Assalamualaikum wbt..
Bila tiba hari raya, kita akan melihat macam-macam fesyen dan gaya pakaian, samada dipakai oleh golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.. Tapi kan, baru-baru nie ada sorang akak dan abang bomba yang membuat design baju raya yang boleh dikatakan 'limited edition'.. Jom kita baca artikel nie...
Memang rare kan.. Tahniah diucapkan pada sahabat saya, akak Nurliyana dan suaminya Mohd Syazwan kerana berjaya mencipta sejarah..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan 'task' ini.. hihi bukannnya senang nak pilih sahabat untuk direview, maklumlah ramai.. So pada sesiapa yang masih belum direview tue, harap awak bersabar yea dan jangan terasa hati tau kalu saya masih belum memilih awak.. Niepun saya terpaksa menggunakan bantuan undian untuk cabut undi.. hihi dah macam pemilihan calon pulak kan..
Anyway, siapa pulak yang terpilih untuk minggu ini..? Jom kita kenali beliau..
Blogger Sheila Adziz... Nama di sebalik nama penanya adalah Aselawati Bin Che Abd Adziz, seorang surirumah tapi kini dia bergelar mahasiswi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang skrin di Pusat Pengajian Komunikasi.. Kak Sheila nie merupakan ibu kepada 3 orang puteri, berumur dalam lingkungan 40-an dan berasal daripada Kota Bharu tapi kini Kak Sheila tinggal di Changlun, Kedah.. Oh ya.. Kak Sheila nie salah sorang daripada rakan Team Blogger Pantai Timur..
Saya mula kenal Kak Sheila niepun sama macam orang lain dan yea memang betul kebanyakan rakan-rakan yang lain, kami saling kenal melalui GA dan segmen.. Kak Sheila nie walaupun kami hanya bertemu di alam maya tapi saya dapat rasakan keramahannya, yealah, nama pun kakak kan.. Mestilah percakapannya melambangkan kematangan, sebab dalam blog Kak Sheila memang banyak entri bercirikan Islamik dan ada jugak Kak Sheila buat review tentang produk, tempat yang dia kunjungi dan makanan.. Saya memang suka baca blog Kak Sheila kerana entri dia memang banyak yang boleh menyedarkan saya sebagai insan biasa, sebab kita perlu memerlukan seseorang untuk menegur kita ke arah kebaikan, agar kita tak terbabas dari jalan yang lurus dan benar.. Kak Sheila mula berblogging sejak tahun 2009 lagi, so Kak Sheila boleh dikatakan otai dalam dunia blog nie, dan dia pernah berkecimpung dalam bidang filem... Wow..!
Antara entri yang dimuatkan dalam blog Kak Sheila adalah 3 SEBAB KENAPA RAMADHAN KITA TIDAK SUKSES, 3 BURGER MENARIK DI KEDAH, DUGAAN MENYIAPKAN TESIS dan ORAK RETI: APAKAH ITU? serta banyak lagi entri-entri yang menarik untuk tatapan kita..
Kepada Kak Sheila, saya nak ucapkan terima kasih kepada akak kerana mengajar saya erti sebuah kehidupan dan jugak menerima saya sebagai rakan blogger akak.. Saya doakan agar akak sentiasa sukses dalam kehidupan dan semoga Allah merahmati akak sekeluarga.. Semoga akak berjaya dalam cita-cita akak untuk memegang ijazah idaman akak.. Best of luck, Kak Sheila..
Jom kita singgah dan jengah blog Sheila Adziz dan salam perkenalan kepada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini dah masuk minggu ketiga dalam bulan Jun nie.. Adakah awak suma masih bersama denga saya..? Hihi dah macam DJ radio pulak.. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada semua rakan-rakan kesayangan saya, maaf zahir dan batin dan selamat bertugas pada rakan-rakan yang tak dapat untuk bercuti pada tahun ini.. Jangan bersedih dan gundah gulana jika awak tak dapat nak bercuti untuk berhari raya dengan kesayangan, anggap saja kita berbakti untuk masyarakat dan ianya amat mulia di sisi agama kerana sanggup mengorbankan masa kita demi masyarakat kerana setiap pekerjaan kita akan dinilai oleh Allah..
