Cara atasi anak yang suka memukul

Monday, July 09, 2018


Image result for fighting child

Assalamualaikum wbt..
Apa perasaan kita agaknya bila kita nampak anak-anak bergaduh dan suka memukul sesama sendiri..? Selalunya bila mereka memukul bila mereka berasa kesal, marah ataupun kecewa, jadi tanganlah yang menjadi alat komunikasi terutama untuk kanak-kanak yang belum mahir bercakap. Tips yang saya nak kongsikan ini boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini...

Jangan memukul - Ianya sama sekali tak boleh dilakukan untuk mendisiplinkan anak yang suka memukul. Apa yang perlu awak buat adalah berikan nasihat dan jangan sesekali menggunakan tangan untuk mengatasi situasi yang berlaku. Memukul akan membingungkan anak, bukankah kita sedang cuba untuk mengajarnya bahawa tak boleh pukul sesuka hati...? Ibu jugak harus sedar yang anak boleh belajar dan meniru segala perlakuan kita, jadi berikan contoh yang terbaik kepadanya.

Ketahui punca - Lihat samada anak sedang kepenatan, bosan, lapar ataupun marah? Lepas tue, samada wujudnya pola tertentu dan bila dah tahu punca, cari penyelesaian terbaik. Jangan lupa perhatikan keadaan keluarga. Adakah terjadi perubahan dinamik keluarga seperti berpindah rumah, wujud masalah dalam perkahwinan atau anak terpaksa bertukar pusat asuhan sehingga berasa kecewa. Ataupun dia mempunyai kawan-kawan yang sebaya dengannya yang suka memukul dan menganggap bahawa memukul itu jugak salah satu bentuk komunikasi. 

Pilih cara komunikasi berbeza - Tunjukkan pada anak cara berkomunikasi yang lebih halus dengan tangannya. Jika perlu, alihkan perhatiannya dan lakukan sesuatu yang disukainya, iaitu memberikan permainan yang disukainya. 

Lakukan komunikasi secara semasa - Ajarkan anak keseronokan bermain dengan tangan. Jika tangannya mula menuju ke arah anda,cepat-cepat alihkan perhatiannya dengan frasa dan gerakan seperti "give me five!"..

Luangkan masa - Berikan lebih banyak waktu untuk memegang dan memeluk anak. Urut perlahan tubuhnya kerana ini akan membantu anak untuk lebih halus menggunakan tangannya. Berikan si kecil ini ciuman  apabila dia mahu memukul dan lama kelamaan dia akan memahami bahawa memukul itu adalah sesuatu yang salah. 

Tetapkan aturan - Terapkan dan konsisten dengan aturan. Jika anak masih lagi dengan kelakuan yang suka memukul, kita perlu menjadi tegas dan melarangnya untuk lakukan perbuatan itu. Konsistensi kita akan melatih anak untuk mematuhi peraturan tersebut.

Jangan beri hadiah - Bila anak melakukan kesalahan memukul, janganlah kita berikan dia permainan untuk meredakan kemarahannya. Sebaliknya kita harus menegaskan yang dia akan dihukum untuk tidak diberi permainan sekiranya anak masih rasa nak memukul.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita...


8 comments

  1. anak cousin sha sorang, suka pukul sha haha idk why tapi kalau biasa biasa ok lg tapi ni asal duduk sebelah je kena pukul dah sakit kemain huhu

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete
  3. Masa rabia kerja transit dulu..adalah budak ni selalu pukul abg dia.apabila rabia tanya parents dia.dekat rumah pun perangai mmg begitu.

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang terpukul anak bila marah dah menguasai diri..bila cool down rasa menyesal..hope jadi ibu yang lagi better.

    ReplyDelete
  5. tq for sharing.
    ijat memang suka mengganas, shikin.
    hadoi lah! sakit kita dibuatnya.
    kalau kakak-kakak nyer, abis lah. boleh menjerit-jerit kesakitan ha ha ha ha...
    normally memang aida akan tegur la. tak terus marah.
    tapi kalau berlarutan, dimarah jugak, shikin :) ha ha ah ha
    hilang sabar dah ibu nyer nih!

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni. Thanks untuk infonya

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