membuatkan wanita berasa bimbang, lebih-lebih lagi pada ibu muda atau hamil sulung.. Berikut adalah cara-cara yang boleh diamalkan pada ibu hamil bagi memudahkan proses kelahiran itu terjadi.. Jom kita selidik..

👶 Selalu bersenam - Kerap bersenam pada bulan terakhir kehamilan, membantu proses kelahiran ibu. Berjalan selama 30 minit sambil mempraktikkan latihan pernafasan antara cara yang mudah untuk diamalkan. Ia membantu ibu mengawal diri ketika menahan kesakitan dan meneran apabila kepala bayi sudah kelihatan kelak. 

👶 Elakkan terlalu banyak berehat - Ibu hamil tak digalakkan berehat sepanjang masa. Awak perlu lakukan sesuatu bagi memudahkan awak melalui proses kelahiran nanti. Mungkin ketika mengemas rumah contohnya, awak digalakkan untuk berkeadaan duduk itik. Ini kerana graviti keadaan ini akan merangsang bayi untuk turun dan memudahkan proses kelahiran.

👶 Pemakanan sunnah - Selain mengamalkan kurma yang dikatakan bagus dalam membantu mengekalkan tenaga semasa proses bersalin, ibu juga boleh mengamalkan kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan. Makanan ini dapat membantu proses bersalin selain turut mengelakkan bayi daripada jaundis (bayi menjadi kuning)..

👶 Amalkan bacaan Surah Maryam - Sepanjang kehamilan, cuba luangkan masa untuk membaca Al-Quran, khatam sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sembilan bulan kehamilan itu. Jangan hanya membaca beberapa surah saja. Selain itu, bacalah surah Maryam setiap hari kerana surah ini sesuai diamalkan dengan tujuan memudahkan proses bersalin. Ibu juga turut boleh bersujud, setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam keadaan sujud itu, jangan lupa untuk berdoa supaya dipermudahkan bersalin dan dikurniakan anak yang sihat, bijak, soleh dan solehah.

Image result for ayat sujud tilawah

👶 Kerap bersama suami - Pada saat akhir menanti kelahiran, keraplah melakukan hubungan intim dengan suami. Ini kerana air mani akan mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh merangsang konstraksi.

👶 Berendam sebelum ke hospital - Berendam di dalam tab mandi yang berisi air suam, dipercayai dapat mempercepatkan proses bersalin, terutamanya apabila tibanya masa ibu hamil perlu ke hospital untuk bersalin.

👶 Amalkan doa - Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah usia tujuh bulan, di samping mengamalkan minum air selusuh. Selain daripada itu, sapu di seluruh perut dari atas ke bawah, tujuannya untuk memudahkan bayi keluar apabila tiba masanya kelak. Air selusuh ini adalah lebih baik dibuat sendiri oleh suami dengan menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran seperti surah Yasin, ayat Kursi dan sebagainya.

Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu-ibu hamil dan bakal ibu nanti.. Semoga Allah memudahkan awak semua dalam proses untuk bersalin.. 


9 comments

  1. wah.. domain baru.. tahniah shikin. sori ye baru ekarang dpr berkunjung ke sini. good tips

    ReplyDelete
  2. auch. simpan3 untuk masa akan datang

    ReplyDelete
  3. mek percaya semua di atas, hehehe

    ReplyDelete
  4. good tips! takpa kak nanti adalah rezeki akak 🤗😇

    ReplyDelete
  5. terkenang 3 kali bersalin kan anak2 bertuah aida tu.
    semuanya dipermudahkan. normal.
    masa nak bersalin tu, actually, aida tak ingat dah pe pe tips :) ha ha ha
    especially time bersalin Izzat. tu paling sakit.
    aida doakan shikin dikurniakan zuriat yg soleh/solehah ye.

    ReplyDelete
  6. moga dikurniakan anak yg soleh solehah...rezeki Allah itu ada..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