Okey, tanpa melengahkan masa, jom kita kenali blogger pilihan saya minggu ini..
Okey, tanpa melengahkan masa, jom kita kenali blogger pilihan saya minggu ini..
Blogger Eintan Nurfuzie... Nama pena yang selalu dipanggil adalah Cik En, seorang pembantu veterinar yang bertugas di Ipoh, Perak.. Cik En nie berasal daripada Kuala Kangsar dan berumur awal 30-an dan masih bujang lagi.. hihihi.. Walaupun Cik En nie mempunyai diploma kewangan dan perbankan tapi dek minatnya pada haiwan telah menjadikan dia memilih bidang veterinar nie...
Saya kenal dengan Cik En pun sama dengan orang lain, melalui GA dan segmen... Memandangkan Cik En nie seorang pembantu veterinar, memang sesuailah untuk sesiapa yang nak bertanya pasal haiwan belaan masing-masing, terutama sekali kucing sebab dalam blog Cik En nie memang banyak info mengenai penjagaan kucing daripada A sampai Z.. Walaupun Cik En nie sibuk dengan kerja hakiki tapi Cik En ada jugak untuk buat review mengenai makanan, produk dan tempat-tempat menarik dalam Malaysia.. Cik En nie suka sangat dengan kucing dan tue la yang saya rasa macam serasi dengan Cik En sebab Cik En pun minat dengan animasi Doraemon.. Wahh, ada genglah..
Antara entri yang dimuatkan dalam blog Cik En adalah LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT, CARA MUDAH MERAWAT KUCING KERACUNAN, CARA MEMANDIKAN KUCING dan 5D INTERACTIVE WORLD PENANG BEST serta banyak lagi entri-entri yang menarik dalam blog beliau...
Kepada Cik En, terima kasih kerana sudi menjadi kawan akak walaupun di alam maya.. Akak doakan agar awak dipertemukan jodoh yang baik, semoga awak terus sukses dalam apa jua bidang yang awak ceburi dan terima kasih jugak kerana sudi memberi ilmu yang manfaat kepada semua orang yang mencari sesuatu ilmu tue.. Akak jugak doakan agar awak selamat di dunia dan di akhirat dan sentiasa berhati-hati dalam kerjaya awak..
Jom kita singgah dan jengah blog Cik En a.k.a. Eintan Nurfuzie dan salam perkenalan kepada semua...
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Umumnya amalan mengurut ketika hamil sekiranya tak melibatkan abdomen sebenarnya tak mendatangkan kemudaratan kepada kandungan kita kerana ianya bersifat luaran. Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa terapi urutan boleh menghasilkan banyak kesan positif dari segi emosi, fisiologi dan psikologi ibu mengandung. Dengan mengurut secara sederhana dapat membantu ibu mengandung tue tidur dengan nyenyak, memperbaiki mood, mengurangkan edema atau bengkak sendi dengan meningkatkan peredaran dan menggerakkan bendalir dalam tubuh serta melegakan sakit saraf.
Urutan prenatal dapat menstabilkan tahap hormon dan membantu melegakan kemurungan yang disebabkan oleh perubahan hormon. Menurut kajian dari penyelidik dalam Journal Of Psychosomatic Obstetrics & Gynecology membuktikan bahawa urutan prenatal selama 20 minit untuk ibu mengandung yang takde mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang serius bermula dari trimester kehamilan kedua dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Tapi bila usia kandungan dah menjangkau 22 minggu, ibu mengandung perlu mengelak tidur secara terlentang sebab ianya boleh memberi tekanan kepada saluran darah dalaman yang membawa darah dan nutrien kepada baby..
Saya nak berkongsi sikit tips urutan ketika hamil.. Antaranya adalah :
🔖 Elakkan urutan secara ekstrem ketika 12 minggu pertama kehamilan terutama pada bahagian abdomen dan belakang.
