Assalamualaikum wbt..
Sebagaimana berlakunya perubahan tampuk pemerintahan kerajaan sekarang, macam tue jugak dengan suasana tempat kerja. Perubahan dan penggantian polisi dalam organisasi bukan saja berlaku di kalangan pekerja tapi ianya jugak termasuklah bos di tempat kerja tersebut. Setiap ketua atau majikan mempunyai caranya yang tersendiri, mungkin dapat diterima oleh pekerjanya ataupun sebaliknya, suka ataupun tak, itulah realitinya..
Saya nak berkongsi beberapa tips camne nak berdepan dengan bos baru agar kita dapat bekerja dalam suasana harmoni dan berasa seronok untuk bekerja..
☑ Bersahabat - Ambiklah peluang ini untuk kenali beliau dengan lebih dekat lagi sama ada semasa waktu serius ataupun waktu santai. Mungkin kita boleh curi masa sikit untuk bersembang dan mengkaji serba sedikit perangai beliau,serta perkara yang boleh dan tak boleh dalam senarai dirinya. Tapi bukan bodek atau 'kipas bos' pulak yea...
☑ Jaga tingkah laku - Sikap ini sewajarnya perlu dikekalkan walaupun sebanyak mana julat perubahan di sisi bos kita, sebab dah memang sedia maklum bos kita nie cukup berpengaruh dalam menentukan karier dan masa depan kita. Jadi peliharalah dan jagalah prestasi kita sebaik mungkin. Tonjolkan keupayaan kita agar bos baru nie dapat merasai berbaloi untuk menerima posisi kita dalam organisasi itu.
☑ Kurangkan jangkaan - Pepatah mengatakan lain orang, lainlah caranya. Semestinya corak pengurusan dan cara pemikirannya pasti sukar untuk anda adaptasi pada peringkat awal. Kita perlu kurangkan sendiri jangkaan dan harapan yang bos baru akan mengurus dan melakukan perkara yang sama seperti bos lama. Pastinya setiap orang memiliki pendekatan masing-masing, jadi kita kena perlu bersikap fleksibel dan cubalah hidup dengan sistem baru ini.
☑ Ambil kesempatan - Ianya bukanlah bermaksud kita kena guna taktik kotor, mengipas bos ataupun yang paling teruk memberi rasuah kepadanya. Mengambil kesempatan kehadiran bos baru sebenarnya memberi peluang untuk kita mahupun organisasi itu sendiri untuk melangkah lebih maju. Mungkin bos lama tidak berupaya melihat potensi dan keupayaan kita sebelum ini. Dengan mengekalkan disiplin dan meningkatkan prestasi kerja, kita sebenarnya mampu meraih kejayaan.
☑ Bandingkan - Membandingkan kepimpinan bos lama dengan bos baru mungkin tak adil kerana masing-masing mempunyai cara dan tatakerja yang tersendiri. Namun tak salah jika kita membandingkan daripada sudut positif kerana ini membuatkan kita sentiasa berjaga-jaga apabila nak melakukan sesuatu perkara ataupun keputusan yang melibatkan kerja. Tapi kena ingat, janganlah pulak kita membandingkan dengan taktik kotor sehingga menimbulkan fitnah, tue dah kira berdosa tue..
Semoga ianya dapat memberi ketenangan kepada sesiapa yang mendapat bos baru..
Waalaikumussalam.ermm..rasa nervous kan nk berdepan dgn bos baru.tapi kalau dah lama kenal tu.rasa mcm ok lah.tak segan lah dgn bos.
ReplyDeleteMungkin akan cuba dipraktikkan bila saya tukar kerja nanti ^^
ReplyDeleteWah info berguna ni
ReplyDeleteagreed with u, shikin.
ReplyDeletejgn bandingkan bos. setiap org, walaupun bukan bos, punyai cara yg berbeza.
once dia da di atas, kita yg di bwh ni kena akur :)
berkawan dgn bos, tapi jgn sampai hilang hormat.
Bersedia menerima...kerana setiap bos ada pakej masing-masing.
ReplyDeletetengok gambar budak kecil tu senyum dulu jap hehehe. yang point kurangkan jangkaan (less expectation) tu setuju! :D
ReplyDeleteterbaek. tp kalau kene bos yg panas baran n xnak dgr pandangan kita habis la.. hehe
ReplyDeletemek time trima boss baru, buat corak sama dengan boss lama. setahun jugak ler makan hati. last last tk tahan terus bersuara. after that, ok dah boleh get long.
ReplyDeletenice tips, sha pun rasa mcm nak tukar keja je ni
ReplyDeletesemestinya banyak andaian bila berhadapan bos baru. takut ada, risau ada, berdebar pun ada.
ReplyDeletenice tips..
ReplyDeletehaha comel gambar bos kat atas tu :D
ReplyDeleteKadang-kadang kita dah cuba buat sehabis baik tapi bos pulak pandang rendah, makanya ber huhu je la..
ReplyDeletenice :)
ReplyDeleteBuat masa sekarang. Ika takda good experience dengan boos. Hehe. Harap akan datang ika dapat good boss with good attitude. Bukan kita saja bagi effort lebih, tapi boss buat kita macam dinding hee.
ReplyDelete