6 tips sebelum duduki peperiksaan

Tuesday, July 24, 2018

Related image


Assalamualaikum wbt..
Bila nak masuk peperiksaan jea, mesti ada yang gusar dan bimbang, takut-takut tak boleh menjawab soalan  dengan baik.. Peperiksaan nie meliputi semua golongan samada golongan pelajar mahupun gologan pekerja.. Jadi saya nak berkongsi tips dengan awak camne nak duduki peperiksaan dengan baik agar kita dapat menjawab dengan betul dan sekaligus akan mendapat keputusan yang cemerlang... Jom kita selidik..!

 Relaks dan positif - Ini amat penting untuk hilangkan stres sebab kalau kita tenang, semuanya boleh dilakukan dengan baik. Jaga perhubungan diri dengan sekeliling dan paling penting jaga hubungan kita dengan Allah. Semua bermula dengan pendirian diri kita, cuba kosongkan minda dan jangan terlampau banyak berfikir. Yakinlah dan percayalah pada kebolehan diri kita sendiri.

 Fokus pada kelemahan yang ada - Memandangkan mustahil untuk menelaah semua bab, adalah lebih baik mita mengambil pendekatan untuk fokus pada kelemahan yang ada. Mana-mana subjek yang tak berapa nak faham, itulah yang perlu kita tekankan. Kalaupun ada soalan yang tak termasuk apa yang diulang kaji, sekurang-kurangnya kita dah fokus dan bersiap sedia.

 Ulangkaji berkumpulan - Cara ini amat efektif sebab sesi perkongsian ilmu sebegininya sebenarnya lebih memudahkan penerimaan. Saling berkongsi key point  ini juga membuatkan kita lebih faham tentang sesuatu subjek. Nak buat secara berkumpulan tak perlu ramai orang, cukuplah satu kumpulan tue ada 4 ke 5 orang. Tak semestinya buat ulangkaji secara bersemuka, dalam talian pun boleh, janji kita fokus dengan ulangkaji tue.

 Imbas soalan-soalan lepas - Jangan pernah tinggal soalan-soalan lepas sebab kadang-kadang pensyarah akan ulang soalan yang sama. Tapi yang menjadi sedikit perbezaan hanyalah oalah soalan yang mengelirukan. Selain itu, banyakkan mengikuti perkembangan semasa. 

 Buat ulangan nota - Cara nie sebenarnya untuk menguatkan daya ingatan kita. Bila kita sentiasa ulang sesuatu, itulah yang kita akan ingat dan disebabkan itulah nota ulangan nie amat perlu. Untuk lebih berkesan, cuba jangan lihat nota yang telah siap ditulis sebaliknya praktis teknik hafalan sebab dengan teknik nie lebih efektif.

 Jaga waktu tidur - Ini sangat penting untuk sesiapa yang suka belajar di saat-saat akhir. Tidur yang tak cukup bukan saja memudaratkan badan menjelang peperiksaan, malah ianya boleh menjejaskan daya ingatan sekaligus mendorong kita untuk melakukan kesilapan semasa menjawab peperiksaan. Perlu ingat, semua tips belajar yang dipraktikkan boleh terjejas hanya kerana kurang tidur yang cukup.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.. 


5 comments

  1. tq for sharing kak..rabia debar sgt dgn final exam :P

    ReplyDelete
  2. terbaek.. semoga jadi panduan kpd adik2 yg nak exam nanti :)

    ReplyDelete
  3. sekarang ni aida tgh buat latih tubi dgn Syuhada.
    khamis ni start trial UPKK.
    aida dah bagi peluang dia membaca.
    now, kami hanya buat latih tubi.
    aida spot part mana / subjek mana yg dia lemah.
    terus tuju kelemahan dia.

    ReplyDelete
  4. Najihah pun dah nak mula Sem 2. Semoga dengan tips ini boleh flying colours untuk Final Sem 2...

    ReplyDelete
  5. good luck kpd yg bkal mnduduki exam šŸ‘šŸ»

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