🔖 Pilih tukang urut yang bertauliah yang mempelajari perubahan badan ketika hamil.
🔖 Lakukan urutan dengan tekanan yang tak terlalu kuat dan bersifat ringan.
🔖 Pastikan minyak urutan itu selamat dan tak menyumbang kepada pengecutan rahim seperti minyak oregano, pudina,basil dan rosemary.
🔖 Mengiring adalah posisi terbaik untuk urutan wanita hamil.
🔖 Hentikan urutan dengans serta merta sekiranya awak berasa tak selesa ataupun awak mengalami kontraksi Braxton Hicks.
Melalui pengalaman saya sepanjang menjadi perawat urut terapi buang angin untuk wanita hamil nie, selalunya saya akan urut bila usia kandungan mencecah 3 bulan ke atas dan selalunya saya takkan urut di bahagian abdomen ataupun lebih senang citer di bahagian perut.. Saya akan urut di bahagian belakang dengan urutan lembut kerana kat bahagian belakang tue ada urat rahim dan saya perlu berhati-hati untuk mengurut di tempat urat tue... Oleh kerana saya ada kebolehan untuk menarik angin daripada badan seseorang dengan cara sendawa, jadi kebanyakan pesakit saya sememangnya banyak mempunyai angin dalam badan.. Tapi kalau nak urut untuk hilangkan lenguh-lenguh pun boleh jugak, hihihi..
Alhamdulillah, Allah memberikan saya sedikit kebolehan untuk menolong orang lain dan saya memang sukakan kerjaya sampingan saya.. Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya ambik upah murah sangat sedangkan harga caj di pasaran kebiasaanya mencecah RM50 ke atas tapi saya telah berniat untuk menolong orang di dalam kesusahan terutama jika mengalami sakit angin dalam badan, macam pedih ulu hati ke, gastrik ke.. Oleh kerana saya mempunyai kerjaya yang tetap jadi saya faham dengan kesusahan orang lain dalam mencari rezeki, dan disebabkan itulah saya berniat untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pesakit-pesakit saya..
Semoga tips itu dapat membantu ibu hamil jika terasa nak berurut..
Assalamualaikum wbt...
Awak masih ingat lagi dengan entri saya yang nak cari hadiah untuk ummie dan sahabat baik saya tue..? Ala...
Pada 6 Jun yang lepas, akhirnya apa yang saya pesan dah selamat sampai kat tangan saya..
Bila tengok kotak nie, ramai jugak member-member opis tertanya-tanya, apalah barang yang saya beli.. Masa tue la saya terangkan barangan apa yang saya pesan dan yang paling best sekali adalah barang nie merupakan sebuah hadiah yang kita sendiri boleh design..
So.. Inilah barangan Printcious yang saya pesan dan saya design sendiri..
PERTAMA...
KEDUA...
KETIGA...
Cantik kan semua barangan tue..? Jom la singgah ke laman web PRINTCIOUS kalau awak berhajat untuk beri hadiah istimewa kepada yang tersayang..
#shikinrazalidotcom #printciousgifts #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
#shikinrazalidotcom #printciousgifts #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Ada satu perasaan penuh kegembiraan atau lebih berperasaan premix feelings yang pasti awak suma pernah alami, iaitu perasaan – balik kampung! Especially balik ke kampung untuk berhari raya. Tak kira jauh mana perjalanan awak untuk balik kampung, mesti best kan? Ke utara, timur, selatan dan barat – tak kira ke mana sahaja, lebih-lebih lagi bagi awak yang jarang balik ke kampung halaman tue. Perasaan tue mesti tak tergambar rasanya kan? Setahun sekali jea. Pulanglah di hari raya.
Bercakap pasal pulang untuk berhari raya ni, here are few tips for you guys! Pertama sekali tolong planning betul-betul untuk balik kampung dengan penuh carefully! Bagi yang nak plan balik kampung dengan kereta tue, awak dah check ke minyak kereta semua? Touch ‘N’ Go dah reload ke? Dan yang paling penting dah check ke WAZE? Musim perayaan di Malaysia nie sangat terkenal dengan pelbagai jenis jemmed! Hihihi… Oleh itu please plan ahead. Perjalanan dari Kuala Lumpur nak ke utara atau selatan tanah air pun akan ambil masa up to 18 jam kot! Penat gilerr..
