Assalamualaikum wbt..
Herba adalah sumber terbaik untuk memanaskan badan kita, antaranya habbatus sauda, halia, kunyit, rempah ratus dan sebagainya. Kita tak perlu takut untuk makan herba yang panas ketika berpantang asalkan dos yang diambil adalah sedikit dan sederhana dan ianya menjadi masalah jika kita mengambilnya secara berlebihan dan tiada keseimbangan antara herba panas dan sejuk. Senarai herba ini merupakan manfaat kepada wanita berpantang malah wanita biasa pun boleh amalkan herba ini..
Lada hitam - Membantu proses untuk menggalakkan mengekstrakkan semua nutrien makanan. Lapisan luarnya yang mengandungi fitonutrien kuat untuk merangsang pecahan sel-sel lemak. Lada hita juga berfungsi untuk menggalakkan perpeluhan dan membuang air kecil adalah cara yang baik untuk menghilangkan air dalam badan secara berlebihan dan toksin daripada badan. Senang citer, ianya jugak boleh menurunkan berat badan.
Halia - Ianya bukan saja boleh menghilangkan angin di dalam badan, malah masalah kembung, sebu dan sakit perut pun boleh dikurangkan kesakitannya. Halia jugak boleh menyembuhkan luka bersalin yang bukan saja di bahagian luaran, malah dalaman jugak. Dengan mengamalkan makan halia semasa berpantang, lendir dalam rahim iaitu darah nifas dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Halia jugak sangat membantu dalam penghadaman makanan, menghilangkan bau mulut, menambahkan tenaga dan menjadi ejen awet muda deengan menghalang kedutan pada kulit.
Asam jawa - Herba ini bukan saja berfungsi untuk menambah rasa masam dalam makanan berpantang tapi ianya jugak turut memberi manfaat membantu kita dalam menurunkan berat badan. Asam jawa jugak elok dibuat sebagai masker kulit dengan mengamalkannya sebelum mandi pagi. Dengan ini, kita bukan saja memperoleh badan yang langsing, malah kulit wajah pun akan menjadi mulus berseri selepas berpantang.
Kunyit - Kunyit disifatkan herba yang panas dan boleh meningkatkan pengaliran darah ke kulit. Jadi, amalan minum air perahan kunyit dikatakan boleh menaikkan seri wajah ibu berpantang. Malah ianya jugak dipercayai boleh membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat. Kunyit juga merupakan salah satu antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan untuk awet muda..
Jadi, kesemua herba nie memang sangat bagus diamalkan oleh awak yang sedang berpantang sekarang nie..
nice info. baru tau pasal asam jawa tu
ReplyDeleteKunyit tu pun boleh hilangkan jerawat kan ^^
ReplyDeleteLost In Thought ^^
Banyak kebaikan herba-herba ini bila diambil dengan sukatan yang betul.. Proses berpantang tu sebenarnya sangat bagus untuk badan.. Terutama sekali berurut.. Urut ini kena buat masa dalam pantang dan juga lepas pantang..
ReplyDeleteni semua alami.
ReplyDeleteproduk byk yg berasaskan bahan alami gini.
sebab ia ternyata berkesan dan hebat.
lepas bersalin memang perlu kan herba gini bagi kuatkan badan.
selesa kan badan.