Pasar yang menjadi tarikan global

Monday, June 04, 2018

Assalamualaikum wbt..
Walaupun pada zaman moden ini terdapat banyak pasar raya dan pasar mini yang menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah, tapi terdapat beberapa pasar yang menjadi tumpuan ramai orang disebabkan bukan saja menjual barangan biasa yang kita dapati, tapi ada jugak dijual dengan pelbagai barangan unik dan luar biasa.. 

Jom kita tengok..



Pasar sihir La Paz, Bolivia - pasar nie turut dikenali dengan nama ' El Mercado de las Brujas' atau 'La Hechiceria' dalam dialek tempatan.. Ianya terletak di Cerro Cumbre, kawasan lereng bukit La Paz, Bolivia. Pasar nie boleh dikatakan kawasan perhimpunan semua dukun dan pawang di seluruh Bolivia, dengan masing-masing memperagakan kehebatan dan keunikan ilmu sihir yang dipelajari dan ada jugak memberi perkhidmatan untuk menjual ilmu tue pada pelanggan. Pasar nie menjual segala barangan ritual ilmu sihir tradisional masyarakat negara itu seperti posyen sihir, katak kering, tumbuhan herba seperti 'retama' dan tenggiling.. Kalau awak nak tau, barang yang paling popular terjual kat situ adalah janin Ilama kerana dipercayai oleh penduduk situ untuk menyuburkan tanaman serta melindungi penduduk daripada ancaman gempa bumi.. Tue negara mereka lah, bagi kita orang Islam, perkara sihir nie adalah syirik dan amat murka di sisi Allah, tapi sihir memang wujud dalam dunia nie.. 



Kedai kontena Freitag, Zurich, Switzerland - Sebenarnya, kedai nie bukanlah menjual kontena terpakai, tapi ianya adalah sebuah kedai beli belah yang dibina di atas susunan bertingkat yang diperbuat daripada 17 unit kontena. Gedung nie membentuk sebuah bangunan setinggi 25 meter iaitu ketinggian yang hampir menyamai sebuah bangunan di Zurich. Jenama Freitag nie adalah nama jenama sebuah beg bimbit yang diasaskan oleh dua beradik iaitu Markus dan Daniel Freitag. Apa yang uniknya beg nie adalah ianya diperbuat daripada bahan kitar semula seperti tiub basikal, tali pinggang keledar dan kanvas kalis air, jadi rekaan nie menjadikan satu koleksi eksklusif untuk pelanggan. Jenama nie dah mempunyai cawangan di beberapa bandar utama Eropah termasuk Hamburg, Jerman dan Davos Switzerland. Kata Daniel, idea untuk membuat kedai nie tercetus kerana sejarah jenama tue sendiri, dah alang-alang buat guna bahan kitar semula, kan.. Kedai pun diperbuat bahan kitar semula.. Memang unik kan...



Bazar Tolkuchka, Ashgabat, Turkmenistan - Bazar nie adalah sebuah pasar yang terbesar sekali di negara Turkmenistan dan kelima terbesar d Asia Tengah yang terletak di pinggir Ashgabat. Bazar ini dibina sebagai simbolik terhadap bentuk hiasan permaidani tradisional masyarakat Turkmenistan di wilayah Ahal. Mempunyai keluasan 154 hektar, Altyn Asyr memiliki 2,155 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah haiwan ternakan seperti kambing biri-biri dan unta.. Hihi yang nie memang diorang jual yang hidup punya.. Altyn Asyr nie boleh dikatakan sebagai pusat sehenti bagi komuniti penduduk tempatan jadi tak hairanlah jika ada pengunjung yang bawak balik haiwan ternakan nie dan hari Ahad merupakan hari yang paling sibuk kat bazar nie kerana pengunjung akan bertumpu ke situ untuk membeli belah seperti permaidani tradisional, kraftangan, sutera, pelbagai jenis beras dan sebagainya.



Pasar ikan Tsukiji, Tokyo Jepun - Pasar ini dikendalikan oleh Pasar Borong Metropolitan Tokyo merupakan pasar borong ikan dan makanan laut terbesar di dunia, yang menjual kira-kira lebih 400 jenis makanan laut termasuklah rumpai laut sehingga ke telur ikan. Pasar ini menawarkan ikan daripada pelbagai saiz, dari saiz kecik sampailah saiz besar seperti ikan tuna yang seberat 300 kilogram termasuklah beberapa spesis ikan paus. Pasar ini terletak antara Sungai Sumida dan kawasan beli belah mewah Ginza, di tengah Tokyo, dan dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu bahagian borong, bahagian jualan runcit, bahagian restoran dan bahagian stor pembekal manakala tiga bahagian lagi terbuka untuk dilawati oleh semua pengunjung.. Teringinlah nak ke sana sebab saya nie memang 'hantu' dengan makanan seafood.. 

Image result for bird market kai faroshi

Pasar burung Kai Faroshi, Kabul, Afghanistan - Walaupun kita semua tau yang negara ini masih bergolak tapi ianya tak menghalang penduduk di negara itu mempunyai hobi untuk mengisi masa lapang. Kewujudan pasar ini terjadi kerana hobi penduduk Kabul yang dikatakan suka mengisi masa lapang dengan aktiviti sabung ayam dan ayam hutan ataupun membela burung seperti burung kenari. Kebanyakan burung yang dijual di situ adalah burung tempatan sama ada ditangkap ataupun diternak, tapi ada jugak burung ini dibawa masuk daripada negara jiran seperti Iran. Seorang penjual ayam sabung berkata, baka ayam sabung yang terbaik berasal daripada utara Afghanistan dengan harga boleh mencecah AS$14,000 bersamaan dengan duit kita RM55,510 seekor.. huiii dah macam beli sebuah kereta tapi demi minat dan hobi, dipejamkan mata saja.. betul tak..?

Walaupun pasar yang sedia ada mungkin telah lama wujud tapi ianya masih menjadi tumpuan penduduk dan para pelancong, contohnya kat Malaysia nie ada Pasar Payang di Kuala Terengganu, Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu dan sebagainya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, betul tak..?

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang 

9 comments

  1. wow uniknya kesemua pasar2 ni

    ReplyDelete
  2. Teringin nak singgah semua pasar tu. :D

    ReplyDelete
  3. Best juga kalau kita dapat singgah semua pasar ni kan..setiap pasar tak sama suasananya walaupun kebanyakan ianya menjalankan urusniaga yang sama

    ReplyDelete
  4. Macam-macam jenis pasar. Hehehe. Pasar dalam Malaysia pun Mai tak teroka abis ni...

    ReplyDelete
  5. menarik... baru tau jugak ada mcm tempat mcm gini..

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Sy bookmark page ni. Travel goals xD

    ReplyDelete
  7. Pasar sihir tu macam scary je. Mana tau pergi sana tetiba kena santau, takut..

    ReplyDelete
  8. indahnya kalau dpt gi setiap pasar tu kan.
    keunikannya.
    kelainannya.
    keistimewaannya...
    best!

    ReplyDelete
  9. Pasar ikan tokyo tu mengancam.. kak sha pun suka seafood..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