So why not untuk raya 2018 ni kita balik ke kampung halaman dengan kapal terbang! Kalau awak nak dapatkan tiket dengan harga yang manarik why not awak suma tempah sekarang through Traveloka. Menarik bukan? Melalui Traveloka, awak boleh buat tempahan tiket untuk sebarang penerbangan domestik dalam Malaysia. Senang saja, buka website Traveloka sekarang, dan klik dekat tab “Tiket Penerbangan” kemudian masukkan maklumat seperti awak nak naik flight dari mana ke ke mana kemudian bila dan juga sama ada untuk penerbangan pergi-balik ataupun sehala. Mudah kan?
Tapi alang-alang tu, why not booking sekali dengan hotel kan? Dekat website Traveloka, klik dekat tab “Hotel” kemudian masukkan maklumat seperti bandar, destinasi dan nama hotel bila tarikh daftar masuk dan tempoh penginapan. Mudah kan? Traveloka ada tawaran yang menarik kalau awak tempah tiket penerbangan dengan hotel sekali! Musim perayaan ni mesti semua sanak saudara dan adik beradik kita akan berkumpul di kampung halaman bukan? Jadi why not untuk keselesaan apa kata awak book hotel yang tak jauh dengan kawasan kampung halaman awak. Jangan risau dari utara Perlis sehingga selatan Johor dan Sabah Sarawak, Traveloka ada tawarkan 6,500 hotel di sekitar Malaysia untuk awak pilih. Jadi dah seharian penat berhari raya, mengunjungi sanak saudara, bolehlah berehat di hotel dengan tenang. Jadi tak perlu lagi nak berebut tempat tidur ataupun bilik mandi.
Cepat tempah tiket penerbangan dan hotel awak dengan Traveloka sekarang!! Dengar citer Traveloka ada offer 10% diskaun untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel, jangan lupa masukkan promo code FLY4RAYA dan STAY4RAYA bila buat tempahan nanti. Promosi ni sah dari 21 Mei hingga 4 Jun sahaja tau! Jadi pat-pat siku lipat! siapa cepat dia dapat tiket-flight-dan-hotel-murah!
The best thing pasal raya ni of course lah pelbagai jenis juadah makanan kan. Ketupat, rendang, lemang, lontong, kuih raya yang ada pelbagai warna dan jenis dan banyak lagilah. Juadah yang dihidangkan di setiap rumah pulak mesti berbeza-beza. Ingat! makan tu makan jugak, tapi jangan main sumbat je semua tau. Kesihatan di musim perayaan ni kenalah juga, kalau tak nanti ada yang kena beraya di hospital pula!
Setahun, 356 hari, hanya akan ada sehari, walau di mana pun awak berada, awak harus wajib dan perlu balik kampung. Walaupun ada seribu satu alasan untuk tidak pulang, carilah hanya satu alasan untuk pulang. Kembalilah kepangkuan ayah dan bonda yang sentiasa menanti kepulangan kita. Ambil masa yang singkat ini untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta, bermaaf-maafanlah di pagi hari raya yang mulia.
Jadi take your time, plan elok-elok untuk balik kampung tahun ni. Pastikan dah terima email konformasi dari Traveloka berkenaan tiket penerbangan dan tempahan bilik awak. Dan finally, fastern your seatbelt and and enjoy your flight - Selamat Hari Raya!
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, minggu kedua sekalii lagi saya berjaya dalam buat 'task' mingguan nie, agak-agak ada yang tunggu tak 'task' mingguan saya nie...? hihi nak berperasan jap... Di minggu terakhir puasa nie, saya nak ucapkan selamat bercuti pada awak yang akan bercuti untuk berhari raya.. Jangan lupa untuk buat persiapan rapi sebelum awak nak tinggalkan rumah seperti kunci tingkap dan pintu, tutup gas memasak, tutup semua suis kecuali peralatan elektrik yang memerlukan elektrik 24 jam, dan yang paling penting, buat laporan polis untuk tinggalkan kediaman di balai polis yang terdekat.. Ambik semua nombor jiran-jiran untuk kesenangan sekiranya berlaku kecemasan..
Okeylah, tanpa membuang masa, jom kita kenali siapakah sahabat blogger pilihan saya untuk minggu ini..
Blogger Miss Banu Story... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Syahbanu Osman yang berasal daripada negeri anak mami, Penang.. Merupakan seorang graduan daripada Universiti Malaya dan jugak seorang yang amat sukakan kucing (yeaayyyy, ada geng lahhhh) ...
Sama seperti sebelum nie, saya kenal dengan Miss Banu nie melalui GA ataupun segmen, dan sebab tuelah kita perlu saling sokong menyokong jika ada rakan kita buat GA dan segmen, mana tahu kot-kot boleh dapat ramai kawan, kan.. Saya suka baca blog Miss Banu nie sebab entrinya banyak berkisahkan review filem dan jugak drama.. Awak sebut aje drama atau filem apa, pasti Miss Banu nie ada buat review.. Kadang-kadang saya tau pasal filem pun setelah baca review dari Miss Banu nie.. Memang best la untuk orang kaki wayang atau kaki drama.. Blog dia pun memang sempoi sebab berunsurkan denim jeans, nampak lain daripada yang lain.. Selain tue, Miss Banu jugak selalu menyertai GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah SIPNOSIS DRAMA ISTERI UNTUK DIIKTIRAF (TV1), SIPNOSIS DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU dan SIPNOSIS DRAMA NUR (SAMARINDA TV3)..
Untuk Miss Banu, terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi untuk menjadi sahabat maya saya dan saya doakan awak sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.. Disebabkan blog awaklah saya telah menjumpai banyak drama dan filem yang ada di antaranya saya masih belum tengok lagi.. Terima kasih di atas segala-galanya dan saya doakan jugak agar awak sentiasa konsisten dan komited dalam dunia blog.. Semoga sukses dalam penulisan blog awak..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Miss Banu Story dan salam perkenalan kepada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Untuk Miss Banu, terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi untuk menjadi sahabat maya saya dan saya doakan awak sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.. Disebabkan blog awaklah saya telah menjumpai banyak drama dan filem yang ada di antaranya saya masih belum tengok lagi.. Terima kasih di atas segala-galanya dan saya doakan jugak agar awak sentiasa konsisten dan komited dalam dunia blog.. Semoga sukses dalam penulisan blog awak..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Miss Banu Story dan salam perkenalan kepada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Bila kebosanan melanda, mulalah datang idea gila-gila untuk tukar header.. Kalau orang lain suka tukar theme dalam jurnal atau blog masing-masing, saya pulak memang suka tukar header.. Asal tak kena pada mata jea, mulalah tangan nie gatal-gatal mencari idea baru untuk buat header..
Hihihihi.. orang kata evolusi akan berlaku dan itulah yang terjadi sekarang.. Daripada mula-mula sebelum bertukar kepada dotcom, saya memang suka tukar header.. Satu lagi, buku dan saya memang tak dapat dipisahkan walaupun saya kurang buat review buku seperti Kak Shahida ataupun Fatina Mudz tapi saya sampaikan info yang mungkin ada yang tak tahu mengenai, so melalui buku ataupun majalah ataupun sumber-sumber lain jugak saya cari.. hihi..
Inilah evolusi header saya...
Harap-harap header baru nie kekal la kedudukannya kat jurnal nie..
Assalamualaikum wbt..
Semalam saya terlihat post entri daripada Kak Sha yang dia menang GA, saya pun klik la blog Kak Suria Amanda untuk melihat senarai pemenang.. Saya pun memang tak jangkakan apa-apa hadiah kemenangan tapi Alhamdulillah, rezeki saya di bulan Ramadhan..
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Kak Suria Amanda dan semua penaja kerana membuat GA yang begitu cemerlang sekali.. Saya doakan Kak Suria Amanda dan semua penaja terutama penaja yang saya menangi ini Kak Anil Wanina agar dimurahkan rezeki dan berlimpah ruah hendaknya..
Jom kita jalan-jalan ke blog mereka berdua.. Pssttt, saya pinjam header akak berdua, mohon halal yea..
Blogger Suria Amanda |
Blogger Anil Wanina a.k.a. Keknil |
Assalamualaikum wbt..
Sebagaimana berlakunya perubahan tampuk pemerintahan kerajaan sekarang, macam tue jugak dengan suasana tempat kerja. Perubahan dan penggantian polisi dalam organisasi bukan saja berlaku di kalangan pekerja tapi ianya jugak termasuklah bos di tempat kerja tersebut. Setiap ketua atau majikan mempunyai caranya yang tersendiri, mungkin dapat diterima oleh pekerjanya ataupun sebaliknya, suka ataupun tak, itulah realitinya..
Saya nak berkongsi beberapa tips camne nak berdepan dengan bos baru agar kita dapat bekerja dalam suasana harmoni dan berasa seronok untuk bekerja..
☑ Bersahabat - Ambiklah peluang ini untuk kenali beliau dengan lebih dekat lagi sama ada semasa waktu serius ataupun waktu santai. Mungkin kita boleh curi masa sikit untuk bersembang dan mengkaji serba sedikit perangai beliau,serta perkara yang boleh dan tak boleh dalam senarai dirinya. Tapi bukan bodek atau 'kipas bos' pulak yea...
☑ Jaga tingkah laku - Sikap ini sewajarnya perlu dikekalkan walaupun sebanyak mana julat perubahan di sisi bos kita, sebab dah memang sedia maklum bos kita nie cukup berpengaruh dalam menentukan karier dan masa depan kita. Jadi peliharalah dan jagalah prestasi kita sebaik mungkin. Tonjolkan keupayaan kita agar bos baru nie dapat merasai berbaloi untuk menerima posisi kita dalam organisasi itu.
☑ Kurangkan jangkaan - Pepatah mengatakan lain orang, lainlah caranya. Semestinya corak pengurusan dan cara pemikirannya pasti sukar untuk anda adaptasi pada peringkat awal. Kita perlu kurangkan sendiri jangkaan dan harapan yang bos baru akan mengurus dan melakukan perkara yang sama seperti bos lama. Pastinya setiap orang memiliki pendekatan masing-masing, jadi kita kena perlu bersikap fleksibel dan cubalah hidup dengan sistem baru ini.
☑ Ambil kesempatan - Ianya bukanlah bermaksud kita kena guna taktik kotor, mengipas bos ataupun yang paling teruk memberi rasuah kepadanya. Mengambil kesempatan kehadiran bos baru sebenarnya memberi peluang untuk kita mahupun organisasi itu sendiri untuk melangkah lebih maju. Mungkin bos lama tidak berupaya melihat potensi dan keupayaan kita sebelum ini. Dengan mengekalkan disiplin dan meningkatkan prestasi kerja, kita sebenarnya mampu meraih kejayaan.
☑ Bandingkan - Membandingkan kepimpinan bos lama dengan bos baru mungkin tak adil kerana masing-masing mempunyai cara dan tatakerja yang tersendiri. Namun tak salah jika kita membandingkan daripada sudut positif kerana ini membuatkan kita sentiasa berjaga-jaga apabila nak melakukan sesuatu perkara ataupun keputusan yang melibatkan kerja. Tapi kena ingat, janganlah pulak kita membandingkan dengan taktik kotor sehingga menimbulkan fitnah, tue dah kira berdosa tue..
Semoga ianya dapat memberi ketenangan kepada sesiapa yang mendapat bos baru..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini kita dah masuk bulan Jun bersamaan 20 Ramadhan 1439H, pasti semua orang masih bertahan lagi di bulan puasa nie.. Apapun, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana awak suma masih memberi sokongan kepada saya untuk teruskan 'task' mingguan ini..
