Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dalam minggu ini saya dapat siapkan task mingguan jadi kita dapat berkenalan dengan sahabat blogger saya..
Jadi, minggu nie siapakah yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenali beliau..
Blog Sofie Adie... Nama panggilan Sofie, sorang gadis yang berusia 26 tahun berasal daripada Miri, Sarawak.. Sofie nie walaupun nampak lembut tapi dia merupakan seorang graduan Geomatic Surveyor iaitu course dalam bidang ukur tanah dan jugak seorang graduan Estate Management sebab cita-citanya nak jadi pengurus hartanah.. Wahh, memang memberi aspirasi kepada kaum wanita yang lain.. Sofie dah mula berblog sejak tahun 2014 dan sebelum ini dia guna blogspot atas nama yuhaadie.blogspot.my dan kemudian dia beli domain dengan menggunakan namanya sendiri iaitu sofieadiedotcom.
Saya kenal dengan adik Sofie nie melalui Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh dia, terjumpa entri sahabat saya (tak ingat siapa) untuk join.. Macam biasa, untuk beri support kepada blogger yang lain dan untuk tambah kenalan, so saya join, dan tak silap sayalah, saya penah menang GA yang dianjurkan, dia bagi notebook yang comel.. hihi lupa nak snap buku tue.. Walaupun Sofie jarang update dalam blog dia disebabkan kekangan kerja tapi dia selalu jugak singgah ke blog orang lain dan tentu sekali dia akan tinggalkan komen dalam entri..
Antara entri yang ditulis oleh Sofie adalah Tinta tanpa dakwat, Hati-hati dengan makcik ini ketika di TBS, Apa itu "POYO"? dan Cabaran belajar Geomatik serta banyak lagi entri yang menarik untuk tatapan bacaan kita..
Kepada Sofie, akak nak ucapkan terima kasih di atas nota yang awak tinggalkan dalam jurnal akak dan terima kasih jugak akak ucapkan kerana awak tak putus-putus untuk beri sokongan kepada akak.. Akak berdoa agar awak akan dimurahkan rezeki dan semoga kita berjumpa suatu hari nanti, semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Terima kasih kerana Sofie sudi menjadi rakan maya akak dan akak nak mintak maaf kerana akak hanya menjadi silent reader dalam blog awak, hope awak tak kecik hati pada akak.. hihihi anyway, best of luck to your life and whatever you want to do in your life except the bad things, okey..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Sofie Adie dan salam kenal pada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
ejulz terjah blog dia. nak follow tp x jumpa button follow.. hehe
ReplyDeleteohh yang itu sebab saya tak letak followersnya. selepas era tsunami hari tu terus tertanggal dari blog, sekarang dah ada...thanks for stopping by!
Deletesalam blogger!
terharunya saya kak...huhuhuhuhu
ReplyDeletedahla lama tak update...maunya dah berdebu sawang...terasa ada semangat pulak bila akak review blog saya. mana boleh nampak sangat malas nak update...hahahahaha
okie dokie kak, papehal boleh roger kalo nak meet up...always look forward to it!
terima kasih kak atas reviewnya! serasa tua pulak bila dimentionkan usia. God please turn me back to my young age...huhuhu
semoga segala urusan hidup akak jua dipermudahkan dan sentiasa dilimpahi rezeki yang mencurah2. amin amin!
sofie adie... mcm pernah folo blog nyer :)
ReplyDeleteTak pernah singgah lagi ni. Nanti kita terjah slow2 ye
ReplyDelete