Assalamualaikum wbt..
Hari nie dah masuk 19 Ramadhan tahun 1439H, jadi tubuh kita lebih cenderung untuk mengalami perubahan pola makanan dan pengambilan cecair jugak turut akan berubah.. Oleh sebab itu, kulit tubuh dan wajah kita mudah menjadi kering, nampak kusam dan tak bermaya. Sebenarnya ada cara untuk menjadikan kulit kita sentiasa segar walaupun sedang berpuasa.. Jom kita tengok apakah rahsianya..
☑ Lebihkan minum air putih
Bila kita minum air putih, ianya dapat membantu kita menjaga tubuh dan kulit tetap terhidrasi dengan baik. Ketika kita bersahur dan berbuka puasa, cuba minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas kerana air putih nie dapat membantu kita menjaga kelembapan kulit sepanjang berpuasa.
☑ Vitamin C
Selain air putih, vitamin c jugak memiliki antioksidan yang baik dan berupaya untuk menjaga keanjalan kulit serta mampu membuatkan kulit kita menjadi cerah. Kita boleh ambik buah-bauahn yang mengandungi vitamin c yang tinggi seperti jambu batu, limau, betik, kiwi, nanas dan mangga.
☑ Hindari makan manis dan kafein
Memang susah nak elak daripada ambik makanan dan minuman yang manis apatah lagi masa bulan puasa nie, betul tak..? Tapi kita perlu hindari dan kalau boleh ambiklah dengan kuantiti yang sikit. Kafein yang terkandung dalam teh, kopi dan soda dapat menyerap cairan dan mineral daripada tubuh serta membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Seeloknya selepas berbuka, minum air infused water ataupun minuman detoks, iaitu air yang dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan untuk kesan yang lebih meyegarkan.
☑ Guna pelembap bibir, sunblock dan losyen
Jangan lupa untuk sapu krim pada kulit muka dan tubuh untuk mengekalkan kelembapan kulit. Krim pelindung cahaya matahari juga perlu dipakai untuk melindungi kulit wajah terutama ketika berada di luar rumah. Bibir selalunya akan kering kerana kurang minum air, jadi sapukan pelembap bibir supaya bibir sentiasa menjadi lembap dan tidak menggelupas.
Selamat berpuasa..
tak tahu pulak betik tinggi vitamin C
ReplyDeleteAgreed. kene balance all those things, in shaa Allah you'll have a healthy skin.
ReplyDeletegood sharing Shikin..mmg betul minuman bergula tu kena kurangkan
ReplyDeleteSetuju dgn semua di atas & nak tmbh 1 - lebihkan mkn sayuran & buah-buahan. Time ni bdn dan minda ekstra cergas & cerdas, kalau kita amalkan pemakanan yg sihat + senaman, kesannya lebih tinggi dr biasa - lebih 'glow' gitu. Hahaha...bkn senang nak buat tu!
ReplyDeleteGood sharing... :)
ReplyDeletevitamin c tu memang tak ambik hehehe. yg kafein tu kadang kadang terliur wonda mocha so minum jugak hehehehe
ReplyDeleteNice info..saya punya muka memang tengah kering ni..
ReplyDeletevitamin c rabia jarang sgt makan.hehe.air kosong pun tak sampai pun 8 gelas sehari.that why naik jerawat.nampak flawless dlm gmbr tu.tu efect kamera je
ReplyDeleteair putih tu is always the key to kecantikan dan kesihatan.
ReplyDeletekurang num air putih, mula la badan kita ni meragam.
toksin tak kuar.
muka jerawat.
badan rasa nak demam.
Bagus perkongsian Shikin..
ReplyDelete