Jadi, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenali beliau..
Blogger Anak Denesor... Mesti awak suma terkejut siapakah di sebalik nama Anak Denesor nie... Nama pemilik blog ini adalah Nurul dan tak banyak dia ceritakan kisah dia dalam blognya.. Tapi saya agak si gadis ini berusia dalam berusia 20-an dan merupakan seorang designer kad dan terbaru sampul raya..
Saya kenal dengan AD nie sama macam dengan rakan yang lain, iaitu melalui GA dan segmen.. Blog AD nie memang banyak informasi tentang D.I.Y kecantikan dan macam-macam lagi.. Dia jugak buat pelbagai jenis review tak kiralah tempat ke makanan ke filem ke dan sebagainya.. Walaupun design blog dia ringkas serba putih tapi bila nampak aje headernya yang memang 'rare', menjadikan blog AD nie terlalu menarik.. Pada mulanya saya pun pelik kenapa dia namakan dirinya sebagai 'Anak Denesor', tapi mungkinlah dia nie minat cerita dinasour kot.. hihihi jangan marah yea AD... Oh ya, kalau awak nak buat design kad atau apa-apa kraf, bolehlah hubungi 📳AD nie..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah DIY BANTAL COMEL, DIY PLUSHIE CAT, DIY MAKEUP BRUSH CLEANER dan SEJARAH JUMAAT YANG PETAMA DAN DALILNYA.. Nampak tak, banyak kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh AD dan memang tak rugi untuk singgah ke blog beliau..
Untuk AD, akak nak ucapkan terima kasih kerana masih sudi untuk teruskan jalinan ikatan persahabatan dengan akak.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam kehidupan awak dan apa jua yang awak lakukan.. Terima kasih kerana masih menyokong akak walaupun akak cuma jadi silent reader saja, hihi sori sebab tak bagi komen pada blog awak..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Anak Denesor dan salam perkenalan kepada semua...
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Walaupun pada zaman moden ini terdapat banyak pasar raya dan pasar mini yang menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah, tapi terdapat beberapa pasar yang menjadi tumpuan ramai orang disebabkan bukan saja menjual barangan biasa yang kita dapati, tapi ada jugak dijual dengan pelbagai barangan unik dan luar biasa..
Jom kita tengok..
Pasar sihir La Paz, Bolivia - pasar nie turut dikenali dengan nama ' El Mercado de las Brujas' atau 'La Hechiceria' dalam dialek tempatan.. Ianya terletak di Cerro Cumbre, kawasan lereng bukit La Paz, Bolivia. Pasar nie boleh dikatakan kawasan perhimpunan semua dukun dan pawang di seluruh Bolivia, dengan masing-masing memperagakan kehebatan dan keunikan ilmu sihir yang dipelajari dan ada jugak memberi perkhidmatan untuk menjual ilmu tue pada pelanggan. Pasar nie menjual segala barangan ritual ilmu sihir tradisional masyarakat negara itu seperti posyen sihir, katak kering, tumbuhan herba seperti 'retama' dan tenggiling.. Kalau awak nak tau, barang yang paling popular terjual kat situ adalah janin Ilama kerana dipercayai oleh penduduk situ untuk menyuburkan tanaman serta melindungi penduduk daripada ancaman gempa bumi.. Tue negara mereka lah, bagi kita orang Islam, perkara sihir nie adalah syirik dan amat murka di sisi Allah, tapi sihir memang wujud dalam dunia nie..
