Masih relevenkah surat cinta?

Sunday, July 08, 2018

Related image


Assalamualaikum wbt..
Hihi tetiba aje kan nak citer pasal surat cinta.. Rasanya seingat sayalah kan, sebelum masuk tahun 2000, surat cintalah yang menjadi penghubung bagi pasangan bercinta, malah kirim surat pada keluarga dan rakan-rakan pun melalui surat jugak kan.. Pada akak-akak  dan abang-abang yang berumur 30 tahun ke atas, mesti akak-akak dan abang-abang masih ingat semasa kirim surat dulu kan.. Ada yang letak bedak sebab nak surat tue menjadi wangi, ada yang renjiskan air mawar dan kalau yang berduit, akan direnjiskan minyak wangi, betul tak..? hihihi yang paling best tue bila letak bedak la sebab bedak zaman dulu kan wangi-wangi, penerima buka jea surat, habis berterabur serbuk bedak tue..

Tapi di zaman sekarang nie masih relevankah surat cinta tue..? Nak tulis surat cinta selalunya mengambil masa yang agak lama disebabkan nak karang ayat-ayat romantis yang menjadikan pasangan kita tue terasa di awang-awangan.. 

Ringkas - Walaupun ianya boleh dikatakan telah ketinggalan zaman, tapi rasanya masih lagi lagi yang menulis surat cinta. Bagi pasangan yang berjiwa sentimental, inilah caranya untuk meluahkan perasaan tapi dengan kemajuan teknologi kini turut memberi kesan kepada seni bercinta. Takde lagi surat cinta berkajang-kajang sebaliknya digantikan dengan kiriman sms ataupun whatsapp, hanya taip apa yang berlegar di fikiran kemudian tekan butang 'send'.. Kalau yang berjiwa sentimental, ayat yang dikarang tue adalah buah fikiran sendiri, kalu tak cuma copy paste daripada sumber internet untuk meluahkan perasaan. Dah takde lagi pembaziran bedak untuk diletakkan bersama dengan surat sebaliknya hanyalah ikon-ikon comel saja sebagai penambat kasih sayang.. 

Hilang seni - Bila surat cinta digantikan dengan mesej pada telefon bimbit menjadikan seni bercinta makin pudar. Dulu-dulu, seseorang tue menjadi kreatif  untuk melahirkan perasaan pada pasangannya tapi sekarang ditulis meej yang ringkas yang lebih kepada bentuk perbualan dan bukannya pernyataan. Inilah momen percintaan yang dah takde pada zaman sekarang dan mungkin kita menjadi pelik bila menerima surat cinta daripada pasangan kita..

Kad ucapan - Selain surat cinta sesuatu yang perlu dipraktiskan lebih-lebih lagi pada pasangan suami isteri adalah menghantar kad ucapan pada hari istimewa seperti hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir.. Bukan saja ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang tapi ianya jugak dapat menghidupkan semula pada zaman bercinta dulu.. 


12 comments

  1. macam dah tak releven tapi boleh je kalau nak buat kan

    ReplyDelete
  2. Hahaha..zaman sekarang semua nak cepat dan senang ja :)

    ReplyDelete
  3. Bagi ira kalau ada dapat surat cinta zaman moden ni memang sentimental value sangat hehe

    ReplyDelete
  4. dulu ada simpan sekotak surat cinta dari pakwe lepas putus dah bertahun baru buang sebab dah move on :P

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam kak..hehe..rabia tak ada pun surat cinta.kad raya adalah.hehe.

    ReplyDelete
  6. pecah kaca pecah gelas
    sudah baca harap balas

    pastu dengan bedak sebotol. haha!

    ReplyDelete
  7. rindunya nak berutus surat.....tak kisahlah surat apa pun...janji kalau dapat surat pastu feel nak balas balik tu, pergh...sampai kena tunggu mood sampai baru balas...berhabuk kurun kita nunggu balasan surat...

    tapi sekarang, dapat emel pun dah kira okay dan lagi best dari wassap....

    ReplyDelete
  8. Teringat time sekolah menengah dapat surat cinta. Bukak first terus jatuh debu2 bedak..haha. Lawak pulak bila ingat balik :D

    ReplyDelete
  9. betul3.. rindu dengan cara2 lama. hehe
    x mustahil suatu hari kad jemputan kahwin pun orang dh x guna. hantar melalui media sosial je. hehe

    ReplyDelete
  10. hi hi hi terkenang citer lama dgn ex-bf.
    bersama cinta monyet dgn dia for 2-3 years.
    1996 - 1998 lebih kurang.
    internet tiada. so berutus surat. aida di lembah pantai. dia di shah alam.
    weekend dia dtg lembah pantai.
    nanti dia atau aida akan ckp before berpisah, "nanti tunggu surat tau".
    ha ha ha ha cair nyer lah time tu.
    but... then tak bersama lah. surat dia semua aida da buang once jumpa dgn mr.asben skang ni.

    ReplyDelete
  11. Relevan okay.. Kikiki. Surat ini dia ada sentimental value..

    ReplyDelete
  12. Relevan kot hehe..boleh buat kenangan gituuu hikhik

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