Kedai kontena Freitag, Zurich, Switzerland - Sebenarnya, kedai nie bukanlah menjual kontena terpakai, tapi ianya adalah sebuah kedai beli belah yang dibina di atas susunan bertingkat yang diperbuat daripada 17 unit kontena. Gedung nie membentuk sebuah bangunan setinggi 25 meter iaitu ketinggian yang hampir menyamai sebuah bangunan di Zurich. Jenama Freitag nie adalah nama jenama sebuah beg bimbit yang diasaskan oleh dua beradik iaitu Markus dan Daniel Freitag. Apa yang uniknya beg nie adalah ianya diperbuat daripada bahan kitar semula seperti tiub basikal, tali pinggang keledar dan kanvas kalis air, jadi rekaan nie menjadikan satu koleksi eksklusif untuk pelanggan. Jenama nie dah mempunyai cawangan di beberapa bandar utama Eropah termasuk Hamburg, Jerman dan Davos Switzerland. Kata Daniel, idea untuk membuat kedai nie tercetus kerana sejarah jenama tue sendiri, dah alang-alang buat guna bahan kitar semula, kan.. Kedai pun diperbuat bahan kitar semula.. Memang unik kan...
Bazar Tolkuchka, Ashgabat, Turkmenistan - Bazar nie adalah sebuah pasar yang terbesar sekali di negara Turkmenistan dan kelima terbesar d Asia Tengah yang terletak di pinggir Ashgabat. Bazar ini dibina sebagai simbolik terhadap bentuk hiasan permaidani tradisional masyarakat Turkmenistan di wilayah Ahal. Mempunyai keluasan 154 hektar, Altyn Asyr memiliki 2,155 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah haiwan ternakan seperti kambing biri-biri dan unta.. Hihi yang nie memang diorang jual yang hidup punya.. Altyn Asyr nie boleh dikatakan sebagai pusat sehenti bagi komuniti penduduk tempatan jadi tak hairanlah jika ada pengunjung yang bawak balik haiwan ternakan nie dan hari Ahad merupakan hari yang paling sibuk kat bazar nie kerana pengunjung akan bertumpu ke situ untuk membeli belah seperti permaidani tradisional, kraftangan, sutera, pelbagai jenis beras dan sebagainya.
Pasar ikan Tsukiji, Tokyo Jepun - Pasar ini dikendalikan oleh Pasar Borong Metropolitan Tokyo merupakan pasar borong ikan dan makanan laut terbesar di dunia, yang menjual kira-kira lebih 400 jenis makanan laut termasuklah rumpai laut sehingga ke telur ikan. Pasar ini menawarkan ikan daripada pelbagai saiz, dari saiz kecik sampailah saiz besar seperti ikan tuna yang seberat 300 kilogram termasuklah beberapa spesis ikan paus. Pasar ini terletak antara Sungai Sumida dan kawasan beli belah mewah Ginza, di tengah Tokyo, dan dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu bahagian borong, bahagian jualan runcit, bahagian restoran dan bahagian stor pembekal manakala tiga bahagian lagi terbuka untuk dilawati oleh semua pengunjung.. Teringinlah nak ke sana sebab saya nie memang 'hantu' dengan makanan seafood..
Pasar burung Kai Faroshi, Kabul, Afghanistan - Walaupun kita semua tau yang negara ini masih bergolak tapi ianya tak menghalang penduduk di negara itu mempunyai hobi untuk mengisi masa lapang. Kewujudan pasar ini terjadi kerana hobi penduduk Kabul yang dikatakan suka mengisi masa lapang dengan aktiviti sabung ayam dan ayam hutan ataupun membela burung seperti burung kenari. Kebanyakan burung yang dijual di situ adalah burung tempatan sama ada ditangkap ataupun diternak, tapi ada jugak burung ini dibawa masuk daripada negara jiran seperti Iran. Seorang penjual ayam sabung berkata, baka ayam sabung yang terbaik berasal daripada utara Afghanistan dengan harga boleh mencecah AS$14,000 bersamaan dengan duit kita RM55,510 seekor.. huiii dah macam beli sebuah kereta tapi demi minat dan hobi, dipejamkan mata saja.. betul tak..?
Walaupun pasar yang sedia ada mungkin telah lama wujud tapi ianya masih menjadi tumpuan penduduk dan para pelancong, contohnya kat Malaysia nie ada Pasar Payang di Kuala Terengganu, Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu dan sebagainya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, betul tak..?
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons